Pages

Monday, February 25, 2013

tempat asal

assalamualaikum, bismillah.

sekarang baru aku merasa betapa besarnya nilai tempat asal-usul.

tempat asal, yang mana ianya fitrah untuk kita kembali ke tempat asal.

bila jauh, selalu terkenang-kenang rumah dekat Malaysia, Gombak. (walaupun asalnya aku lahir dan membesar di Kajang –.-) Alahai apalah sangat kalau nak banding Gombak, Malaysia dengan Cork Ireland. Syok jugak Ireland ni haa. dahla cantik. macam-macam ada. err

kawan aku tadi cakap

Saya happy la duduk dekat Cork ni. tak ada pun rasa homesick’  ERK.

Alahai setakat duduk kuarters kerajaan, kalau nak banding best lagi rumah dekat Cork ni kan. bilik sendiri pun besaaar. apa la nak kesahkan sangat, maju kot dapat merasa hidup dekat Europe ni. orangnya pun beretika, sistemnya pun efisyen.

sedapla, sedapla orang kata.

fitrah kembali ke tempat asal tu jauh lebih besar dari tu. bukan sebab tempat asal kita lagi best (mungkinlah certain kes memang lagi best), bukan sebab apa sangat tapi sebab kembali ke tempat asal itu fitrah. ya, jawapannya sependek itu.

bahkan para sahabat setelah hijrah ke Madinah pun sangat rindu nak kembali ke Mekah kan?

* * * * *

‘ ini first time I datang Daurah, dan lepas ni I nak datang lagi. taklah scary sangat.’

‘ I used to hate usrah, now I love it ‘

‘ I sedar, I nak start dari awal balik semua’

‘ setelah 20 tahun baru saya sedar semua benda ni ‘

hidayah Allah tu, Allah lah yang punya. tersentuh dan inspired sangat dengar luahan sahabat-sahabat aku. siapa sangka… Allah, Kau jugalah yang memegang hati-hati mereka, teruslah

Dakwah kita, Dakwah cinta.
kita bukan nak ajak orang buat apa-apa. hardcore sangat la dia nih.
kita bukan nak cop orang lain jadi geng-geng usrah.
bukan semua tu.

kita cuma nak orang kembali.
kembali kepada Allah.
kembali sedar.

dan, kembali kepada Allah. inilah FITRAH yang selalu kita abaikan.

yang kita selalu zalim pada fitrah itu.
walhal hati kita terlalu ingin kembali ke tempat asal.

kita ego. ego sangat nak kembali.

walaupun kita suka buat benda-benda pelik-pelik, lagha memanjang, yang buat hati kita jauh dari Allah, best dia tak lama. hati kita akan gelisah. tak tenang. dalaman kita rasa kosong. hati meronta-ronta nak kembali.

KEMBALI KEPADA FITRAH.
KEMBALI KEPADA ALLAH.

tu je kunci ketenangan dalam hidup.

it doesn’t matter how hard your life is, if all you have is Allah, you have all you need.

you might be far from Allah but He is close to you.
turn to Him and you will find Him.

;)

‘huda, you lah kawan yang kalau I nak cari Allah, I cari you’

Allahu, Allahu. berat. nanges sekarang T_T
ya Allah aku sayang mereka. sayang sangat. biar jauh, jagakan mereka ya Allah

on the way balik dari Castlebar ke Cork.
lebih kurang 5 jam atas bas. moh le kite muhasabah

4 comments:

Latifah Maisarah said...

dah semacam novel (inspirasi) -'Contengan Jalanan' karya Hlovate,best buku tu. merantau, dan dapat 'menghasilkan' sesuatu, yang boleh ubah orang sekeliling dan jugak diri sendiri :'D

Latifah Maisarah said...

hehe, sebab akak update dalam bas.. waah , gaya travel habis :D

keberkatan said...

k e m b a l i

KhalilahAlhudaKamilen said...

> latifah
woah, ana baca jugak dah novel tu sblm datang sini. (boleh la buat novel kan :D)

dah memang traveller. bosan pulok atas bas. hoho
tapi xsampai lagi la backpacking traveller. hehe

> k.aimi
k e m b a l i