Pages

Friday, May 10, 2013

aduh, ngompol lagi!

assalamualaikum, bismillah.

semakin hari aku rasa semakin ‘free’ menulis, sebab aku tahu tak ramai baca. aku bahagia. wee

orang jawa mungkin bila baca ‘ngompol’ akan boleh gelak-gelak. ‘apasal budak ni tajuk ngompol?’ ke, mungkin orang tak jawa pun akan gelak. (?)

hari tu, masa dengar talk dari seorang akh dari PKS, Indonesia ; ‘sejak PKS masuk politik, terus usrahnya ngompol-ngompol aja’ –lebih kurang ginila ayatnya. beliau tersenyum. dan aku tergelak sendirian. tak kurang juga audien lain termangu-mangu. blurr agaknya.

dari kecil sampai besar, dari rumah sampai ke kampung aku hanya kenal ‘ngompol’ tu = kencing malam. isu besar jugak tu, bila ada orang asyik ngompol je. geram pun geram. adik-adik aku, selalu jugala jadi bahan bab ngompol ni. tapi masa kecik-kecik dulu, kita semua sama je la. hikhik. jangan tak ngaku ;p

ok cukup, bab ngompol tu. sebab tu aku gelak masa dengar.

tapi yang dimaksudkan ‘ngompol-ngompol aja’ tu = ngomong politik. (aduh, tak boleh terima kalau ambil maksud yang aku tahu tu) jadi, ngompol sekarang = ngomong politik = cakap-cakap politik. bagus jugala kalau budak kecil sekarang pandai ngompol yang ini.

ok cukup, bab definisi. panjang pula.

pasca PRU13. pasca ‘suara rakyat suara keramat’ famili pun semangat update. si kakak dengan sibuk ikut berkempen. si adik bahagia dapat berhimpun di stadium Kelana Jaya tu. macam-macamla cerita politik tanah air sekarang. dari dakwat kekal yang tak kekal, politik wang sampai ke isu bangla. aku yang tengah bergelumang dengan lecture notes nak exam ni pun tak senang duduk. kalau biasanya, rehat sekejap dari study baca quran ke, sekarang buka facebook nak tahu update. ah sudah!

apa yang nak duk sibuk sangat tahu politik ni. apa pulak perasaan semua orang agaknya pasca PRU13 ni. especially yang geng-geng ikut ikut usrah ni. senang cerita budak tarbiyah la. malas nak cover-cover.

orang lain update, kita pun update. orang lain emosi, kita pun emosi. dah tu bahagian mana yang bezanya? bukan orang yang ikut tarbiyah ni beza ke? so bahagian mana fikrahnya mengalir bila cakap pasal politik?

tahu semua sedih dan emosional sangat la PR kalah (bukan kalah, tapi belum menang). sedih sangat DSAI tak jadi PM..tapi, kalau sebab parti kalah kita sedih, orang kalah kita sedih, kiranya kita ‘penyokong parti’. itu mungkin orang normal. tapi, kalau PR kalah kita sedih sebab perjuangan menahan kezaliman tak berjaya (aspek pemerintahan), kita sedih sebab banyak lagi pengkhianatan yang tak dapat ditumbangkan, haa itu baru ada bukti serba-serbi orang ikut tarbiyah. ada hati dan jiwa seorang daie yang tak senang duduk melihat kemungkaran. macam tu.

tapi, apa pun, perjuangan tetap perjuangan. orang berjuang kerana Allah, tak pernah kalah.. kita tak kalah. bahkan, sekarang pembangkang yang nampak ‘amar makruf nahi munkar’ tu tuntutan besar,, dah semakin kuat. cahaya semakin hampir. kita gembira juga kan ? :) jadi kita kena rasional. tak mahu ikut emosi sangat. biar ada sebab perasaan yang kita zahirkan. biar atas sebab fikrah yang mengalir juga. peace.

maratib amal yang lompong.

antara kesimpulan mudah untuk isu ngompol kali ni, suka sangat untuk muhasabah diri; piihanraya, politik, parti, itu semua alat. matlamat kita dakwah, tarbiyah dan amal ini..

jangan sampai ‘alat’ melarikan kita dari matlamat. tak apa, belum masanya, tapi kerja tetap kerja. rijal-rijal perlu lagi dibina. individu muslim, batu bata ini harus terus disusun. kerana maratib amal yang lompong, mencacatkan binaan! kita bukan kejar nak capai ‘daulah islam’ dalam masa yang cepat, tapi kita nak ‘daulah islam’ yang sebenar. betul, kesempurnaan itu sukar untuk dicapai. tapi kita akan berusaha.

sebab itu Umar Abdul Aziz yang semasa pemerintahan nya.. (yang kita rasa macam dah mantop sangat) beliau tetap berduka-cita yang sangat-sangat. kerana yang mahu dirawat adalah umat. bila semagat jihad dan keazaman terhadap dakwah semakin kendur dari umat islam, itulah yang sangat patut dirisaukan. –boleh check Muntalaq. kalau silap boleh tegur :) -

individu-individu muslim kita di Malaysia macam mana?
manusia-manusia nya macam mana?

Allahu T___T
banyak lagi kerjaa.

tapi, alhamdulillah gerakan dakwah dan menyebarluaskan fikrah islam ni dah semakin meluas dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri. ‘hanya gerhana, bukannya terbenam matahari’ InsyaAllah, semakin hari akan semakin bertambah baik..dengan syarat : bekerja. kita semua. ya, kita

lagi isu ngompol. apa yang patut kita rasa?

jangan pekakkan telinga, jangan butakan mata, jangan bisu tanpa bicara, jangan kaku tanpa amal kerja.
kena ada rasa ‘memperjuangkan’
tapi biar jelas, yang nak kita perjuangkan adalah islam. dalam aspek yang syumul.

kalau parti A kata ; ‘kita perjuangkan melayu’ ; maka kita lebih parti A dari parti A.
kalau parti B kata ; ‘kita perjuangkan islam’ ; maka kita lebih parti B, dari parti B.
kalau parti C kata ; ‘kita mengutamakan kebajikan’ : maka kita lebih parti C dari part C.

(lebih = lebih tulen)

pasca PRU ini juga, bila update-update ‘alhamdulillah akhawat kita menang di..’  ‘alhamdulillah ikhwah kita menjadi TKM di Penang- satu pencapaian yang tinggi, allahuakbar’

buat kita tersenyum.
kerana
kita menyokong orang yang berjuang.
kita penyokong. kita juga pejuang.

aduh, banyaknya cakap. entah sampai pointnya ke tak ni (ulasan dari pelbagai sumber juga ni). risau.takut. aku ni pandai komen je barangkali. dan ya, aku sangat suka bila orang gunakan semula apa yang aku kata dan tulis untuk ingatkan diri aku balik. jadi, silaa silaa ingatkan tatkala aku terlupa.

last, semoga ada pembersihan.

wasiat Hasan Al-Banna

jangan kalian tertipu oleh sangkaan manusia bahawa kalian adalah orang yang bekerja, tetapi matlamat kalian ialah agar Allah SWT mengetahui bahawa kalian bersikap benar dalam melaksanakan kerja tersebut. sesungguhnya manusia tidak dapat memberi apa-apa kepada kalian selain Allah SWT’

tisu meh tisu..

sekian wasalam~

* 3 paper lagi. Ya Allah…mencabarnya exam ni juga satu tarbiyah! bila rasa lemah, ada insan yang ingatkan ‘kan nak jadi doktor fi sabilillah?’ Allah…makanya jangan lemah. harus mujahadah. mohon doa T__T

No comments: