Pages

Wednesday, December 26, 2012

Ambassador of islam

Assalamualaikum. Bismillah.

Hari kedua PMS (perhimpunan musim sejuk)

PMS ini satu nikmat.

Hari kedua yang berjaya menumpahkan lagi air mata seorang khalilah alhuda yang konon brutal sangat masa sekolah dulu. Eh(??)

Dengar cerita pakcik Nicholas, masyaAllah..Punya determine beliau nak faham islam, Sebarkan lagi dakwah tu. MasyaAllah.

Terasa la kerdil diri ni. Kerdil sangat sangat sangat.

Dan bila beliau cakap pasal kita bijak plan karier kita, study kita, masa depan kita.. Tapi sejauh mana kita pandai merancang, buat plan dakwah dan tarbiyyah kita??

Aku terasa. Sangat terasa.
Bukan nak masuk bakul angkat sendiri.
Tapi aku jenis orang yang plan apa benda aku nak buat. Apa target aku. Future plan dah ada. Bila nak kahwin,anak nak berapa, bila nak specialise, bila itu. Bila ini. Itu. Ini.

Tapi plan DnT?
Secara umum dalam future plan memang ada. Tapi takkan umum je?

'semakin kita jelas dan semakin kita teliti dengan target dan aim kita, semakin senang dan mudah kita nak capai'

Setakat plan takwim QC silibus setahun, liqa susunan sampai winter break je. Lagi? Lagi? Yang lain?
Bila ditekankan nahnu duat qobla kulli syai'
Qobla kulli syai'
Qobla kulli syai'

Ouch terus. Walaupun pernah je dengar kata-kata tu. Tapi still menusuk. Kena kerja keras lagi. Banyak, banyak sangat yang nak dibuat.

Ambassador of islam : be proud say it loud!
PMS satu rezeki. Satu nikmat.
Alhamdulillah :')

Tuesday, December 25, 2012

Perjalanan ini

Assalamualaikum, bismillah.

Alhamdulillah perjalanan kali ini sungguh satu nikmat yang aku syukuri. Rezeki yang sangat aku syukuri. Semuanya ada pengajaran daripada Allah. Alhamdulillah.

Semalam, dalam flight aku melantak tidur je. Dalam bas pun tidur je. Berat sangat mata. Sampai Notts nak tidur,malam tu tak dapat tidur pula. Terjaga yang tak terkira berapa banyak kali dah. Sakit-sakit badan pulak dah. Mula-mula terlebih, pulak tu terkurang. Fair :)

Dekat sini, antara kawan baik aku adalah headphone. Entah. Suka melayan muzik pula sekarang. Pergi kelas, travel pun selalu je sumbat telinga.

Pagi tadi, masa nak bertolak macam biasa sumbat juga telinga. Tapi muzik2 yang dialunkan tak terasa dapat menghiburkan. Rasa maca hmm mungkin tak 'mengisi'.

Tegur kak.ekin
'akak ada recording ustaz siapa-siapa tak sekarang?
'hmm tak banyak. Banyak nouman Ali khan'
'haa apa yang ada?'
'lectures dengan tafseer. Awak nak yang mana?'
'lecture la. Apa yang best?'
'semua best. Awak nak yang mana?'
'ikut akak la. Mana-mana yang sesuai untuk saya'
'hmmm islam and ego best. Awak pernah dengar?'
'saya sempat tengok sekejap je. Haaa boleh la, boleh la.'

Masa dengar tu, ya Allah rasa macam kena tumbuk  dush dush dush. Dalam train tu jugak rasa nak nangis. Bukak quran, konon control tak nak nangis.

Memang kena tampar. Tampar ulang alik. Senyap je.

'terima kasih kak ekin. Nak dengar lagi :p'
'awak nak tajuk apa?'
Tengok..tengok, ' saya nak the hippocrites la'

Dengar. aaaargh rasa kena tampar lagi. Nak nangis je. Terasa sangat jadi orang munafik. Munafiknya akuuuu T_T

Sampai sheffield, memang excited dapat join PMS (perhimpunan musim sejuk). Selepas 'dibasuh', Dah stabil dah emosi. PMS adalah satu rezeki :')

Masa nak check in penempatan, bukak beg. Allah! Air tumpah dalam beg. Mungkin sebab beg tu kulit sikit, tak perasan. Bertakung air daaaan dalam tu ada semua barang berharga. Al-quran, passport, purse, handphone, camera, tab.

