Pages

Tuesday, April 30, 2013

tetap Allah yang sama.

assalamualaikum, bismillah.

kadang-kadang bila kita selalu sangat fikir yang kita tak ada masa, pemikiran kita ‘itulah’ yang banyak membunuh masa kita.

sekarang tengah spring, kalau masa winter dulu, aku merasai nikmat panjangnya malam. siang bermula lebih kurang 7 pagi- 5petang. dan sekarang, alhamdulillah, (masih lagi nikmat) mula merasai panjangnya siang. seawal 3 pagi – 9 malam.

dan mengadu aku pada seseorang.

‘saya lebih suka winter..’

‘kenapa? spring pun best jugak, boleh study masa siang lama’

=.=’

bila malamnya pendek, akan solat maghrib lebih kurang 9 lebih, dan nak isyak pukul 11 lebih pula. esoknya kena mujahadah untuk subuh yang masuk seawal 3 pagi lebih.

bila refleks diri, kalau lah masa winter dulu, best sangat lah qiyam boleh lama sikit, puasa pun pendek je.
sekarang sudah merasa beratkah untuk qiyam dan turut berpuasa? sobs sangat!

dan aku akan teringat benda yang suka aku ingatkan kawan-kawan aku bila habis sekolah.

‘ ke mana pun kita pergi, Allah yang kita sembah saat kita bergelar pelajar dekat sekolah ni, adalah Allah yang sama. kita taat pada Allah bukan masa dekat sekolah je. tapi bila-bila dan dimana-mana’

dan aku perlu menelan dan menghadamnya. diri sendiri.

‘Khalilah, huda, Allah yang kau sembah masa winter adalah sama dengan sekarang’
nanges!

ada orang boleh kata, kita faham dengan keadaan sekarang, dan boleh berkompromi dengan amalan sunat. tapi kalau kita yang mula meringan-ringankan amalan sunat yang Rasulullah tuntut dan dicintai Allah , atas dasar apa tindakan kita?

ya Allah, termuhasabah sangat.. Crying face

kalau tak tengok amalan sunat,
ok,

apakah subuh waktunya sudah tidak ditunggu?

Allahu Allah, kuatkanlah.

terasa benar yang menguatkan itu hanyalah Dia.

bilamana orang harap kita lah yang mengejutkan orang solat subuh,
tapi bila saat itu Allah uji kita dengan terlajak kelewatan…

maka siapakah sebenarnya yang Menguruskan dan Menguatkan?
please, stop thinking that you are able to do whatever you do because of yourself!
shame on you..

Saturday, April 27, 2013

lapang

assalamualaikum, bismillah.

dalam hidup ni,
bukannya kita nak masalah yang kecil.
beban yang kurang.

bila nak meminta kurang ujian,
terasa malu dan kerdil.
alangkah lemahnya diri!

tapi kita mahu hati yang besar.
jiwa yang kental.
dada yang lapang.

dari sekecil tikus dan sebesar singa mungkin kita takut.

tapi antara..
kita diletakkan di padang pasir dengan seekor singa,
atau
di dalam tandas dengan seekor tikus,

mana kah yang lebih lapang?


'bukankah Kami telah melapangkan dadamu??' 
[93:1]


worry not,
believe in Allah :)

Tuesday, April 23, 2013

spring camp & jaulah

assalamualaikum, bismillah.

my bad, my bad ;( tak sempat nak update. lama terbengkalai. alasan kan? huh.

terasa tak sempat jugak tulis coretan yang panjang-panjang. mampu letak gambar je. dan sikit je. tak menggambarkan apa sangat ;/

jujurnya, aku tersangat menghargai nikmat yang Allah berikan. Spring Camp dan jaulah ni, banyak juga aku belajar nilai ukhuwah dan pengorbanan. Ah, terlalu banyak! cuma tak tertulis je.

Spring camp di Scout Centre, Mount Melleray, waterford. aku terbayang kalau boleh buat camping macam kem asas ke, sebab best tempat dia. cehh. sejuk dia ya Allah! katanya extreme sejuk tahun ni. tapi cantik dia, subhanallah :) kalau dekat Malaysia, bila bab cuaca, orang mungkin merungut panas, kalau sini, mungkin sejuk. nak ambil wudhu’ pun, menggigil. takpa, ini tarbiyah. ye dok?

SC2013-04-01 10.24.222013-04-01 10.19.09

Jaulah usrah sulbah aka Itqan Safiyyah. nama nak panjang aje. hihi

dari leicester, lawat sisters, sampailah ke Birmingham, banyak sangat yang belajar. again, tak sempat je nak tulis ;/

20130404_121218
20130408_152855IMG-20130411-WA0003

memori gambar ini : masa kami nak beli air ni, dah nak zohor. orang kedai tu kata sempat untuk take away je. kami pun okay je la. kedai nya cantik. tiba-tiba ada hamba Allah masuk, berseru ‘ YA IBAADULLAH!’ agaknya nak ajak solat dekat tauke kedai (dan kami juga kot. hihi) terkejut. cepat-cepat keluar, ambil gambar luar kedai pun jadila. lulz –.-

2013-04-05 12.14.16IMG-20130405-WA0001USRATI <320130405_132929

2 minggu dari sekarang, akan menduduki summer exam. FINAL untuk 1st year!

FINAL EXAM 7/5-27/5/2013.

moga ALLAH mudahkan. mohon doa :)

Monday, April 8, 2013

aku & politik & isu umat

Assalamualaikum, bismillah.
 
saat aku menulis ni, aku masih belum pulang ke Ireland. bersandar di dinding Sparkbrook Masjid, Birmingham, UK. masih berjaulah dengan Usrahmates. sekarang hampir 2 pagi, usrahmates aku semua tengah tidur. dan aku? entah. banyak sebenarnya yang aku fikirkan. terasa berat dan benar-benar aku rasakan terlalu banyak yang perlu dilakukan.
 
hari ini sahaja, pengisian hari ini sahaja sudah mampu menggelojakkan jiwa muda aku (ah ayat terlalu hiperbola, aku tahu. tatabahasa mungkin juga salah) dengan kudrat muda, himmah 'aliyah sinonimnya kan, mana tak melonjak-lonjak. eh?
 
perkongsian gerak kerja Dakwah di Malaysia oleh wakil-wakil qiyadah sudah cukup membuatkan aku tersedar. tersentak. ruang amal, medan di Malaysia nanti banyak. banyak. Mencakupi mahasiswa, isu ummat, pembaikan, pendidikan, kesihatan etc. siapa kata kita jumud? heh. tapi kita clear : core bussiness kita hanya tarbiyah. dan nanti aku akan pulang juga ke tanah air. dan sudah siapkah aku nanti untuk menyumbang kepada ummah? bersediakah aku nanti untuk merawat sakit ummah ini..
 
disambung dengan perkongsian daripada wakil Majlis Syura Muslim Association British, sungguh membuatkan aku tersedar lagi. kita tak bekerja seorang. kita bukan satu badan dakwah yang terpencil. tapi kita adalah satu entiti gerakan kebangkitan ummah. bukan kita je duk buat usrah ni, katibah ni, ikut manhaj Ikhwanul Muslimin ni (sunnah nabi to be spesific), tapi ramai lagi buat kerja ni. dan kita, terus bekerjalah. dan yakinlah. dan beramallah.
 
tak cukup lagi dengan tu, disambung pengisian Success story and lesson learnt from PKS : between Dakwah and politic oleh saudara seperjuangan kita dari PKS sendiri, Pak Dr Syahrul Hidayat. perjuangan mereka yang 'core'nya adalah dakwah dan tarbiyah ini, tapi dengan perubahan landskap politik, dengan takdir Dia juga, tiba-tiba dengan keadaan sendiri dan masyarakat yang belum bersedia menerima ideologi mereka, terbayangkah? saat keputusan syura memutuskan mereka akan masuk politik, tak ada seorang pun yang mahu menjadi ketuanya. semua tolak-menolak. (lawak juga dengar pak tu bercerita. hehe) jerih payah memperjuangkan ideologi islam ini, dan bermain dengan medan politik yang 'bahaya', terbayangkah? mempertahankan ideologi atau mengikut kemahuan masyarakat, mengumpul undi pasti wujud dilema yang sangat sulit.
 
