Pages

Friday, February 15, 2013

guru

assalamualaikum, bismillah.

menjadi guru, satu cita-cita yang tak pernah aku padamkan. guru memang tak semestinya ‘pekerjaan’, boleh jadi orang sekeliling/ kehidupan juga adalah guru, etc. tapi cita-cita aku, untuk jadi dua-dua. pekerjaan dan yang bukan pekerjaan. ehm. sebab tu plan aku, walaupun ambil medik ni, end up nanti aku nak jadi lecturer. sebab aku mencintai kerja ini. (ewah)

pengalaman jadi guru sekolah rendah, lagilah buat aku cinta kerja ini. busy adalah sikit-sikit, penat pun adalah sikit-sikit (dan aku paling tak suka kena tulis perancangan mengajar –,-) tapi, kepuasan menjadi seorang guru mengatasi yang lainnya.

pengalaman menjadi tutor, untuk 2 pelajar (bahasa arab, math dan science), buat aku tambah lagi cinta kerja ini. mungkinlah dulu aku rasa waaah bestnya dapat duit poket sendiri. masih belajar tapi dah ada income, tapi tetap kepuasan mengatasi yang lainnya.

* * * * *

bahasa arab. aku sangat suka bahasa ni. dari sekolah rendah. orang kata susah, aku tak ada lah nak cakap tak susah, tapi akan jadi senang kalau kita memang minat dan NAK sangat belajar arab ni. aku, nak belajar lagi dan lagi dan lagi.

dan pernah beberapa kali, di’cucuk-cucuk’ oleh usrahmates untuk ajarkan bahasa arab. tak ambil serius. sampai satu hari, aku (dan rakan-rakan) nak ambil kelas arab anjuran Islamic Society. tapi bila pergi kelas, baru start nak ajar huruf (memang tahap start dari awal, sebab ramai Irish), ishh, tak membantu sangat ni.

last-last come out dengan idea, kita buat kelas sendiri among malaysian student, aku jadi tukang ajar. (aku? err) ada orang yang uruskan semua benda. dialah cari tempat, susun masa, semangat. kata dia;

akak punya target, sebelum balik Malaysia, awak tolong akak, akak nak tahu basic arab ni. boleh faham sikit-sikit’
’okay-okay, InsyaAllah’

alhamdulillah, semalam baru start kelas pertama. dekat 20 orang juga si akak ni berjaya kumpulkan, cuak aku. aku ingat 5 orang cukuplah. majoriti semua kakak-kakak. beberapa orang je la sebaya. Alhamdulillah Allah mudahkan. buka kelas dengan ayat motivasi bagi aku sendiri kenapa suka sangat nak belajar arab ni ;

‘Kami menjadikan Al-Quran dalam bahasa arab agar kamu mengerti’ [43:3]

kalau tukar struktur ayat, kalau nak mengerti Al-Quran, kena tahu bahasa arab. niatnya bukan nak show off pandai arab, melainkan untuk faham kalam Allah, bahasa syurga ni. ya Allah, bersihkan hati-hati kami.

dan sebelum start, cuak juga. tapi awal-awal aku memang cakap pada semua;

saya ni, bukanlah pandai sangat arab, bukanlah lebih tahu, tapi cumanya Allah telah mentakdirkan saya belajar arab dulu, jadi saya tahu dulu. mungkin nanti bila semua dah belajar, semua akan lebih pandai daripada saya.”

terkadang masa yang telah ditakdirkan Allah menjadi kelebihan pada kita. akhirnya pulangkan pada Allah. bukannya kelebihan diri kita pun.

datang sini dengan tak bawa satu habuk pun buku bahasa arab. memang kena usaha lebih sikit ni untuk mengajar. korek sana korek sini. kena buat juga perancangan mengajar. ohh –,-‘

semoga Allah berkati, redhai usaha kita semua.

# doakan Allah mudahkan urusan saya nak menghabiskan cuti summer di Mesir. ilmu seciput sangat. nak belajar Al-Quran dan Bahasa Arab. rindu juga Malaysia, tapi aku cinta juga ilmu ini. summer tahun depan la ek kita jumpa? ;p

semalam masa QC dapat sharing ayat yang sangat menenangkan aku.

‘Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam taurat, injil dan Al-Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung.’

‘mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, beribadah, memuji (Allah), mengembara (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah, dan gembirakanlah orang-orang beriman’ [9 : 111-112]

semoga Allah redha :)

3 comments:

Latifah Maisarah said...

''Mengembara demi ilmu dan agama'' ana harap ana pun dapat mengembara dengan niat yang betul . :)

Nadirah Mohd Amin said...

insyaAllah kheir huda
lagi kita ajar, lagi kita dapat
:)

KhalilahAlhudaKamilen said...

InsyaAllah Latifah :)
(nt mmg akan baca semua post ana ke? haha)

Jazakillah.
betul, insyaAllah.. :)