Camera err macam tak betul sikit dah. Tapi, paling teruk 'cedera' tab aku. Basah lencun. On off on off on off akhirnya OFF. Tipula tak sayang. Haha. Dari pre med, tab tu lah peneman, nak sampai sini tukar tab 2. Kira baru sangat. Sekelip mata basah macam tu jee. Allah takdirkan. Sengih je la. Sorryla kalau nak nangis. Hihi

Masa sesi sharing tak teringak pulak cerita sedih. Yang konon sedih. Pengisian banyak sangat la refleks diri. Akhirnyaaaa nangis jugak! Kononla khalilah alhuda nak tahan --'

Alhamdulillah. Nikmat

Dekat PMS ni, aku jumpa nik madihah. Yang dapat result SPM gempak tu. Hehe. i adore her so much. Sampai sini istiqamah pakai tudung bulat. Tabik spring.

Malu sangat. Konon dulu aku nak pakai tudung bulat. Minta umi belikan kain tudung bulat. Umi dah beli pelbagai warna, beria jahit semua. Last-last tak pakai jugak! Pakai lepas spm sekejap je. Lepas tu hmmm entah ke mana keinginan tu. Nak sedih pulak sekarang..

Refleks. Muhasabah diri.

Hari ni. Nikmat.

Banyak dapat belajar. Alhamdulillah :)

Sheffield, Uk.

Monday, December 24, 2012

Imigresen

Assalamualaikum,bismillah.

Pernah sekali tu, sangkut dekat imegresen lama jugak. Dah la sweater nak kena bukak, coat lagi. Kena bukak tali pinggang la. Lepas tu sangkut jam la pulak. Lepas tu kena raba beria dengan makcik imegresen tu berkali-kali pulak tu. rupanya ada benda kecil tersimpan dalam poket seluar.

Leceh.

Tak cukup lagi. Nak lepas lagi. Kena tanya macam-macam. Dari mana, study mana, lepas ni nak pergi mana, berapa hari. Blablabla.

Leceh. Setelah beberapa kali tu yang aku boleh simpulkan bila nak lepas imegresen dekat airport. (tula pasalnya Ust Shamsul dan Ust Tajul tak lepas imegresen dekat cork airport.hehe)

Tak boleh ke lepas macam tu je.
muka aku bukan muka orang nak buat jenayah la.

Dan hari tu aku tersedar. Kelecehan hari-hari itu patutnya buat aku fikir ; ingat senang ke sesi penghisaban nanti?

Adakah aku dapat tergolong dalam golongan yang hisabnya mudah? [84:8]

Mungkin jauuuuh. :'(

Pagi tadi aku lepas imegresen mudah je. Alhamdulillah.
Simple: ikut je lah prosedur semua. Dah tahu dah sebelum ni sangkut kat mana,prepare siap-siap.

Dah tu. Tak reti-reti nak apply dalam kehidupan?? Sob sob sob.

Nottingham,UK.

Saturday, December 22, 2012

ada apa dengan surah al-kahfi?

assalamualaikum, bismillah.

bila jumaat datang je, bangun-bangun tidur je seolah-olah ada papan tanda besar depan mata ; BACA SURAH AL-KAHFI! sejak dari zaman sekolah melaziminya, seakan-akan rutin. yang tahu hanya fadhilat-fadhilatnya. ada juga baca terjemahan, tahu ada cerita ini, cerita itu.  tapi mungkin sampai situ je.

apa kaitan cerita-cerita tu? ibrah pada diri? *geleng kepala* tak tahu. mungkin kesannya tak mendalam untuk diri bila sekadar baca. baca secara literal. terasa loser sangat bila tak cuba faham surah yang dijadikan amalan. bertahun kot beramal! *tampardirisendiri*

dan hari ni, aku tergerak nak tulis pasal surah Al-Kahfi. serba ringkas pasal surah ni, just sharing untuk orang-orang yang macam aku dulunya ; sekadar baca. (dan mungkin juga yang hafal beberapa ayat). aku nak cerita secara ringkas pasal surah ni, rumusan dan gambaran keseluruhan surah ni. semoga bermanfaat untuk semua, dan tahniahla awal-awal kepada yang berusaha baca sampai habis, dan berusaha untuk memahaminya ;)