nampak macam perbincangan politik, tapi jujur, aku  merasa 'basahnya'. betapa kesediaan masyarakat dan kita (daie) sangatlah penting. mereka (PKS) yang tak pernah terbayangkan akan masuk politik, ceritanya sungguh memberi banyak pelajaran. pada mereka, tak terbayang secepat itu. sebab sekurang-kurangnya perlu 15-20 tahun turun kepada masyarakat, melibatkan diri dalam aktiviti sosial sebagai salah satu proses 'menyediakan' masyarakat. tetapi keadaan tiba-tiba itu, mereka baru bergerak kurang dari 10 tahun! terbayangkah? ideologi islam vs ideologi taghut yang bermaharajalela. sungguh, banyak pelajaran yang mengesankan.
 
dan pengajaran terbesar : bekerjalah, beramallah, yakinlah dan ikhlaslah.
 
tambah lagi perisa dengan perkongsian Arab Spring dan serba sedikit landskap politik di Malaysia oleh seorang penganalisis politik. bukan setakat perkongsian ilmu. tapi juga pemantapan fikrah. maka bekerjalah!
 
* * * * * * *
 
sejak dari sekolah, aku memang cenderung dan boleh kata sangat minat la pasal politik. mungkin pada masa tu tuntutan aku menguasai basic politik adalah untuk team debat aku. disuruh cikgu baca buku basic politik. dan sama ada bila pembahagian tugas, aku diberi atau aku sendiri suka untuk buat research tentang politik. Malaysia dan Dunia.
 
pernah juga di trigger oleh cikgu untuk jadi wakil rakyat suatu hari nanti. dan aku ingat pernah seorang sahabat cakap 'enti jadilah wakil rakyat, bertanding dan ana akan undi enti' macam lucu. dan aku sendiri pernah berangan akan menjadi wakil rakyat ataupun menteri! ahah.
 
minat politik dan cuba cakna dengan isunya.
 
sekarang aku masih minat. ah siapa kata perlu berhenti untuk mengambil tahu isu politik? yang paling-paling lucu aku tahu, baru-baru ni (mungkin dengan ledakan PRU13) timbullah desas-desus budak-budak tarbiyah ni tak ambil tahu isu politik! jumud. sibuk sangat tarbiyah, tarbiyah, tarbiyah.
 
dan aku? yang suka isu politik, ambil tahu, sungguh sangat terasa bila isu ni timbul. emo kot.  tapi betul kata naqibah aku ' jangan dibazirkan emosi itu ' orang yang tak berada dalam kitaran kita boleh mengeluarkan apa-apa sahaja sedang mereka tak tahu dengan kerja kita, perbincangan kita. kita sendirilah perlu memahamkan masyarakat.
 
dan bila baca lagi, atau tahu lagi timbul isu daie ni jumud, tak ambil tahu, ala-ala syok sendiri, kita mampu untuk tersenyum :) dan paling lucu sekali kalaulah ada ukuran mata manusia itu orang yang celik politik itu adalah dengan menggabungkan diri dengan parti, kita tersenyum sahaja. tak yah nak emo 'dah tu ingat aku tak ambil tahu kalau tak join parti?!' hihi. kita lah yang perlu memahamkan mereka.
 
kalau terasa pun bukan sebab yang dikata itu benar, tetapi kerana yang dikata itu salah.
 
biarkan, dan terus bekerjalah, dan beramallah. ikhlaslah!
 
dengan minat sekarang, dan ditampung bahan fikrah, politik masih dipandang besar oleh aku tapi dipandang dari sisi yang berbeza. mungkin la aku bukan yang terbaik untuk share, tapi dengan bahan (asas) contohnya Fiqh Sirah, Risalah Ta'lim (rukun bai'ah), Usul 20, InsyaAllah, akan lebih nampak kesyumulan islam, dakwah dan politik, dan sunnah perjuangan kekasih kita rasulullah.
 
dan aku sedang dan masih belajar semua benda tu. sedang paksa juga diri banyak baca bacaan berat ; either fikrah / ilmu lain. dan aku mohon Allah kurniakan kita semua hikmah untuk faham deen ini. InsyaAllah, ameen.
 
terasa macam serius sangat penulisan kali ini. mungkin lepas ni akan lebih serius? :p
 
untuk next post akan update pasal Spring Camp dan Jaulah, InsyaAllah.
 
dekat pukul 3 pagi dah. kepala dah berat, nak join orang lain tidur. hehe. assalamualaikum