Pages

Tuesday, June 18, 2013

Sampai juga.

Airport bukan lah tempat yang selesa nak tidur. Sejuk. Apatah lagi bila sendiri. Menjelang subuh, aku gerak ke tandas. Nak khidmat diri, lepas tu nak cari tempat yang aku dapat solat dengan aman. Takdir Allah, alhamdulillah jumpa orng melayu dekat tandas, orang Cardiff. Lega, ada orang boleh diajak subuh bersama. Borak-borak, berkenalan.. Tapi lepas tu mereka check in awal, ingin pulang ke Malaysia. Perasaan itu....

Kembali la aku sendiri. Cari tempat charge handphone, punyalah susah nak tidur, tapi bila Allah nak bagi mudah, mudah je. Sandar je badan dekat dinding, pasang headphone, putar ayat Al-quran, lena! Terjaga tersengguk-sengguk. Sekejap je rasa. Buka mata ada makcik senyum-senyum. Nampaknya dia tengok aku tertidur. Malu --' nak kata je dekat makcik tu, 'saya baru dapat lena makcik, alhamdulillah!' :)

Bila nak check in, jumpa student JUST. Muda setahun. Lega la borak2 sikit. Sampai dekat airport Amman, aku sangkut sekejap dekat counter passport control, just kena pergi tempat visa control. Then bayar 20JD, lepas la. Lepas tu terus ke surau. Then diorang balik. Aku tunggu anis sekejap, pergila cari air dan makanan. Ya Allah, rasala macam dungu sikit, bila nak bayar tu, nak panaskan makanan, nak tisu. Jadi macam orang bisu! Guna bahasa isyarat je semua, haha. Tak reti lagi nak berborak dalam b.arab ;'/

Semalam pergi balad Amman,tengok ragam orang macam-macam! shopping, angkut 5 jubah. Grrr.
Tadi jalan2 univ of Jordan.

Nanti sambung lagi, kesuntukan masa, huuu.
Padahal baaaaanyak sangat nak tulis :/

Bayt Khansa', Amman.
18/6/13. 15:30