Pages

Friday, March 1, 2013

As-Somad

assalamualalaikum, bismillah.

kamu tahu, perkataan as-somad dalam Al-Quran hanya ada satu. SATU as satu je perkataan tu dan, makna jauh lagi besar daripada itu memang ada SATU JE As-Somad.

As-somad menurut terjemahan pelbagai  : tempat meminta segala sesuatu.
                                                             : selama-lamanya tumpuan seluruh makhluk.
                                                             : tempat memohon pertolongan.
                                                             : tempat bergantungnya segala sesuatu

mungkin soalan cliche, kenapa surah Al-Ikhlas tak ada pun perkataan Al-Ikhlas dalam tu? tiada jawapan akan di berikan >.<

dan, tamparan akan berkali-kali, dan akan bertubi-tubi je datang bila fikir; ikhlas kah selama ini aku menjadikan Allah itu sebagai As-Somad?

ikhlas itu biasanya sinonim dengan keadaan tersembunyi, dan bersendirian.

kalaulah ditakdirkan Allah, kita elok-elok bawa kereta sorang-sorang nak ke usrah, tiba-tiba di satu jalan yang sunyi di hujung kampung, kereta kita rosak. cari handphone, Allah, bateri mati! toleh kiri, toleh kanan tak ada kelibat manusia. telefon awam apatah lagi. nak jerit tak ada suara.

katakanlah itu situasinya.
pada masa itu PASTI yang kita akan pohon pertolongan adalah Allah.
pada masa itulah barangkali kita sangat ikhlas menjadikan Allah sebagai As-somad.

cuba kalau, situasi kereta kita rosak tu dekat tengah ramai, handphone ada bateri, macam-macam lah usaha yang kita boleh lakukan untuk mendapatkan bantuan.

tatkala itu barangkali kita tak ikhlas pun menjadikan Allah sebagai As-Somad.

ah, jangan kata contoh situasi je

refleks diri
kehidupan seharian kita
situasi-situasi yang kita pernah lalui
memori-memori yang tersimpan
pengalaman yang kita lalui
kehidupan yang telah lalu,

adakah benar kita telah ikhlas menjadikan Allah sebagai As-Somad?

T___T

seorang sahabat pernah datang kepada nabi, menceritakan  bahawa sahabat yang lainnya suka sangat membaca surah al-ikhlas. bila ditanya kenapa?

‘kerana aku mencintai surah ini’

' kerana dengan sebab cintanya kamu akan surah ini,Allah juga mencintai kamu’
’kerana kecintaan kamu terhadap surah ini, Allah memasukkan kamu ke dalam syurga’

mereka suka baca kerana cinta.
kita suka baca kerana pendek? Alahai!

again,

adakah benar kita telah ikhlas menjadikan Allah sebagai As-Somad?

:’(

No comments: