Pages

Saturday, May 25, 2013

perihal marah dan terasa

assalamualaikum, bismillah.

biasalah, kita kalau adik-beradik, marah-memarahi tu biasa. erk
rasanya yang paling tahu perangai baik buruk kita memang famili. tak dapat dinafikan lah.
itula kawan gaduh, kawan main dari kecil, tumbuk-tumbuk, tarik-tarik rambut semua.

tapi aku belajar benda besar dari kakak aku :
perihal terasa dan marah.

walhal nak katanya, orang paling aku kuat gaduh adalah dia.

benarlah, penangan tarbiyah yang banyak mengajar.

dia memang ‘kakak’ aku dari aspek tarbiyah pun.
bila fikir balik, rupanya dia kuat DF aku dulu dekat rumah (HAHA kantoi ;p)
masa sekolah dulu suruh paksa dengan rakaman SH, cerita macam-macam.
heret bawak pergi daurah geng-geng dia (lepastu tinggalkan aku sorang-sorang bila dia lepak dengan geng dia –-‘)

alhamdulillah, rupanya itu juga tarbiyah awal aku sebab lepas-lepas tu aku banyak tercampak sorang-sorang.

back to topic : terasa dan marah.

suatu insiden hari tu, adala satu kes ni, aku marah betul dengan dia. marah.
ada dia jawab sikit. tapi banyaknya senyap.

lepas dah cool down...
insaf, aku minta maaf dengan dia.
betul-betul minta maaf marah dia.
dan tanya ;

‘kau marah ke dekat aku?’

‘tak lah. cuma aku nak kau tahula, aku pun ada hati dan perasaan’

sampai sekarang memang terngiang jawapan tu. pendek, tapi sharp.

pada aku, itu sangat mendalam.

dan bila orang buat something dekat aku, yang memang aku berhak nak marah, aku kena memilih untuk tidak marah sebab itu bukan akhlak yang baik.

dan bila aku nak buat something dekat orang, mungkin aku rasa dia akan cool, tapi aku kena ingat, orang tu ada hati.

orang ada hati.
manusia tu ada hati.

yang kita tak boleh nak buat suka hati.
ingat, manusia tu ada hati dan perasaan.

alhamdulillah,
untuk pengajaran ini.
tarbiyah ini.

No comments: