Pages

Tuesday, August 27, 2013

kena la ikut standard

assalamualaikum, bismillah.

masa tu kami dalam teksi. tak silap masa tu, baru balik dari rumah terbuka di salah satu rumah anak negeri dekat Madinah Nasr, Kaherah.

' kalau dekat sini, biasanya nak kenal budak dirasat, diorang ni pakai jubah je, pakai tudung bulat, beg pakai dalam tudung. budak medik, ada pakai tshirt dengan kain, tudung sempang, beg pakai dekat luar tudung'

'oooh, ni siapa yang setkan?'

'kalau budak dirasat yang duduk balkan (rumah anak negeri) memang kena pakai macam tu. kira macam peraturan la'

'hmm, oh, kenapa macam ada beza'

'aik. macam sekular ni' 
nada berbisik dalam dengar tak dengar. orang sebelah kiri aku dengar rasanya. balas dengan sengih.

sekitar itu dialog ringkas kami.

sebenarnya nak selit part sekular tu mungkin cara orang fikir, cara kena berpakaian, cara orang judge orang? err susah nak terangkan. ke lain konteks? hehe

dulu masa minggu awal di kolej persediaan dekat Penang, masa tunggu bas, ada sorang budak lelaki classmate aku tanya ;

'huda, just nak tanya je. kenapa tak sambung medik dekat mesir?'

errk. takkan la nak jawab 'hey sukahati orang la' heh. mungkin ke sebab aku sekolah agama, ambil bahasa arab kena belajar dekat mesir? atau sebab pakaian aku? atau entah kenapa entah. aku tak ambil pusing pun.

aku jumpa seorang ukhti di mesir, tudung bulat labuh, pakai niqab dan ambil medik. mungkin kalau judge pakaian, itu lagi lebih ikut standard untuk budak dirasat daripada sesetengah budak dirasat yang lain. 

salah satu ceritanya, dia pergi kedai makan, orang tanya, 'ustazah nak order apa?'

(ni situasi Malaysia. orang malaysia label ustazah tu siapa, tak sama macam di mesir. kalau di mesir semua orang pun jadi ustazah ;p)

aneh ya.
cara kita letak satandard pada orang atau pada diri sendiri pun, sebenarnya based on apa?

tak kisahla sebenarnya situasi apa pun.

neraca kita biar islam. islam je.

kalau pakai tshirt, pakai tudung tiga segi ke, tapi menepati syariat islam, boleh kan?
kalau tak belajar agama pun, biarlah nak pakai tudung bulat labuh pun. 
kalau dengan lelaki ajnabi bukan ke batas kena jaga, tak kesahla raya ke, sepupu ke..hmm
kalau kita boleh baca novel dekat mana-mana pun boleh,, siap orang cop kita 'ulat buku'
tapi kenapa kalau nak baca quran dekat mana-mana kita malu,, pulak tu orang cop 'budak bajet alim~'

tak keee....pelik?

lagi. siapa kata standard orang belajar oversea ni.. mesti banyak koleksi barang branded? makan kena mahal-mahal, mewah.

dah siapa pulak letak satandard macam tu?

ni lagi biasa aku perasan. kalau pergi majlis agama, mesti kena pakai jubah/baju kurung je. sopan-sopan sikit.

Aik. di mana-mana pun Allah juga tuhan kita... tak ke?

oh, tak boleh ni, aku belajar medik, belajar dekat europe lagi, pakaian kena profesional sikit. kalau ikut sangat syariat islam, nampak kolot sikit. tak sesuai dengan tempat dan profesion. kalau balik Malaysia, kena ada 'gaya' sikit la. baru tak jatuh standard depan kawan-kawan, saudara-mara.

eh dah kenapa?

dalam aktiviti seharian kita, banyak sangat benda kena muhasabah. check satu-satu. kalau kita buat sebab apa, kalau tak buat sebab apa. kalau kita fikir macam ni kenapa, kalau tak pun kenapa.

memang mudah bercakap dari berbuat. i know it. i admit it.
tapi atleast kena ada kesedaran.

standard kita ikut standard islam. bukan apa orang pandang, bukan apa yang masyarakat biasa pandang, bukan yang ikut masyarakat itu yang sepatutnya. kita juga bukan buat atau tak buat sebab nak orang puji atau takut orang keji.

nope. bukan semua tu

kita buat atau tak buat sesuatu tu bukanlah sebab lain melainkan kerana Allah. The Only One.

sebab akhirnya ghuraba' (orang asing) juga yang untung.
dan ikut kebanyakan orang memang mudah menyesatkan.

' Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kami dari jalan Allah. yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan ' [6:116]

 “Kamu jangan merasa rendah diri karena menempuh jalan yang benar walaupun sedikit orang yang menempuhnya, dan kamu jangan tertipu dengan yang bathil walaupun banyak orang yang mengamalkannya.” [Fudhail Bin 'Iyadh]

cukup untuk buat pertimbangan lepas ni? ;)

Saturday, August 24, 2013

kemudian apa?

assalamualaikum, bismillah.

hari-hari yang belalu,
bila scroll down facebook,
update berita..

mesti ada kisah yang akan membakar hati. Isu mesir yang belum reda. Suatu kisah yang menunjukkan inilah sunnah perjuangan menegakkan kebenaran. ini bukan teori dah. realiti dah depan mata. Kalau isu Syria, the latest : serangan gas beracun oleh Basyar laknatullah.

dan insiden yang berlaku satu persatu sebenarnya banyak buat aku fikir. fikir dan fikir.

masa di Mesir, aku mengalami 2 kali 'hentakan' emosi yang personally bagi aku besar. spesific pasal isu umat.

first, masa pengumuman rampasan kuasa oleh tentera. malam tu, aku memang ternangis dengan agak dahsyat.  rasanya baru tengok Dr Mursi berucap as a president. aku seakan tak percaya apa yang berlaku. dengan mendengar dan melihat  sendiri sebahagian rakyat mesir meraikannya, dengan hon-hon kereta, bunga api dan mercun. bencana apakah ini?

perjalanan, perjuangan ni memang tak semudah yang kita sangka.

second, masa serangan di Rabaah. pagi sebelum aku balik meninggalkan Mesir. again, perasaan sedih, geram bercampur baur. asap pekat kebakaran memang boleh nampak dari tingkap rumah yang aku tinggal. bunyi helikopter berlegar-legar tak payah cakap la.

perjuangan ni, bayaran dia peluh, airmata, bahkan darah kita.

dan aku suka tanya balik diri aku, mesti ada sebab kenapa Allah tunjukkan, 'bagi' benda ni biar kena rasa sebijik-bijik. biar makan 'dalam'

lalu, apa yang aku kena buat? kemudian apa?

malam rampasan kuasa tu, aku, janji dan cakap dekat diri sendiri, masa tu memang emo ; biar ni betul-betul hentakan yang menyedarkan. no more kesedaran bermusim, atau semangat hangat-hangat tahi ayam. NO MORE. enough is enough. i have to wake up, and never sleep again.

mula-mula kena hentakan pertama, yes rasa dia down semacam. kali kedua aku belajar menjadi rasioanal. ya, kita sedih dan geram. tapi jauh lebih penting biar kesan dia buat aku jauh lebih fikir masa depan umat. apa sumbangan aku? haiyya

dan aku terfikir-fikir, bila ambil medic ni, aku aim nak jadi paediatrician. asal bukan doktor biasa. kena jadi specialist jugak. dan lepas peristiwa 'pembantaian' yang berlaku, aku terfikir, banyak mana aku boleh sumbangkan pada umat kalau jadi paediatrician pun.

dengan kes kekurangan doktor masa di Rabaah dan doktor tak dapat nak buat apa-apa masa serangan gas beracun masa di Damsyik, again, aku keep asking myself ; what can i contribute to this ummah? i can't bear watching all this (!)

dan aku target lepas ni, aku nak jadi speacialist dalam bidang emergency medicine. boleh berkhidmat in a war zone. dah terbayang nak join relief mission semua.

again, ni cukup ke untuk ummah?

bila tengok doktor yang tak mampu buat apa-apa masa serangan gas beracun, again, aku fikir, ummah memerlukan orang yang boleh buat sesuatu bila perlu. kalau aku jadi macam ni, cukup ke? kalau macam tu pun cukup ke?

macam tak mampu nak jadi semua pun. solusinya, kita perlu fikir leeebih jauh, bukan semata untuk diri sendiri. apa yang ummah perlukan? kita lah yang kena mengisi kekosongan tu. Dan, jauh lagi besar daripada tu adalah kita menjadi seseorang yang sepatutnya, yang sepatutnya. dan itulah yang ummah perlukan.

bila menyelak fail-fail, rasa tepat pada masanya membaca point tu, 2 point teratas tentang pemuda Islam yang diperlukan.

1) yang memikirkan tentang umat lebih daripda dirinya sendiri.
2) memahami  dakwah dan gerak kerja yang betul

kalau kita claim kita ni saudara, yang sakitnya saudara kita kita turut merasai sakitnya, maka saat saudara kita berjuang, kita turut sama patut berjuang.

aku akan rasa loser gila kalau aku kata nakkan kemenangan untuk Islam, which is kemenangan yang sama semua orang nak, tapi mereka telah membayar dulu harga kemenangan dengan darah mereka, dan takkan kita boleh goyang kaki? pheww.

bila berfikir jauh, sebenarnya, berfikir untuk menggerakkan diri sendiri tu lah penyelesaian terbesar. jangan nak lembik sangat. lawan nafsu jangan selalu kalah. kadang tu, bila fikir untuk diri sendiri memang akan mudah rasa malas dan lemah. rasa ah tak payah buat betul sangat pun takpe. tapi no way, bila fikir  pasal ummah, memang kita akan cuba jadi yang terbaik. kata-kata semangat yang works la untuk boost semangat aku, untuk study, etc ; 'I must always aspire for the best. second good is not enough for the ummah. fighto!'

mengetahui hakikat sunnatullah, sebelum mendapat kemenangan, memang akan ada ujian, akan ada yang terbunuh, terpenjara, terusir, terfitnah...

entah aku part yang mana entah. atau tak beraksi? huaa.

kita mungkin je bukan di medan yang sama. tapi orang yang berjuang, di mana-mana pun akan berjuang. dan perjuangan kita di mana pun adalah menjulang tugas dakwah ni. itu yang sepatutnya. uwaa senang cakap. i know, i know. tapi kita akan gagah dengan adanya Allah, insyaAllah.

dan first time aku sedar hakikat ; jalan dakwah ni akan sentiasa ada penapisan agar pemuda yang 'tidak benar' tidak menjadi beban dakwah, fact ni sangat menghantui. aaaaaaaa. moga-moga Allah thabatkan kita semua. dan berdoa la, mati atas jalan ni.

masalah umat yang besar, sedar tak sedar solusinya memang start dengan diri sendiri benar-benar komited mendokong dakwah ni. Sampai dakwah melebur dalam setiap inci kehidipan. benda nampak macam kecil tapi memahg tu je.

akhirnya, moga-moga Allah ganjari segala usaha kita. meskipun sekecil 'rasa'

ah sudah, aku just nak menulis apa yang aku rasa last-last panjang pula berjela :/ Gottago, wasalam~

Tuesday, August 20, 2013

semalam di Rabaah

assalamualaikum, bismillah.

Alhamdulillah, sekarang dah sampai cork, ada sebulan lagi baru nak start kelas. mula2 rasa macam akan bosan dan tanya jugak diri sendiri kenapa la tiket balik Cork dari Cairo awal sangat, rupanya memang banyak sangat kerjaaaaaa. Allah.. dengan nak digest dan muhasabah aktiviti sepanjang aku menghabiskan cuti summer di Jordan dan Mesir, dalam masa yang sama nak lengkapkan projek summer. memang cantik sangat aturan Allah.

Sampai2 Cork ni, memang masih gila bayang lagi dengan Mesir dan Jordan. Mesir la terutamanya. sebulan lebih kot di sana. hidup, belajar dan bergaul, sangat terbayang macammana masa aku di sana, aku lalu jalan yang sama, tengok tempat yang sama, sekarang pasti jauh beza.  especially..

