Pages

Thursday, February 7, 2013

akhawat

assalamualaikum, bismillah.

akhawat bunyinya macam eksklusif eh? terpulang. pada aku, semua boleh jadi akhawat (ukht). itu kan perkataan arab je. bila refleks masyarakat sekeliling guna, macam jadi konon eksklusif pula ya? err
tak kisahla apa pun.

untuk kehidupan aku sekarang, kehadiran akhawat jadi sangat penting. terasa pentingnya bila jauh daripada keluarga. sesama kawan-kawan sekolah, kawan-kawan sekolah ‘adik beradik’ (SMI Hidayah, SMI Aman, SMI islah etc) bila daurah dulu memangla lepas SPM, habis gelaran banat (pelajar perempuan dekat sekolah), tukar pula akhawat. ceh konon bunyi dah matang dan ‘besar’  sikit.

rakan-rakan membesar yang menjadi akhawat ke, atau akhawat natural ke (eh?), buat aku jatuh cinta. terasa lengkap, bahagia hidup disamping akhawat (err ayat apakah) tapi mungkin betul. mungkin? eh, memang.

bila bergurau pun, tak lah melampau. nak membahan pun agak-agak juga. kalau nak tegur pun, dalam gelak-gelak pun ada ‘uishh’. jatuh, dibangunkan. dan suka je bagi suprise dan ‘ayat-ayat’ cinta.

hari tu masa dekat London, aku beria lah nak beli satu barang ni. err, mungkin la mahal sikit. sebab kedai tu eksklusif ada dekat London je. (kata orang) tapi konon ikut hati nak beli satu je. kenangan konon. so beria nak tanya seorang ni (ukht) sebab memang tengah jalan denga dia. memang dia kata tak payah beli je. pastu konon berhujah nak nampak rasional boleh beli. last-last tu walaupun gelak-gelak memang ‘uishh’ la.

  ‘tak boleh-tak boleh. kita kan dah belajar Muntalaq. ingat bab 1 ; Menolak al-hawa’. tak boleh tak boleh.’

gelak. err yelaaaaaaaa. dan tak beli pun.

balik hostel, tidur. besok pagi bangun ada benda ‘baru’ dalam beg. benda yang aku nak beli tu. sebijik. aaaaaaaaaaaaaaaaa! sape punya kerja ni.

ah, macam-macam sangat la benda nak suwit muwit (err ayat apakah lagi ini)
tapi akhawat pun manusia biasa. bukanlah ideal sangat pun. manusia biasa juga.
dan aku cinta mereka semua kerana Allah ;’)

dan 2 hari lepas, lagi berbunga hati bila 3 sahabat yang paling aku sayang dekat sekolah dulu mesej. berturut-turut. diorang ni berpakat ke apa? minggu exam ni, jadi legaaa. padahal diorang tak tahu pun aku tengah minggu exam. cantik sangat susunan tu. nampak macam random. tapi Allah yang susun.

dari Jordan;
‘Assalam huda. rindu nt tiba-tiba <3 Tak mau ganggu nt. saja nak gtau rindu nt. Jaga diri selalu. Jangan skip makan. makan rohani makan jasmani. K huda sayang. Tcare <3

dari Malaysia ;
‘ hudaaa. Assalamualaikum. Ana rindu anti. Hehe saje nak cakap ‘

‘ huda :) just to say that i love you for the sake of Allah..'

cair. cair lagi walaupun dah berkali-kali cair. dan aku juga, rindu dan sayang mereka. sangat. kerana Allah.

# lama tak update, tiba-tiba mode jiwang macam ni. redah je lah!