Pages

Thursday, December 12, 2013

winter break

assalamualaikum, bismillah.
(sambung tulis yang dah terperuk dalam draft je ni. tak sanggup nak tunda menulis lagi)

alhamdulillah, akhirnya sampai juga winter break. masa exam punyalah tak sabar nak cuti, mulalah plan itu ini, bila cuti start...'nak buat apa dulu ye sekarang? ya rab.. manusia, memang macam ni...-,-'

exam yang lalu, adalah exam yang sungguhla bagi pengajaran seumur hidup. punya yakin bawak pensil tekan sebatang dan pemadam. itu je. baru jawab lebih kurang 5 soalan..krik krik. tekan-tekan tak keluar. jantung dah berdegup kencang. buat-buat relax. tak tahu nak buat macammana. sudahnya, sampai habis exam tak conteng apa-apa. kertas kosong. pensel letak tepi, semua formula ke konsep ke main lakar dalam kepala je. bila nak lorek jawapan cukup-cukup bajet buat segaris dua dengan answer sheet MCQ tu.

habis exam, orang sebelah ;

'peliklah, apasal awak tak gerak-gerak jawab exam'
'apasal kertas bersih, kosong je'

tak adanya saja-saja. 
okay, habis cerita exam. moga Allah cukupkan segala keperluan.
nak cerita benda lain panjang pula nanti.

* * * * *


winter break yang kedua. Ah, lain sikitla rasanya. sebab tahun lepas bajet junior jadi ikut je plan kakak-kakaks. eheh. di sebabkan ummi tak approve nak balik masa winter ni, jadi, moh le berjalan (?) kata umi, tak berbaloi balik sebulan, tiket pula mahal! kita taat sahaja, jangan banyak songeh. uhuu, Malaysiaaaa, don't miss me k? (padahal siapa yang rindu siapa tah -.-') 

masa winter ni, memang wajib pergi, of course Perhimpunan Musim Sejuk. hari tu, masa berborak dengan k.mis dekat dapur ... beria ni nak volunteer jadi AJK masakan PMS. 

'k.mis pun rasa, semua orang kena rasa tarbiyah dapur'

tanyalah masulah PMS tahun ni.. tak ada lah rasa nak volunteer sebab apa sangat. reason ; memang nak rasa tarbiyah dapur. haih. walaupun aware je, PMS ni the biggest winter gathering in UK and Ireland. tak tahulah.. kang aku yang 'masak'. ekekeke.

tapi dah cakap siap-siap kalau tak dapat jadi tak apa je.lama tunggu masulah respon. ingat tak dapat.. redha sahaja..

' assalamualaikum huda :) so insha Allah huda boleh mentarbiyah diri dengan tarbiyah dapur di PMS ;) '

kata orang, pakaila baju buruk-buruk sebab memang akan terperuk je dekat dapur. tak berhenti-henti buat kerja. hey, jangan nak takutkan orang lah!

dah pesan siap dekat Didi yang dekat Sheffield 'nak pinjam baju buruk-buruk' 'hamboii baju ana mmg basahan2 je la' 

hoho. kita tengok tarbiyah nya macam mana nanti :)

* * * * * *

rasanya start buka sekolah (ye, aku memang panggil sekolah pun ;p) bulan 9 hari tu masing-masing dah plan winter break masing-masing. aku dilemma siap nak melawat my sis Aminah dekat Qatar ke tak ni. at the same time, disuruh fikir betul-betul oleh kakak sini.. 

akhirnya decide akan stay dengan sister sini. terus 'awak jadi masulah jaulah Turki tahun ni boleh?' *sigh* astaghfirullah.

2 hari lagi InsyaAllah akan gerak ke London-Turki. I'm blessed with sisters around me. yang banyak sangat tolong uruskan banyak benda. sendirian, memang tak mampu! alhamdulillah walhamdulillah. berdebar sangat, serius tak tipu. satu halnya sebab yang nak ikut jaulah kali ni 20 orang! dengan bajet euro 10K (Rm 40K ++) *ketap bibir* tapi semalam masa sitting dengan murabbi sebelum nak 'lepaskan' masing-masing masa winter break ni, terus cair dengan kisah perang Ahzab. macammana Rasulullah handle situasi yang stress, genting dan segala macam perasaan bercampur baur, dengan berhikmah.. sungguhla, baginda uswatun hasanah!

jaulah ni, memang unexpected events boleh jadi, just be prepare. kalau happy, tenang semua orang boleh behave. tapi itulah, tarbiyah jaulah juga tarbiyah berbeza. be prepare.

Allah, mudahkan urusan kami!
* * * * * *

plan asalnya, lepas ke habis PMS, akan balik Cork terus. siap dah beli tiket semua. tapi plan Allah tu lagi terbaik. takdirnya, kena hadir daurah di UK right after PMS. tiket dah beli ke, burn.. beli tiket baru..jangan nak macam-macam. ahaha.

InsyaAllah, moga Allah mudahkan lancarkan semuanya. ameen! 

14-22 Jaulah. cork-london-turkey
22-27 PMS. Suffolk, Uk.
27-29 Daurah. Birmingham, Uk.

Monday, November 25, 2013

pada dasarnya..

assalamualaikum, wbt.

sekarang rasanya macam ramai sangat orang tak stable. huu
aku pun sendiri jugalah. dengan examnya yang dah dekat sangat, urusan winter trip lagi. err. dan..

murabbi aku nak balik Malaysia. walaupun dah tak bawa usrah aku lagi i won't say she is my ex-murabbi, heh. sebab sekali dia pernah jadi murabbi kita, selamanya lah dia murabbi kita kan? eceh. ayat aku nak touching aje. sejujurnya sedih sangat. tapi in denial. buat selamba je. konon heartless.

moga Allah sentiasa kurniakan ketenangan, di sebalik kesulitan.. ;]

* * * * *

banyak sebenarnya kekecewaan kita, adalah disebabkan diri kita sendiri pun. ironi sangat..

'expecting too much is one of the best way of hurting ourselves'

i couldn't agree more. it really is.

bukan dengan orang je.
dengan keadaan.
dengan tarbiyah kita pun sebenarnya.

kita expect kita dapat usrah yang best, murabbi yang sangat ideal nak layan karenah kita yang banyak songeh ni. kita expect usrahmates kita sangat memahami kita. reaksi kita macam mana dia boleh baca, perangai kita macammana dia tahu, kita expect kita dapat membesar dengan jayanya, dapat sentiasa meningkat. kita expect bakat kita dikembangkan sepenuhnya, dan minat kita tersalur dengan baiknya.

kita expect semua tahu expectation kita.

kita expect itu, kita expect ini.

akhirnya, yang kita dapat hanya disappointments!

kita rasa stress,
kita rasa macam kita tipu diri kita.
kita tahu kita rasa tak 'seronok'
tapi kita tak nak lari.
kita tahu, jalan ni.. berada dalam dakwah dan tarbiyah adalah impian kita sampai kita mati. tak ada pilihan lain.

tapi kita rasa kita tak dapat apa yang kita nak..
sebenarnya, at the first place..

kenapa pula kita rasa kita kena dapat apa yang kita nak?
bukankah kita juga mencanangkan, perkara paling penting nak rasa best dalam tarbiyah ni, dapat membesar dengan sihat adalah menerima untuk ditarbiyah. bersedia untuk ditarbiyah. 

ironi kan..
bila kita pula rasa kita nak ditarbiyah sebegini atau sebegitu..
kita bersedia atau tidak sebenarnya? T_T

perbualan aku dengan murabbi hari tu,
menyentapkan.

bila akhirnya aku meluahkan.

'saya tak rasa saya belong to this group. even benda kecil pun sebenarnya saya tak tahu nak cerita dekat siapa'

rasa kecewa.

macam-macam lagi borak..

sampai-sampai..

'okay, sebelum akak balik, boleh tak awak listkan, apa yang awak nak. apa sebenarnya murabbi yang awak bayangkan. kalau boleh diputar masa masa, awak nak akak jadi macam mana.'

that words strike me. it hits my heart. ada air yang bergenang dalam samar-samar lampu jalan.

berhari-hari aku fikir dan muhasabah. i hate myself yang macam ni. aku tahu aku tak boleh jadi macamni, aku tahu something wrong dengan aku. dengan proses tarbiyah diri aku. tapi aku tak tahu apa dia.

akhirnya..
rupanya dah setahun..sebenarnya aku banyak expectations. demand. dan suka buat comparison.

dan, bila difikir balik kenapa sebelum ni, kita rasa best je dengan usrah kita. kita rasa murabbi kita memang kaw-kaw mentarbiyah kita. kita mesra dengan usrahmates kita. ada usrahmates kita yang berbeza perangai dengan kita, tapi kita sangat meraikan perbezaan. bukan macam sekarang. yang kita rasa macam indirectly kita di'tekan' menjadi orang lain. macam orang lain. tak kesah la daripada persoaliti, minat, kapasiti amal maupun skill.

kita memberontak walaupun dalam diam, kita rasa ini bukan caranya. bukankah Rasulullah dulu mentarbiyah sahabat dengan mengoptimumkan bakat, potensi dan kapasiti mereka? Umar tetaplah menjadi Umar, tak perlu jadi Abu bakar.

itu yang kita rasa. pandai pula rasa macam tu, ohoi. kumpul macam-macam lagi, memang cukup buat rasa kecewa.

tapi dasarnya, kita mungkin terlupa..

ingat tak,, dulu masa kita mula-mula bertatih.. masa mula-mula rasa sangat nak komited pada tarbiyah dan dakwah ni, masa kita punya semangat yang tinggi, masa kita tak banyak sangat tahu, masa kita memang sedar murabbi kita akan bentuk kita... ingat tak sebenarnya hati kita macam mana dulu?

bukankah sewaktu itu kita telah membuka hati kita seluas-luasnya untuk ditarbiyah?
dengan kesediaan yang penuh, kita rela ditarbiyah? macam mana cara sekalipun..

oleh murabbi kita,
sekeliling kita,
keadaan kita.

dan masa tu kita rasa, semua benda adalah tarbiyah. kita bahagia walaupun sesekali ada luka..

tapi sekarang, bila kita rasa kita dah ada banyak isi sikit, dah baca banyak sikit buku fikrah, dah berkali-kali tukar usrah, dah melalui banyak daurah dan program, dah jumpa ramai orang... tiba-tiba kita rasa tarbiyah itu sepatutnya macam ini ataupun macam tu?

kita lupa basic. kita dah ada banyak demand dan expectations. kita mengharapkan usrah kita, murabbi kita sangat ideal. kita mengandaikan pembentukan kita sangat terperinci dan cantik. kita mengandaikan ahli team kita sangat perfect dan tenaga kita sangat sinergi.

lupakah kita,,

berubah masa, orang dan tempat, memang boleh merubah macam-macam. tapi itu semua external. jauh lebih penting daripada semua itu adalah, pada dasarnya, adakah sebenarnya kita bersedia untuk ditarbiyah? 

boleh kan, selepas ini, di tempat mana sekali pun, apa keadaan sekali pun..
kita sediakan hati yang rela ditarbiyah sepenuhnya... biarpun payah..sebab itu semua juga adalah tarbiyah kan?

'expectation is the root of all heartache'- pandai pulak pakcik William Shakespear ni berfalsafah. sigh.

no expectations, no disappoinments :)

'kita' tu mungkin aku je lah. seruan yang pertama dan utama adalah untuk diri sendiri. hihi

*  *  *  *  *  *

'lepas ni, awak lagi tak boleh demand macam-macam..'

oh kenapa, kenapa lepas saya sedar semua ni, akak pula nak pergi..
*nangis dalam diam*
'eh, bukan tadi kata semua ni tarbiyah?'
*nangis lagi laju*

Tuesday, November 12, 2013

serulah aku! serulah aku!

assalamualaikum, bismillah.

'hari ini kita tidak akan kalah'
'hari ini sudah pasti kita menang'

sebahagian besar tentera merasakan yang sedemikian. iyalah, bayangkan, inilah kali pertama tentera islam mempunyai kelengkapan perang yang sempurna. punya baju besi, kereta kebal dan senjata. pertama kali juga tentera islam lebih ramai daripada musuh. tentera kita 12000 orang. tentera seramai itu hampir tidak ada di Tanah arab. kita baru sahaja mendapat kemenangan membuka kota mekah, dan semakin ramai orang masuk agama islam ini.

'hari ini tidak akan ada kekalahan'

suatu keyakinan, sehinggakan.. mereka dihujani panah. sampai langit kelihatan gelap! gelap dengan hujan anak panah. orang ramai berlarian, meninggalkan medan. dikatakan yang tinggal hanyalah belasan orang. belasan orang.. daripada 12 ribu, tinggal belasan! yang berlari, berlari bertempiaran. orang sebelah pun tidak ditoleh. sekehendaknya mahu lari sampai ke laut merah. 

di tengah kepanikan, Rasulullah berseru;

' hai manusia, kembalilah! aku ini rasulullah. aku ini Muhammad B. Abdullah! Aku ini nabi, aku tidak berbohong. aku keturunan Abdul Mutalib'

seruan baginda sayup-sayup dalam dengar dan tak dengar. suara baginda tenggelam dalam keriuhan. binatang yang baginda tunggangi juga ketakutan. lantas Rasulullah meninggalkan tunggangannya. itu lah qudwah manusia agung. yang tetap bertahan sekalipun apa-apa yang berlaku.

mereka yang meninggalkan medan ini, barangkali perlu diseru lagi. seruan atas seruan. Rasulullah meminta Abbas B. Abi Thalib (bapa saudara baginda) yang punya suara yang lebih lantang berseru :

' hai orang surah Al-Baqarah (muhajirin)! hai orang Ansar, Bani Harith B. Khazraj (+Ahli Badar)! Hai Ahli samroh/shajaroh (yang berbaiah dengan nabi di bawah pokok-baiah ridhwan), kembalilah!'

seruan, didengari. 'labbaik! labbaik! labbaik!' (kami sahut seruan!)

lebih kurang 2000 orang kembali. berpatah balik. dan akhirnya membina kembali saf, dan mengalahkan pihak musuh.

Allahuakbar! Allahuakbar!
[9 : 24-26]
* *  *  *  *  *

ringkasan perbualan lebih kurang setahun yang lalu, aku masih ingat di ruang itu.. ;

'ishh, akak nak tanyala, macam mana ya awak boleh tahan dengan semua tu?'

'saya percaya.., ini semua gerhana, belum terbenamnya matahari. hehe'

nada dalam bermain. tapi bawa makna yang sama.
bukan kali pertama, airmata menitis untuk orang yang sama.

bahkan aku punya banyak sebab untuk berputus asa. tapi aku memilih untuk bertahan.

itu setahun yang lalu.

tapi kebelakangan ini..bila sebenarnya dah banyak kali jatuh, jatuhan aku kali ini buat aku lumpuh. rapuh.

lalu menagih..pada bukan setakat seorang.

'tolong nasihati saya supaya tidak berputus asa'

rasa seperti matahari telah terbenam...

2-3 minggu kebelakangan ini, hentakan demi hentakan sejujurnya buat aku serba sedikit jadi lemah. terduduk. mengenang kisah Rasulullah s.a.w di Thaif sudah cukup buat banjirr, dada berombak.(sebenarnya buat rasa lebih appreciate perjuangan baginda) pernah rasa, nak stop. nak bagi masa untuk diri sendiri. biar aku ubati diri sendiri. tapi aku nak kembali. sebab aku belum mati. belum lagi.

mengenang kisah perang Hunain, buat mata bergenang..

Semahunya nak jadi orang yang tetap tinggal, tapi nanti, atau bila-bila..kalau aku berhenti, atau aku ter-lari dari medan ini.., serulah aku kembali. serulah aku! serulah aku!

sebab aku nak mati atas jalan ini.

*maaf tak mampu nak kupas banyak pasal perang Hunain. banyak sangat ibrah! sila lah buat pembacaan tambahan. menarik sangat, kenapa ada tingkatan orang yang diseru. can you imagine, orang muhajirin, ansar, ada juga yang lari dari medan perang? mereka hebat kot. tapi siapa mampu menafikan mereka juga manusia..lagi nak feel, boleh baca kisah pembahagian harta perang hunain. insyaAllah boleh nangis. heee :)

Sunday, October 27, 2013

anti-social

assalamualaikum, bismillah.

I used to be an anti-social girl.
for so many reason. hmm
I know, there is something wrong with me.
somewhere....

' I won't go untill I found a solid reason why I have to go' membebel pada seorang kakak.

hari pembukaan kaunter tiket, orang sibuk bertanya sana-sini pergi tak, dah beli tiket ke tak. aku susah nak buat keputusan. tak tahu nak cerita dekat siapa. walaupun hati macam dah firm tak nak pergi. tak berminat. tapi nak kata TAK pergi pada orang, dan nak jawab kenapa tak pergi bila orang tanya,, rasa susah sangat.

-------dulu masa di Penang, masih teringat, aku tolak ajakan shousemate untuk jalan-jalan, window shopping etc walaupun mereka pujuk berkali-kali. last-last tinggal juga dekat rumah dengan rasa bersalah sikit takut mereka terasa. tapi aku buat keputusan masa tu sebab aku bukan jenis nak keluar-keluar saja-saja. tak tahu nak buat apa. shopping saja-saja lagilah tak. rasa macam tak perlu. tak bermanfaat mungkin.

dulu, dekat kampung pun tak bergaul sangat. duk baca buku/majalah/main dengan budak-budak. 
kawan pun dengan orang samaaa je. tak berkembang sangat. pergi mana-mana, program ke.. macam kera sumbang.------

last-last, straight after study group call Malaysia. 

'assalamualaikum abi, (macam biasa tanya khabar dulu blablabla) macam mana ni... dekat sini nanti ada ladies night khamis malam nanti. huda tak nak pergi. diorang suruh huda baca quran. errr, huda tak nak.'

'kenapa?'

'huda rasa macam tak kena je, majlis nya ada ni, ada tu. lepas tu kita nak kena baca quran'

'majlisnya macammana?'

' khas untuk perempuan je la. ada juga invite non muslim, under Islamic Society Univ dan Malaysian Society. ada persembahan ni, itu'

'oh macam ni huda, peluang untuk pergi bergaul dengan masyarakat ni huda kena ambil. benda macam ni berlaku juga dalam masyarakat masa zaman Hasan Al-Banna dulu. huda pergi, tapi ingat ni. istilah dia uzlah syu'uriyah'

'oooh, mengasingkan perasaann..?' cepat je menyampuk. terjemah literal.

'betul tu, uzlah syu'uriyah ni kita pergi bergaul dengan mereka, tapi perasaan kita, tak sama dengan mereka. kita asingkan perasaan kita walaupun jasad bersama. dan bila diminta baca quran tu, huda sepatutnya ambil. keadaan dia, kita panggil penonjolan tokoh kepada masyarakat, peluang tu. kan ada non-muslim juga. bagus tu bacakan ayat-ayat Allah. bergaul dengan masyarakat awam untuk tujuan dakwah tu penting juga'

'tapi huda dah tolak dah permintaan mereka..'

'lain kali jangan ye, ambil peluang. tapi abi ingatkan. itulah, kalau huda tak mampu, tak apa. tak payah pergi pun tak apa. tapi itu bagus sebenarnya untuk tujuan dakwah, bagus kalau pergi nanti dengan ahli usrah semua'

'hmm, okay abi, terima kasih'

(itu sebahagian sekitar perbualan aku dengan abi lebih kurang 2 minggu lalu. ayat tak adalah sebijik sangat. dan perbualan asal memang panjang lagi laaaa -,-)

Alhamdulillah, kata-kata abi, banyak memberi pencerahan pada aku.
Bergaul tapi Uzlah Syu'uriah. macam simple. tapii...huuu

dan, sampai bila la daie nak syok sendiri dengan kelompok sendiri? akulah tu

mungkin juga faktor dari kecil, bersekolah, kawan, semua memang dalam comfort zone (mula beralasan. oh!!), buat aku takut sebenarnya untuk 'keluar'. jadi aku memilih untuk  bajet mengeksklusifkan diri atau lebih selesa bersendiri. ignorant! 

kalau tak pernah nak (atau cuba) bergaul dengan masyarakat awam, macammana nak berdakwah kepada mereka?
bila masyarakat cuba nak selitkan nilai/ciri 'islam' tu, kenapa kita pula yang skeptikal?
masyarakat mahu. tapi kadang-kadang tak kena pada masa dan tempat yang tepat.
menanggapi isu seperti ini, apa pula reaksi kita? lagi-lagi bila melibatkan kita?
terus berdiam, adakah segalanya akan selesai. (?)

*head shot*

magik mana pula lah yang kita harapkan?

peluh.


Saturday, October 12, 2013

sebab aku tak power

assalamualaikum, bismillah.

alhamdulillah dah hampir sebulan melangkah ke Tahun 2. masih bertatih nak betul-betul manage time dengan segala macam benda. nak fokus dan terurus. Allah, mudahkanlah..nak catch up dengan acedemic stuff semua. nak pastikan semua 'under control'. macam la kita yang berkuasa nak control semua yang kita nak. pheuhh.

aku selalu teringin dan berharap, pabila aku menapaki jalan dakwah ini, aku benar-benar boleh melalui dengan senang hati. tanpa nak fikir dua-tiga kali meletakkan prioriti mahupun berkira-kira dengan komitmen yang lain..katakanlah, kalau bab study, tak perlu nak terlalu study hard, paksa diri untuk buat revision walaupun hati kata nak rehat oi. kan senang begitu? mahupun, bab duit, boleh enjoy kot every weekend jalan sana-sini tanpa nak kena tengok jadual dulu hujung minggu ni ada program atau tak. dengan infaq lagi?
kan sunduquna juyubuna?  fuhh.

itu harapan.

harapan orang yang macam genius sangat, kaya sangat. banyak masa sangat.
harapan orang yang lagaknya macam tinggal di syurga.

juga,
harapan orang yang merasakan dirinya sudah berhabis baik untuk dakwah ini,
sehingga layak merasakan 'magic' dan 'ideal' nya hidup ni
ouch!

hakikatnya, siapalah kita. Kalau dulu semasa di sekolah, jujur, aku kurang lah nak fikir risau pasal study bila clash dengan apa-apa program. pernah tu isnin nak exam, sabtu ahad aku bawak adik usrah pergi camping, mandi sungai suka hati. cuti exam masa SPM pun, nak juga menyibuk program dekat sekolah.

tapi itu dulu. aku bukanlah pandai sangat pun, tapi macam tak kisah sangat. Study, bukanlah halangan besar. sebab jarang ter effect pun. tapi itu dulu. sekarang kalau tak fokus, tak cari masa untuk buat revision, boleh tertinggal jauh. beban dah bertambah. (!)

kalau Iman Syahid Hassan Al-Banna, memang terlalu all-out untuk dakwah pernah sampai tak sempat nak menelaah pelajaran menjelang exam dan Allah rezekikan pertolongan melalui mimpi. adakah kita selayak itu? memang la tak kan..;'/

personally,
yang banyak drive aku study hard adalah kerana dakwah juga. kalau ikut hati. hmm. kadang tu aaaaaaaaa, tak nak lah belajar lagi. medik ni. tak minat sangat.tak nak jadi doktor. nak balik Malaysia la! blablablabla.. tapi kenala tampar diri sendiri, : 'study sebab apa oi?'

sama sekali,
bukanlah dakwah dan tarbiyyah ini yang menyebabkan kita lagi tak semangat study, mahupun melarikan obsesi kita hanya kepada DnT semata-mata. bahkan, kerana DnT ini jugalah yang menjadikan kita lebih tekun dan gigih dalam study. (harapnya,, selalu. ameen!)

kita kan selalu nak semua 'under control'
tapi sedar jugak bukan senang.
aku kena selalu optimis, selalu sedar diri aku ni bukannya genius pun, jadi kena mujahadah lebih dalam study. Allah nak bagi pahala lebih ni, dengan lebih lelah,  titik peluh dan lebih usaha.

DnT no 1, tapi study bukan no 2.
ni pegang kuat-kuat.

mohon doa selalu, siang dan malam, Allah jauhkan diri daripada menjadi fitnah kepada dakwah.

tapi, dengan syarat, aku tahu dan sedar, aku memang kena betul2lah manage masa. kalau banyak buang masa, asyik online je, tidur berlebihan lagi, dalam kelas tak fokus mana boleh. adeh. berusaha, kuat, kuat, kuat lagi, sampai jadi sebab.

muhasabah,
selalu perbaiki diri.

jangan sampai orang nampak kita sebagai orang yang selalu hilang fokus. malam-malam, hujung minggu aktif sana sini. usrahlah, daurah lah, buat program itu ini. bila tinggal seminggu nak exam, baru sibuk nak cakap 'InsyaAllah, kita bantu di jalan Allah, Allah bantu kita'

Allah, malunya.

jangan suka guna nama Tuhan untuk justifikasi kelekaan dan kesalahan sendiri ;'(

setiap manusia, memang ada keterbatasan. tapi kita belajar menjadi orang luar biasa, kerana hakikatnya seorang muslim yang sebenar memang luar biasa.

usaha.mujahadah.istiqamah.ikhlas.tawakkal.doa.

pesan Sheikh Jumuaah Amin  (Naib Mursyidul Am IM);

'pelajar kena berusaha, sehingga dakwah dan ilmu berjalan seiring. Sebab dakwah berhajat kpd org yg berilmu. Jika kamu inginkan kebaikan kpd dakwah kamu, dan ingin membantunya, maka mulakanlah dengan menjadi pelajar cemerlang '

pesan untuk diri sendiri,
selamat bermujahadah.
gunakan masa sebaiknya
yosh!!

Monday, September 30, 2013

Ukhuwah tempang

Assalamualaikum,  bismillah.

Kata seindah ukhuwah, manis di bibir mungkin terasa hambar di pentas kehidupan.
Hakikatnya, kita yang penuh segala macam dosa membuatkan ukhuwah itu lompong.
Melihat ukhuwah para sahabat memang terlalu jauh.
Kadang tu 'ya Allah dahsyatnya ukhuwah mereka. Nangis!'

Tetapi kita lah yang akan berusaha saban hari menampal kelompongan ukhuwah kita.
Makanya kita juga, jangan terlalu depends pada manusia yang terlalu lemah ini.
Tak sesedap yang di wara-wara kan duduk bersama sisters akan menghidapi diabetes mellitus dek kerana sweet - mweet ni.

Heh, gamaknya kalau dengan aku hypoglycemia la semua kalau yang di expect adalah adegan sweet mweet nih ;'/

Aku bergurau dengan seorang ukhti ;

' akak, masa mula-mula saya sampai dulu, akak tak DF saya pun'

(Padahal DF tu terlalu luas ye)

Tapi yang aku maksudkan adalah dapat sms selalu, bunga ke, bawa makanan ke. nak jugak rasa kan. hoho. Gurau bersahaja, tapi boleh jadi ah sinis bunyinya. adeh

Di satu masa yang lain, seorang ukht meluahkan pada aku

'Kalau akak nak mengharapkan ukhuwah semata2 akak tak de kot dekat sini. bersama dengan kelompok ini'

Exactly macam apa yang pernah aku lalui dan pernah aku fikirkan. err. Ada orang lain menyantuni kita lebih baik daripada kalangan kita. Hubungan mereka mungkin lebih rasa cinta. Eh tak tahula.

Tapi kita tak cukup mengharap pada manusia untuk memehuhi kehendak dan kekosongan diri kita.

Manusia tak mampu, tapi Dia mampu.
Kerana Dia, sebab terkukuh membuatkan kita bertahan.
Kadang tu memang sengaja Allah biar kita rasa bersendiri supaya pada Dia kita kembali.
Kadang tu memang Allah sengaja biar kita dilukai supaya kita tahu hanya Dia pengubat lara di hati.
kadang tu memang Allah sengaja buat kita rasa sunyi, rasa sendiri supaya kita sedar Dia sentiasa di sisi.

Allah, malunya pada Dia ;'(

pernah tahu satu cerita seorang ukht yang tanpa disengajakan, dengan kapasiti yang terbatas dan kelemahan yang ada telah 'tercicir' seorang mad'u. bila 'dicari' semula...

'kenapa setelah meninggalkan saya, akak seperti menghulurkan tangan semula?'

 kalau aku entah apa rasanya. haru sangat.

benar, manusia tak akan sempurna.
kalau bukan kita sandarkan pada Dia yang kekal, mungkin kita sendiri tak mampu bertahan.
jika benar kita mahu mencari sebab, banyak sebab untuk kita menjauhkan diri.
jauh hati, tak dihargai, terluka, ah segala macam lagi.

tapi tujuan kita lebih besar daripada itu.

kita belajar, daripada ketempangan ukhuwah inilah kita belajar memperbaikinya.
dengan ukhuwah ini jugalah kita mengatasi kelemahan diri.
dengan ukhuwah inilah kita mentarbiyah diri.

kerana kita bersaudara.
dengan jemaah, penuh berkah.

mengharap yang sempurna, kita sendiri bagaimana? Allahu
sejauh mana kau teruji, carilah seribu satu jalan untuk tetap bertahan.
kerana jalan ini bukan jalan orang penuh kemanjaan.
harus punya jiwa besar ;)

dan ukhuwah ini didasari iman,
jika tempang ukhuwah ini, yang perlu diperbaiki semula adalah iman ;'(

jika masa diperlukan, jangan terlalu berlama-lama.
kerana matlamat kita besar dan masa tak selalu nak menunggu kita.
kita harus cepat memperbaikinya.
sebelum syaitan mencucuk lebih jauh dan kita sendiri semakin menjauh.

setempang mana ukhuwah kita,
moga Allah berikan taufik dan limpahan redhaNya.

* * * * * *

hadith qudsi,

'cintaKu merupakan hak orang-orang yang saling mencintai keranaKu, cintaKu merupakan hak orang-orang yang saling mengunjungi keranaKu, cintaKu merupakan hak orang-orang yang saling berlumba berjuang fisabilillah keranaKu dan cintaKu merupakan hak orang-orang yang saling berhubung keranaKu' [Riwayat Ahmad]

Wednesday, September 25, 2013

memahami dakwah semula

assalamualaikum, bismillah.

kadang-kadang kita jadi mangsa keadaan. it sounds bad huh (?) but not all the time. If it really happened to us, I strongly believe we could make a change. Only when we realise it and if we really want to re correct it.

kesedaran dakwah dan tarbiyah.

boleh ke orang jadi mangsa keadaan dalam konteks ni? i would say yes. syndrome ni mungkin lebih dekat untuk budak sekolah agama maybe, sekolah Musleh ke ikutlah. atau anak-anak ikhwah akhawat.

Alhamdulillah Allah hadirkan murobbi yang banyak bimbing aku dan sungguh, aku mengasihi beliau kerana Allah.

saat aku inginkan pencerahan, kadang aku tak dapat jawapan direct. pening sana pening sini cari jawapan. over je.

'awak masih ingat kali pertama akak tanya awak kenapa awak buat dakwah?'

masa tu tak jawab spontan. fikir dulu. ya, aku boleh jawab, tapi bila aku fikir. 

' dulu masa dekat sekolah, awak bawak usrah yang macam mana? apa projection anak-anak usrah awak? apa hasil mereka sekarang? usrah awak sendiri, dengan usrahmates awak, apa yang awak qhodoya kan?'

seoalan bertubi-tubi.

sedikit demi sedikit nampak pencerahan.

aku boleh kata setahun pertama di bumi Ireland, merupakan langkah-langkah awal aku memahami dakwah semula. untuk lebih memahami, dan mencintai jalan ini.

orang sedap kata 'awak budak sekolah Al-Amin, sekolah Musleh' 'anak ikhwah akhawat' 'dapat tarbiyah dari dalam perut' kadang jadi bahan bergurau pula.haiya.luls

hakikatnya, it means nothing kalau aku (mungkin kita) tak faham pun apa aku buat. sekalipun kalau abiumi dahulu menginginkan anaknya menjadi pewaris jalan juang nabi ni, dengan memberikan didikan agama, dan menyekolahkan di sekolah yang menekankan aspek tarbiyah.

pointnya aku kena faham. 

Alhamdulillah, ya aku bersyukur aku mendapat peluang mengenali DnT sejak dibangku sekolah menengah, tapi aku juga sering mengakui, aku mengikut sistem. usrah, daurah, mabit, mukhayyam, nadwah,tamrin, iftar, iktikaf seakan biasa.. kalau aku tak faham, aku ni tak kurang macam 'robot dakwah'. bekerja, bekerja, bekerja. semata.

'pembinaan awak, dengan dengan pembinaan orang lain tak sama. masa mereka di kolej persediaan, mereka memang diajar reasoning skill. buat ni kenapa buat ni kenapa.'

'pembinaan awak somehow lebih rapi, tapi awak memang kena bertanya balik diri awak kenapa awak buat benda ni. bezanya kalau macam awak ni, awak jarang dicabar mindanya sebab apa awak buat ni. bukan awak tak tahu, tapi awak jarang ditanya. sebab tu bila ditanya, awak ambil masa untuk jawab. (sebab biasa dengan sistem kan) '

aku dah tahu lubuk mana kena fikir.

' kalau boleh, awak listkan apa benda yang awak pernah dapat dari dulu, dan fikir, kenapa awak dapat benda tu, apa hadaf dia'

kena fikir pembinaan diri kita macammana.

'bila awak faham, dapat jawapan. insyaAllah everything will be fine'
'awak boleh buat buat tajmik, boleh buat takwin, tapi kalau awak lebih faham, awak boleh buat dengan excellent'

dahulu, masa mula-mula sampai, aku mengadu, aku rasa kita ni, macam nak mem'program'kan orang. buat ni, buat itu. susun program ni, lepas tu apa lepas tu apa. silibus banyak tak cover, dah naik mustawa.

again,

'cara awak dibina berbeza. awak punya timeline pembinaan diri panjang semasa di Malaysia. dekat sini masa terhad'

difikirkan balik, betullah, banyak bahan yang orang telah disusun disini, di compactkan dalam masa lebih kurang 9 bulan sedangkan kalau dahulu aku dapat memakan masa mungkin lebih 3 tahun dan aku cover 'silibus' lebih banyak dan kurang lompongnya.

betul, silibus penting,
tapi kefahaman jauh lebih penting.

waqi' (tempat) berbeza, gerak kerja berbeza.
moga tujuannya tetap sama.

'awak mangsa keadaan, mereka pun mangsa keadaan, akak pun mangsa keadaan'

mangsa keadaan ke,
diprogramkan ke,
dissolve dalam sistem ke,

apa-apalah.

tak terlambat lagi untuk berhenti. berfikir, muhasabah, mohon taufik dan hidayah Allah untuk memahami dakwah ini. (semula)

kerana kita mahu beramal atas dasar kefahaman,
bukan kerana kemahuan semata-mata apatah lagi ikut-ikutan.

:)

*dialog sekitar dengan murobbi,berbeza latar masa dan tempat. tak terakam ayat sebijik, moga sampai gist nya.

Friday, September 20, 2013

Tahun kedua.

assalamualaikum, bismillah.

Alhamdulillah hari ni dah hari ke 4 secara rasminya jadi 2nd year med student. err. tak ada apa pun yang perlu dibanggakan. wuhhu. biar tak syok sendiri sangat, realitinya aku dah melangkah tahun kedua struggle jadi 'abid dan khalifah di bumi asing. fuhh. rindu Malaysiaaaaaa. tetiba.

biasalah, masuk tahun baru berjela-jela la azam. nak jadi itu, jadi ni, yadayadayada~ patutnya tak perlu tunggu tahun, orang mukmin bukan kah hari esoknya lebih baik? huu. but above all, aku nak buka hati, buka mata, belajar sebanyak-banyaknya daripada kehidupan yang mendatang ni.

awal-awal lagi aku banyak belajar buat benda yang I never imagine I can do it before. err. Alhamdulillah 'ala kulli hal. sebenarnya kalau kita tak pernah bagi peluang dekat diri kita, kita takkan tahu sebenarnya kita boleh buat ke tak. kefahaman, menggerakkan. just give yourself a chance! grab all the opportunities and explore yourself ;p

hari ni, hari 1st tutorial CP (clinical practice). kena berlakon jadi doctor dan present case depan GP (general practitioner). I thought we just need to discuss in a small group. tak tahu pula kena present. pheww. An irish guy present case before aku. dia bentang case sangat fluent. huu. berdebar aku nak present lepas dia ;/ tapi aku belajar, kena practice lagi, and improve. don't worry, memang tengah belajar, jangan takut buat silap. be positive. yeah :p next time, present case baik-baik ya, insyaAllah :)

dan this year, aku pilih elective subject ; Spanish language. tak tahu kenapa macam sangat bersemangat nak belajar language. terinspirasi dengan tokoh hebat pun ada juga. B.Melayu memang okay (ye ke? erk). English pun bolehla, dan B.Arab, pun insyaAllah okay jugala.  atleast basic2 okay. (plan untuk pergi Mesir lagi sambung belajar, insyaAllah) Mulanya nak ambil French tapi tak ada class yang from beginner, Gaelic macam tak meluas sangat penggunaan dia. so ambil Spanish (salah satu sebabnya jugak, aku nak pergi Spain lagii!),  dan InsyaAllah nak ambil kelas Mandarin, belajar Chinese language pula. tapi ni berbayar le. Tanya abi, 'boleh tak, nak ambil kelas mandarin, tapi berbayar la, tapi under Univ : under School of Asian studies. berguna juga bila balik Malaysia nanti. blablabla..' abi kata okay, tapi jangan ambil banyak sangat, sebab ye la study medic jugak. insyaAllah I'll do my best to manage my time well :)

kena selalu ikhlaskan hati belajar kerana Allah, moga-moga Dia mudahkan. ada orang, belajar sebab suka, tapi biarlah kita belajar dengan mindset untuk menyumbang, dan bermanfaat.

mulakan tahun baru (pengajian) ni rasa happy sebab ada 2 orang lagi schoolmates  yang datang UK & Ireland ni. sekarang kena plan nak ziarah depa. Didi dekat Sheffield, dan Far dekat Dublin. can't wait to see them!

langkah baru, sentiasa mengingatkan aku ; 'kegagalan di titik akhir bermula dengan kesilapan di titik mula'

tajdid niat kena selalu,

just a short update.
May Allah bless,

Friday, September 13, 2013

obsesi

assalamualaikum, bismillah.

kita suka kan dikenali?

ah, dulu zama masa aku obses dengan debat dan camping, walaupun bukannya nak orang kenal, aku memang buat sebab obses (?) but then bila orang kenal kita rasa macam best jugak. grr :'/

lepas SPM, masa jadi fasi prog kader duat junior, ada seorang adik tegur

' akak nii... yang masuk debat tu ke? blabla'
'err haah' 
' kitorang berlatih debat tengok video akak debat'
(suka hati juga la depa ni. aku pun tak simpan video aku dulu)

masa tu aku buat benda yang aku suka. dan aku suka orang kenal aku buat benda tu. 

tapi itu dulu.
kacamata dahulu.
bila difikir balik, lucu juga rasa. 
apa aku dapat? aha

hari tu masa aku di Mesir, join iftar student sana, ada seorang tegur. dia tengok aku lama. lepas tu macam berfikir.

'akak ni, debater eh?'
' err, ha..ah'
'yang ni, blablablabla *muka excited*'
'err haah' 

perasaan kalau boleh tak nak beriak. sesuatu yang aku rasa, bila difikirkan tak tahulah sejauh mana 'hasil' yang aku dapat. yes, tak dinafikan debat banyak ajar aku, bina diri aku jadi orang lebih baik, tapi takut tak sampai mana...

aku,
mahu obses dengan sesuatu,
yang aku akan all out sampai tercapai matlamat,
aku mengimpikan suatu hari nanti,

saat aku boleh bertemu baginda nabi, baginda panggil aku 

' ya khalilah...kerana kau dahulu mengikuti sunnahku, memperjuangkan jalan juangku, sentiasa mengingati aku, syafaat ku layak untukmu'

Allahu.

dan ini impian terbesar aku

'wajah-wajah orang mukmin pada hari itu berseri-seri. memandang Tuhannya...' 
[75:22-23]

bila kena point, 
betul-betul rasa nak obses kali ni,

kalau jatuh, bangun la!
moga Dia redha.

'biar tak dikenali penduduk bumi tapi dikenali penduduk langit'

* sudah 6 tahun aku menulis blog rupanya. memang malu juga baca post beberapa tahun lepas. (delete! delete!) ada yang entah apa-apa entah. moga lepas ni, lebih terpandu hendakNya.

Friday, September 6, 2013

diffusion of responsibility

assalamualaikum, bismillah.

first time aku tahu oh wujud teori ni, aku selalu rasa akulah yang seringkali terjerumus dalam teori ni. mangsa. (bunyi macam alasan je) dan apa yang lagi menyedihkan adalah bila ianya melibatkan gerak kerja kita dalam DnT ni.

apa entah 'diffusion of responsibility?' ;

'A reduced sense of personal accountability which tends to occur in groups without an assigned leader or other responsible party. Diffusion of responsibility can cause group members to participate in behaviors they would never take part in alone.'
'Diffusion of responsibility is a sociopsychosocial phenomenon whereby a person is less likely to take responsibility for action or inaction when others are present. Considered a form of attribution, the individual assumes that others either are responsible for taking action or have already done so.'

bahasa mudah, sesorang tu akan rasa kurang bertanggungjawaab nak buat sesuatu bila dia rasa ada orang lain akan buat. 'oh tak pe, si fulan atau si fulan kan ada' 

tersedar tak, yang kalau murobbi kita, mak usrah kita ke tak suruh kita buat spesifik tugas dalam amal jamaie ni, tugas dakwah tu sebenarnya still kita kena buat. insyaAllah, semakin kita cuma memahami, kita akan faham dakwah ni wajib. tapi, kita still rasa orang lain akan buat. dush dush. kata faham? ambik~

oh okay lah, mungkinlah tak perlu pergi jauh nak kaitkan diffusion of responsibiltiy ni dan cakap pasal gerak kerja dakwah (fuhh). tengok benda simple, common sense : mungkin dari rumah. kalau nampak sepah sikit, atau kotor sikit ada rasa macam takpe, kakak ada, adik ada, oh tu abang punya kerja. nanti settle la insyaAllah. itu dekat rumah, kalau sampah tepi jalan? haih, lagila buat-buat tak faham ;'/

kalau yang dah diberi tugas pun rasa aaa liat nak buat kerja, kalau tak diberi tugas nak expect apa? aku rasa dari sinilah sebenarnya banyak masalah timbul ;'/

lepas tu nak rasa aaaaa tak de kerja, tak ada kerjaa. tak rasa menyumbang la. rasa macam jauh hati la tak dapat kerja. amboih pfftt!

padahal kerja banyak.
orang yang betul-betul hidup untuk dakwah, dia akan tahu je celah mana nak menyumbang.
dush, terasa jauuuhh.

dan kalau menulis ni, akhirnya banyak kena hentam dengan diri sediri. seriously.

dan terima kasih 'kakak' yang walau nada main-main, dan aku tak terasa pun (huahua) tapi aku selalu rasa 'terpukul' walaupun kata sependek

'awak kena berfikir pasal ummah' - ni yang paling selalu kena kot.

sebab rasa, 'akak, saya baru. saya muda (bajet). saya rasa kakak2 yang akan fikir. apalah sangat saya ni'

so what?  nak bajet kemenda nya muda la, tak ada pengalaman la blablablabla..memang terus tak mampu kata apa-apa. manipulate la ayat macammana sekalipun, diri sendiri juga akan salah. akan penuh masalah.

dah cuba muhasabah diri, apa masalahnya, kenapa rasa macam lembab semacam ( i hate this feeling!), kenapa rasa banyak benda nak fikir, rasa semangat selalu je berkobar-kobar, dan kena buat macam-macam, but end up dengan rasa hmm, perlu ke buat? macam menyibuk, je. err macam tamak je? kan ada orang lain akan buat. takpela, tak payah buat. lagi-lagi rasanya semakin ramai orang menaiki kapal yang sama.

effect --> diffusion of responsibility.

kenapa nak kena rasa orang lain dah buat?
banyak lagi kot benda boleh buat. 
kalaupun nak lepas tangan' dengan 'oh, dia dah buat. dia akan buat'; kita ke yang dapat saham apa yang dia buat? nak menumpang nampak~

akhirnya diri sendiri yang rugi.
orang lain jadi mangsa.
perkembangan diri tak ke mana.

akhirnya yang tinggal
daie berlemak.
banyak ilmu, tak banyak amal.
banyak cakap, tak banyak kerja.
banyak semangat, tapi kosong?

nangis la sendiri sorang-sorang.

*less than 2 weeks nak start 2nd year. less than 2 days junior nak datang, sila-sila lah settlekan benda remeh ni ;'[

Tuesday, August 27, 2013

kena la ikut standard

assalamualaikum, bismillah.

masa tu kami dalam teksi. tak silap masa tu, baru balik dari rumah terbuka di salah satu rumah anak negeri dekat Madinah Nasr, Kaherah.

' kalau dekat sini, biasanya nak kenal budak dirasat, diorang ni pakai jubah je, pakai tudung bulat, beg pakai dalam tudung. budak medik, ada pakai tshirt dengan kain, tudung sempang, beg pakai dekat luar tudung'

'oooh, ni siapa yang setkan?'

'kalau budak dirasat yang duduk balkan (rumah anak negeri) memang kena pakai macam tu. kira macam peraturan la'

'hmm, oh, kenapa macam ada beza'

'aik. macam sekular ni' 
nada berbisik dalam dengar tak dengar. orang sebelah kiri aku dengar rasanya. balas dengan sengih.

sekitar itu dialog ringkas kami.

sebenarnya nak selit part sekular tu mungkin cara orang fikir, cara kena berpakaian, cara orang judge orang? err susah nak terangkan. ke lain konteks? hehe

dulu masa minggu awal di kolej persediaan dekat Penang, masa tunggu bas, ada sorang budak lelaki classmate aku tanya ;

'huda, just nak tanya je. kenapa tak sambung medik dekat mesir?'

errk. takkan la nak jawab 'hey sukahati orang la' heh. mungkin ke sebab aku sekolah agama, ambil bahasa arab kena belajar dekat mesir? atau sebab pakaian aku? atau entah kenapa entah. aku tak ambil pusing pun.

aku jumpa seorang ukhti di mesir, tudung bulat labuh, pakai niqab dan ambil medik. mungkin kalau judge pakaian, itu lagi lebih ikut standard untuk budak dirasat daripada sesetengah budak dirasat yang lain. 

salah satu ceritanya, dia pergi kedai makan, orang tanya, 'ustazah nak order apa?'

(ni situasi Malaysia. orang malaysia label ustazah tu siapa, tak sama macam di mesir. kalau di mesir semua orang pun jadi ustazah ;p)

aneh ya.
cara kita letak satandard pada orang atau pada diri sendiri pun, sebenarnya based on apa?

tak kisahla sebenarnya situasi apa pun.

neraca kita biar islam. islam je.

kalau pakai tshirt, pakai tudung tiga segi ke, tapi menepati syariat islam, boleh kan?
kalau tak belajar agama pun, biarlah nak pakai tudung bulat labuh pun. 
kalau dengan lelaki ajnabi bukan ke batas kena jaga, tak kesahla raya ke, sepupu ke..hmm
kalau kita boleh baca novel dekat mana-mana pun boleh,, siap orang cop kita 'ulat buku'
tapi kenapa kalau nak baca quran dekat mana-mana kita malu,, pulak tu orang cop 'budak bajet alim~'

tak keee....pelik?

lagi. siapa kata standard orang belajar oversea ni.. mesti banyak koleksi barang branded? makan kena mahal-mahal, mewah.

dah siapa pulak letak satandard macam tu?

ni lagi biasa aku perasan. kalau pergi majlis agama, mesti kena pakai jubah/baju kurung je. sopan-sopan sikit.

Aik. di mana-mana pun Allah juga tuhan kita... tak ke?

oh, tak boleh ni, aku belajar medik, belajar dekat europe lagi, pakaian kena profesional sikit. kalau ikut sangat syariat islam, nampak kolot sikit. tak sesuai dengan tempat dan profesion. kalau balik Malaysia, kena ada 'gaya' sikit la. baru tak jatuh standard depan kawan-kawan, saudara-mara.

eh dah kenapa?

dalam aktiviti seharian kita, banyak sangat benda kena muhasabah. check satu-satu. kalau kita buat sebab apa, kalau tak buat sebab apa. kalau kita fikir macam ni kenapa, kalau tak pun kenapa.

memang mudah bercakap dari berbuat. i know it. i admit it.
tapi atleast kena ada kesedaran.

standard kita ikut standard islam. bukan apa orang pandang, bukan apa yang masyarakat biasa pandang, bukan yang ikut masyarakat itu yang sepatutnya. kita juga bukan buat atau tak buat sebab nak orang puji atau takut orang keji.

nope. bukan semua tu

kita buat atau tak buat sesuatu tu bukanlah sebab lain melainkan kerana Allah. The Only One.

sebab akhirnya ghuraba' (orang asing) juga yang untung.
dan ikut kebanyakan orang memang mudah menyesatkan.

' Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kami dari jalan Allah. yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan ' [6:116]

 “Kamu jangan merasa rendah diri karena menempuh jalan yang benar walaupun sedikit orang yang menempuhnya, dan kamu jangan tertipu dengan yang bathil walaupun banyak orang yang mengamalkannya.” [Fudhail Bin 'Iyadh]

cukup untuk buat pertimbangan lepas ni? ;)

Saturday, August 24, 2013

kemudian apa?

assalamualaikum, bismillah.

hari-hari yang belalu,
bila scroll down facebook,
update berita..

mesti ada kisah yang akan membakar hati. Isu mesir yang belum reda. Suatu kisah yang menunjukkan inilah sunnah perjuangan menegakkan kebenaran. ini bukan teori dah. realiti dah depan mata. Kalau isu Syria, the latest : serangan gas beracun oleh Basyar laknatullah.

dan insiden yang berlaku satu persatu sebenarnya banyak buat aku fikir. fikir dan fikir.

masa di Mesir, aku mengalami 2 kali 'hentakan' emosi yang personally bagi aku besar. spesific pasal isu umat.

first, masa pengumuman rampasan kuasa oleh tentera. malam tu, aku memang ternangis dengan agak dahsyat.  rasanya baru tengok Dr Mursi berucap as a president. aku seakan tak percaya apa yang berlaku. dengan mendengar dan melihat  sendiri sebahagian rakyat mesir meraikannya, dengan hon-hon kereta, bunga api dan mercun. bencana apakah ini?

perjalanan, perjuangan ni memang tak semudah yang kita sangka.

second, masa serangan di Rabaah. pagi sebelum aku balik meninggalkan Mesir. again, perasaan sedih, geram bercampur baur. asap pekat kebakaran memang boleh nampak dari tingkap rumah yang aku tinggal. bunyi helikopter berlegar-legar tak payah cakap la.

perjuangan ni, bayaran dia peluh, airmata, bahkan darah kita.

dan aku suka tanya balik diri aku, mesti ada sebab kenapa Allah tunjukkan, 'bagi' benda ni biar kena rasa sebijik-bijik. biar makan 'dalam'

lalu, apa yang aku kena buat? kemudian apa?

malam rampasan kuasa tu, aku, janji dan cakap dekat diri sendiri, masa tu memang emo ; biar ni betul-betul hentakan yang menyedarkan. no more kesedaran bermusim, atau semangat hangat-hangat tahi ayam. NO MORE. enough is enough. i have to wake up, and never sleep again.

mula-mula kena hentakan pertama, yes rasa dia down semacam. kali kedua aku belajar menjadi rasioanal. ya, kita sedih dan geram. tapi jauh lebih penting biar kesan dia buat aku jauh lebih fikir masa depan umat. apa sumbangan aku? haiyya

dan aku terfikir-fikir, bila ambil medic ni, aku aim nak jadi paediatrician. asal bukan doktor biasa. kena jadi specialist jugak. dan lepas peristiwa 'pembantaian' yang berlaku, aku terfikir, banyak mana aku boleh sumbangkan pada umat kalau jadi paediatrician pun.

dengan kes kekurangan doktor masa di Rabaah dan doktor tak dapat nak buat apa-apa masa serangan gas beracun masa di Damsyik, again, aku keep asking myself ; what can i contribute to this ummah? i can't bear watching all this (!)

dan aku target lepas ni, aku nak jadi speacialist dalam bidang emergency medicine. boleh berkhidmat in a war zone. dah terbayang nak join relief mission semua.

again, ni cukup ke untuk ummah?

bila tengok doktor yang tak mampu buat apa-apa masa serangan gas beracun, again, aku fikir, ummah memerlukan orang yang boleh buat sesuatu bila perlu. kalau aku jadi macam ni, cukup ke? kalau macam tu pun cukup ke?

macam tak mampu nak jadi semua pun. solusinya, kita perlu fikir leeebih jauh, bukan semata untuk diri sendiri. apa yang ummah perlukan? kita lah yang kena mengisi kekosongan tu. Dan, jauh lagi besar daripada tu adalah kita menjadi seseorang yang sepatutnya, yang sepatutnya. dan itulah yang ummah perlukan.

bila menyelak fail-fail, rasa tepat pada masanya membaca point tu, 2 point teratas tentang pemuda Islam yang diperlukan.

1) yang memikirkan tentang umat lebih daripda dirinya sendiri.
2) memahami  dakwah dan gerak kerja yang betul

kalau kita claim kita ni saudara, yang sakitnya saudara kita kita turut merasai sakitnya, maka saat saudara kita berjuang, kita turut sama patut berjuang.

aku akan rasa loser gila kalau aku kata nakkan kemenangan untuk Islam, which is kemenangan yang sama semua orang nak, tapi mereka telah membayar dulu harga kemenangan dengan darah mereka, dan takkan kita boleh goyang kaki? pheww.

bila berfikir jauh, sebenarnya, berfikir untuk menggerakkan diri sendiri tu lah penyelesaian terbesar. jangan nak lembik sangat. lawan nafsu jangan selalu kalah. kadang tu, bila fikir untuk diri sendiri memang akan mudah rasa malas dan lemah. rasa ah tak payah buat betul sangat pun takpe. tapi no way, bila fikir  pasal ummah, memang kita akan cuba jadi yang terbaik. kata-kata semangat yang works la untuk boost semangat aku, untuk study, etc ; 'I must always aspire for the best. second good is not enough for the ummah. fighto!'

mengetahui hakikat sunnatullah, sebelum mendapat kemenangan, memang akan ada ujian, akan ada yang terbunuh, terpenjara, terusir, terfitnah...

entah aku part yang mana entah. atau tak beraksi? huaa.

kita mungkin je bukan di medan yang sama. tapi orang yang berjuang, di mana-mana pun akan berjuang. dan perjuangan kita di mana pun adalah menjulang tugas dakwah ni. itu yang sepatutnya. uwaa senang cakap. i know, i know. tapi kita akan gagah dengan adanya Allah, insyaAllah.

dan first time aku sedar hakikat ; jalan dakwah ni akan sentiasa ada penapisan agar pemuda yang 'tidak benar' tidak menjadi beban dakwah, fact ni sangat menghantui. aaaaaaaa. moga-moga Allah thabatkan kita semua. dan berdoa la, mati atas jalan ni.

masalah umat yang besar, sedar tak sedar solusinya memang start dengan diri sendiri benar-benar komited mendokong dakwah ni. Sampai dakwah melebur dalam setiap inci kehidipan. benda nampak macam kecil tapi memahg tu je.

akhirnya, moga-moga Allah ganjari segala usaha kita. meskipun sekecil 'rasa'

ah sudah, aku just nak menulis apa yang aku rasa last-last panjang pula berjela :/ Gottago, wasalam~

Tuesday, August 20, 2013

semalam di Rabaah

assalamualaikum, bismillah.

Alhamdulillah, sekarang dah sampai cork, ada sebulan lagi baru nak start kelas. mula2 rasa macam akan bosan dan tanya jugak diri sendiri kenapa la tiket balik Cork dari Cairo awal sangat, rupanya memang banyak sangat kerjaaaaaa. Allah.. dengan nak digest dan muhasabah aktiviti sepanjang aku menghabiskan cuti summer di Jordan dan Mesir, dalam masa yang sama nak lengkapkan projek summer. memang cantik sangat aturan Allah.

Sampai2 Cork ni, memang masih gila bayang lagi dengan Mesir dan Jordan. Mesir la terutamanya. sebulan lebih kot di sana. hidup, belajar dan bergaul, sangat terbayang macammana masa aku di sana, aku lalu jalan yang sama, tengok tempat yang sama, sekarang pasti jauh beza.  especially..

Medan Raba'ah.
Ramsis

pasti sudah bertukar warna.

malam itu, masa aku diizinkan Allah, solat isya dan berterawih di Medan Rabaah ; itulah antara malam terindah sepanjang aku berada di Mesir.

sebelum apa-apa, pertamanya, aku declare awal-awal. ya pelajar Malaysia sebenarnya dilarang pergi ke Rabaah, just aku kena bagitahu awal-awal, yang aku ni degil juga nak pergi, dan aku pergi dengan ustazah Arab aku. orang mesir. kalau ada orang mesir senang sikit. apa-apa pun, pengajaran pertama : harapnya jangan ikut kedegilan aku. serius ni. alhamdulillah tak jadi apa-apa. beberapa hari lepas aku pergi, medan Rabaah dah dikepung oleh pihak tentera. ikutkan hati, sebenarnya, aku bukan nak kisah sangat orang bising pasal bahaya semua, tapi sebab aku terikat juga dengan pihak kedutaan Malaysia, keluarga dan juga jemaah, jangan nak buat degil sangat. ok?

bertindak berani dan bijak ada bezanya.

asalnya, keinginan aku memuncak pergi sana bila ustazah aku ada cerita suasana di Rabaah. kadang-kadang dia akan berhimpun di sana. dia kata, mashaAllah, subhanallah, awak akan tengok dekat sana orang beradab dan berakhlak.

mana tak rasa nak menyaksikan dengan mata kepala sendiri.

beberapa kali dah cakap dengan ustazah nak ikut dia pergi, dan sebenarnya cubaan awal tak berjaya sebab kekangan masa. sampailah dah nak habis belajar. aku memang cakap dari sudut hati aku yang paling dalam dekat ustazah (ceh. tapi betul apa) yang aku nak sangat pergi sana, 1 malam je, sebelum aku balik Ireland.

dan ustazah setuju nak bawa aku. memang bersyukur. mula2 nak diamkan ja, tapi fikir 2-3 kali, bagitau juga ahli bait. dan ada lagi beberapa orang yang ikut.

hari nak pergi tu, aku iftar bersama2 dengan ustazah dan student lain yang belajar di markaz lughah (bahasa) yang sama. ada orang mesir, US, canada. kami habis makan tu agak lewat juga. dan cepat2 nak bergerak ke Rabaah.

