Pages

Monday, July 15, 2013

ramadhan di bumi asing

assalamualaikum, bismillah.

hari ni dah 6 ramadhan. aku dari siang tadi rasa sangat tak percaya, betul ke hari ni dah 5 ramadhan? masa terlalu cepat berlalu. cakap dekat orang, tanya orang, betul ke? dengan harapan, orang akan cakap tak. macam boleh kan? -.-

hari ni, ditegur seorang kakak, 
'huda update2 la fb selalu'
'segan la nak update apa. kalau pasal mesir dekat mesirkini tu la. ahli rumah saya tumpang ni, tukang translate berita. ada team bi ada team arab'
'update perasaan awak. picture ke. apa2pun akak nak bacaaa'

hari tu cik naqibah kata 'tulisla travelog' ini arahan. amboi. hehe

dan hari ni baru tersedar dah lama sangat tak menulis. dan nak katanya betapa cepat berlalu, betapa tak sedarnya masa berlalu, tak sangka last post 10 hari yang lalu. rasa macam baru tulis. seriously..

bukan seorang je yang tanya, 
'macam mana ramadhan dekat mesir?'
'sederhana, tapi meriah, alhamdulillah :)'

maghrib tu, rasa malam first ramadhan, meriah dia macam malam raya dekat Malaysia. mercun pun ada. aku terbayang-bayang juga agaknya kalau dekat rumah apa la aku buat. mesti satu famili tengah kecoh-kecoh cepat-cepat nak gerak ke masjid. biasanya ke masjid UIA atau masjid Zakaria. dan umi, jenis nak saf depan sekali. mesti kena cepat. lambat, tinggal!

tahun ni walaupun, aku tak melalui masa-masa tu, aku tetap sangat bersyukur Allah sampaikan aku ke ramadhan tahun ni. petang sebelum maghrib 1 ramadhan, aku berdebar. Allah sampaikan tak aku ke ramadhan tahun ni. tahun lepas dengar azan maghrib 1 ramadhan aku nangis, haru sangat. tahun ni aku bersyukur. sangat.

aku berkira-kira, banyak benda aku boleh buat ramadhan ni, memandangkan aku tak ada komitmen lain. kalau nak fokus memang boleh fokus. dan betulla rasa sebenarnya kalau free pun, still rasa masa tak cukup banyak nak 'berbuat'

its either kita ni bazir masa, atau memang tamak haloba nak beramal.

hari-hari awal, aku rasa smooth je apa yang aku plan untuk hampir setiap hari.

pergi kelas talaqqi Quran. (cover tilawah terus)
pergi markas arab.
bedah, buat nota 1 topic buku fikrah.
fahamkan + translate 1 page buku kit ramadhan bahasa arab.
dengar dan tadabbur 1 juzuk
murajaah hafazan

tapi bila 1 hari terlari plan, sebab tak duduk rumah, terus tercungap nak kejar balik. semput!

hri ni pulak tiba-tiba ada akak UK, tegur dekat Fb, katanya aku partner tasmi' hafazan dia. aku hampir-hampir lupa aku register Ramadhan Quran Journey under IkramUKE untuk kembara quran. pihak penganjur yang tetapkan partner masing-masing berdasarkan kita isi borang. minggu depan deal nak tasmi' dulu 1 juz. nak sambung juga lepas ramadhan. 

memang kalau tak ada desakan macam ni, lembab macam siput nak menghafal dan mengulang. hafalan tak lekat, dulu niat lekat nak habiskan silibus dan nak lepas exam. huu, teruknya.. tiba-tiba dapat partner, stalk akak tu (dah beranak dua) nak tengok background education, rupa2..nya terus mesej

'akak DQ (Darul Quran), mana aciiii'

terus inferior nak masuk bawah tanah. uwarghh. kenapa aku di'pair'kan dengan akak tu. okay, itu tandanya Allah betul-betul nak suruh aku komited banyak sikit.

kata nak betul-betul rapat dengan quran
nak komited jaga kualiti hafazan walaupun baru hafal sikit je
kata nak..
kata nak..
kata nak..