Medan Raba'ah.
Ramsis

pasti sudah bertukar warna.

malam itu, masa aku diizinkan Allah, solat isya dan berterawih di Medan Rabaah ; itulah antara malam terindah sepanjang aku berada di Mesir.

sebelum apa-apa, pertamanya, aku declare awal-awal. ya pelajar Malaysia sebenarnya dilarang pergi ke Rabaah, just aku kena bagitahu awal-awal, yang aku ni degil juga nak pergi, dan aku pergi dengan ustazah Arab aku. orang mesir. kalau ada orang mesir senang sikit. apa-apa pun, pengajaran pertama : harapnya jangan ikut kedegilan aku. serius ni. alhamdulillah tak jadi apa-apa. beberapa hari lepas aku pergi, medan Rabaah dah dikepung oleh pihak tentera. ikutkan hati, sebenarnya, aku bukan nak kisah sangat orang bising pasal bahaya semua, tapi sebab aku terikat juga dengan pihak kedutaan Malaysia, keluarga dan juga jemaah, jangan nak buat degil sangat. ok?

bertindak berani dan bijak ada bezanya.

asalnya, keinginan aku memuncak pergi sana bila ustazah aku ada cerita suasana di Rabaah. kadang-kadang dia akan berhimpun di sana. dia kata, mashaAllah, subhanallah, awak akan tengok dekat sana orang beradab dan berakhlak.

mana tak rasa nak menyaksikan dengan mata kepala sendiri.

beberapa kali dah cakap dengan ustazah nak ikut dia pergi, dan sebenarnya cubaan awal tak berjaya sebab kekangan masa. sampailah dah nak habis belajar. aku memang cakap dari sudut hati aku yang paling dalam dekat ustazah (ceh. tapi betul apa) yang aku nak sangat pergi sana, 1 malam je, sebelum aku balik Ireland.

dan ustazah setuju nak bawa aku. memang bersyukur. mula2 nak diamkan ja, tapi fikir 2-3 kali, bagitau juga ahli bait. dan ada lagi beberapa orang yang ikut.

hari nak pergi tu, aku iftar bersama2 dengan ustazah dan student lain yang belajar di markaz lughah (bahasa) yang sama. ada orang mesir, US, canada. kami habis makan tu agak lewat juga. dan cepat2 nak bergerak ke Rabaah.

kami iftar di Sabi' (macam seksyen 7) dan nak pergi ke Rabaah (empat). asalnya ustazah kata kita jalan kaki je, baik untuk perut (hihi) tapi antara sebabnya juga susah nak dapat transport ke Rabaah. tremco (ala-ala van) ke, teksi ke depa ni ada yang skeptikal sikit kalau nak ke Rabaah. mesti nak berhimpun la tu. err tak tahula kan apa sebenarnya diorang rasa. tak jauh sangat pun sebenarnya 3-4 km je.

azan isyak 24 Ramadhan dah berkumandang. kami masih lagi menunggu. tak lama lepas tu, ada tremco dari jauh 'Rabaah! rabaah! rabaah'  hah, ini rezeki! ada tremco ke Rabaah. ustazah aku suruh naik. 'bisur'ah, bisur'ah'

kami stop agak jauh juga dari medan orang berkumpul tu, sambil jalan aku berborak dengan ustazah iman (ustazah lain dekat markas yang sama). dia kata, nanti dekat pintu masuk tu, biar saya yang cakap, awak ni orang malaysia, kita saudara. mesti senang punya nak lepas. confident dia cakap. aku okay kan je.

sampai pintu, bukan pintu sangat, dia kira macam dekat benteng pasir tu ada laluan masuk. tapi ada pemeriksaan bagi semua yang nak masuk medan. ustazah Iman jalan dulu, dia cakap la apa yang dia nak cakap. then aku kena check beg sikit-sikit then lepas. dia check bukan apa, nak pastikan yang kita memang tak bawak apa-apa senjata. sebab mereka berhimpun secara aman. makcik yang check tu pun subhanallah baik sangat. senyum. tudung memang tudung bulat labuh. makcik tu cakap 'nahnu nuhibbukum fillah' aku senyum je. faham je maksud dia. ustazah iman translatekan jugak. dan dia senyum. kan saya dah cakap (senang je nak lepas) ?

masa tu dah rasa dah 'basah'nya ukhuwah mereka. belum apa-apa lagi ni. bukannya pernah kenal pun. just kita sama aqidah je. subhanaAllah.

