Pages

Saturday, December 22, 2012

ada apa dengan surah al-kahfi?

assalamualaikum, bismillah.

bila jumaat datang je, bangun-bangun tidur je seolah-olah ada papan tanda besar depan mata ; BACA SURAH AL-KAHFI! sejak dari zaman sekolah melaziminya, seakan-akan rutin. yang tahu hanya fadhilat-fadhilatnya. ada juga baca terjemahan, tahu ada cerita ini, cerita itu.  tapi mungkin sampai situ je.

apa kaitan cerita-cerita tu? ibrah pada diri? *geleng kepala* tak tahu. mungkin kesannya tak mendalam untuk diri bila sekadar baca. baca secara literal. terasa loser sangat bila tak cuba faham surah yang dijadikan amalan. bertahun kot beramal! *tampardirisendiri*

dan hari ni, aku tergerak nak tulis pasal surah Al-Kahfi. serba ringkas pasal surah ni, just sharing untuk orang-orang yang macam aku dulunya ; sekadar baca. (dan mungkin juga yang hafal beberapa ayat). aku nak cerita secara ringkas pasal surah ni, rumusan dan gambaran keseluruhan surah ni. semoga bermanfaat untuk semua, dan tahniahla awal-awal kepada yang berusaha baca sampai habis, dan berusaha untuk memahaminya ;)

tulisan aku ni, bukan tafsir. ye, bukan tafsir. tapi cerita latar belakang surah ni, dan apa yang kita boleh faham dan dapat pengajaran daripada surah ni. tulisan ni, hasil daripada pembacaan aku dalam buku Khowatir Quraniyah (lintasan hati) karya Amru Khalid. Dalam mukadimah buku ni, Amru Khalid dah cakap awal-awal beliau bukan menulis tafsir, tapi beliau menulis lintasan hati beliau bila membaca sesuatu surah dalam Al-Quran. aku sangat recommend la buku ni untuk sesiapa yang nak faham Quran, tapi nak bacaan yang tak berat sangat macam tafsir. buku ni sangat sesuai *iklan sekejap*

ok, teruskan. aku assume, semua dah pernah baca terjemahan surah ni, jadi aku tak perlu pergi detail sangat. (ada quran sambil baca post ni pun idea bijak juga :D) mungkin tulisan ni agak bosan sebab dalam bentuk point, tapi yang jauh lebih penting adalah faham serba sedikit gambaran surah ni. yang lagi mahir, kalau ada nak tegur apa-apa, dipersilakan :)

basically surah ni memaparkan tentang 4 kisah utama.

  1. Ashabul Kahfi.
  2. Dua pemilik kebun
  3. Nabi Musa dan Nabi Khidir
  4. Dzulqarnain

aku pernah terfikir, apa kaitan 4-4 surah ni? Amru Khalid catitkan, 4 kisah ni memaparkan fitnah utama yang dihadapi oleh seseorang manusia dalam kehidupan.

  1. Fitnah Agama : siksaan dan gangguan yang akan dihadapi oleh orang yang berpegang teguh dengan agama. cerita pemuda Ashabul kahfi.
  2. Fitnah kekayaan : terkadang harta menipu manusia. cerita pemilik kebun yang tertipu dengan kekayaan, sehingga menyebabkan dia kufur kepada Allah.
  3. Fitnah Ilmu : Terkadang juga manusia terkagum dengan ilmu yang dimilikinya dan menyangka tak ada manusia lain menggungguli ilmunya. cerita kisah Nabi Musa, yang akhirnya tersedar.
  4. Fitnah kekuasaan : Boleh jadi, manusia yang hebat, berkuasa, lupa pada Allah. tetapi dalam surah ni, dipaparkan kisah Dzulqarnain sebagai contoh pemimpin terbaik.

secara umumnya, surah ni, beri panduan untuk kita hadapi fitnah terbesar iaitu DAJAL. dimana Dajal akan menyebarkan fitnah-fitnah tersebut.

indahnya Al-Quran, bila menceritakan tentang malapetaka, spesifik untuk surah ni : Fitnah, Al-Quran menyajikan juga cara pemeliharaan diri daripada fitnah tersebut. lalu bagaimana?

  • bersahabat dengan orang soleh. (ayat 28)
  • tidak terikat dengan dunia. sebab dunia ni tak kekal dan berakhir. (ayat 45) ayat ni, menggambarkan tempoh yang singkat, sehingga kata hubung yang digunakan adala ‘fa’ (urutan yang cepat tanpa jeda). oleh itu, jangan terpenjara dengan dunia! ingatlah akhirat (ayat 47-49)
  • tawadhu’ (rendah hati) (ayat 49) kisah nabi Musa yang tersedar, dan merendahkan diri. walhal baginda nabi, rasul ulul azmi lagi. alahai, takkan kita nak bangga diri? –_-‘
  • Ikhlas (ayat 95) – menyandarkan segalanya pada Allah. peringatan keras untuk orang yang tak ikhlas (ayat 103-105). DAN Allah perintahkan mukmin agar mengikhlaskan ibadah kepada Allah semata-mata (ayat 110)

indahnya sastera Surah Al-kahfi, ayat dalam surah ini juga memaparkan kisah manusia yang begerak secara proaktif. (kisahnya menarik perhatian) refer ayat 62, 71, 74, 77, 85, 90,93. menjadi manusia, biar jadi manusia proaktif, bergerak. kita juga tak cukup sekadar menjadi penonton, kita juga harus mengambil bahagian untuk menyumbang kepada pembangunan [islam.] (ayat 95)

ayat-ayat tadi semuanya menggambarkan, untuk menjaga diri daripada fitnah kena jadi dinamis dan bersikap proaktif. bukan duduk menyerah, dan bersikap pasif. nak buat macammana, Allah dah takdirkan. no no no.

kalau diperhatikan juga, surah ni dimulai dengan menyebut Al-Quran dan diakhiri dengan Al-Quran (ayat 1 dan 109). Allah menyebutkan Al-Quran dulu, sebelum cakap pasal fitnah-fitnah. sebab? penolong utama untuk selamat daripada segala fitnah adalah Al-Quran sendiri.

Catatan yang tersirat : Dakwah dan penjagaan daripada fitnah.

kalau tengok 4-4 kisah dalam surah ini mencakupi seluruh kelompok dakwah kepada Allah.

  1. pemuda yang menyeru penguasa (Ashabul Kahfi)
  2. Seorang lelaki yang mengingatkan sahabatnya (pemilik 2 kebun)
  3. guru mengajak murudnya (Khidir dan nabi Musa)
  4. pemimpin yang menyeru rakyatnya ( Dzulqarnain)

semua ni bagi makna yang penting, dimana dakwah (menyeru) manusia kepada Allah adalah faktor yang amat penting untuk menjaga diri daripada fitnah. disamping faktor utama adalah Al-Quran.

huh, okay mungkin takat tu je dulu. again, kalau ada sesiapa nak tambah atau tegur, dialu-alukan. semoga pembacaan surah al-kahfi untuk akan datang akan lebih ada ‘makna’

semoga Dia redha.

1 comment:

Abang Ikhwan said...

masyaallah..anda membuatkan saya rasa perlu mencari buku ini dengan segera! jzkk ukhti kerana berkongsi. semoga Allah redha...salam perkenalan :)