Pages

Sunday, June 16, 2013

Hari pertama

Assalamualaikum, bismillah.

Hari ni, bermula detik pemusafiran summer break aku. Suka-suka je nak bagi nama pengembaraan solo (solo la sangat) ni 'muhajirin mencari makna' Itu diaa ;p

Dari semalam berdebar tak terkata. Memang tidur tak lena. Risau macam-macam. Lagi-lagi bila nak pergi dari Ireland ni seorang. Bukan nak sangat pergi sorang, tapi dah takde orang nak ikut macam mana.. okay, nak buat ayat sedih pulak...err tapi balik nanti tak seorang dah ;)

Tapi hakikatnya tak pernah berseorangan pun, Allah kan ada? Ikhlas kan hati, pancangkan tekad. Senyum.

Dari semalam cirit-birit. Pagi tadi je dah 3 kali pergi tandas. Murobbi tanya 'awak ni cirit-birit sebab neves ke? 'Oh ada ke? Iya la tu agaknya ' hari ni, baru aku tahu memang ada cirit-birit sebab nervous. Biasanya orang nak exam la. Tak ingatla apa clinical term dia. Murabbi a.k.a doktor peribadi cakap tadi aku tak tangkap pun.

Tangan sejuk-sejuk. Sampai ke airport berdebarnya. K.aini roommate terchenta, k.mis murobbi sukses, dan k.ira dentist anggun hantar pergi airport tadi. Alhamdulillah. Jzkk. Mereka la tolong-tolong packing kan balik barang bila overweight beg. Adeh, macam nak pindah gamaknya!

Berdebar lagi. 'Awak jangan risaula, awak orang baik-baik InsyaAllah Allah tolong dan jaga' -murobbi. Huuu. Lega sikit. Allah juga pemelihara. Bila salam-salam tu ah sedih la jugak sebenarnya. Tapi kawal sikit. Buat masa ni belum lagi menderas airmata tumpah. Bergenang-bergenang tu banyak kali la. Kita tunggula macammana. Heh.

Memang terasa sangat ghuraba bila agaknya aku seorang je muslim dalam flight tu. Muslimah la to be spesific. Berdebar jugak sebab ni first time pergi London Gatwick punya airport. Pulak tu nak bermalam dekat sana untuk tunggu next flight. Sungguhla aku bergantung pada Dia Al-Wali !

Ikut perkiraan aku penumpang kali ni ramai orang tua. Gatwick tu kampung kot. Hehe. Masa beratur nak naik flight dengar la nenek ni membebel 'rules and rules to be obeyed. Crazy, crazy, crazy' sengih jela. Memang leceh, lepas satu, satu. Ini pun dah leceh, ingat senang nak lepas airport Allah nanti?

Tapi Alhamdulillah Allah banyak mudahkan juga perjalanan hari ni. hand luggage aku tak kena check sebelum nak naik flight. Ah, ryanair memang strict sikit. Aku terfikir juga kalau nak kena check saiz luggage aku, mau berpeluh nak sumbat dalam box dia. Tapi lepas macam tu je, alhamdulillah.

Dalam flight duduk sebelah nenek. Mula-mula dia ada juga cakap-cakap. Tak tahula monolog ke apa. Aku tak faham. Huu. Orang tua mat salleh cakap seriously aku susah sikit nak faham. Kalau ada accent lagilaa. Alhamdulillah nenek tu duk membaca dalam flight. Novel kot. Kalau dia ajak borak, jenuh juga dibuatnya. Nenek sebelah membaca, boleh juga aku murajaah sikit hafazan. Aku curi-curi juga tidur. Tapi tak lena.

Sampai Gatwick airport yang sangat asing bagi aku ni, alhamdulillah,  Dia juga mudahkan. Cari toilet, alhamdulillah toilet memang besar, dan siap ada sinki dalam tu. Memang aku tolak trolley luggage aku yang mau 40 kg masuk sekali dalam tu. Lega, tak perlu lagi risau siapa nak jaga barang. Lega jugak dapat ambil wudhu dalam tu. Kalau sinki kat luar memang kurang selesa nak tutup-tutup. Kejap-kejap ada orang masuk.

Keluar, nak cari siap-siap tempat lepak. Nak solat lagi. Macam biasala, dekat europe ni nak solat kena la cari port sendiri, bukan senang nak jumpa surau. Jalan-jalan, rupanya aku sampai south terminal. Flight aku dekat North terminal. Carila shuttle train, sampai sana, elok-elok tak ramai sangat orang. Cari hujung-hujung sikit, alhamdulillah dapatla solat dan witr sekali. Ada la juga orang sekeliling, tapi tak ramai sangat. Takkan nak malu sangat sampai tak solat? Izzah je. Tu kunci dia.

Sekarang nak pukul 1, orang dah ramai. Tak dapat nak tidur, padahal sebenarnya aku memang tak cukup tidur! Mungkin masa yang sesuai untuk aku tidur adalah dalam flight 6 jam ke Amman, jordan esok? Moga-moga esok Allah mudahkan segalanya. Terfikir-gikir ada lagi tak tdmpat yang sesuai nak solat subuh esok? Memandangkan dekat sini bising dan orang dah bertambah ramai. Hmm

Moga hari esok (hari ni sebenarnya), lebih baik!

16 Jun 2013, 01:03
-london gatwick airport, north terminal.

2 comments:

siti zuliana said...

tawakkal huda :) semoga awk baik2 kat sane :D

KhalilahAlhudaKamilen said...

InsyaAllah. Thanks zu ;)