masa kami masuk tu, dah start solat isyak. kalau tahu, medan Rabaah ni, pentas dia kira tengah2 simpang empat. so kami masuk dari satu simpang. sepanjang jalan tu kiri dan kanan orang solat. ustazah aku yang tolong nak carikan tempat sebab memang ramai sangat orang! bayangkanlah, ada anggaran kata 3-4 juta orang.  dan disebabkan ustazah dah biasa, aku ikut je. kami agak lewat dah, susah nak cari tempat. ustazah stop dekat satu khemah. katanya kita solat dulu dekat khemah ni, nanti kita cari tempat lain lepas habis solat. so kami masuk satu khemah ni. entah khemah sesiapa entah. tapi makcik dekat luar khemah memang sangat mengalu-alukan. 'tafaddholi, tafaddholi.' mashaAllah makcikk ;')

solat isyak diiringi qunut. memang spesifik untuk menentang kezaliman.

after isyak, ustazah bawak kami jalan cari lagi tempat solat untuk solat terawih sampai ke depan pentas. masa tu aku dah rasa, Allah, aku hanya mengandaikan kalau dapat pergi, pergi tepi-tepi pun sudahla, aku just nak bersolat dengan mereka dan nak lihat apa yang mereka buat. nak dapat tarbiyah indirectly dengan melihat. ini sampai dah ke tengah-tengah. pentas tu selama ni tengok dekat depat laptop je. dan mashaAllah, terlalu ramai orang. tapi keadaan tak huru-hara pun. bersistem, ada jalan. dan saf-saf rapi tersusun. terasing lelaki dan perempuan. and suprisingly, medan tu bersih! boleh bayang tak mesir yang memang terkenal dengan sampah merata-rata tapi tempat tu bersih. dah la dengan berhimpun ramai pulak.

memang benar, kalau bukan sebab adab dan akhlak, keadaan takkan jadi macam ni.
menuju ke pentas. yang sempat aku tangkap drpd kamera hp.

aku dan Ustazah Marwa terpaksa patah balik sikit, sebab tempat penuh. dan kumpulan kami sedikit terpecah. ada dengan Ustazah Iman. aku dan ustazah Marwa solat di tempat yang sama. berdua. masa kami solat tu tak ada sejadah. lepas dua rakaat ustazah carikan sejadah, dan makcik lain dekat situ bagi je sejadah. dan pass bagi minum air sejuk berais. padahal entah sape-sape la kami ni. itu ukhuwah. subhanallah.

kami bersolat di atas jalan raya bertar. masa solat buka la kasut. dan, aku merasai bahang panasnya tar tu walaupun dah berlapik dengan sejadah. aku terbayang macammana mereka berhimpun di tengah panas di siang hari, waktu summer, di bulan ramadhan. pasti, pasti mereka mendapat kekuatan daripada yang Maha Kuat untuk sekuat itu. Allahuakbar.

suasana di khemah yang aku singgah sebentar
habis solat terawih, ada ceramah dan laungan-laungan semangat macam tu. terasa la 'ruh' semngat mereka. dan kami tak terus balik. Ustazah bawa tengok khemah-khemah di situ. of course, mesti nampak orang baca Al-qur'an di sana sini. berhenti satu khemah ni. makcik tu ajak siap minum teh semua. tapi kami tak la. just berborak-borak. ye, dalam khemah itulah, mereka hidup. jauh daripada keselesaan berada di rumah. dan mereka sanggup. orang yang matlamatnya demi dunia yang kecil aku kira tak akan sanggup. dengan bawa anak-anak kecil lagi. mestilah mereka ada tujuan yang jauh lebih besar. subhanaAllah.
aku dan ustazah marwa malam tu

sepanjang tu memang aku berkepit dengan ustazah Marwa. aku kadang borak sedikit, tanya itu ini. dan kadang aku senyap memerhati. tiba-tiba ustazah tanya ; ' khalilah, kamu takut ke?' ' tak uztazah, tak. aku jumpa ketenangan di sini' . Alhamdulillah. subhanallah.

lebih kurang 11 lebih, kami pulang. dan aku sedih, kiranya malam tu last aku jumpa ustazah Marwa. pelukan erat malam tu seakan masih terasa. aku cakap, ustazah, jangan lupakan saya. ustazah kata takkan, kamu anak murid saya.. dan aku bersyukur, Allah izinkan aku ke sana dengan bantuan ustazah Marwa. alhamdulillah.

