Pages

Saturday, May 4, 2013

bahang terasa

assalamualaikum, bismillah.

macam-macam bahang nak dirasa sekarang :P

pastinya PRU13 dan summer exam.

tak tahu kenapa, tapi dua-dua sangat mendebarkan.

malam ni, kami ada mabit. berjaga malam, gilir-gilir, ada jadual hirasah. khas untuk PilihanRaya13 ni. aku pasti dekat Malaysia suasananya lagi mendebarkan. dan aku tahu dari segenap aspek ramai yang bertungkus-lumus untuk kemenangan Pakatan Rakyat.

telefon orang malaysia pun ‘ orang tak cukup, ana kena tolong pakcik-makcik untuk pilihanraya’

whatsapp family pun ‘orang tengah sibuk kempen pilihanraya ’

kami yang jauh hanya mampu mendoakan. nak mengundi pun tak sampai umur lagi! –-‘

dan terasa nak bagitahu pakcik makcik, abang-kakak nak bagitahu satu Malaysia, tolonglah buat undian yang bijak. untuk generasi akan datang. untuk generasi aku (;p). aku merasa sangat betapa kritikalnya PRU tahun ni. dan geram juga bila tahu ada yang cukup umur tak mengundi? aduhaii. 

setakat yang mampu disumbangkan adalah doa & munajat kepada Allah. kalaulah ada lagi benda yang boleh dibuat, kita buatlah sekadar yang mampu.

murobbi kata ‘awak kena share (malam ni). bagitahu orang lain apa yang awak rasa. orang lain mungkin tak rasa apa-apa pun dengan pilihanraya ni’

ah, share perasaan aku betapa aku rasa pentingnya tahu isu politik di Malaysia?
share betapa dekatnya aku rasa dengan pilihanraya di Malaysia?

di tengah-tengah manusia tenggelam dengan lecture notes dan keserabutan nak exam mungkin?

ya Allah mudahkanlah segala urusan.

tatkala sibuk mengejar segulung ijazah, jangan kau biarkan kami lalai untuk menyampaikan risalah.

ya Allah mudahkan lah, mudahkanlah, mudahkanlah.

jika Allah mentakdirkan Pakatan Rakyat memerintah, kerja kita tak pernah selesai. kita optimis, kemenangan yang kita mahukan ini, untuk kemaslahatan ummah. dan untuk kebaikan dakwah.

tapi, apapun, selagi mana islam belum berada di puncak tertinggi, belum mencapai ustaziyatul alam, kerja kita tak selesai lagii..

ya, aku mungkin budak mentah. cakap hanya dari jauh.

just update ringkas. apapun. Ini Kali-lah!

*mohon doa tulus semua untuk PRU13,
*untuk exam juga

:)

No comments: