Pages

Sunday, June 30, 2013

:*

Assalamualaikum, bismillah.

'Hudaa, nak tengok sikit gambar Jordan' dibelek-belek tab aku.
'Oh dalam tu tak banyak sangaaat. Dah transfer dalam hard disk. Video2 sekali'

Stop sekejap.

'Jap, jangan kata hard disk tertinggal dekat Jordan. Aaaaaaa'

Buat cool. Cuba control. Punggah beg. Sekali. Mungkin kena check lagi sekali. Dua kali.

Aaaaaaaaaaaaa.
Aaaaaaaaaaaaaa.
Aaaaaaaaaaaaaaa.
Bertuah!

*dalam masa terdekat memang tak ada gambar2 kenangan Jordan :/
Sekarang alhamdulillah selamat sampai mesir.
Jatuh cinta pandang pertama dengan mesir. :')

Rasanya baru semalam nervous nak travel seorang. Doa sungguh2 moga Allah mudahkan
Rasanya macam baru semalam merasa hangatnya pelukan sahabat, yang lama tak bersua.

Dan masih teringat
Merasai kehidupan di tanah Urdun,
Tengok gelagat manusia.
Geram dengan orang yang merokok dan buang sampah sesuka hati.
Takut dengan orang arab.
Sedikit jakun nak rasa macam2 makanan arab.
Suspicious dengan semua orang.
Asyik nak air jus dan air sejuk je.
Cuba-cuba berinteraksi dalam bahasa arab.
Mengomel sendirian, 'perempuan arab kemain kalau bergaya.'
Macam-macam.

Masih teringat,
Jalan2 sekitar Univ of jordan, Univ Yarmouk, JUST.
Mengada, jalan sikit dah panas. Pening kepala. Tak larat kononnya.
Teringat Anis gelakkan.
Dan hasilnya tona warna kulit muka dan tangan, berganda2 lebih gelap!
Yang pernah kenal, memang tegur  'burn eh?'
Ye ye ye

Masih terasa, aura, masih terbayang suasana
Di tapak perang yarmouk dan perang mu'tah.
Hebat, hebat sangat umat islam. Dengan adanya Allah.
Terasa, betapa sesungguhnya Rsulullah sangat memelihara walaupun satu jiwa manusia,
Bila mana utusan di bunuh, kita kena perang. Perang mu'tah,
Walaupun kita sikit sangat kalau nak bandingkan.
Tapi kita selalu kuat dengan adanya Allah.

Masih terbayang perasaan
Menziarahi makam para sahabat.
Dan merasa kemuncaknya bila di makan Zaid b.
haru. Sayu. Senyap.
Ha muhasabahla.
Moga meresap. Biar  'basah'

Dan tak sangka, dapat ziarah gua nabi isa beruzlah
Berkhalwat dgn Allah.
Atas bukit, dekat dengan palestin.
Satu demi satu sekatan keselamatan.

View laut mati.
Panas sangat! Masa datang tu memang tengahri. Puncak waktu panas agaknya.
Macam mana la agaknya keadaan Allah terbalikkan kaum Nabi Lut. Aduhai..
Tak lama. Tak mandi pun
'Rasulullah bila lalu kawasan yang di azab Allah , baginda palingkan muka, takkanla kita nak bersuka-suka kan'
Share seorang ukhti.

Mana boleh lupa.
Keterujaan menerokai Wadi Mujib. Sangat teruja.
Dengan tak brakfastnya, redah air deras. Kerah tenaga. Nak juga.
Takkan give up,
Akhirnya, we made it!
Melepak dekat air terjun. Buat macam sendiri yang punya.
Bila nak balik, semua in denial tak nak balik
Nak slow-slow, kononnya nak menikmati.
Terapungkan diri, lihat langit.
Masih, masih ingat lakaran itu.
Balik2 sakit lutut. Badan lebam sana sini.
Dah semakin tua.

Ah teringat.
Naik jeep di Wadi Rum.
Angin memang tak kasihan pun pada apa-apa bentuk tudung. Heh.
Menikmati suasana padang pasir.
MasyaAllah, luas, luas sangat.
Nampak pakcik pengembala kambing. 'Para rasul macam tu la agaknya'
panjat bukit, kasut memang mendap. Tapi nak juga sampai puncak bukit.
Pasir yang paling halus di dunia, katanya.
Main2 pasir, tengok matahari.
Duduk, pandang lagi luasnya padang pasir. 'Tenggelam dan hanyut'
Sampai pakcik driver panggil suruh turun. Err
Naik jeep nak balik,
'Alaaaa dah nak balik ke. Nak lagi, alaaaa'
Tapi kena la balik jugak.

Masih terkenang
Jelajah Petra.
Berborak dengan anak2 arab badwi, yang amboi english mereka boleh tahan!
Excited. Semangat nak sampai puncak
View at the top of the world kononnya.
Subhanallah cantiknya.
Penat tu penat juga. Tapi tak la sangat.
Bolehla cakap, naik dengan keldai turun dengan unta. Heh

Umm qays dan jerash.
Cantik. Asyik cuba imagine macammna rupa asalnya.
Tapi itulah,
Besar dan hebat manapun ciptaan makhluk,
Mampu lawan gempa bumi Dia?

Mulanya dah redha tak pergi Ashabul Kahfi
Tapi tak boleh, itu tempat wajib juga.
Plan last minit, akhirnya pergi berdua.
Ukhti Tasnim temankan
Tadabbur dalam kereta. Dan guide secara tak rasmi.
'Mendalam'

Hari terakhir,
Tutup dengan ISK Jordan.
Masa tu terbayang semua tempat yang dah pergi.
Nampak sikit big picture. Dan overall jaulah Jordan
Baru  'rasa' umpph.
Memang perlu bagi kaw2.

Terharu dengan layanan akhawat sana.
Anis la trutamanya.
Susah2 plan bawak pergi jalan.
Usaha nak jamu aku makan semua yang aku teringin.
Dari nasi arab ke nasi dagang.
Jazakunnallahu khairan kathira.
Terutamanya juga buat  Izzah, Thoba, k.'Afifah, err buat semuaya jugaaaa.
Tak tertulis nama.

Sebenarnya ada 2 patah perkataan je yang menggambarkan perasaan dan tulisan aku.
Kalau tak tulis panjang2 pun cukup 2 perkataan ni.

RINDU JORDAN ;')

sangat.
Serius ni.

3 comments:

Latifah Maisarah said...

Besaa beg ! ;D

Miswani Salleh said...

Tc huda

KhalilahAlhudaKamilen said...

>latifah
dah duduk 2 bulan merantau , mesti la kan? heh

>k.mis
thanks k.mis :)