tulisan aku ni, bukan tafsir. ye, bukan tafsir. tapi cerita latar belakang surah ni, dan apa yang kita boleh faham dan dapat pengajaran daripada surah ni. tulisan ni, hasil daripada pembacaan aku dalam buku Khowatir Quraniyah (lintasan hati) karya Amru Khalid. Dalam mukadimah buku ni, Amru Khalid dah cakap awal-awal beliau bukan menulis tafsir, tapi beliau menulis lintasan hati beliau bila membaca sesuatu surah dalam Al-Quran. aku sangat recommend la buku ni untuk sesiapa yang nak faham Quran, tapi nak bacaan yang tak berat sangat macam tafsir. buku ni sangat sesuai *iklan sekejap*

ok, teruskan. aku assume, semua dah pernah baca terjemahan surah ni, jadi aku tak perlu pergi detail sangat. (ada quran sambil baca post ni pun idea bijak juga :D) mungkin tulisan ni agak bosan sebab dalam bentuk point, tapi yang jauh lebih penting adalah faham serba sedikit gambaran surah ni. yang lagi mahir, kalau ada nak tegur apa-apa, dipersilakan :)

basically surah ni memaparkan tentang 4 kisah utama.

  1. Ashabul Kahfi.
  2. Dua pemilik kebun
  3. Nabi Musa dan Nabi Khidir
  4. Dzulqarnain

aku pernah terfikir, apa kaitan 4-4 surah ni? Amru Khalid catitkan, 4 kisah ni memaparkan fitnah utama yang dihadapi oleh seseorang manusia dalam kehidupan.

  1. Fitnah Agama : siksaan dan gangguan yang akan dihadapi oleh orang yang berpegang teguh dengan agama. cerita pemuda Ashabul kahfi.
  2. Fitnah kekayaan : terkadang harta menipu manusia. cerita pemilik kebun yang tertipu dengan kekayaan, sehingga menyebabkan dia kufur kepada Allah.
  3. Fitnah Ilmu : Terkadang juga manusia terkagum dengan ilmu yang dimilikinya dan menyangka tak ada manusia lain menggungguli ilmunya. cerita kisah Nabi Musa, yang akhirnya tersedar.
  4. Fitnah kekuasaan : Boleh jadi, manusia yang hebat, berkuasa, lupa pada Allah. tetapi dalam surah ni, dipaparkan kisah Dzulqarnain sebagai contoh pemimpin terbaik.

secara umumnya, surah ni, beri panduan untuk kita hadapi fitnah terbesar iaitu DAJAL. dimana Dajal akan menyebarkan fitnah-fitnah tersebut.

indahnya Al-Quran, bila menceritakan tentang malapetaka, spesifik untuk surah ni : Fitnah, Al-Quran menyajikan juga cara pemeliharaan diri daripada fitnah tersebut. lalu bagaimana?

  • bersahabat dengan orang soleh. (ayat 28)
  • tidak terikat dengan dunia. sebab dunia ni tak kekal dan berakhir. (ayat 45) ayat ni, menggambarkan tempoh yang singkat, sehingga kata hubung yang digunakan adala ‘fa’ (urutan yang cepat tanpa jeda). oleh itu, jangan terpenjara dengan dunia! ingatlah akhirat (ayat 47-49)
  • tawadhu’ (rendah hati) (ayat 49) kisah nabi Musa yang tersedar, dan merendahkan diri. walhal baginda nabi, rasul ulul azmi lagi. alahai, takkan kita nak bangga diri? –_-‘
  • Ikhlas (ayat 95) – menyandarkan segalanya pada Allah. peringatan keras untuk orang yang tak ikhlas (ayat 103-105). DAN Allah perintahkan mukmin agar mengikhlaskan ibadah kepada Allah semata-mata (ayat 110)

indahnya sastera Surah Al-kahfi, ayat dalam surah ini juga memaparkan kisah manusia yang begerak secara proaktif. (kisahnya menarik perhatian) refer ayat 62, 71, 74, 77, 85, 90,93. menjadi manusia, biar jadi manusia proaktif, bergerak. kita juga tak cukup sekadar menjadi penonton, kita juga harus mengambil bahagian untuk menyumbang kepada pembangunan [islam.] (ayat 95)

ayat-ayat tadi semuanya menggambarkan, untuk menjaga diri daripada fitnah kena jadi dinamis dan bersikap proaktif. bukan duduk menyerah, dan bersikap pasif. nak buat macammana, Allah dah takdirkan. no no no.

kalau diperhatikan juga, surah ni dimulai dengan menyebut Al-Quran dan diakhiri dengan Al-Quran (ayat 1 dan 109). Allah menyebutkan Al-Quran dulu, sebelum cakap pasal fitnah-fitnah. sebab? penolong utama untuk selamat daripada segala fitnah adalah Al-Quran sendiri.

Catatan yang tersirat : Dakwah dan penjagaan daripada fitnah.

kalau tengok 4-4 kisah dalam surah ini mencakupi seluruh kelompok dakwah kepada Allah.

  1. pemuda yang menyeru penguasa (Ashabul Kahfi)
  2. Seorang lelaki yang mengingatkan sahabatnya (pemilik 2 kebun)
  3. guru mengajak murudnya (Khidir dan nabi Musa)
  4. pemimpin yang menyeru rakyatnya ( Dzulqarnain)

semua ni bagi makna yang penting, dimana dakwah (menyeru) manusia kepada Allah adalah faktor yang amat penting untuk menjaga diri daripada fitnah. disamping faktor utama adalah Al-Quran.

huh, okay mungkin takat tu je dulu. again, kalau ada sesiapa nak tambah atau tegur, dialu-alukan. semoga pembacaan surah al-kahfi untuk akan datang akan lebih ada ‘makna’

semoga Dia redha.

Thursday, December 20, 2012

bersiri

assalamualaikum, bismillah.
entry panjang, boleh say bye sekarang.

secara rasminya, aku dah bercuti. sejak 13/12/12 sampailah 7/1/12 nanti. hampir sebulan. cuti yang jujurnya aku takut. aku tak tahu kenapa. excited untuk berjaulah tu ada. tapi entah, aku cuma takut. hanya takut yang entah dari mana datangnya.

takut cuti yang sia-sia. walaupun aku suka je cuti, sebab dapat ‘lari’ dari hectic life. untuk sekejap cuma. tapi. hmmm..

entah-entah aku ni takut habis cuti nanti ada exam. err. mungkin tak sangat lah. tapi bila fikir pasal exam, aku mesti selalu teringat abiumi yang selalu expect tinggi. mungkin juga aku je yang rasa macam tu, atau aku ambil secara positifnya ; abiumi yakin aku boleh memenuhi expectation mereka.

teringat masa di pre-med dulu bila satu exam tu aku dapat 3.92 je cgpa, umi cakap, ada nada ‘mengharap lebih’ ; ‘oh hmm, tak dapat 4 flat ke?’ –_-

dan bila exam hari tu, abi pun ada bertanya soalan yang lebih kurang macam tu. dan aku selalu tersentak. mungkin aku tak memenuhi expectation mereka. atau again, aku je rasa macam tu.

zaman sekolah lain, aku bukanlah paling top, sederhana. dan benda tu mungkin biasa je. kalau masa menengah atas dari awal tahun dapat no 2/3 sampai akhir tahun pun, kira selamba je. mungkin sebab mereka dah expect benda tu. dan sekarang mereka expect lebih kurang macam tu.

to be honest, sekarang dah lain. bukan zaman sekolah. yang sekelas dengan aku, semuanya top student dekat sekolah dulu, ada student biasiswa nasional, ada juga straight A+ SPM. kalau campur international student dari Singapore, Canada, USA, India, mereka juga top student daripada negara masing-masing. campur dengan local student dari Ireland ni, mereka juga top student. to be the best among all those top scorer is not easy. fuhh

dan mungkin ini ayat tipikal, tapi jujurnya medik bukanlah course yang senang –,-‘ dan medik ni buat aku jadi ‘lain’. aku pun tak sangka aku yang study selamba-selamba je dah boleh jadi agak rajin sikit lah. tak pernah aku buat, beria sebelum kelas study dulu, kalau tak sempat malam, masa breakfast pun study sikit. lepas kelas review balik. ini sungguhlah bukan aku. oh, Allah..

kadang-kadang aku penat. jadi tak konsisten. mula berperang dengan diri. tapi alhamdulillah, Allah takdirkan aku ambil bidang ni, dan ‘paksa’ aku jadi orang yang lebih baik. usaha kalau biasa-biasa tak dapat pergi jauh mana. hmm.

