Pages

Sunday, July 28, 2013

kesedaran ramadhan

assalamualaikum, bismillah.

kalau ramadhan tahun ni 29 hari, esok dah fasa 10 hari terakhir. start dari tengah ramadhan dah aku sedih semacam masa berlalu. so far, untuk aku, this is the best ramadhan ever. dan aku akan cuba semampu aku untuk nikmati hari yang berbaki. insyaAllah. jom la sekaki? :p

lebih kurang 10 hari berterawih, alhamdulillah Allah izinkan aku berterawih di 7 buah masjid berbeza, dan masjid hopping ni akan berterusan untuk malam-malam seterusnya, insyaAllah. kadang tu kena warning ' masjid tu balik lewat, kaki lenguh' but no matter what aku nak menikmatnya dan nak buat dengan penuh kesedaran dan kecintaan.

semua masjid yang aku pergi, buat 8 rakaat je. sini jarang masjid buat 20. tak jadi isu pun. dan antara moment yang paling aku tak dapat nak lupa dan tertunggu2 adalah bila bacaan qunut. dengan keadaan Mesir yang teruji sekarang ni, feel dia lain sangat bila imam baca doa tu. lagi2 bila solat sebelah makcik arab yang sungguh2 nangis bila qiyam tu. Allahu. 

dan hari ni bila kena 'tembak', aku syukuri, mudah2an hati masih tetap di landasan.

tahu signifikan puasa tu apa? taqwa. jawapan skema. tapi memang tu la
apa makna taqwa? kalau Umar kata macam berhati-hati berjalan di atas yang beduri pada waktu malam, means, kita kena fully conscious dengan apa yang kita tengah buat.
orang tak sedar, dalam gelap pulak tu, sure2 tak lepas nak lepas jalan tu.

PENUH KESEDARAN. tu ah keypoint dia.

aku buat ni kenapa? kalau semangat tu kenapa? 
sebab dah memang biasa? adat? sebab tak nak sia-siakan ramadhan?

tapi above all kenapa kita buat semua tu?

kadang tu bila kita dah biasa buat, kira rutin, kita buat tanpa hati. tak sedar aku tengah buat apa. dah kalau macam tu mana nak dapat taqwanya?  

best sangat eh, hari-hari kelas tahsin quran 4-6 pagi,
keluar gelap-gelap balik dah terang benderang,
lepas tu lebih kurang pukul 10-5 petang pergi kelas arab pulak.
malam pergi masjid hopping pulak,
then, dapat duduk mesir saaat2 genting ni,

best sangat la kan?

bajet menikmati, tapi kalau tak sedar buat tu sebab apa, tak selalu tajdid niat, boleh piiraah je la semua benda tu. huuuu :(

dan dengan title daie, takkan bulan ramadhan ni, nak eksklusifkan untuk diri sendri je. bajet la lagi nak mantapkan RUHI, tapi part HARAKI letak mana pulak? mad'u-mad'u mentang-mentang jauh, cehh boleh la lepas tangan?

kita kena jugakla selalu kena tembakan-tembakan maut ni.
sebab nanti kita jadi orang syok sendiri.

dalam banyak hal, kita kena selalu stop kejap, cool down, and refleks balik, check balik hati.

astaghfirullah,
selamat menikmati baki ramadhan! 

No comments: