Pages

Tuesday, January 22, 2013

siapa aku untuk kecewa

assalamualaikum, bismillah.

aku tak pernah menyangka aku akan serapat ini dengan dia, Ina. (bukan nama sebenar)

huda, macam mana ye, kalau kita rasa kawan kita tu kawan dengan kita ada sebab lain. Ina tau,, tak baik fikir macam ni. tapi.. ‘

aku terkedu. tersenyap.

‘tapi Ina, Huda kawan dengan Ina pun ada sebab. ada tujuan.. hehe’

‘ alaaa tapi tujuan tu lain…takpela’

kiranya dia maklum aku ada ‘tujuan’ berkawan dengan Dia. berasaskan dan disandarkan pada Dia. punya misi, tatkala aku atau dia bermain-main di tepi jurang neraka, moga ada nanti ada tangan yang menarik kita.

kerana potensi yang aku nampak pada seorang Ina bukan setakat dia sekarang.

sikap dia, perangai dia memang tak sama dengan aku.
dan boleh jadi ketidaksamaan ini, kalau ditambah ketidaksabaran, mungkin sahaja aku buat jalan aku, biarlah dia dengan cara dia.

tetapi tidak.
jauh di dalam hati, sangat yakin suatu hari nanti, dia akan berubah. jauh lebih baik.

seolah-olah aku berkawan dengan Ina, itulah kali pertama aku berkawan dengan dia. hilangkan sejarah lama. apa-apa cerita pun yang aku dengar, itu kisah lama.

saat airmata dia tumpah depan aku.
aku buka lembaran baru.

tapi tiba detik itu. aku kecewa. kenapa cerita itu perlu aku dengar. masih teringat saat itu, aku sengaja biar dia pulang dahulu, sengaja pulang lewat, layan perasaan kecewa. aku kecewa. sedih yang teramat.

tapi bila airmata itu tumpah depan aku (lagi)
aku buka lembaran baru. (lagi)
cuba layan dia sebaiknya.

tapi tatkala hari itu, kenapa harus lagi aku menghadapinya. aku kecewa. kecewa yang sampai geram melihat wajahnya. sedih yang amat. rasa nak persoalkan, nilai apakah airmatanya selama ini?

tapi akhirnya aku juga yang tertampar.

siapa aku untuk kecewa.

aku juga barangkali mengecewakan.
bahkan mungkin lebih-lebih lagi.
menangis meratapi dosa berkali-kali,
tetapi tetap juga mengulanginya.

entah berapa kali pula Allah kecewa dengan aku?
kalau hati sendiri sibuk nak jaga,
pandangan Dia? *dushh.

siapalah aku untuk kecewa.
melekukkan batu tak akan pernah cukup dengan setitis dua.

masa, harus bersabar denagan masa. sabar. jangan terburu-buru.

Saturday, January 12, 2013

jejak Andalusia

assalamualaikum, bismillah.

ya, ya aku dah lewat lebih seminggu nak update. nak update la ni. okay, tak nak bagi alasan apa-apa.

Alhamdulillah selesai jaulah Andalusia, Sepanyol. jujur aku rindu bumi itu, bukan sebab cantiknya permandangan di situ, bukan sebab orang di situ. bukan itu. tapi sebab aku tahu, bumi itu lebih-lebih rindu pada jiwa-jiwa yang ilahnya hanya Allah.

sedihnya Spain ni, dulu, tersangatlah gemilang islam dekat situ. lebih kurang 800 tahun islam bertapak di situ tapi sekarang? 90% katolik kristian. 100 tahun tentera kristian buat ethnic cleansing (penghapusan etnik) untuk hapuskan islam dan muslim. sangat susah jalan sekitar spain sekarang nak jumpa orang pakai tudung. itu serba serbi sebab kenapa sayula berjalan di bumi Andalusia tu.

sebelum bertolak, antara mind setting yang cuba disetkan (maafkan keserabutan ayat) adalah ‘kita nak balik kampung ni!’ Andalus kampung kita.

nak tulis cerita sepanjang jaulah jawabnya tak sudah nanti. aku just share serba sedikit jela. dan, siapa yang nak berjaulah, Spain wajib ada dalam list ye ! :)

DSC_1668
masulah. ajk pengisian. kem komandan.
London airport. 15 orang ahli. jaulah bermula dengan briefing jam 3 pagi! masyaAllah sisters. hihi

Malaga-Sevilla-Cordoba-Granada.

melawat mana-mana negara kita dulunya, kita kena ada niat ingin membebaskannya semula. sama lah macam Andalusia ni. hari fist pergi Al-Cazaba (pernah menjadi kubu islam dahulu) dan Gibralfarouq (jabal farouk). nak ke punjak bukit tu, mengerah keringat juga la. kata seorang sister ; ‘nampaknya, kalau kita nak tawan semula Spain ni, kita kena qawwiyul jismi!’ setujuuuuuu dan sengih :PDSC_1678
DSC_1680
DSC_1758
DSC_1768
DSC_1780


DSCN0461DSC_1754

                                 siang ditutup dengan tadabbur Alam di pantai Malaga. subhanaAllah.

DSC_1826DSCN0554            terus bergerak ke Sevilla. Giralda salah satu masjid dulunya, sekarang dah jadi gereja ;’(

g

menara azan ni dulu.

DSCN0582
kuda               masuk Alcaza. salah satu istana, yang islam hanya tinggal ukiran di dinding.

