Pages

Monday, April 8, 2013

aku & politik & isu umat

Assalamualaikum, bismillah.
 
saat aku menulis ni, aku masih belum pulang ke Ireland. bersandar di dinding Sparkbrook Masjid, Birmingham, UK. masih berjaulah dengan Usrahmates. sekarang hampir 2 pagi, usrahmates aku semua tengah tidur. dan aku? entah. banyak sebenarnya yang aku fikirkan. terasa berat dan benar-benar aku rasakan terlalu banyak yang perlu dilakukan.
 
hari ini sahaja, pengisian hari ini sahaja sudah mampu menggelojakkan jiwa muda aku (ah ayat terlalu hiperbola, aku tahu. tatabahasa mungkin juga salah) dengan kudrat muda, himmah 'aliyah sinonimnya kan, mana tak melonjak-lonjak. eh?
 
perkongsian gerak kerja Dakwah di Malaysia oleh wakil-wakil qiyadah sudah cukup membuatkan aku tersedar. tersentak. ruang amal, medan di Malaysia nanti banyak. banyak. Mencakupi mahasiswa, isu ummat, pembaikan, pendidikan, kesihatan etc. siapa kata kita jumud? heh. tapi kita clear : core bussiness kita hanya tarbiyah. dan nanti aku akan pulang juga ke tanah air. dan sudah siapkah aku nanti untuk menyumbang kepada ummah? bersediakah aku nanti untuk merawat sakit ummah ini..
 
disambung dengan perkongsian daripada wakil Majlis Syura Muslim Association British, sungguh membuatkan aku tersedar lagi. kita tak bekerja seorang. kita bukan satu badan dakwah yang terpencil. tapi kita adalah satu entiti gerakan kebangkitan ummah. bukan kita je duk buat usrah ni, katibah ni, ikut manhaj Ikhwanul Muslimin ni (sunnah nabi to be spesific), tapi ramai lagi buat kerja ni. dan kita, terus bekerjalah. dan yakinlah. dan beramallah.
 
tak cukup lagi dengan tu, disambung pengisian Success story and lesson learnt from PKS : between Dakwah and politic oleh saudara seperjuangan kita dari PKS sendiri, Pak Dr Syahrul Hidayat. perjuangan mereka yang 'core'nya adalah dakwah dan tarbiyah ini, tapi dengan perubahan landskap politik, dengan takdir Dia juga, tiba-tiba dengan keadaan sendiri dan masyarakat yang belum bersedia menerima ideologi mereka, terbayangkah? saat keputusan syura memutuskan mereka akan masuk politik, tak ada seorang pun yang mahu menjadi ketuanya. semua tolak-menolak. (lawak juga dengar pak tu bercerita. hehe) jerih payah memperjuangkan ideologi islam ini, dan bermain dengan medan politik yang 'bahaya', terbayangkah? mempertahankan ideologi atau mengikut kemahuan masyarakat, mengumpul undi pasti wujud dilema yang sangat sulit.
 
nampak macam perbincangan politik, tapi jujur, aku  merasa 'basahnya'. betapa kesediaan masyarakat dan kita (daie) sangatlah penting. mereka (PKS) yang tak pernah terbayangkan akan masuk politik, ceritanya sungguh memberi banyak pelajaran. pada mereka, tak terbayang secepat itu. sebab sekurang-kurangnya perlu 15-20 tahun turun kepada masyarakat, melibatkan diri dalam aktiviti sosial sebagai salah satu proses 'menyediakan' masyarakat. tetapi keadaan tiba-tiba itu, mereka baru bergerak kurang dari 10 tahun! terbayangkah? ideologi islam vs ideologi taghut yang bermaharajalela. sungguh, banyak pelajaran yang mengesankan.
 
dan pengajaran terbesar : bekerjalah, beramallah, yakinlah dan ikhlaslah.
 
tambah lagi perisa dengan perkongsian Arab Spring dan serba sedikit landskap politik di Malaysia oleh seorang penganalisis politik. bukan setakat perkongsian ilmu. tapi juga pemantapan fikrah. maka bekerjalah!
 
* * * * * * *
 
sejak dari sekolah, aku memang cenderung dan boleh kata sangat minat la pasal politik. mungkin pada masa tu tuntutan aku menguasai basic politik adalah untuk team debat aku. disuruh cikgu baca buku basic politik. dan sama ada bila pembahagian tugas, aku diberi atau aku sendiri suka untuk buat research tentang politik. Malaysia dan Dunia.
 
pernah juga di trigger oleh cikgu untuk jadi wakil rakyat suatu hari nanti. dan aku ingat pernah seorang sahabat cakap 'enti jadilah wakil rakyat, bertanding dan ana akan undi enti' macam lucu. dan aku sendiri pernah berangan akan menjadi wakil rakyat ataupun menteri! ahah.
 
minat politik dan cuba cakna dengan isunya.
 
sekarang aku masih minat. ah siapa kata perlu berhenti untuk mengambil tahu isu politik? yang paling-paling lucu aku tahu, baru-baru ni (mungkin dengan ledakan PRU13) timbullah desas-desus budak-budak tarbiyah ni tak ambil tahu isu politik! jumud. sibuk sangat tarbiyah, tarbiyah, tarbiyah.
 
dan aku? yang suka isu politik, ambil tahu, sungguh sangat terasa bila isu ni timbul. emo kot.  tapi betul kata naqibah aku ' jangan dibazirkan emosi itu ' orang yang tak berada dalam kitaran kita boleh mengeluarkan apa-apa sahaja sedang mereka tak tahu dengan kerja kita, perbincangan kita. kita sendirilah perlu memahamkan masyarakat.
 
dan bila baca lagi, atau tahu lagi timbul isu daie ni jumud, tak ambil tahu, ala-ala syok sendiri, kita mampu untuk tersenyum :) dan paling lucu sekali kalaulah ada ukuran mata manusia itu orang yang celik politik itu adalah dengan menggabungkan diri dengan parti, kita tersenyum sahaja. tak yah nak emo 'dah tu ingat aku tak ambil tahu kalau tak join parti?!' hihi. kita lah yang perlu memahamkan mereka.
 
kalau terasa pun bukan sebab yang dikata itu benar, tetapi kerana yang dikata itu salah.
 
biarkan, dan terus bekerjalah, dan beramallah. ikhlaslah!
 
dengan minat sekarang, dan ditampung bahan fikrah, politik masih dipandang besar oleh aku tapi dipandang dari sisi yang berbeza. mungkin la aku bukan yang terbaik untuk share, tapi dengan bahan (asas) contohnya Fiqh Sirah, Risalah Ta'lim (rukun bai'ah), Usul 20, InsyaAllah, akan lebih nampak kesyumulan islam, dakwah dan politik, dan sunnah perjuangan kekasih kita rasulullah.
 
dan aku sedang dan masih belajar semua benda tu. sedang paksa juga diri banyak baca bacaan berat ; either fikrah / ilmu lain. dan aku mohon Allah kurniakan kita semua hikmah untuk faham deen ini. InsyaAllah, ameen.
 
terasa macam serius sangat penulisan kali ini. mungkin lepas ni akan lebih serius? :p
 
untuk next post akan update pasal Spring Camp dan Jaulah, InsyaAllah.
 
dekat pukul 3 pagi dah. kepala dah berat, nak join orang lain tidur. hehe. assalamualaikum


2 comments:

ENCIK MUSAB said...

Islam itu syumul dan politik itu juga ada dalam islam, tapi politik yg bagaimana? a question to ponder

MujahidDeen92 said...

maybe Malaysia oh Tanah Airku perlu TAJDID POLTIIK kowt...