kami iftar di Sabi' (macam seksyen 7) dan nak pergi ke Rabaah (empat). asalnya ustazah kata kita jalan kaki je, baik untuk perut (hihi) tapi antara sebabnya juga susah nak dapat transport ke Rabaah. tremco (ala-ala van) ke, teksi ke depa ni ada yang skeptikal sikit kalau nak ke Rabaah. mesti nak berhimpun la tu. err tak tahula kan apa sebenarnya diorang rasa. tak jauh sangat pun sebenarnya 3-4 km je.

azan isyak 24 Ramadhan dah berkumandang. kami masih lagi menunggu. tak lama lepas tu, ada tremco dari jauh 'Rabaah! rabaah! rabaah'  hah, ini rezeki! ada tremco ke Rabaah. ustazah aku suruh naik. 'bisur'ah, bisur'ah'

kami stop agak jauh juga dari medan orang berkumpul tu, sambil jalan aku berborak dengan ustazah iman (ustazah lain dekat markas yang sama). dia kata, nanti dekat pintu masuk tu, biar saya yang cakap, awak ni orang malaysia, kita saudara. mesti senang punya nak lepas. confident dia cakap. aku okay kan je.

sampai pintu, bukan pintu sangat, dia kira macam dekat benteng pasir tu ada laluan masuk. tapi ada pemeriksaan bagi semua yang nak masuk medan. ustazah Iman jalan dulu, dia cakap la apa yang dia nak cakap. then aku kena check beg sikit-sikit then lepas. dia check bukan apa, nak pastikan yang kita memang tak bawak apa-apa senjata. sebab mereka berhimpun secara aman. makcik yang check tu pun subhanallah baik sangat. senyum. tudung memang tudung bulat labuh. makcik tu cakap 'nahnu nuhibbukum fillah' aku senyum je. faham je maksud dia. ustazah iman translatekan jugak. dan dia senyum. kan saya dah cakap (senang je nak lepas) ?

masa tu dah rasa dah 'basah'nya ukhuwah mereka. belum apa-apa lagi ni. bukannya pernah kenal pun. just kita sama aqidah je. subhanaAllah.

masa kami masuk tu, dah start solat isyak. kalau tahu, medan Rabaah ni, pentas dia kira tengah2 simpang empat. so kami masuk dari satu simpang. sepanjang jalan tu kiri dan kanan orang solat. ustazah aku yang tolong nak carikan tempat sebab memang ramai sangat orang! bayangkanlah, ada anggaran kata 3-4 juta orang.  dan disebabkan ustazah dah biasa, aku ikut je. kami agak lewat dah, susah nak cari tempat. ustazah stop dekat satu khemah. katanya kita solat dulu dekat khemah ni, nanti kita cari tempat lain lepas habis solat. so kami masuk satu khemah ni. entah khemah sesiapa entah. tapi makcik dekat luar khemah memang sangat mengalu-alukan. 'tafaddholi, tafaddholi.' mashaAllah makcikk ;')

solat isyak diiringi qunut. memang spesifik untuk menentang kezaliman.

after isyak, ustazah bawak kami jalan cari lagi tempat solat untuk solat terawih sampai ke depan pentas. masa tu aku dah rasa, Allah, aku hanya mengandaikan kalau dapat pergi, pergi tepi-tepi pun sudahla, aku just nak bersolat dengan mereka dan nak lihat apa yang mereka buat. nak dapat tarbiyah indirectly dengan melihat. ini sampai dah ke tengah-tengah. pentas tu selama ni tengok dekat depat laptop je. dan mashaAllah, terlalu ramai orang. tapi keadaan tak huru-hara pun. bersistem, ada jalan. dan saf-saf rapi tersusun. terasing lelaki dan perempuan. and suprisingly, medan tu bersih! boleh bayang tak mesir yang memang terkenal dengan sampah merata-rata tapi tempat tu bersih. dah la dengan berhimpun ramai pulak.

memang benar, kalau bukan sebab adab dan akhlak, keadaan takkan jadi macam ni.
menuju ke pentas. yang sempat aku tangkap drpd kamera hp.

aku dan Ustazah Marwa terpaksa patah balik sikit, sebab tempat penuh. dan kumpulan kami sedikit terpecah. ada dengan Ustazah Iman. aku dan ustazah Marwa solat di tempat yang sama. berdua. masa kami solat tu tak ada sejadah. lepas dua rakaat ustazah carikan sejadah, dan makcik lain dekat situ bagi je sejadah. dan pass bagi minum air sejuk berais. padahal entah sape-sape la kami ni. itu ukhuwah. subhanallah.

kami bersolat di atas jalan raya bertar. masa solat buka la kasut. dan, aku merasai bahang panasnya tar tu walaupun dah berlapik dengan sejadah. aku terbayang macammana mereka berhimpun di tengah panas di siang hari, waktu summer, di bulan ramadhan. pasti, pasti mereka mendapat kekuatan daripada yang Maha Kuat untuk sekuat itu. Allahuakbar.

suasana di khemah yang aku singgah sebentar
habis solat terawih, ada ceramah dan laungan-laungan semangat macam tu. terasa la 'ruh' semngat mereka. dan kami tak terus balik. Ustazah bawa tengok khemah-khemah di situ. of course, mesti nampak orang baca Al-qur'an di sana sini. berhenti satu khemah ni. makcik tu ajak siap minum teh semua. tapi kami tak la. just berborak-borak. ye, dalam khemah itulah, mereka hidup. jauh daripada keselesaan berada di rumah. dan mereka sanggup. orang yang matlamatnya demi dunia yang kecil aku kira tak akan sanggup. dengan bawa anak-anak kecil lagi. mestilah mereka ada tujuan yang jauh lebih besar. subhanaAllah.
aku dan ustazah marwa malam tu

sepanjang tu memang aku berkepit dengan ustazah Marwa. aku kadang borak sedikit, tanya itu ini. dan kadang aku senyap memerhati. tiba-tiba ustazah tanya ; ' khalilah, kamu takut ke?' ' tak uztazah, tak. aku jumpa ketenangan di sini' . Alhamdulillah. subhanallah.

lebih kurang 11 lebih, kami pulang. dan aku sedih, kiranya malam tu last aku jumpa ustazah Marwa. pelukan erat malam tu seakan masih terasa. aku cakap, ustazah, jangan lupakan saya. ustazah kata takkan, kamu anak murid saya.. dan aku bersyukur, Allah izinkan aku ke sana dengan bantuan ustazah Marwa. alhamdulillah.

rasa cepat je masa berlalu. dan, apa yang sebenarnya yang aku lihat dan rasa tak mampu aku nak luahkan semua. aku menyaksikan, mereka yang berhimpun, berhimpun dengan penuh adab dan akhlak. dan aku yakin memang dengan penuh pengorbanan dan jihad demiMu. semoga Allah meredhai mereka semua., ameen!

bila mendapat berita medan rabaah dikosongkan secara zalim.., Allah, pedih hati ni. malam di Rabaah pasti sudah bertukar warna. aku terfikir juga apa jadi dengan makcik yang aku ziarah khemah mereka tu. Allah, kalau mereka engkau ambil, terimalah mereka sebagai syuhada'.

boleh lihat gambar lain di sini.

khemah-khemah yang aku lawati, tak terbayang akan ranap macam tu je

aku ada rakam sikit video masa di sana. tapi kualiti memang low sikit dan agak panjang. siapa yang nak tengok jugak, silalah. bolehla dapat gambaran dan bayangan apa yang aku dah ceritakan serba sedikit :)

ni masa nak cari tempat solat sampai ke depan pentas

video

lepas habis terawih,

video

on the way balik. lebih jelas laungan semangat dan gambaran khemah sementara mereka

video

ada bercampur baur rasa dan beribu hikmah pengembaraan aku summer ni yang nak aku coretkan. paling kurang buat kesan pada diri sendiri.

ini baru satu episod aku di mesir. ada banyak lagi yang nak dikongsikan sebenarnya.

lepas apa yang terjadi di Rabaah, aku perasan umat 'terbangkit' sedikit. di laman-laman fb ramai yang turut menyatakan kesedihan dan rasa tak puas hati. alhamdulillah. tapi aku sangat berharap bukan separuh jalan. dan apa yang terjadi bukan hanya memerlukan simpati dunia. ummah memerlukan kita bangkit dengan sebenarnya. bukan rancak di media, tapi amal berhabuk. memang kena banyak muhasabah.

ada orang lain yang membayar kemenangan yang kita turut sama dambakan dengan darah mereka, takkan kita semangat sehari dua, atau lama sikit seminggu dua? Allah..

melapor diri di Cork, murabbi dah siap cucuk-cucuk. 'awak siapkan slide awak' nak tour sharing. ah sudah!

moga Allah redha.
moga Allah redha.
moga Allah redha