rasa cepat je masa berlalu. dan, apa yang sebenarnya yang aku lihat dan rasa tak mampu aku nak luahkan semua. aku menyaksikan, mereka yang berhimpun, berhimpun dengan penuh adab dan akhlak. dan aku yakin memang dengan penuh pengorbanan dan jihad demiMu. semoga Allah meredhai mereka semua., ameen!

bila mendapat berita medan rabaah dikosongkan secara zalim.., Allah, pedih hati ni. malam di Rabaah pasti sudah bertukar warna. aku terfikir juga apa jadi dengan makcik yang aku ziarah khemah mereka tu. Allah, kalau mereka engkau ambil, terimalah mereka sebagai syuhada'.

boleh lihat gambar lain di sini.

khemah-khemah yang aku lawati, tak terbayang akan ranap macam tu je

aku ada rakam sikit video masa di sana. tapi kualiti memang low sikit dan agak panjang. siapa yang nak tengok jugak, silalah. bolehla dapat gambaran dan bayangan apa yang aku dah ceritakan serba sedikit :)

ni masa nak cari tempat solat sampai ke depan pentas


lepas habis terawih,


on the way balik. lebih jelas laungan semangat dan gambaran khemah sementara mereka


ada bercampur baur rasa dan beribu hikmah pengembaraan aku summer ni yang nak aku coretkan. paling kurang buat kesan pada diri sendiri.

ini baru satu episod aku di mesir. ada banyak lagi yang nak dikongsikan sebenarnya.

lepas apa yang terjadi di Rabaah, aku perasan umat 'terbangkit' sedikit. di laman-laman fb ramai yang turut menyatakan kesedihan dan rasa tak puas hati. alhamdulillah. tapi aku sangat berharap bukan separuh jalan. dan apa yang terjadi bukan hanya memerlukan simpati dunia. ummah memerlukan kita bangkit dengan sebenarnya. bukan rancak di media, tapi amal berhabuk. memang kena banyak muhasabah.

ada orang lain yang membayar kemenangan yang kita turut sama dambakan dengan darah mereka, takkan kita semangat sehari dua, atau lama sikit seminggu dua? Allah..

melapor diri di Cork, murabbi dah siap cucuk-cucuk. 'awak siapkan slide awak' nak tour sharing. ah sudah!

moga Allah redha.
moga Allah redha.
moga Allah redha

Sunday, August 11, 2013

doa itu satu nikmat

assalamualaikum, bismillah.

satu benda yang once aku sangat tersedar,  nikmat besar seorang muslim bila Allah anugerahkan kita dengan doa. doa direct pada Dia. dan Dia akan sentiasa mengabulkan.

It's either
cepat,
lambat,
atau diganti dengan yang lebih baik.

kita kena percaya je kesemua tu. pada aku sendiri, kalau bukan kerana Doa, tak tahula mana nak gantung segala pengharapan seorang hamba. Makanya, Alhamdulillah untuk nikmat Doa!

* * * * * * * *

sedang berjalan di tengah-tengah medan Rabaah malam tu,

'saya tak sangka Allah kabulkan doa saya sampai sini. saya ingat kalau sampai pun, tepi-tepi je. tak sangka sampai ke depan pentas semua'
'banyak doa awak ni dikabulkan, kena banyak lagi buat dakwah lepas ni'

macam kena sebijik. 'erk akak, betul tu, huuuu'

betul, banyak sebenarnya doa aku Allah kabulkan.
kalu di mesir ni,

nak terawih di rabaaah, Allah izinkan
nak ke masjid Amru malam 27 yang maha ramai manusia sebab memang tiap-tiap tahun Sheikh Jibril Imam masjidilharam datang, Allah izinkan,

dan macam-macam lagi yang tak mampu pun nak di listkan
dari sekecil-kecil benda ke sebesar-besar benda.

