Pages

Tuesday, January 22, 2013

siapa aku untuk kecewa

assalamualaikum, bismillah.

aku tak pernah menyangka aku akan serapat ini dengan dia, Ina. (bukan nama sebenar)

huda, macam mana ye, kalau kita rasa kawan kita tu kawan dengan kita ada sebab lain. Ina tau,, tak baik fikir macam ni. tapi.. ‘

aku terkedu. tersenyap.

‘tapi Ina, Huda kawan dengan Ina pun ada sebab. ada tujuan.. hehe’

‘ alaaa tapi tujuan tu lain…takpela’

kiranya dia maklum aku ada ‘tujuan’ berkawan dengan Dia. berasaskan dan disandarkan pada Dia. punya misi, tatkala aku atau dia bermain-main di tepi jurang neraka, moga ada nanti ada tangan yang menarik kita.

kerana potensi yang aku nampak pada seorang Ina bukan setakat dia sekarang.

sikap dia, perangai dia memang tak sama dengan aku.
dan boleh jadi ketidaksamaan ini, kalau ditambah ketidaksabaran, mungkin sahaja aku buat jalan aku, biarlah dia dengan cara dia.

tetapi tidak.
jauh di dalam hati, sangat yakin suatu hari nanti, dia akan berubah. jauh lebih baik.

seolah-olah aku berkawan dengan Ina, itulah kali pertama aku berkawan dengan dia. hilangkan sejarah lama. apa-apa cerita pun yang aku dengar, itu kisah lama.

saat airmata dia tumpah depan aku.
aku buka lembaran baru.

tapi tiba detik itu. aku kecewa. kenapa cerita itu perlu aku dengar. masih teringat saat itu, aku sengaja biar dia pulang dahulu, sengaja pulang lewat, layan perasaan kecewa. aku kecewa. sedih yang teramat.

tapi bila airmata itu tumpah depan aku (lagi)
aku buka lembaran baru. (lagi)
cuba layan dia sebaiknya.

tapi tatkala hari itu, kenapa harus lagi aku menghadapinya. aku kecewa. kecewa yang sampai geram melihat wajahnya. sedih yang amat. rasa nak persoalkan, nilai apakah airmatanya selama ini?

tapi akhirnya aku juga yang tertampar.

siapa aku untuk kecewa.

aku juga barangkali mengecewakan.
bahkan mungkin lebih-lebih lagi.
menangis meratapi dosa berkali-kali,
tetapi tetap juga mengulanginya.

entah berapa kali pula Allah kecewa dengan aku?
kalau hati sendiri sibuk nak jaga,
pandangan Dia? *dushh.

siapalah aku untuk kecewa.
melekukkan batu tak akan pernah cukup dengan setitis dua.

masa, harus bersabar denagan masa. sabar. jangan terburu-buru.

No comments: