Pages

Friday, November 30, 2012

winter oh winter!

assalamualaikum, bismillah.

sekarang dah winter lah! err *menggigil*

persepsi dulu, bestnya kalau dapat main snow. terpedaya tengok cerita masa christmas agaknya. berangan-angan nak dapat main snow dan rasa suasana sejuk. mungkin sebab Malaysia tak la berapa sejuk, biasalah manusia kurang bersyukur. selalu nak benda yang tak ada –_-‘

sekarang, errr *menggigil* ‘ala kulli hal, alhamdulillah :) kalau sibuk nak merungut sampai kiamat tak sudah.

bila call Anis dekat Jordan tu, boleh pulak dia tanya;

‘macam mana ek enti survive dekat sana? suhu mesti rendah, sampai negatif jugak kan? ana berbelas-belas pun dah tak tahan’

err, macam mana survive?  tak ada jawapan. just survive je. keluar rumah pakai glove, dan coat tu wajib. kalau sejuk lagi dalam coat pakai sweater lagi. dalam rumah pakai stokin, sweater, pasanglah heater. dalam kepala otak, Allah tak akan bagi apa-apa yang aku tak boleh pikul. okay je semua, InsyaAllah :P tak adalah sejuk sangat, sekarang suhu sekitar 5  degree ke bawah. tapi rasa sejuk dia macam negatif sebab hujan + angin yang kuat. angin dia punya kuat, memang buat aku malu selalu sebab payung asyik rosak, terkepak di tiup angin. hmm, mungkin juga sebab aku beli payung murah.

bila borak dengan Zu dekat Malaysia tu ;

’dekat Malaysia pukul berapa sekarang?’
’dekat 1 pagi. sana?’
’Pukul 4 lebih.’
’4 petang?’
’haah, petang. eh tak. malam. dah maghrib.’
’subuh pukul berapa?’
’lebih kurang 615. winter ni khas untuk orang-orang nak berpuasa :D’

winter, satu lagi drastik perubahan dia, malam panjang. pukul 5 dah macam pukul 8. pukul 8 dah macam pukul 11. Dan pukul 7 pun dah boleh tertumbang nak tidur. Isyak pukul 6 lebih. cepat je masa ngantuk. teringat pesan senior. ‘Winter ni, awak jangan tengok kat luar. awak tengok JAM’ manakan tak, kalau tengok luar, rasa nak hanyut di kepekatan malam la jawabnya.

teringat ada senior pernah share sebelum fly. tarbiyah dzatiyah kena kuat la. lagi-lagi masa winter, nak bangun subuh ambil wudhu’. fuhh, sangatlah kena mujahadah. sangat lah terasa. air nya sejuk yang amat kalau tak guna air panas. tapi aku memang suka kalau ambil wudhu’ pagi-pagi guna air sejuk sikit. baru freshh.

err, masa ni jugaklah kena lawan lebih sikit masa tidur tu. kalau tak solat, jawabnya memang bangun bila housemate kejut nak baca ma’thurat je la gamaknya. err. bukan sebab tak terjaga, tapi sebab arghh sedapnya berselubung dalam duvet (macam comforter). kalau ada Ust Usman ni, bilik aku dah bergegar kot dengar Ust kejut ala-ala masa kejut Qiyam zaman sekolah dulu ‘ yaaaa ayyuhal muzzammil!’ ambik, mahu meremang bulu roma.

Dan, mujahadah masa winter ni, kena la kuat lagi. memang la betul kan, kalau kita belajar mechanism of muscle contraction, muscle akan susah sikit contract kalau sejuk. tapi, takkan la sebab sejuk, sebab winter, nak biar amal-amal kita membeku juga?

sebagaimana masa autumn, aku tak nak amal-amal aku gugur ikut gugurnya daun,
takkan masa winter nak biar amal aku kaku?

dush dush dush. apa-apa keadaan pun jangan banyak alasan! Berkira-kira Allah nak terima semua tu? –_-

#nak post banyak gambar, tapi tak ambil gambar pun. huu. esok nak pergi London, InsyaAllah akan update kemudian dengan gambar. doakan selamat pergi dan balik. dan, semoga Dia redha.

Friday, November 23, 2012

dah puas dah?

assalamuaalaikum, bismillah.

sebelum jejak bumi Gabus ni (baca:Cork), tipula aku kata aku tak teruja. ada, ada rasa bertuah, excited di beri rezeki dapat sambung belajar dekat luar negara. disebabkan ahli keluarga besar, sekeliling aku tak ramai berpeluang sambung ke luar negara, ramai juga yang respon, tanya ; ‘seronoknya, dapat belajar dekat oversea’ ‘best tak belajar oversea?’ nak-nak tambah dapat belajar dekat Europe. entah apa standard sangat Europe ni aku tak pasti.  mungkin kerana kamu lihat mereka maju, nampak beretika. tapi, mereka ‘rosak’. jahiliyah berkecamuk di sini. sangat menyedihkan.

ada, ada sebab Allah takdirkan aku belajar di sini. semua pun rezeki dari Dia.

mula je perjalanan ke bumi asing ni, awal-awal tu suka la tengok tempat orang. mula teruja dengan benda-benda baru. rasa hidup baru, cara baru, suasana baru. rasa excited dan teruja tu berpanjanganlah dalam lebih kurang sebulan. dan, sampai ke satu tahap, aku berhenti. pause.

‘jadi, inilah yang aku nakkan? dapat belajar oversea.’
’tak sangka, setahun dulu struggle dekat pre-med sekarang dah sampai dah Ireland ni’

berhenti lagi.

melalui hari-hari macam biasa. melalui hari-hari yang dulunya aku sekadar bermimpi untuk melaluinya.

dan kemudian? berhenti lagi.

‘nak datang sini. okay, sekarang dah sampai. lagi? puas dah?’

inikah kepuasannya? heh. sadis.

bila dulu, tak terfikir eh senang je nak pergi UK, pergi hujung minggu macam balik kampung je. bila melaluinya. berhenti lagi.

dan kemudian? puas dah? takkan itu je? cukup?

heh. dan itulah keadaannya, kalau kita nak teruja dengan dunia. nak rasa puas dengan dunia. kepuasan yang tak berpanjangan. aku boleh jamin, macam mana best dah teruja pun kita dekat ‘sesuatu’ di dunia ni, akan sampai ke satu tahap yang kita akan rasa macam ergh..ini semua,

rasa yang tak kekal.
rasa yang menipu.
kepuasan yang dusta.

dan, aku ini bukanlah siapa-siapa, tetapi aku kasihan, melihat mereka , yang hanya mahukan itu. aku kasihan.. di saat kita boleh bermimpi dan berusaha untuk benda yang lebih baik, kenapa yang dibualkan adalah movie terkini, dan dikejarkan gajet terkini, beli itu, main itu, buat benda itu dan ini? itu sahaja?

tanya diri. dan bukanlah ini yang aku mahukan. bukan. sungguh, bukan!

aku mahu kepuasan yang tak terhingga. rasa terawang-awang yang berpanjangan. DAN, hanya ada satu tempat je yang akan penuhi segala keinginan aku (dan semua). satu tu je.

' sesungguhnya penghuni surga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan (mereka)' [36:53]

bersenang-senang dalam kesibukan.
terbayangkah?

kenapa tak mahu yang itu dan masih mahu rasa tertipu?
tak mahukah pulang ke kampung halaman?
pasti ke kamu tak mahu?

terduduk. Ah.

Monday, November 19, 2012

musafir

Assalamualaikum, bismillah.

2 miggu tak update. fuhh. curi masa tidur jap nak update ;D lepas ni memang aku kena belajar curi masa nak update blog. sebab kalau tak, memang akan terbengkalai lah blog ni. kalau masa study pun tak belajar nak curi masa, nanti dah kerja takut tak tersempat. #notetomyself

2 bulan di bumi Ireland yang sangat cantik ni, banyak aku belajar daripada pemusafiran. bermusafir masa weekend. musafir yang paling singkat perjalanan memakan masa 2 jam naik public transport. setakat ni, alhamdulillah dah jejak,

Drogheda.
Castlebar.
Waterford.
Dublin.
Nottingham, UK.
Galway.

aku suka catit diari musafir ;) bila dikira-kira, rupanya tak banyak weekend duduk dekat Cork. takut juga tak tertunai hak pada housemates. maaf ;/

musafir untuk daurah dan usrah. bukan untuk saja-saja. semoga Allah redha dengan segala pemusafiran ini dan akan datang, InsyaAllah. kalaulah segala pemusafiran ini dapat penat dan buang duit je, sia-sia je. nauzubillah :(

apa yang aku belajar sangat, memang kena pandai sangat manage masa. Dan hari-hari aku kena dan masih belajar untuk manage masa. kalau weekend sibuk keluar, bila pulak masanya nak study? nak tak nak weekdays memang kena study, kena guna masa sebaiknya. senang cakap kan? huh. usaha. usaha. doakan !

terkesan dengan satu perkongsian ; ‘bila keluar dari tempat kita, niat yang paling baik bila kita keluar adalah untuk bertemu saudara kita kerana Allah. InsyaAllah Allah mudahkan. dan kita akan ‘dapat’ lebih daripada yang kita fikirkan’

benar. terbukti.

usrahmates dulu dekat Penang semua dapat Galway. bila nak datang Galway ni rasa gembira sangat. memang banyak spend masa dengan mereka dekat sana. balik dari Galway, rasa terharu sangat dengan layanan sahabat di Galway. memang aku sengaja nak catit supaya banyak kebaikan sahabat aku, aku sentiasa ingat. dan itu lebih membuatkan aku dapat menghargai mereka :)

bila kemas-kemas beg, buat announcement. ‘eh, siapa letak keychain dekat beg ni?’ bilik senyap. takpelah, selamba je la. bila dah nak balik, ‘huda, ni bookmark untuk huda’ ‘eh? ni kad keychain kan?’ :)

bila sibuk-sibuk cari handsock yang hilang sebelah sebab cuai letak mana entah. ‘siapa nampak handsock huda lagi sebelah?’ ‘eh, takpe huda, ecah bagi huda handsock baru’ ‘eh takpe, tak payah’ bila sibuk bercakap dengan orang lain, ada orang masukkan handsock dalan poket baju, dan pergi je terus. :)

bila tengok dekat luar rumah ‘ eh hujanlaa’ ‘huda punya coat ada hoodie tak?’ ‘takde’ ‘nanti pakai coat ecah. nanti huda demam, dahla selsema dan batuk’ ‘eh takpee, tak yah’ bila dah nak balik, packing barang, balik dari daurah, nak ziarah rumah kawan-kawan sebelum balik. ‘nah huda, pakai coat ecah ni’ chow macam tu je.

‘huda, sebelum balik makan dekat sini tau. Huda nak makan ape?’

ada yang sanggup tunggu aku habis meeting, nak tunjuk jalan balik rumah, bawak pergi kedai. sampai rumah mereka, makanan dah siap.  masakkan spaghetti, masak nasi. buat kuih. tak cukup, siap kirim barang untuk bawak balik. kekla, coklat la.

dan aku terharu sangat. walaupun sekejap, baik sangat mereka ni ';’)  kata Imam Al-Ghazali, penghargaan yang paling baik untuk seorang sahabat adalah ingatan dalam doa. mereka sentiasa hadir dalam Doa, InsyaAllah.

Syahirah. Aisyah. Hazrati. Uswah. Fauzah dan kepada semua galwegians, May Allah bless all of you! uhibbukunna fillah :)

mungkin tak banyak isi. tak rancang, tapi nak jugak menulis. semoga Allah redha. astaghfirullah, wasalam.

#PrayforGaza! jangan lupa.

Friday, November 2, 2012

Engkau !

assalamualaikum, bismillah.

‘pijak kepala aku ini hai Bilal!’

’Demi Allah, aku mohon, pijaklah!’


kepalanya diletakkan di atas tanah. dilumurkan pasir ke wajahnya dan menunggu penuh harap, kaki Bilal Bin Rabah hinggap di kepalanya.

‘ku mohon Bilal Saudaku’ merintih lagi.

’ Pijaklah wajahku. Demi Allah aku berharap dengannya Allah akan mengampuniku dan menghapus sifat jahiliyah dari jiwaku’


menangis sekali lagi. Abu Dzar Al-Ghiffari menangis. Dia menyesal. Dia sedih. Dia takut. Dia marah pada dirinya sendiri. Dia merasa begitu lemah melawan hawa nafsunya. sekali lagi, dengan kepala bersalut debu, dia meminta lagi, ‘ ku mohon Bilal saudaraku, pijaklah kepalaku !’

tetapi, dia Bilal. Bilal terus menggelengkan kepalanya dengan mata berkaca-kaca.

kisahnya hanya apabila Abu Dzar merasa Bilal tak mengerjakan sebuah amanah. Abu Dzar kecewa, dan sayang, dia tak dapat menahan diri. dari lisannya terlontar kata-kata kasar ‘ Hai anak budak hitam !’

Rasulullah mendengarnya. wajah baginda merah. dengan bergegas, baginda menghampiri Abu Dzar, dan menegur; ‘Engkau !’ sambil jari telunjuk mengarah ke wajah Abu Dzar ‘sungguh dalam dirimu masih terdapat jahiliyah!’

Abu Dzar tersentak. serta merta memohon dan meminta Bilal memijak kepalanya. berulang-ulang dia memohon. memaksa. tetapi, dia Bilal. Bilal tetap mematung. Dia marah, tapi juga haru ‘ Aku maafkan Abu Dzar, Ya Rasulullah.. Dan biarlah urusan ini tersimpan di sisi Allah, menjadi kebaikan bagiku kelak.’

Hati Abu Dzar rasa pedih mendengarnya. Alangkah lebih ringan kalau semuanya ditebus di dunia. Alangkah tak bestnya menelusuri sisa umur dengan rasa bersalah dan rasa yang sukar dilupakan.

itu Abu Dzar, sahabat Rasulullah yang mulia.

terlalu sayu baca cerita ini. ulang-ulang rasa sayu.

kita. aku ini, aku ini. terlalu banyak kelemahan dan kealpaan menjaga hubungan sesama manusia. menjaga hawa nafsu. andai Rasulullah di sisi, bukan sekadar satu jari, bahkan berkali-kali juga akan ditegur.

Engkau! Dalam dirimu masih terdapat jahiliyah!”

Allahu.. tersentak. tersentak!