Pages

Tuesday, May 21, 2013

perlu?

assalamualaikum, bismillah.

satu kelainan yang aku rasa bila mendapat tarbiyah di luar negara adalah masa yang diluangkan bersama. bersama murabbi, usrahmates, mahupun mutarabbi. banyak, masa tu banyak dapat diluangkan bersama.

‘natural sifat awak ni memang akan buat orang susah nak attach dengan awak’

seingat aku, lebih kurang itulah kata-kata murabbi beberapa minggu yang lalu. nada tak serius pun. tak tahula itu positif ke negatif. entah. aku terasa pun tak. aku tak ambil kesah, aku pun bukan jenis yang attach dengan orang. kawan baik tu ada, kawan rapat tu ada, tapi kalau tak berkepit selalu pun tak pe. pada aku okay je benda tu.

natural sifat aku? ego ke. ke tak kesah dengan orang. ke tak peduli sangat dengan orang. ke sebab rasa boleh hidup sendiri. mungkinla, mungkinla. err

aku selalu juga perasan dalam kalangan akhawat ni, ada sindrom ‘sweet-mweet’, kepit berkepit, suka la express kasih sayang ni. ada orang, suka bagi ayat sweet-sweet ni. dan benda-benda tu aku mengaku, itu bukan natural aku. dan kadang-kadang aku kagum juga dengan akhawat yang  adik-adik suka datang berkepit. mungkin kalau aku imbas balik, kalau dekat sekolah, adala antara kawan-kawan aku bila bercampur dengan adik-adik, suka adik-adik datang tegur berkepit.

aku? eh ada ke. macam tak. ke orang lari? luls
tapi kalau adik-adik usrah aku layan je, sayang je. tapi memang tak sampai tahap ada personal attachment tu.

semalam bila kami usrahmates sleepover dekat rumah aku. macam-macam borak sampaila masuk topik attachment. ada pendapat orang, kena ada attachment tu especially dengan mutarabbi. senang nak ‘bina’ nanti.

ah sudah! kalau macam tu, susah la aku nak ‘bina’ orang. aku sendiri tak suka sangat dapat mesej sweet-sweet kalau dari senior/ orang aku tak kenal sangat. kalau orang ambil berat sangat pun mungkin aku rimas kot. erk. jujur sangat aku ni. tapi aku hargaila kalau nak bagi ayat-ayat nasihat. ha yang tu, kalau tak ada smiley :) takyah ada <3 pun okay dah. aku suka,

bila sampai topik ni, aku rasa  banyak pula aku cakap. tapi semua topik pun suka cakap –,-

‘ err akak, sebenarnya kalau tak ada attachment tu tak pe la kan? ’
’sebenarnya tak perlu pun’

‘kalau kita bersama, kita jangan fokus sangat nak luangkan masa bersama macam makan-makan, borak-borak biasa. tapi bila masa bersama tu, banyakkan borak-borak untuk mantapkan fikrah. kalau nak sweet-sweet, sweet ramai-ramai. jangan personal sangat’

lega! point tu aku setuju.

saya ni bukan jenis orang yang senang attach dengan orang, dan orang tak senang attach dengan saya kot ’
’sebab awak tu tak sweet!’

ambik kena sebijik lagi dengan murabbi. ahaha.tak terasa, tak terasa.  buat-buat kerja lain, lalalala, kena lagi sebiji

‘ akak nak tengokla siapa yang dapat attach dengan awak. mesti akak kagum ‘

tengoklaa =,=

masih ingat insiden dalam kereta hari tu. duk cakap pasal kasih sayang ke ape tah. aku tak ingat la kenapa aku boleh cakap

‘kasih sayang saya terhad’

rasa macam betul-betul cakap serius. orang lain gelak ?

tak pasal-pasal lepas tu dijadikan bahan juga;

‘boleh akak nak sikit kasih sayang awak yang terhad tu?’

haha. okay itu lawak. tak perlu –.-‘

take home message :

untuk orang yang bukan jenis  ada attachment benda alah ni, tak perlu rasa macam inferior tak boleh la nak ‘bina’ orang. susah, tak macam orang lain. tak perlu juga tiba-tiba nak kena jadi orang yang sweet sangat.  rilek sudah, sebab aim kita bukan nak orang attach dengan kita. tapi nak orang ATTACH dengan ALLAH.

bina hubungan dengan kita penting, tapi paling penting binakan hubungan dia dengan Dia. statement ni, mungkin perlukan lagi ulasan. jangan ambil just statement je.

rasa macam nak sedapkan hati cakap dekat diri sendiri je? memang pun sebenarnya!

astaghfirullah. sekian, wasalam.
*dialog mungkin bukan ditulis betul-betul sebiji, tapi maknanya sama, insyaAllah

6 comments:

ateyyyy said...

borak-borak pun mantapkan fikrah :')
- tips penting ni hihi.

Anonymous said...

do anything you can to bring people to Allah.. If to be 'sweet' is the ticket, buy it.. just my personal thought..

KhalilahAlhudaKamilen said...

>atey
penting.
untuk diaplikasikan :)

>anony
agree, we should do anything we can to bring people to ALLAH.

indeed, dakwah is an art.
be 'sweet' is one of it.

but whatever it is, the niat is the most important thing :)

be urself and purify ur intention.
together, purify our niat :)

Anonymous said...

kami pun cakap pasal bnda yg sama dlm usrah 3 weeks ago. eh? haha..

setuju part personal attachment tu, we have the same nature i guess. murabbi kata, attachment pun berlimit, dan tak perlu paksa diri utk attach dgn orang. if we are good enough, ppl will come to us even kita tak suka pun sweetmweet ni

^_^

KhalilahAlhudaKamilen said...

>anony
sama? hee
i got a new point from have u said. hee, jzkk :)

hiya ana said...

sebab kita dididik dari kecik untuk jadi independent.

aku rasa :)

sebab tu kita tak kesahpun pasal 'attach' ni. dan rimas.

haha.

aku rasa.

inilah dia taaruf. yang akan memperkenalkan kita dengan beragam aneka akhawat.

bukankah itu juga sebab kita diciptakan untk saling mengenali? huhu =='