Pages

Monday, May 13, 2013

ummi

assalamualaikum, bismillah.

nak juga ada post hari ibu. walaupun hari-hari pun hari ibu. kami, family yang tak membudayakan pun sambut hari ibu, hari lahir ke. tapi tak bermakna tak appreciate each other. memang lain orang lain cara.

last cakap dengan ummi, kelmarin. rasanya tak pernah aku semengada itu merengek. ah, cengeng. takpela sekali sekala, apa salahnya.

‘ummi,,, uuu exam susaaaaaaaaah. aaaa ;’(’
‘kenapa susah? mesti yang kita belajar je masuk.. (betul umi, betul)-,-‘
kena banyak zikir ya basith, ya Rozzaq, ya Fattahh..
lepas solat dhuha.. zikir banyak-banyak…
dah tanya senior ke macam mana?
jangan fikir negatif..yang dah lepas tu tak apala.. fokus ni yang next paper pula..’

dan nasihat-nasihat itu buat mata aku bergenang lepas letak phone. sekarang mesej masuk suruh study hard pun dah bergenang. telefon famili tanya khabar pun mata bergenang. kan dah cakap cengeng. oh, that’s the sign i luv them so much! hihi. because of Allah, InsyaAllah :)

dan semalam masa tengah study physiology, teremo pulak. nangis sorang-sorang dalam bilik teringat umi. lenjun nota physio. tak sangka sungguh-sungguh aku nangis. teruk. dada kembang kempis, bahu turun naik. tisu, tisu. hembus-hembus hingus.. nangis teruk macam ni selalunya bila ingat Rasulullah. bila rasa rindu sangat yang tak tertahan. *no, no mata bergenang sudah rindu baginda. tapi takpa, Rasulullah suruh sayang parents. so nangis juga sebab rindu sangat dekat umi.

tiba-tiba boleh pulak housemate ketuk pintu. errrk. rasa macam tengoh syok berdrama, pengarah kata “CUUT!!” krikk krikk. ah, maluuunya. tapi takpe, sebab dia datang bawak coklat, agaknya sebab aku tak lalu makan beberapa hari ni. apapun, jazakillahukhair sis. (u know who u are ;p)

tapi lepas dia keluar, sambung sikit lagi drama.. ah huda. cengengmu itu..

aku menyesal. sungguh-sungguh menyesal. dan baki masa umur yang ada ni (sama ada untuk umi atau aku) rasanya tak mampu nak tebus semua kesalahan dan nak balas segala kebaikan. tapi aku punya azam akan jadi anak yang solehah, buat saham abi umi.

dan hari tu masih sempat nak drama ‘ takut kalau kerja nanti kena hantar jauh-jauh tak dapat balik kampung selalu jenguk abi umi’ nak berbakti sampai mati..

umi, nama pun ibu. kasih sayang setiap ibu tu mungkin dizahirkan tak sama dengan orang lain. dan umi aku umi yang terbaik. yang memahami dengan caranya sendiri. terima kasih Allah untuk segalanya. terima kasih umi, untuk segalanya.

untuk kasih sayang dan didikan yang tiada tolok bandingnya
untuk baju raya yang dah sampai sini :p  *raya tahun ni, tak dapat salam cium umi. sobs*
untuk selalu masak nasib arab sebab huda suka. kalau balik dari penang, mesti teringin. umi masak.
dan nasi arab makanan last aku makan sebelum datang sini. bawa dekat airport umi masak, walaupun kelam kabut. umi tahu aku suka.
umi yang kalau beli makanan, tahu aku suka nasi dagang, kuih akok, lompat tikam.
umi yang kalau beli barang tahu aku suka warna hijau.
dan umi yangg.. ahh list tak akan pernah habis.
untuk mengelakkan 
drama melayu yang tak berkesudahan.
sudahlah,. cukup.

allahummaghfirli zunubi waliwaalidaiya warhamhuma kama robbayani soghira’
IMG_20130503_220836
my ummi, my murabbi.
20 years ago. oh, how time flies..
aku ni mungkin ego sikit,
susah nak ekspress rasa sayang
tapi wallahi aku sayang umi, kasih umi, cinta umi. kerana Allah.

lots of love,
Khalilah Alhuda
anakmu di perantauan. *saje nak tambah.biar sobs. sobs.

2 comments:

Latifah Maisarah said...

ouuhh sebakk baca :')

KhalilahAlhudaKamilen said...

aaaaaaaaaaaaaaa.
lagi sebak orang di sini :P