Pages

Thursday, February 21, 2013

buat apa ni?

assalamualaikum, bismillah.

lama dah tak buat dialog kotaraya

Ihsan : pakcik, apa pakcik buat sebenarnya? puas ke dengan kerja pakcik sekarang. saya tengok kerja pakcik hari-hari angkat batu-batu kecil. tu je.

Pakcik : pakcik buat kerja besar ni :)

Ihsan : saya tak nampak apa-apa perubahan yang signifikan pun? ulang-alik, balik-balik tu je.

Pakcik : pakcik optimis nak, pakcik sedang membina bangunan. ye, bangunan. walaupun dengan usaha pakcik sekarang ni.

* * * * * * *

Ziyad : Ihsan, kau tak letih ke dengan apa yang kau buat ni? hari-hari aku tengok sibukla dengan usrah kau. hari ni usrah kau, esok bawak usrah, lusa meeting, weekend nanti, ada daurah la segala bagai.

Ihsan : ish, aku buat kerja besar ni ;)

Ziyad : apenye kerja besar? aku tak nampak apa-apa perubahan signifkan pun. buat letih badan je.

Ihsan : aku optimis ziyad. aku meyakini dengan apa yang aku buat ni, aku sedang membina ummah. ummah Ziyad, ummah!

Ziyad : letih Ihsan, letih..

Ihsan : bila kau tahu sebenarnya apa yang kau buat ziyad, mana mungkin kau kata diri kau penat dengan apa yang kau buat. letih? teruslah bekerja, sehingga keletihan itu letih mengejarmu. sambil menepuk-nepuk bahu Ziyad

terima kasih pakcik.
terima kasih Ihsan.
:)

No comments: