Pages

Sunday, June 23, 2013

sekilas cerita

assalamualaikum, bismillah.

hari ni sudah hari ke 8 rupanya aku menjejakkan kaki di bumi Jordan ni. sungguh, terasa sangat pantas masa berlalu. dan setelah 7 hari tak duduk rumah betul-betul, untuk siri jelajah Jordan, alhamdulillah hari ni dapat duduk rumah. untuk recharge balik iman. untuk luruskan balik tujuan. untuk duduk muhasabah, dan cungkil segala 'ibrah sepanjang perjalanan.

sebab bila aku fikir balik, mungkin sebab penat bermusafir, aku kurang untuk betul-betul 'fikir'. lepas pergi satu tempat pergi tempat lain pulak, balik penat, tidur je, nanti sambung balik kitaran yang sama. moga semuanya tak sia-sia ;'(

bila terimbau perasaan aku first time jejakkan kaki ke sini, seingat aku, memang aku excited, teruja. bila flight nak landing je, aku rasa haru sangat. nak nangis pun ada, bila lihat masjid. masjid di mana-mana. memang aku sangat teruja jumpa masjid. sebab dekat Ireland susah nak jumpa. dan masjid dekat Cork pun rupanya bukan macam masjid tipikal yang kita jumpa. 

bila dengar azan, perasaan yang sama datang. sama, perasaan yang sama kalau aku dengar masjid di Cork. boleh tersentuh, dan rasa nak nangis. ini bukan nangis yang cengeng tu, tapi lebih kepada bila kita dapat kenikmatan yang lama dah hilang. selama ni, kalau nak dengar azan pun setakat dari handphone.

aku tak sangka, benda yang mungkin aku rasa biasa je dulu ; 'masjid dan azan', sekarang aku rasa nikmat luar biasa bila jumpa 2 tu.

sampah, rokok, dan hon

kawasan yang dipenuhi dengan sampah adalah sangat-sangat sinonim dekat sini. terkejut juga. mungkin aku cenderung juga untuk comparekan dengan keadaan dekat ireland dan UK. memang beza. dan aku setuju kata-kata Syeikh Muhammad 'Abduh : Aku melihat islam di barat tapi tiada muslim, dan aku melihat muslim di arab tapi tiada islam'

tapi, aku ingatkan balik diri aku, aku datang sini bukan nak comparekan dengan mana-mana tempat, tapi nak ambil pengajaran.

aku tanya pada Anis 
'nt rasa nti dah immune ke dengan sampah-sampah ni?'
'hmm, ye la kot ana rasa dah immune dah'
'ana takut pulak kalau ana rasa immune jugak dengan orang biasa tak menutup aurat dan kebiasaan masyarakat yang minum arak'

dan aku sedar, bukan tempat yang akan menyelesaikan masalah. tapi islam. islam lah yang akan mem'baik'kan masyarakat tu.

ahh, satu lagi pemandangan yang menyakitkan mata dan menyesakkan dada. rokok. puntung-puntung rokok pun bersepah dimana-mana. aku kira serangan barat melalui rokok ni sangat berjaya ;/

bunyi hon pun biasa. bingit juga telinga. terdetik juga dalam hati 'ey, rilekla. tak sabar-sabar. sikit-sikit nak hon' tapi Anis kata benda tu biasa je. hmm.

murokib. ada benda juga aku terkejut. rupanya dekat jordan ni, kalau akhawat nak jalan jauh ke, keluar malam ke kena ada murokib. (lelaki, untuk temankan) aku rasa macam erk. eh? macamtu? mungkin aku rasa kalau aku, tak payahlaaaa. rimas. mungkin dekat Ireland aku sendiri hampir tak langsung mesej/telefon mahupun berhubung dengan ikhwah.  tersangat amat jarang pun minta tolong dengan brothers. rasa macam tak perlu sangat.

rupanya keadaan berbeza. bila Anis cerita. oh sedihnya, negara ramainya muslim tak berapa selamat. bukankah islam itu membawa kesejahteraan. itulah.., bila islam tidak berada di tempat yang sepatutnya ;'(

attachment

antara satu benda yang sungguhla mengajar aku :  melepaskan diri dari sebarang keterikatan pada sesuatu. boleh jadi benda, boleh jadi perasaan, boleh jadi orang.

mungkin bendanya kecil je. tapi biarlah pengajarannya besar, sekurang-kurangnya buat aku cukuplah.. ceritanya heh, kasut jeep  yang aku sayang sangat-sangat-sangat terkorban masa pergi Wadi Mujib (ala-ala river trekking) memang mencabar. memang salah aku juga, kasut kasual tu tak sesuai pun nak buat aktiviti lasak macam tu. pakai dengan stokin nipis, memang la mudah tercabut. aku teringat masa tu, aku berpaut pada tali, memang nak jatuh sangat. air deras. pakcik tu suruh aku lepas kan tangan, anis pun. aku tak kesah aku dah masa tu. aku cakap dengan anis banyak kali  'kasut ana! kasut ana!' sebab masa tergantung tu, kasut tu nak tercabut dari kaki,, nakla suruh dia ambil dulu kasut aku. tak payah nak sambut aku dulu. rupanya anis tak dengar. lepas tercabut kasut tu baru aku lepas tangan. pasrah.

sepanjang patah balik, lepas dah habis tu, aku harap sangat aku akan jumpa balik. cari-cari-cari tak jumpa jugak. Allah memang nak aku belajar redha, dan lepaskan ikatan-ikatan selain ikatan padaNya kan?

tazkirah kematian

malam tu kami bermalam di hotel. untuk gerak ke Petra dan Wadi rum keesokan paginya. bangun pagi, Anis dan K.Afifah kecoh-kecoh. tengok handphone. lepas tu dua-dua menjerit. aku dah gelabah dah kenapa ni. 

katanya ada akhawat UK meninggal.terasa sangat 'dekat'. accident kereta masuk gaung. kata mereka ' enti tahu  tak, plan asalnya kita akan pergi dengan driver tu. last minit cancel '

memang takdir Allah itu ada hikmahnya. dan bukanlah kita yang tahu pasal takdir kita. rasanya  tamparan tazkirah buat diri ; seolah-olah ini kematian yang 'ditangguhkan'. untuk kau lebih beramal khalilah Alhuda (!)

ditakdirkan kami di kawasan berhampiran, dan minta driver bawa kami ke hospital untuk ziarah mangsa. sempat berborak sikit dengan kak Ili. muka dia pun familiar. rupanya kami pernah berjumpa beberapa kali di daurah sekitar UK. sumaiyah, aku tak berapa cam. masa lihat gambar mayat beliau pun tak dapat cam.

rupanya masa di London hari tu kami tumpang bermalam di rumah dia. huu. malam tadi susah nak tidur, terbayang-bayang gambar mayat mangsa. dan terlalu takut andai aku tak bangun keesokan paginya. Allahuu

untuk Sumaiyah. aku benar-benar cemburu mendengar kisah beliau. berbahagialah.. dan aku di sini akan terus berusaha. moga mati dalam keadaan yang baik, InsyaAllah.

nanti sambung lagi. sekian, wasalam~

2 comments:

ar-rumaisa' said...

Semoga kita menyusuli beliau, bersama tanggungjawab shahadah ini :)

KhalilahAlhudaKamilen said...

InsyaAllah, ameen ; )