DSCN0660
DSCN0482
DSCN0606
DSCN0612
DSCN0609
DSCN0671                                                       solat di taman Istana :)
DSCN0674

Cordoba. kalau tak dapat nak pergi banyak tempat. cordoba wajib pergi (dan Granada). suatu masa dahulu, di sekitar cordoba sahaja ada 600 buah masjid. dan sekarang nak jumpa 1 masjid pun sangat susah. Cordoba dulu sangat pesat. masjid Cordoba, sangat besar. dalam tu ada 1600 tiang. dan dikatakan setiap tiang tu dulu ada halaqah/usrah.

sekarang? dah jadi gereja. ada salib besar di tengah-tengah masjid. gereja di mana sekelilingnya penuh ukiran nama Allah. kata orang, boleh nangis la masuk masjid. Dan muslim dilarang solat di situ. Dari awal tak ada siapa pun setuju sebenarnya nak tukar masjid tu jadi gereja. tapi pemerintah dengan kuasa vetonya buat juga gereja. minoriti muslim di sana sampai sekarang fight untuk sekurang-kurangnya dapat solat di situ. pernah berlaku pergaduhan sampai cedera. sebabnya ada orang solat di situ. sampai sekarang masih tak dapat lagi.

dunia argue : kalau nak buat gereja, boleh je robohkan masjid tu. tapi kenapa nak juga guna masjid tu? cara ‘melukakan’ hati kita umat islam (?)

sebenarnya kami tak dapat pun masuk masjid tu..sebab tu tak feel sangat. (kena datang lagi ni :D) sedih sangat. tutup awal pula untuk sambutan tahun baru. sayu sangat dekat Cordoba ni. drama airmata. banjir la stesen bas tu. tak apa, kenangan kita :)

dapat tengok dari bentengnya sahaja. dan repilkanya. dan dari tower di seberang sungai. alhamdulillah.

DSCN1554DSCN0852
DSCN0873DSCN0859DSCN0808DSCN0856

                               pergi Plaza de Espana. dan Al-Baizyn = ada sedikit komuniti Islam di situ

DSCN0700DSCN0717DSCN1483
alhambra dari jauh. dari masjid granada yang mana umat islam dekat sana fight selama 23 tahun, akhirnya pada 2003 baru dapat bina masjid di situ. alhamdulillah.

DSCN0952DSCN0958DSCN0709DSCN0934DSCN0954DSCN0962DSCN1596DSC_1986

Alhambra, Granada.

ni mungkin (ke memang?) tempat paling orang nak pergi. Istana, pusat pemerintahan dulunya. yang masyaAllah sangat cantik. diceritakan dibina dengan bayangan syurga oleh arkitek kita dulu. paradise on earth. banyak taman-taman. dan banyak sungai-sungai kecil yang mengalir sekitar Alhambra ni. inspirasi ‘syurga  yang mengalir dibawahnya sungai-sungai’ ukiran dan hiasan sekitar Alhambra sangat halus, cantik dan masyaAllah, Alhambra ni besar sangat. boleh memuatkan sekitar 8000 pelancong dalam satu-satu masa.

disebabkan sangat panjang, berjam-jam orang beratur beli tiket, dan tiket online dah habis. kami ambil inisiatif seawal pukul 6 beratur. ya Allah sejuk dia menggigit tulang. gelap gelita, embun pagi. huhu. dan 630 pagi dah ramai orang beratur padahal kaunter bukak pukul 8 pagi! pengalaman beratur pagi tu tak boleh lupa la. sejuk sangat. dan aku akhirnya dengan takdir Dia juga, kena selsema teruk dan demam. huu. kenangan~

tiketnya ada limit, sesi pagi 8 pagi hingga 2 petang. 6 jam pun tak habis rupanya kami jelajah Alhambra!

DSCN1621
nilah, pagi-pagi buta orang dah beratur.

DSC_2164DSCN1194DSC_2089 - CopyDSCN1636DSCN1648DSCN1660k
DSCN1681DSCN1659

DSC_2107DSC_2122DSC_2147DSC_2149DSC_2160DSC_2163
2013-01-02 08.11.16
(selsema. bawa toilet roll ke hulu ke hilir. tengok gambar ni memang kena gelak guling-guling T_T)

bila dah terlalu banyak benda nak tulis, banyak sangat nak pilih gambar. nak susun lagi, end up jadi macam ni je –_- ada gambar boleh besarkan. just klik je.

banyak sangat belajar dekat sana. macam-macam. dekat sana, setiap tempat yang kami lawati ada PIC yang akan cerita pasal sejarah, dan lain-lain. terisi la, bukan jalan-jalan kosong. alhamdulillah ;] orang kata, jaulah membuatkan kita kenal kawan-kawan kita. tapi kita juga sebenarnya lebih mengenali diri kita. rindu bumi Spain tu. kalau tengok video dan gambar, mesti rasa macam nak pergi balik sana. dan sebenarnya bertambah manis jaulah tu sebab pergi dengan sisters osem! ukhuwah fillah ;)

dekat sana depa semua cakap spanish. english sikit-sikt. susah nak communicate. ada 2 orang sister belajar spanish. dan yang diri sorang ni gagap-gagap cakap arab. baru tahu ketaq nak praktis. sebab sana, yang muslim ada dari morocca la, mana-manala. pandai cakap spanish dengan arabic. boleh la borak sikit-sikit. ingat balik macam lawak je. ada juga jadi macam ayam dengan itik. nak pergi Spain, belajar sikit-sikit bahasa dia dan bahasa arab. sangat membantu ;p

semoga jaulah ni, lebih dekatkan kita semua dengan Dia. dan Dia redha dengan kita.

untuk kesekian kalinya ; aku rindu Andalusia!

astaghfirullah. sekian wasalam.