Allah bagi.

sekarang ha ambil!
senyap.  
* * * * * * * * * *

apa yang aku suka tengok suasana orang sambut ramadhan dekat Mesir ni memang meriah. lampu kelip-kelip kalau macam raya ni, depa pasang nak sambung ramadhan. dekat mana-mana tak susah nak tengok orang baca quran. dari pakcik guard, penunggu train, tukang jual barang, mana-mana lah boleh nampak orang baca quran.

dan malam mereka meriah. macam pesta. tak tahula buat apa. nanti dekat-dekat pukul 2 pagi, ada pakcik ketuk periuk berdegang-berdegung jalan keliling kawasan ni kejut orang sahur atau rasanya suruh qiyam. dari dekat Malaysia lagi aku dengar orang kata malam ramadhan macam ni pak arab ni tak tidur. diorang tidur siang. kalau pagi-pagi tu memang waaah lengang, sunyi sepi je ;p

aku selalu dengar orang kata pak arab ni kasar, baran la, tak penyabar la. err, tapi aku selalu jugakla terbayang yang sahabat nabi yang lemah lembut macam Abu Bakr, Uthman, Ali tu bukan ke arab jugak? tak boleh la nak pukul rata. tapi hari tu masa dekat jordan, makan dengan Pak Arab ni, dia driver kitorang. nampak sikitla kekasaran dan kebaranan dia. err. dan hari tu masa kelas talaqqi first dengan sheikh k, hampir nak gugur jugak la jantung mula-mula. uwaaa. aku sebenarnya tak faham mula-mula apa dia cakap. lepas tu tak bawak buku. alhamdulillah tak kena marah sampai nangis. heh baca nak dekat 2 juzuk kena juga tahan, walaupun suara macam dah nak habis. sebab dia tegur baca alahai suara slow sangat. erk. kena ikut cara cikgu la, kalau betul nak berguru. tak ke? next kelas, tak tahu dapat sheikh apa tapi ada orang pesan ' kalau awak kena marah-marah tu buat dek je' macam dah biasa pula kena marah. hoho. boleh-boleh.

rata-rata aku tengok rakyat mesir ni susah. sedih tengok orang korek-korek sampah. aku memang tak boleh sikit la bab-bab ni. semalam.. aku, aisyah dan k.bella lepak pantai dekat Alexandria menikmati sunset dan iftar ringan. masa balik tu nampak seorang makcik tua ni duduk sorang-sorang. aku perasan dia pegang tisu lap mata. jalan depan dia kami lalu je. tapi aku tak sedap hati. suruh patah balik dan minta k.bella tanyakan dekat makcik tu. sebab arab aku pun berhabuk nak cakap tak reti. bila tanya-tanya, rupanya makcik tu tak ada kurma pun nak berbuka. sambil meleleh-leleh airmata makcik tu. aduh haru sangat aku tengok.

memang Allah nak ajar sangat erti syukur tu. jangan kufur nikmat. banyak lagi orang susah.

aku perhati, tengok orang suka post gambar-gambar makanan iftar, post teringin nak makan inilah, itulah. aku sendiri jadi malu. sedap-sedap kita boleh makan apa kita nak, ada orang di luar sana nak makan apa yang perlu pun susah. Allah...

semoga Ramadhan tahun ni jauh lebih baik dan bermakna.
hari-hari pun kena betulkan niat, istighfar banyak-banyak
doa banyak-banyak
moga Allah terima amalan kita
dan masukkan kita dalam kalangan hambaNya yang bertaqwa.
insyaAllah

ramadhan kareem uolls!
:)

2 comments:

Latifah Maisarah said...

Nak pergi mesir jugaak ! ;) hehe

KhalilahAlhudaKamilen said...

Pergilaaaaaaa ;p