Pages

Saturday, February 9, 2013

Alkisah Islamic Awareness week

assalamualaikum, bismillah.

minggu ni, dekat University, Islamic Society ada anjurkan Islamic Awareness Week (IAW). Dah habis dah tadi. jujurnya aku tak ambil pusing sangat pun dengan IAW ni mula-mula. kononnya kekangan exam. dan aku tak register pun untuk jadi volunteer. buat dekat Main Campus. agak jauh sikit. so aku set, kalau aku nak datang, aku datangla. astaghfirullah.

Telah ditakdirkan, hari Selasa kelas Biochem aku dekat Main Campus. memang tak pernah-pernah la nak ada kelas dekat sana. dan sebelum kelas ada jarak masa 3 jam. alang-alang free tu aku pun decide pergi Main Campus awal, lepak la dekat tempat pameran IAW.

disuruh approach orang-orang yang datang. err. disuruh jagakan juga site Palestine dan Syria. err. Cik Naqibah aku duk kata ; ‘ Ni lah masanya nak practice. ‘

err okay. berdebar. sibuk tanya orang apa guidelines semua.

cubaan pertama approach makcik seorang ni. Dia yahudi. open-minded. mula-mula skema je lah. senyum, tanya nama, salam. pusing-pusing sampai booth Palestine. pokpekpokpek la aku cerita pasal palestine. dan makcik tu baru tahu dekat Masjid Al-Aqsa tu qiblat first umat islam. banyak juga la makcik ni komen. memang friendly.

cubaan kedua approach seorang student ni, tanya benda-benda basic jugakla.

cubaan ketiga. masa tu ternampak seorang makcik ni tengah tengok booth Palestine. tanya je. ‘ do you have any question about Palestine/ Syria? do you want me to explain about it? ‘ all those basic questions. lepas tu makcik tu cakap dia dari Lebanon. Lol. mungkin tahu banyak lagi dari aku –,- aku pun tanya la dia cakap arab kan? aku pun cakap la aku boleh cakap arab sikit. belajar arab. makcik tu terkejut. ‘ so, do you read the arabic verses of Quran?’ ha, aku jawab la ye ‘although you don’t understand the meaning?’ erk. aku cakap la aku belajar juga. and baca makna in malay. last-last tu dia cakap. walaupun dia cakap arab, dia tak faham sangat Al-Quran. bahasa dia ada yang high level sikit. errk. kesimpulannya : kena belajar!

itu cerita kali pertama aku menyebuk dekat situ. Hari Rabu dan Khamis, jadual pack. tak sempat nak pergi. Hari ni, kelas habis awal, tak ada lab petang. aku pun ambil peluang datang menyebuk lagi dekat booth IAW. sampai-sampai letak beg. tak lama lepas tu kawan aku panggil. ‘Huda, tolong jawabkan soalan dia’

mak aih. terkejut. tak prepare apa.

lelaki Irish, seorang atheist. mula-mula dia tanya pasal Al-Quran, hukum dalam islam. macam-macamla. tergeliat-geliat lah lidah juga nak jawab soalan dia. lepas tu aku pula tanya dia soalan basic pasal God. pasal Universe ni. sebab dia atheist, kalau aku jawab pasal hukum hakam yang Allah tetapkan pun, dia tak percaya Tuhan. susah. so aku just nak biar dia ada rasa perlu bertuhan. blablabla. tahu-tahu borak dengan dia hampir satu jam setengah. lenguh kaki berdiri. dia tanya, aku jawab. dia jawab, aku tanya. lama sikit lepas tu pass la lelaki ni dekat lelaki Irish (kot) yang muslim (member of this society) untuk jawab soalan-soalan dia. aku minta izin undur diri, nak solat.

jujurnya petang tadi, walaupun secara mengejut je kena berdialog dengan Irish guy tu, dahla tak set mind nak jadi volunteer apa-apa ke. dah la kena speaking. tapi banyak la Allah nak ajar aku. kita tak perlu pun nak tunggu kita dah kononnya bersedia baru nak sebarkan/cerita pasal islam. kadang-kadang kita je terlebih takut. mungkin step pertama, buang je rasa takut tu.

it was a great experience, alhamdulillah :)

aaaa, banyak sebenarnya nak cerita, tapi kena chow dulu. pagi esok sebelum subuh nak kena gerak pergi Dublin.

oh, aku berharap aku dapat post cerita penuh pengalaman aku in english. err tapi mungkin akan ambil masa yang lama untuk edit. Lol. disebabkan IELTS pun speaking lagi tinggi daripada writing, so setakat ni aku memang lebih confident untuk bercakap daripada menulis. eh alasan apakah? okay. sedang berusaha pun untuk menguasai english. untuk islam, kerana Allah. do pray for me. wasalam~ ;)

*maaf bahasa rojak. tapi aku tetap pencinta bahasa melayuuu ;p

No comments: