Pages

Friday, March 29, 2013

cuti datang lagi!

assalamualaikum, bismillah.

hari ni hari 1st cuti (Easter break). cuti sampai 7/5! sebulan lebih tuuu. err tapi buka sekolah nanti exam. summer EXAM. so jangan nak cuti sangat kan –,- dan semalam hari last exam end of module.. fuh fuh fuh. susah wo! berasap juga kepala. tapi mampu juga senyum. senyum, dan tawakkal. kalau nangis 7 hari 7 malam pun tak ada gunanya. so just move on la! :))

dalam kepala aku, cuti ni la masa nak tidur proper sikit. tak adala sleep cycle tunggang langgang.
masa nila nak dapat buat macam-macam benda yang selama ni duk rancang je tapi tak buat-buat pun. tapi banyak jugak benda nak kena study untuk xam nanti ;/

akan mulakan cuti dengan berSpring Camp, InsyaAllah esok sampai tulat. lepas tu kuarantin siapkan essay T_T dan sambung jaulah ke UK bersama usrahmates. dulu masa dekat Malaysia pun selalu jugak la pergi UK. Ulu Klang. okay huda, tak lawak –,-

dan projek aku masa cuti ni (antaranya),,
ahh masa lepas SPM dulu pun rancang buat projek, projek summary sirah nabawiyah. separuh jalan jugak. kawan yang tunggu bila nak siap projek ni mesti kecewa. ahaha. yang penting niat tu. eh. ada rezeki aku sambung, InsyaAllah.

so, projek aku kali ni, nak buat summary usul 20. dan lepas-lepas tu baru sambung projek bahan/buku lain.

hari tu masa datang satu daurah ni, sangat kagum la seorang akh ni,banyak betul dia baca buku. buku fikrah. woah. teruja. aku jeles betul dengan orang kuat membaca ni. aku suka jugak membaca  tapi suka tula bacaan-bacaan tak serius dan berat sangat.(tengah tunggu 8 buah novel beli online tak sampai-sampai lagi ni. awatnya..huhu) atau kalau baca buku fikrah pun, bukan yang serious reading punya. extract bahan ke, buat analisis ke. macam dulula, aku ulang-ulang kali baca buku. (sebab suka) ‘bagaimana menyentuh hati, Abbas as-sissi, tapi tak haybat pun DF. err’ dulu suka je baca sikit-sikit buku-buku abi dekat rumah. pernah habis baca masa sekolah dulu buku Jalan Dakwah: Mustafa Masyhur, tapi…hmm. baca je rugi la.

pernah terfikirla, aku risau la aku ni akan sekadar baca je. sebab memang dah suka baca. hobi, so baca la.  so lepas ni, kena ubah la. kena serius sikit. tapi 8 novel yang dah beli tu baca tak pe la kan? *blink-blink*

antara ayat akh tu (sekarang dah kerja jadi doktor dah, ada isteri dan anak) ; ‘ saya tak reti sangat duk DF orang. saya suka membaca. saya jadi tukang baca untuk orang yang tak membaca’ terinspirasi gitu. siap tanya isteri dia, bilanya dia baca semua tu.

lepas tu aku pun cakap la dekat sorang usrahmate : ‘saya pun nak jadi macam tu la. saya nak jadi tukang baca Cork’

akak tu sampaikan pula ‘cita-cita’ aku tu dekat naqibah aku. berkatalah naqibah aku. ceh; ‘akak memang dah bayangkan dah awak dengan Nadia jadi supplier bahan tarbiyah dekat Cork ni.’

hari tu naqibah aku jumpa lagi : ‘awak nak start dengan buku Dasar-dasar islam dulu? awak tahu kan silibus-silibus?’

tahu. tapi disebabkan aku tersangatlah suka dengan syarah usul 20, aku minta nak start dulu dengan usul 20. tapi projek kecilan dulu. lepas tu baru sambung buku/bahan lain, InsyaAllah. InsyaAllah. sebenarnya bila listkan, banyak sebenarnya yang nak kena baca oi.

takpe, start sikit-sikit dulu.

bismillahirrahmanirrohim, cuti dah mula. inilah masanya…

oh, dan semoga Allah rajinkan aku juga untuk baca buku-buku akademik. ameen, ameen ya rab.

masalah juga sebenarnya kalau tak rajin sangat baca buku akademik. tak boleh, tak boleh.. medik kena study hard. kaw-kaw punya study. mujahadah kena tinggi betul baca buku akademik ni. tak tahu kenapa, semangat dia macam lain. lebih kurang macam kenapa kita pergi kelas kita tak excited atau sesemangat dengar pengisian daurah ? ha ? antara baca buku fikrah dengan lecture notes ?

inilah antara keajaiban yang aku rasa tak terungkai lagi oleh aku =.=’ okay, talk less do more huda,

assalamualaikum.

1 comment:

Latifah Maisarah said...

ana pun suka baca! suka sangat.. hee tersentap sikit 'takkan baca je' .. huhu