Pages

Sunday, June 9, 2013

cerita summer

Assalamualaikum, bismillah.

‘tak balik ke summer kali ni?’
’jumpa dekat Malaysia nanti’

bukan sorang dua tanya benda tu. bukan sorang dua pelik kenapa aku tak balik. adoyai.

ya, aku tak balik summer ni.
bukan sebab lupa daratan. adeh.
bukan juga sebab tak ada cuti mahupun tak cukup bajet. hehe
apatah lagi bukan sebab tak rindu orang Malaysia. rindu kot!

tapi aku nak cari dan kutip hikmah dari pengembaraan. aku nak belajar. aku nak belajar mandiri, jadi kuat, jadi matang dan paling penting jadi hamba Dia. aku nak cari ‘hikmah’ dengan mengembara.

somehow aku takut juga dengan keputusan aku,
betul ke tak balik Malaysia? raya? betul ke nak apa aku buat ni.

tapi aku rasa aku tak patut fikir kot benda tu.
bila Allah mudahkan dari awal, abiumi redha, family support, urusan mudah,
aku tawakkal kepadaNya.
sekarang fasa aku buka hati untuk terima tarbiyah Dia.

orang sekeliling, dah beransur balik meninggalkan bumi Cork.
aku pun InsyaAllah, akan meninggalkan bumi Cork

15 jun – London
16 jun – 29 Jun – Jordan
29 jun – 15 Ogos – Mesir

setakat ni, memang tu plan asal. mungkin balik dari Mesir nak jalan europe tapi tak plan lagi. tengoklah dulu. ye, aku ramadhan penuh dan raya dekat mesir InsyaAllah :) nak belajar dan ambil sijil juga, moga Allah mudahkan, ameen.

summer tahun depan, InsyaAllah nak buat umrah (semangat dah simpan duit dari sekarang. hihi) dan nak pergi Korea dan balik Malaysia! eh, terlangkau jauh pulak sampai plan tahun depan. okay. Y_Y

* * * * *

mungkin tak perlu nak cerita semua, aku nak share pasal Summer Training Camp Eire ‘13 (2-5 jun 2013) dulu.

hari pertama.

camp site

aku sangat teruja nak ber-camping! seriously, STC ni paling aku nantikan sejak datang ireland ni, tersangat rindu  zaman ber-camping dekat sekolah dulu. 5x camping setahun pun takpe. paling ingat ustaz idris pernah cakap (lebih kurang macam nila gist dia) ; ‘camping ni, lagi banyak tarbiyah dia. waktu nilah kita nak praktikal, ithar, sabar, etc.

kata seniors, tahun lepas cabaran STC sejuk melampau. hujan. semua tahap nangis tak tahan punya. mimpi ngerila lebih kurang STC ni. heh. dengar cerita macam-macam, tapi sikit pun tak berganjak keterujaan aku. eceh. bila naik bas tu, memang aku duduk fikir sorang-sorang, betulkan niat. aku nak pergi ni bukan sebab aku memang suka camping. tapi sebab nak cari redha Dia.

sampai-sampai je, aku dah nampak dah cabaran dia, agas! seriously banyak sangat! ada akak kata, ‘sepanjang 5 tahun pergi STC, ni STC yang paling banyak agas’ semua orang bertutup muka ala-ala mujahideen dekat Syria :) tuan punya camp site tu cerita ; ada Irish ni, nak camping dekat situ jugak, tapi tak jadi sebab tengok kitorang berbalut macam tu. ingat kami terrorist ke apa. sobs ;/

agas     ada nampak muka? memang banyak agas. ni bukan suka-suka tau –.–

kawad[5]

game taaruf

hari pertama, biasalah, panas badan dulu. dirikan khemah, bahagikan kumpulan, basically ikut tempat asal dekat malaysia. campur-campur lokaliti, (dublin+Cork+UK) adala kawad sikit, petang sikit ada game taaruf. malam lepas isya’ ada tazkirah. err. aku yang menuturkan kisah perjuangan dakwah nabi Nuh itulah, yang patutnya lebih tertampar. lebih belajar! ahh. zass.

kalau kita ukur kejayaan dakwah itu adalah dengan hasil, maka nabi Nuh dikira gagal, selama 950 tahun, berdakwah, seciput je yang menerima dakwah baginda’

‘kalau berjayanya dakwah itu dengan penerimaan dakwah daripada family, maka nabi Nuh, seharusnya paling kecewa kerana anak bahkan isterinya pun tak menerima dakwah baginda’

‘umur dakwah, melangkaui umur kita. sekalipun kita berhenti, ia tetap akan hidup’

lepas tu terus tidur. tak ada ketaq lutut cuak camping pun. ajk pun tak garang. hihi. denda pun tak teruk. biasanya lari sambil istighfar. sangat ‘ringan’ je camping ni ;p

banner

hari kedua.

bangun subuh lebih kurang 3 pagi, kaki kebas. sejukk. lepas solat, boleh tidur balik sampai 630 pagi. hoho. second day kami ada explorace ala-ala jungle trekking. adalah task macam-macam. oh, tema STC kali ni mujahidah-perindu syurga. masa explorace, banyak menyoroti kisah perang. ada juga quiz. hutan sini, banyak agas (!) dan pokok berduri, dan tanah dia banyak yang lembab. ini ikut observation aku je la.

habis je explorace, khidmat diri, masak lunch, dan petang ada war game. memang terbaik lah War Game ni! tapi taknak cerita dekat post ni,

nak sambung tengok omarseries dulu. wahaha XD

to be continued insyaAllah..

2 comments:

Latifah Maisarah said...

agas tu mendaaa kak? ehhe~

Latifah Maisarah said...

berapa celcius ni kak? tebal baju sejuk tu. . ^_^