Pages

Wednesday, June 26, 2013

ada apa je dengan Jordan?

assalamualaikum, bismillah.

bukan sekali dua aku ditanya soalan yang sama. heh. 
'kenapa nak datang Jordan?'
'jordan ni tak ada apa-apa la'
'apa je yang lebihnya Jordan ni'

again, aku datang sini bukan nak compare dengan Ireland tempat aku belajar. NO.

kadang terusik la sikit, bila orang tanya ; 'dah pergi jalan mana dah?'

gaya macam aku jalan sakan. tapi tak pun. setakat ulang aling pergi UK selalu la jugak dan hanya baru pergi jaulah Spain.

itu je? itu je? tak perlu buat muka terkejut sangat sebenarnya ;p

tak pergi Italy? Nice? Belgium? Amsterdam? New Zealand? Swiss? France? Russia? Germany? Greece? Portugal?

kan banyak lagi negara dekat Europe tu. boleh show off la kan buat Europe tour. heh

sengih.

kalau ikut nak pergi tempat-tempat tu dulu boleh je. dekat pun dekat je. tapi it depends on us la kenapa kita nak pergi sesuatu tempat. aku mencari significant sesuatu tempat tu kepada aku. 

apa kaitan yang rapat France dengan aku contohnya? 

bendanya tak sama macam mana excited dan jatuh cintanya aku pada bumi Andalusia. ya, Spain sangat significant pada aku. rasa sense of belonging tu. Spain tempat kita kot (!) macam tu la.

kalau ditanya apa kelebihan Jordan dengan tempat dekat Europe tu. let me ask you first..

Bumi para anbiya' dekat mana?
ada makam nabi/sahabat dekat europe?
banyak kisah sirah dan sejarah islam yang kita belajar berlaku dekat mana?

no, i'm not being sarcastic, but i tell u, if you think they/it really significant to you, to your life, you already  know the answer why i came here; Jordan.

dan aku tak sekelumit pun rasa rugi datang sini. InsyaAllah banyak sangat 'ibrah nya yang kita boleh dapat kalau kita benar-benar nak dapat dan buka hati.

again, aku tak condemn pun sesiapa nak sakan jalan europe tau, (ada rezeki aku memang akan jalan-jalan area Europe juga InsyaAllah) tapi please, jangan perkecilkan orang yang nak jalan dekat middle east ni ye.

ada juga yang tak kurang terkejut
'hah? duduk Mesir dekat 2 bulan? buat apa?'
'mesir 10x ganda lagi teruk dari Jordan ni'

sengih lagi la jawabnya ;')
no lah. aku tak simpan dalam hati pun ;')

*  *  *  *  *  *  *
macam tak sempat nak coret kisah semua tempat yang aku pergi. tapi aku cuba mana yang mampu. dan untuk kali ni, aku nak cerita pasal Muadz Bin Jabal r.a. makam Muadz ni, makam first yang aku pergi, sekali dengan anak beliau, Abd Rahman r.a.

sebenarnya, kalau tak pergi makam beliau pun kita boleh tahu kisah beliau dengan baca buku sirah atau dengar lecture pasal beliau. tapi InsyaAllah bila pergi rasa lebih 'dekat' dan harap lagi 'membekas' pada diri aku sekurang-kurangnya.


'aku sangat mencintai Muadz Bin Jabal' sabda Rasulullah.

kecintaan apakah yang lebih diingini oleh sekalian makhluk selain kasih dan sayang seorang rasul kepada ummatnya? sekalian para sahabat juga mengerti hakikat ini. mereka maklum, Muadz adalah kecintaan nabi.

islamnya beliau ditangan Mus'ab B. Umair. pada umurnya 18 tahun. tidak pernah terlambat untuk menjadi seorang yang hebat seawal usia muda remaja.

'dalam kalangan umatku, yang paling tahu tentang halal dan haram adalah Muadz B. Jabal' sabda Rasulullah.

pengiktirafan nabi buat Muadz.

'sesiapa yang ingin belajar Al-Quran, belajarlah dari 4 orang ini ; 'muadz b.jabal, Abdullah ibnu mas'ud, ubay B. Kaab, dan Abu Hudzhaifah.

lagi pengiktirafan manusia agung buat Muadz

'di akhirat kelak, Muadz B. Jabal dibangkitkan sebagai ketua para ulama' (orang yang berilmu)

tiada lagi sangkaan betapa hebatnya sahabat Rasulullah yang satu ini.

suatu hari datang seorang lelaki.

'muadz! ajari aku wahai Muadz'

sebelum Muadz mengajarkan kan sesiapa banyak hal; 

' adakah kau akan patuh kepadaku bila aku ajarkan apa-apa?'

'ya, aku aku akan setia mematuhi engkau hai Muadz'

'puasalah, kemudian berbuka. solatlah, dan juga tidurlah. carilah harta (bekalan hidup) dan janganlah kamu mati melainkan dalam islam dan berhati-hatilah dengan doa orang yang dizalimi'

sama seperti nasihat nabi kepada beliau. sama. mengalirkan ilmu. 

bila berada dalam kalangan sahabat, para sahabat akan memandang Muadz dengan pandangan hormat. kerana beliau adalah antara sahabat yang mulia.

bila di suatu tempat yang lain, tatkala dia sedang menyampaikan ilmu ; 

'aku melihat cahaya dan mutiara keluar daripada mulutnya. siapakah beliau' tanya seorang lelaki.
' dia adalah Muadz B. Jabal'

suatu hari tatkala raja Yaman memohon kepada Rasulullah agar menghantar utusan yang dapat mengajarkan mereka tentang islam, Muadz telah dipilih oleh baginda rasul s.a.w sebagai utusan.

Rasulullah cinta pada Muadz. rasulullah mengiringi Muadz ke Yaman dari Masjid hingga ke pinggir kota madinah. saat itu Rasulullah berjalan kaki, dan Muadz menaiki kenderaan.

sampai masanya berpisah. sabda nabi ; 'Muadz, kemungkinan engkau tidak akan lagi dapat berjumpa aku selepas tahun ini. '

bayangkanlah perasaan Muadz. beliau akan pergi beratus-ratus batu dan tak dapat lagi berjumpa baginda rasul. terbayangkah..

'bila engkau kembali, engkau hanya akan melihat masjid dan kuburku'

teesak-esak Muadz. sesuatu yang berat, sesuatu yang meruntun perasaan apabila akan berpisah dengan seorang kekasih yang dicintai.

'ya Rasulullah, inikah kali terakhir aku akan berjumpa denganmu? ya rasulullah?

rasulullah pula mula menangis.

Muadz menangis. dalam perjalanan ke Yaman beliau menangis. matanya yang dikurniakan Allah, selepas ini tidak akan dapat lagi melihat susuk nabi yang mulia. muadz, beliau merasa 'sakit'nya.

tetapi Muadz tetap pergi.
walaupun kesedihan menyelubungi diri
kerana ini suruhan nabi.
apakah pantas menyanggahinya?

pergi, sekalipun berat hati
tugas dakwah. untuk menyebarkan risalah ini. 

beliau wafat di Jordan kerana penyakit ta'un ketika umurnya 33 tahun.

kata-kata muadz yang tercatat di makamnya (terjemahan) ;

'tuntulah ilmu kerana mereka yang menuntut ilmu adalah mereka yang takut pada ALLAH, dan ianya adalah satu ibadah,dan pengajiannya adalah tasbih, dan mencari ilmu adalah satu jihad. mengajarkan kepada yang tidak mengetahui adalah sedeqah, dan menyebar kan pada mereka yang terdekat adalah satu kebahagiaan, dan ianya adalah sebagai penjaga ketika keseorangan, dan rakan ketika ber seorangan, dan hujjah keatas agama(islam), sebagai penyabar ketika kita terlalu gembira @ terlalu sedih, dan ianya sebagai penjaga (pembantu) ketika berlaku keatasmu penafian dan juga penjaga ketika kamu dihampirkan dengan sesuatu yang asing dan juga sebagai penanda bagi sesetengah daripada kita sebagai penerang jalan ke syurga"

5 comments:

ENCIK MUSAB said...

Jordan dan Mesir, one day..in sha Allah moga sampai ke sana satu hari nanti (Y)

KhalilahAlhudaKamilen said...

InsyaAllah.
Plan, usaha, doa!
Harus sampai!

Ameerah Abdul Azmil said...

Salam kak huda. Bestnya Jordaaan~

KhalilahAlhudaKamilen said...

Wasalam.
Mmg best, alhamdulillah , byk jg ibrah.
Nnt ada rezeki nt dtgla sini :')

Anonymous said...

jeles~~
goosebump baca cerita muadz *thumbs up*