Pages

Friday, July 5, 2013

Update dari Cairo

Assalamualaikum, bismillah.
Hari ni genap seminggu aku dekat Mesir. Jumaat pertama. Juga jumuaah Al-ghodobah (jumaat kemarahan) atas kebiadaban puak fulul dan tentera yg menjatuhkan Dr. Mursi. juga last jumaat untuk sya'aban. Perasaan bercampur baur.

Dan sepanjang 7 hari ni, tempat yang paling jauh aku pergi pun adalah airport. Banyak kali dah depa ni cakap  'kesian awak, tak pergi mana2 pun' Tapi tak sekelumit pun rasa rugi. Susunan Allah tu bayak sangat hikmah nya yang tak mampu aku nafikan. Dan setakat ni aku melihat mesir di sebalik rumah akhawat dan akhawat itu sendiri.  Ini pun banyak sangat yang nak kena belajar nih!

Dan dari sini, suasana di sini tersangat lah banyak membantu untuk memantapkan mutabaah amal. Siapalah yang tak suka berada dalam kelompok yang soleh dan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah. Kan? Dan bukan senang nak cari orang yang kita tak kenal sangat pun, tapi bila kita bangun agak lewat, walhal belum subuh lagi, tetap kejutkan kita 'awak, hari ni nak bangun qiyam tak?' Allah,  bahagia sangat rasa tu..

Dan berada dalam suasana mesir yang tak stabil ni pun banyak yang dipelajari. Ah, aku meneliti, kalau masyarakat yang ignorant, yang duduk dekat mesir ni pun ha boleh ignore je negara diorang. Apatah lagi kalau kita orang melayu yang duduk dekat malaysia, boleh jadI lagi la tak kisah. Tapi mohon Allah jauh kan kita daripada menjadi kelompok yang macam tu. Sebab bila isu umat, kita turut merasa tempiasnya. Apatah lagi kalau kita claim kita orang beriman. Orang beriman tu kan sangat peka dan sensitif. *ketuk kepala sendiri dulu*

Hari-hari update isu mesir. Hari tu kelakar juga rasa bila seorang ukhti masuk bilik semata2 nak cakap  'huda, awak berada di tengah2 sejarah ni!' Lepas tu keluar balik. Aik? Dan tak kurang juga yang cakap' awak beruntung datang2 waktu macam ni' ya, benar, aku beruntung.

Peristiwa di mesir ni, kalau tak menyedarkan kita alangkah ruginya! Lagi2 aku sendiri, yang dengar dan lihat sendiri orang2 bersorak berpesta bila Dr. Mursi jatuh. Yang lihat sendiri jet2 di dada langit, yang dengar sendiri orang menghina ikhwan. Pedih jangan kata.

Para pendukung dakwah, khususnya terlalu banyak yang perlu sama2 kita pelajari. (Kalau tak terfikir sendiri, banyak' pemikir' lain dah fikirkan dan tuliskan. Tinggal baca je! Tapi tak cukup la baca, biar cakna!) Pada aku, kita punya hak untuk bersedih, tapi bukan berputus asa mahupun merasa lemah. Kerana kita punya banyak sebab untuk tersenyum. Senyum bertahan, luruskan niat, rapatkan saf, luruskan barisan, tingkatkan amal. Kita swntiasa gagah dengan Allah ;)

Dan kelas quran dan b.arab yang aku nak ambil tak dapat start lagi. Mungkin kena tunggu lagi beberapa waktu. Katanya nak daftar kelas tahsin quran dekat markas ikhwan, tapi keadaan ikhwan yang' ditekan' ni tak tahula lagi macam mana. Kena banyakkan doa, InsyaAllah Allah mudahkan segala urusan, ameen.
Bila bertubi-tubi orang tanya 'tak balik malaysia ke?' Kadang buat aku tersentuh. Jangan kata tak rindu, rindu tu pasti ada, tapi yang banyak buat aku masih tetap bertahan adalah dengan sentiasa luruskan niat. Sentiasa ingat kenapa aku nak buat semua ni. Dan aku adukan pada Dia  'jangan biarkan aku merindui kampung halaman aku lebih daripada aku merindui tempat asal-usulku (syurga)' orang yang jauh daripada kampung halaman macam aku ni je mungkin merasai  'dalamnya' perasaan ni. Moga2 Allah sentiasa redha dengan setiap gerak langkah kita, InsyaAllah.

Tak lama lagi kan nak Ramadhan,  tak tergambar perasaan aku betapa terujanya aku nak sambut Ramadhan di bumi anbiya'. Moga2 Allah sampaikan kita pada ramadhan tahun ni.

*hingga detik ni (menjelang maghrib) Ikhwan, para penyokong Dr. Mursi masih berhimpun di dataran Rabaah. Tak jauh pun dari tempat aku. mohon doa semua untuk para pendukung kebenaran.

Cita-cita kita,
Dibawah redhaNya,
Menang atau syahid.

No comments: