Pages

Monday, June 10, 2013

war game

assalamualaikum, bismillah.

‘ok, war game kita ada 3 fasa. fasa 1 : pemilihan Raja, panglima, persiapan peluru, pembinaan kubu, dan buat pedang. fasa 2 : satu lawan satu. fasa 3 : bertempur. ’ –kata AJK

fasa 1.

‘okay sekarang kita pilih raja dengan panglima dulu’

‘saya cadangkan Malihah Athirah atau Khalilah Alhuda. (pandang aku) huda, walaupun akak selalu tak setuju dengan awak, kali ni akak sokong awak’ –k.ekin, usrahmates a.k.a geng gaduh. luls –,-

jap, apasal saya pulak ni..’ protes. protes.

okay-okay kita syura. tutup mata dan kita undi’ yang lebih senior menyampuk.

tutup mata. angkat tangan. jatuh tangan. buka mata.

‘okay InsyaAllah panglima kita Khalilah Alhuda’

ERK. speechless. bingung juga sekejap. - ‘saya terima cabaran’

untuk raja, saya cadangkan k.Alya Ameera.’

‘setuju’

‘setuju’

settle.

sepanjang fasa 1 yang lebih kurang sejam, yang banyak tolong aku plan, buat strategi semua kakak senior yang lebih berpengalaman. serius aku blurr sikit. gelabah pun ye jugak. kubu (syaratnya guna ranting kayu, dan bahan yang diberi sahaja-mesti muat untuk 5 orang dewasa), berkali-kali kena baiki. masa semakin suntuk, rasa cuak juga kubu tak siap. dapat tambahan masa, alhamdulillah settle semua.

fasa 2.

membentuk bulatan, menghadap ‘musuh’ masing-masing.

‘okay, siapa nak start dahulu, ucapan raja dan panglima. raja perkenalkan kerajaan anda dan kekuatan panglima anda. panglima pun buat ucapan perkenalkan raja anda kepada pihak lawan’

blablablabla….habis.

raja dan panglima berkumpul’

‘gunakan kebijaksanaan anda untuk pilih daripada tentera anda 3 orang yang tangkas, 3 orang yang berani, dan 2 orang yang kuat. mengikut definisi anda sendiri’

siap pilih. perlawananan 1 lawan 1 bermula dengan tentera yang tangkas. setiap kali tentera menang, peluru tambahan diberikan.

belon diikat di betis kaki kanan masing-masing. siapa yang berjaya memecahkan belon lawan terlebih dahulu dikira menang. tak boleh ada body contact guna tangan.

tentera pertama pihak kami tumpas.

berdebar.

2 yang kemudiannya menang, alhamdulillah

'takbir! Allahuakbar! Allahuakbar!’

‘syahid! syahid! Allahuakbar!’

‘menang atau syahid Allahuakbar!’

laaungan bergema sepanjang pertempuran.

perlawanan diteruskan dengan tentera yang ‘kuat’.

kuat ingatan- kena hafal ayat hafazan.

kuat fizikal – gusti lengan sambil menyiarap di tanah.

gamat dengan sorak.

pihak lawan mendahului untuk kuat ingatan

gusti lengan 2-2 tentera aku berjaya menumpaskan pihak lawan.

laungan bergema.

debaran semakin terasa. cehh.

last, tentera yang berani.

menghadap. position kekuda. siapa yang berjaya menyentuh lutut pihak lawan terlebih dahulu dikira pemenang. aksi tragis. berguling-guling siap ;p

‘tibalah masa kemuncak, menguji ketahanan pedang kumpulan masing-masing. untuk lebih adil, para AJK yang akan uji.’

sesi ‘libas-melibas’ bermula. yang berubah bentuk dulu, akan tewas. yang menang, akan dapat satu tentera tambahan. akhirnya pihak lawan tumpas. alhamdulillah.

laungan bergema.

fasa 3.

‘kita akan menguji kekuatan kubu terlebih dahulu sebanyak 3x (guna lastik gergasi+bola). kalau kubu runtuh, automatic, pertempuran bermula. kalau 2-2 pihak kubunya kukuh, pertempuran hanya bermula apabila semboyan dibunyikan’ –AJK

kedua-dua kubu nampaknya teguh. maka tunggulah semboyan dibunyikan.

pertempuran bermula sekarang sampai sebelum subuh’ – AJK

lirik jam, pukul 9 lebih. dah dekat maghrib ni.

walaupun fasa perang, jangan lupa makan, dan solat.’ –AJK

semua berkawal. keadaan ‘tegang’ je rasa. sejuk pun mula bertamu. aku arahkan bergilir-gilir solat. pass-pass makanan. agas pun dengan ganasnya telah menyerang!

aku yo yo oh je mengandaikan semboyan akan berbunyi pukul 2 pagi. dekat-dekat subuh.

tahun lepas, lepas 7 jam berkawal baru semboyan dibunyikan’ kata seorang kakak.

sambil ada ahli yang solat, yang lain tetap berjaga-jaga.

tiba-tiba semboyan dibunyikan. aku kaget. (aduh) segalanya berlaku dengan sangat cepat. aku hanya sempat ‘menembak’ 3 orang. dan laungan takbir dari pihak lawan bergema.

tak sampai 2 minit rasanya. panji kami dirampas.

kalah. itulah hakikat yang perlu diterima. sobs

walaupun kami ada lebihan peluru yang sangat banyak, dan lebihan ahli, tapi takdir Allah, siapa mampu menghalang.

takkan secepat itu? biar betul?

masa pertempuran, saat pasukan lawan dengan kekuatan penuh, rupanya,

3 tentera depan aku memang sedang bersolat, 2 tentera yang tersorok yang duduk di semak samun (yang sepatutnya menghalang sesiapa yang merampas panji) juga sedang bersolat. dan seorang ke tandas. 6 petak kosong!

apapun sebabnya.

Allah juga yang telah mentakdirkan. redha.

anyway, nice war game! ada ‘ruh’ di situ. i loike it. seriously :)

hee, walaupun aku rasa macam percaya tak percaya, alhamdulillah. banyak yang aku belajar.

‘akak sebenarnya tak tahu pun ahli awak sedang solat’ –AJK

‘ok je, tak pe tak pe’

‘akak rasa macam tak adil jugalah, awak baru, akak dah beberapa kali war game ni’ – senior dari pihak lawan

‘takpe kak, saya belajar. saya dah tahu dah trick dia. apa pun attack je!’

‘betul, kalau syahid pun ada ramai lagi orang boleh ganti’

kala aku rasa aku masih lagi tersangat kurang ‘hikmah’ dalam menguruskan pasukan, Allah berikan pelbagai hikmah yang lain. aku banyak belajar sebenarnya. belajar daripada kesilapan diri sendiri, belajar dari mereka yang lebih berpengalaman, belajar dari pihak lawan juga, alhamdulillah ;)

bila sesi muhasabah, ramai la melontarkan rase ‘tense’ tu. macam real. terbayangkah kita kala Rasulullah dan sahabat berperang? yang jual belinya antara nyawa kita dengan janji Allah? mampu? sanggup?

hai..tepuk dahi tanya hati..

ah sudah, panjang pulak ceritanya war game ni!

last post utk STC ‘13.. to be continued, insyaAllah..

4 comments:

Latifah Maisarah said...

hahah,. menarik! tapi perangnya, segala peluru apa benda kak?? pastu ada satu part pijak2 belon? sampai terguling2? mcm mana sbnrnya war game ni kakk??

KhalilahAlhudaKamilen said...

belon air je dikk. hehe
yg guling-guling tu bukan pijak belon.
huish, kena cerita pakai mulut la nih klu tulisan xmmpu memahamkan. hikhikhik

NurShahirah said...

akak.emailkan pada saya cara nak main war game ni
nurshahirahsaleh@gmail.com
jzkk

NurShahirah said...

as salam
akak,boleh tak emailkan pada saya cara nak main war game ni..
nurshahirahsaleh@gmail.com
jzkk