alhamdulillah, mengenali Dakwah dan Tarbiyah membuatkan aku sedar hidup bukan semata-mata untuk study. kalau tak, stress woo!

luahan pertama.

mula-mula dulu, aku berperang dengan diri sendiri. untuk menguruskan segala komitmen selain study. even sekarang aku masih struggle untuk seimbangkan. dan kekalkan emosi yang stabil. enjoy, dan buat semua ni kerana Allah.

aku dah besar. akhirnya aku terima fact tu. (baru?) yang tanggungjawab dan besar, dan makin banyak dan akan terus banyak. dan jiwa aku kena besar!

dalam seminggu at least akan ada 3 sitting. itu tak termasuk daurah etc.

1) Ohana : maksud dia family. ni kira program wajib untuk semua 1st year. tak serius sangat, more kepada sharing. bahan pun ringan.
2) usrah sendiri : luah segala masalah. dapat bahan, qodhoya. tak sah kalau tak lebih 3 jam every liqa’
3) QC ; Quranic Circle (lebih kurang usrah la. nama je glamer sikit;p) yang aku diamanahkan untuk bawa.

QC yang aku bawa, mula-mula tu rasa err ‘berat’ sikit. bukan sebab aku tak pernah, bila ingat balik, aku sangat enjoy bawa adik-adik masa sekolah dulu (oh i miss them so much! ;’() tapi bila ahli QC ni satu batch. seorang sama umur (satu kolej persediaan setahun), selebihnya tua setahun (persediaan 2 tahun), aku rasa inferior sangat. fikir macam-macam. bukan setakat setiap kali jumpa bagi pengisian. dah, sampai situ je. tak, kena lebih dari tu. baru ‘membina’

tapi sejak aku kena tegur dengan seorang kakak ; ‘awak tak boleh macam ni, jangan meng’adik’kan diri. rugi la’ terus rasa macam kena tampar. alhamdulillah untuk teguran tu. aku akan berusaha jadi lebih baik. menunaikan hak-hak yang sepatutnya. demi agama ini.  tapi, komitmen study tak boleh letak tepi. struggle lagi.

Alhamdulillah, mengenali Dakwah dan Tarbiyah membuatkan aku sedar yang hidup ni bukan semata-mata untuk diri sendiri. kena soleh dan musleh (pergh, besar rupanya misi sekolah aku). dan hidup bukan semata untuk dunia dan masa bukan untuk dihabiskan untuk benda sia-sia.

luahan kedua.

jaulah spain. pertama kali nak jaulah. diamanahkan jadi Ajk pengisian. mula-mula tu dah rasa ‘ah, sudahhh’ tak ada pengalaman. mengadu dekat kawan, dibalasnya ; ‘ini mesti ‘basah’ ni’ erk, sudaaaah. macam-macam kepala fikir. naik pening juga. bila ajk lain progress laju je. aku? err sekarang pun tak settle lagi.. alhamdulillah, akhawat banyak tolong, bergerak sendiri, tak mampu aku.

menunggu hari nya, aku berdebar. mohon Allah mudahkan segalanya. dan Dia redha.

alhamdulillah, mengenali Dakwah dan Tarbiyah aku sedar yang apa pun yang kita buat, ke mana pun kita pergi. ilah kita tetap Allah.

luahan ketiga.

rindu Malaysia. ini sebenarnya aku tak nak fikir. tapi takkan dapat lari. pernah tu, tak cakap benda sedih pun dengan parent masa call. tapi lepas letak je phone. terus deras je air terjun niagara mengalir. eh. dapat mesej dari umi suruh study hard pun boleh nak meleleh.

tapi aku bukan aku yang dulu. InsyaAllah, dah makin kental :P

wallpaper phone aku gambar abiumi, pernah ditanya ‘tak ke akan rasa lagi homesick?’ InsyaAllah tak. mengajar semakin kuat :)

dan, aku dah besar. terasa nak bagitahu sungguh-sungguh dekat abiumi yang aku dah besar. bukan yang dulu lagi. mereka dah tak perlu risau sangat. nak cakap dekat abi, huda dah berani dan reti uruskan hal sendiri. nak buat akaun bank, medical check up, pergi imegresen, daftar apa-apa ke, semua dah boleh buat sendiri. sorang-sorang. nak cakap dekat umi, huda dah reti masak (haha). huda pernah masakkan nasi arab untuk event lebih kurang 200 orang, tetamu datang, huda dah pandai masakkan nasi tomato untuk 20 orang. kurma, sambal, kari, blackpepper, paprik, sup semua dah reti. untuk baking; cookies, cheese cake, pudding roti pun dah reti. tapi masih belajar macam-macam lagi.

