Pages

Wednesday, March 13, 2013

penat yang tak nikmat?

assalamualaikum, wbt.

aku memang dah lama nak update, benda yang bermain-main dalam kepala aku. (tiba-tiba enche gabbana nak juga update pasal penat) ceh, over pulak nak marah kalau sama. oh, ok, tak ada kaitan sebenarnya.

hari tu aku luahkan pada seorang sahabat, seorang kakak, seorang ukht. (nak juga ukht ;p);

‘saya takut, saya takut penat saya sekarang penat orang biasa. penat yang Allah tak pandang pun. saya suka je nak berpenat-penat, tapi tak suka dan takut penat ni tak nikmat’

ah, sebak la nak cakap.

aku cuma takut, penat aku ni, penat orang biasa. hectic life student medic yang biasa. jujurlah, aku sendiri merasakan memang mengambil jurusan medic dan nak laju menderu dalam Dakwat dan Tarbiyah (eceh) perlukan seorang yang sangat pandai menguruskan urusannya. tapi aku optimis, Allah meletakkan aku pada tempat yang betul, dengan beban yang mampu aku pikul, InsyaAllah :)

pada aku, apalah erti, hebat study tapi diri tak terisi, tujuan hidup tak dipenuhi.
tapi sama juga kalau sebaliknya. dari zaman sekolah, kata-kata abi, dari s.Umar sangat lekat dalam kepala aku.

‘ aku sedih melihat orang yang cerdik, tetapi tidak beragama. dan aku kecewa melihat orang yang beragama tetapi dungu.’

ouch tak?

untuk apa-apa pun, aku kena target untuk jadi yang terbaik. Dakwah, study, semua-semualah. Ah, dan target je mana pernah cukup, kena usaha. kalau study, usahala sehabis baik, result urusan kedua. yang penting Allah ganjari usaha aku. dapat pahala, dapat redha, nak apa lagi?

penat juga study hard ni. (erk, mungkin aku jela rasa macam tu)

tak kira la kelas pukul berapa, biasanya, pagi, pukul 8 lebih keluar rumah,jalan kaki, sampai sekolah pukul 9 (oh ya, rumah aku, lebih kurang 1km dari sekolah) study group, lecture, lab semua. tak kirala kelas habis pukul berapa, biasanya akan balik maghrib. malam, kalau ada usrah pergi usrah, kalau ada QC, pergi QC, iftar ke, apa-apalah, cuba untuk pergi juga. biasanya malam tak mampu nak stay up study lama sangat. tidur je awal, esok bangun awal, dan melalui kitaran yang sama.

kitaran yang hampir sama. penat huh?

tulah, takutnya penat ni sia-sia. study, memang usaha untuk improve, last sem alhamdulillah Allah rezekikan semua subjek dapat 1st class honour kecuali satu subjek (err, physio!) tapi, ini ujian, baru permulaan. untuk usaha dan usaha lagi. suka ayat yang seorang syeikh share. sheikh mana tak ingat: ‘ i must always aspire for the highest. second good is not enough for the ummah’. aku, struggle, cuba. untuk deen ini. demi mardhatillah.

tapi again, selalu rasa takut usaha ini tidak dipandang Allah. Allahu.

aku punya cita-cita, untuk memaknai kehidupan aku. i just wanna be an extraordinary muslim. that’s it.

dan aku suka plan. plan harian, plan mingguan, plan hidup. apa nak buat, apa nak capai, bila nak capai. memang dari sekolah planner adalah perkara wajib yang akan aku angkut ke hulu ke hilir.  pada aku, selagi kita tak fikir, tak ada plan, tak ada target, arah mana kita nak tuju? kalau kita tak tahu nak pilih apa-apa, pilih je la mana-mana, sebab kita memang tak ada tujuan. apa-apa keputusan sama je la kan?

dan hari tu Naqibah aku suruh tulis plan untuk setahun, 5 tahun, dan 10 tahun yang akan datang. beria tulis. ingatnya untuk simpanan sendiri. rupanya kena share. Ah sudah!

aku orang tengah-tengah. bila orang lain bentang ; ‘ aaaaaaaa, segannya nak bentang!’

2 tahun dari sekarang nak usrah kuat-kuat! daurah kuat-kuat! dan bina adik-adik.

ya, itu sahaja yang aku share.

5 tahun dari sekarang. tengah housemanship, tapi plan nak sambung jadi speacialist. kahwin dah, anak 1. (haha.okay, tahu-tahu. macam tinggi cita-cita. nilah sebabnya aku segan nak bentang ––‘), turun tarbiyah adik-adik dekat mana-mana sekolah Musleh yang terdekat.

antara 5-10 tahun akan datang ; tarbiyah aulad kuat-kuat.

10 tahun akan datang ; jadi speacialist. aktif masuk IPT, bina QS. aktif penulisan artikel tarbiyah.

dan aku nak thabat. itu yang aku share.

‘okay, plan tu tampal dalam buku, nanti kita akan tengok dari masa ke masa’. huh, serius rupanya. ini bukan main-main rupanya.

masa lepas SPM pun, disuruh buat plan hidup oleh naqibah juga. dan mungkin aku sorang je yang ambil serius  betul dengan plan hidup ni. dan aku masih angkut plan aku (siap laminate you, ahaks) ke penang, dan sampai juga ke Ireland.

IMG

(boleh juga senyum-senyum sambil tengok) nampak keanak-anakan kan? heh, haruslah, masa tu tak lah matang sangat. dari sudut amal pun, haruslah banyak berubah. itu tahap sekolah menengah je tu! ;p

and, again, orang suka mainkan aku bila part ada gambar rumah tu –,- itu kan plan, Allah juga yang menentukan. mana ada calon pun. aku sangatlah berlepas tangan bab tu (tapi doa tetap doa), siap cakap dengan umiabi, ; ‘hari tu huda baca buku tanggungjawab ibubapa, antaranya mencarikan jodoh untuk anaknya. hehe, abiumi tolong ye. masa huda 2nd year dah boleh la carikan. malas nak fikir. (sesuka hati je kan)’

ok, itu bukan pointnya.

aku malu nak share *tutup muka sekarang*, tapi aku share, moga-moga saat aku tersasar, ada yang ingatkan. saat jatuh, ada yang hulurkan tangan. saat silap ada yang betulkan :(

dan bila fikir-fikir balik masa-masa yang lalu,
usaha yang lepas,
plan yang akan datang,

tahu sangat, ianya.

sangat butuhkan pengorbanan,

dan aku akan sering bertanya pada diri.

penat ini, adakah penat yang nikmat?
penat yang bila aku ‘berehat’ nanti, itulah kemuncak kerehatan aku dari segala lelah di dunia ini?

ke penat sekadar penat?
astaghfirullah.

‘when the soul works for Allah, The body doesn’t get tired’

boleh nangis, baca ulang-ulang ayat ni. dengan sifat manusiawi aku ni, terasa tak mampu. mudah-mudahan mujahadah lawan penat ni, bernilai di sisi Allah.

mudah-mudahan penat ini penat nikmat.

5 comments:

Latifah Maisarah said...

kak! nak tanya nii.. yang future plan tu waktu akak form 5 ke masa sekarang ni ? pleaaaase jawab.. hihi

KhalilahAlhudaKamilen said...

Lepas form5. Ada tarikh dekat situ :)

Anonymous said...

:) nikmatkah penat itu? Allahu, rasa itu dari Dia.. mintalah dari Dia jika rasa itu yang diperlukan untuk terus melaju dalam deru dakwah dan tarbiyyah.. kerana bukan rasa itu yang menentukan segalanya biarpun mereka mengatakan rasa itu indikator.. yang sebenarnya, hanya ikhlas yang menjadi indikator bermakna atau tidak penat kita saban hari

KhalilahAlhudaKamilen said...

Allahu, jazakillahukhair.
Betul, ikhlas jugalah yg dinilai Allah..

:)

musheh said...

hudaaaaa jazakillahu khair. kte mcm rasa tgh futur ke apetah term die skrg ni sbb asyik dok blajaaaa jee, tp lpas bce post2 kt blog awk ni, kte rasa mcm dpt semangat balik! thanks! moga awk baik2 je kt sana yeee >.<