dan mesti ahli rumah (kakak dan adik aku la khususnya) terkejut yang aku sangat enjoy memasak! tak malas lagi. lol. sebenarnya ini paksaan untuk mengisi perut sendiri –,-

tapi still aku rindu masakan umi. dan aku rindu nak tengok wajah-wajah kesayangans secara live dan dengar butir bicara mereka secara live. ohhh

alhamdulillah, tinggal jauh dari tanah air dan mengenali Dakwah dan Tarbiyah membuatkan aku sedar, kita harus berdikari, kuat dan berani meneruskan hidup. dan kebergantungan utama kita hanya Dia.

luahan keempat.

luahan kelima.

luahan keenam.

ah, sudah-sudahla tu. haaaaaaah, terasa puas dapat menaip. lain masa sambung lagi (oh no!).

oh, hari tu aku ke Galway lagi. bau pantai itu, sungguh mengasyikkan! subhanallah.

salthill, Galway

aku mahu menjadi orang yang apabila tersedar ia tak mahu lena lagi.
dan tak berhenti setelah pandai berjalan.

dan
secara bergerombolan raih RedaNya.
beriringan tangan ke SyurgaNya.

:)

Tuesday, December 11, 2012

kota London

Assalamualaikum, bismillah.

post yang lepas, memang merancang nak post something pasal travel ke London. huu, akhirnya lepas lebih seminggu baru berpeluang update. entah, kadang-kadang tu banyak sangat nak menulis, tapi selalu dilema, kalau nak buat benda ni, ada benda lain yang penting jugak nak buat. silap sendiri, time management tak mantap lagi. sekarang, jujur sangat, aku sangat memohon Allah kurniakan keberkatan waktu. kadang-kadang tu benda simple je, tapi drag baaaanyak sangat masa. waktu tu memang la rasa, tak berkatnya masa aku ;’(

kenapa nak sangat waktu berkat, umur berkat, makanan berkat? hmm. sebab berkat tu melangkaui ‘banyak’. lihat je hidup baginda Rasulullah s.a.w. Berkatnya hidup nabi.., percayalah, walaupun ada seorang manusia diberi hidup beratus/beribu tahun, belum tentu dapat buat apa yang nabi telah buat dalam masa 63 tahun.

nak berkat? kita tak pernah terlupa kan doa nabi ‘ Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi’ ? :)

eh eh agak jauh pulak terkeluar topik –-‘ berbalik cerita London. sebenarnya yang beria ajak aku pergi London ni, housemate aku, Ima. nak dengar talk. masa dia tanya tu, aku on je. konon duit tengah banyak, meh le kita berjalan-jalan. masa tu aku memang tak ada fikir apa sangat. just dalam kepala, bagus jugak. why not join? international speaker best. aku pun terbayangla masa aku pergi Twins of Faith tahun lepas. so on je.

bila nak dekat dengan hari pergi, masa tu baru la struggle cari hati, luruskan niat. kalaulah just jalan-jalan kosong, ya Allah sia-sianya!

baik aku cakap siang-siang, aku akan share perjalanan dan pengalaman kami dekat sana sahaja. walaupun sebab utama pergi nak dengar talk, tapi tugas telah dibahagikan ; aku update perjalanan.dia update pengisian talk. nanti share link je. hey kamu, sila terasa! cepat update ;p

P1020236IMG_0726

kami, bertolak malam jumaat. flight pukul 6.35 asalnya, tapi delay. naik Ryanair, murah sikit. pukul 7 lebih baru bertolak. dalam sejam lebih baru sampai London Stanted. sampai-sampai beli tiket bas, dan cari makanan. semua lapooor.

IMG_0727      taxi

nak cari makanan ikut selera agak susah. kena redha dengan apa yang ada. dapatla makan pasta sejuk, minum susu, alhamdulillah. naik bas pergi liverpool street, memang tidur je dalam bas. sampai sana kononnya nak naik London Tube pergi tempat penginapan. tapi harga lebih kurang naik teksi je. baik naik teksi. teksi dia sama dan standard je dekat London tu. aku panggil teksi kereta kodok. (aku google je gambar tu)

sampai je rumah sisters yang kami tumpang, siap-siap memang terus nak tidur. dah agak lewat. rumah tu memang macam rumah kami la. tuan rumah semua tak ada. just tinggalkan kunci dekat orang lain. percaya betul ;)

London biasanya lagi panas dari Cork. tapi masa kami dekat sana, lagi sejuk pula dari Cork. pagi-pagi keluar, memang tangan aku dah nak beku sejuk. agak over sikit, tapi tangan memang dah sejuk sangat. rasa bila dapat masuk bangunan/kenderaan lega sangat. dapat panaskan badan. sabtu tu gerak pergi err tak ingat nama tempat tu –,- kami lunch dulu, then gerak pergi Logan Hall, untuk dengar talk tu. yang paling aku teruja sekali, rezeki la lunch dapat makanan Malaysia. Char Kuey Teow dan roti canai. harga nya la tak tahan sikit. satu pinggan 8pound kot! 1pound lebih kurang Rm 5. memang kalau dekat Malaysia tak ada kerja la aku nak lunch satu pinggan 40 hinggit. pokaaai T_T

P1020308  P1020237

P1020248   P1020255

   IMG_0763

IMG_0750  P1020273   P1020268

talk tu antara tarikan menarik memang Prof Tariq Ramadhan. tak dapat dengar masa buat dekat UIA hari tu, dapat dengar dekat sini pun terangkat. heh. pulak tu Prof Tariq Ramadhan speaker last sekali. aku nampak strategi pihak penganjur di situ :P disebabkan talk habis lambat. kami memang direct balik terus lepas tu. sampai rumah baru fikir nak buat apa esoknya. so, rancangan last minit, just jalan-jalan area London.

jujurnya aku tak teruja sangat  tengok kota london. mungkin sebab banyak daya tarikan dia adalah  bangunan. aku lebih prefer tengok alam, dan pemandangan. baru masyuk. kalau bangunan, ada cerita di sebaliknya okayla. setakat bangunan je, kurang ruh la kot. ceh, memandai je aku. so,dengan guna baki masa yang ada sebelum flight balik Cork pukul 1 lebih, kami sempat jalan dekat London Bridge,London Eye, Tower bridge, House of parliament, Buckingham Palace je. London ni, sistem pengangkutan dia bagusla. naik London Tube tu macam-macam tempat boleh pergi. tapi banyak sangatla escalator. tinggi pulak tu. kawan aku sorang ni, gayat. tiap kali nak naik escalator akan adalah drama kecil. takpe-takpe ;] yang aku terkejut, bila tengok ada certain tempat yang kotor. kotor yang memang kotor maksud aku. terhilangla expectation negara mat salleh ni bersih. tak bersih mana pun –,-

DSCN0344   DSCN0341

DSCN0353   DSCN0345P1020291   P1020298DSCN0372    P1020307

DSCN0321     DSCN0327

P1020286      P1020291

DSCN0338     DSCN0343

DSCN0356      DSCN0376

aku tak tahu kenapa tak ada mood sangat nak update pasal london ni, berkali-kali save as draft je. so, aku nak habiskan jugak kali ni. gambar ada tak banyak mana pun. ni pun cilok gambar kawan, dan kamera bukannya Dslr. tak ada apa nak dibanggakan. hihi. mungkin tak ada pengajaran catatan aku ni, just coretan perjalanan jelah macam tu.

sepanjang kami kat London tu, kami ada tema (erk tak tahu la tema ke apa, aku taram je). tapi tema dia ; ‘orang islam kena tenang’. alkisahnya, masa aku tengah gelabah-gelabah buat mende apa entah, aku pun stop sekejap dan cakap dekat diri sendiri. ‘okay huda, relaks. (tarik nafas. haha) orang islam kena tenang’ pulak tu cakap kuat. habisla lepas tu, in fact sampai sekarang,  kawan aku asyik ulang ayat tu la bila start wujud bau-bau tak tenang. haiyaa

kan dah kena jadi hamba kata-kata sendiri ;p

okay dah. tu je dulu setakat ni, next 2 weeks, aku akan jejak lagi London, insyaAllah. dan winter break ni InsyaAllah akan ke SPAIN. *tak sabar* okay, itu cerita nanti. assalamualaikum.

#maafkanlah atas kecincaian post ini ;(