(for the time being, aku tak boleh lagi nak cerita pasal aku pergi ke medan rabaah dan masjid Amru Al-Asr kena tangguh dulu) 

dan, hari tu masa akhawat Cork nak pergi umrah, ada tanya sesiapa ada nak kirim doa tak. aku kirim minta Allah jaga dakwah di Cork. aku pun doa benda yang sama. betul, dakwah ni Allah akan jaga. di mana-mana pun. tanpa kita atau dengan adanyanya kita. tapi tak salahkan berdoa?  masa tu aku fikir kelangsungan dakwah di Cork, bila gap yang besar wujud antara kakak dan adik-adik dan bila fikir ramai penggerak akan pulang ke Malaysia sebab twinning program.

tiba-tiba semalam dapat berita twinning program kami, di extend jadi fullcourse. maknanya akan 5 tahun di Ireland.

Allahu, inikah caranya Allah mengabulkan doa aku yang satu itu? dengan tidak 'menghantar' kami pulang? aku tak tahu, tapi aku yakin ada hikmahnya. termuhasabah. aku memang pernah excited akan back for good awal ke Malaysia, tapi aku bersangka baik dengan segala ketentuan Allah.

dan bukan satu orang yang cakap it is a blessing indeed. untuk jaga DnT di sana, salah satunya. soalnya sekarang, nak ke tak ambil tanggungjawab tu. Dakwah macam biasa, dengan kita buat kerja atau tak, ia tetap akan berjalan. jangan nak perasan sangat buat kerja banyak T_T dan jalan dakwah ni akan sentiasa ada proses penapisan supaya akhirnya pemuda yang 'tidak benar' tidak akan menjadi beban dalam dakwah ni. 

ada satu doa juga yang aku mohon, supaya Allah mudahkan jodoh aku. errr bukan nak gatai kahwin ke, tapi kerana aku tahu, sunnah nabi ni 'besar' sebesar menyempurnakan separuh deen. doanya umum. sebab, aku juga malu untuk meminta spesifik sesiapa. aku hanya meletak ciri, bukan individu.

satu malam tu,

'huda, akak tengah tolong seorang kawan akak ni cari calon isteri. orangnya mantap,.. blablaablabla. dia nak orang yang macam ni (sekian).. blabla'
'saya bukan akhawat mesir' heh
'tak, dia tak kesah..blabla'

berdalih.

dan perbualan tu buat aku tersengih monolog sendirian,
bukan bermakna aku main-main, tapi rasa kelakar. 


ok cukup sampai situ.
bendanya real, tapi aku tak ambil serius pun.
bila aku cakap tak serius betul-betul tak serius.

bila cakap pasal doa, kena sabar,yakin dan redha. 

bila complete 3 benda tu,
layak ke nak mengeluh  doa tak didengari?

kan samaada
cepat
atau
lambat
atau
diganti dengan yang lebih baik.

:)

Friday, August 9, 2013

syawal

assalamualaikum, bismillah

raya di Egypt amacam? not too bad. orang arab ni tak meriah sangat bila sambut raya, so aku pun tak ada lah macam sedih sangat, sebab tak tengok orang lan beria pun. pakaian arab pun taklah se meriah dan se 'diva' orang raya di Malaysia. 

lepas solat raya. jalan beraya rumah sisters. bila tengahari semua mata pun dah separuh-separuh. rumah sisters, boleh la buat macam bilik sendiri.

lepas solat zohor, masuk bilik. dia masih tidur di katil depan aku. aku pun landing sekejap. tak lama lepas tu K.Wa, ; mak usrah dia masuk bilik. 

'dia dah solat?'
'belum'

k.Wa menghampiri katil. sentuh. gerakkan. tak kasar pun

' Farah, (bukan nama sebenar) bangun, bangun solat zohor. Allah dah bagi nikmat makan macam-macam, kena la solat awal'

hah! terus tazkirah di 1 syawal :p

memang betul pun kan, banyak sangat nikmat yang Allah dah bagi, sebagai tanda syukur kena lah taat. lagi lepas ramadhan ni patut lagi berkobar-kobar. sebulan kot training.

kalau bulan ramadhan ikut iftar yang akan berbuka sikit dulu, lepas solat maghrib baru makan besar sikit, boleh je cepat nak solat on time.

ke yang kes tu niat lain?
jomlah recheck balik status iman

jangan beraya sakan
sampai iman kehausan

:)

*blog pun dah tukar baju. baju raya. eh?

Wednesday, August 7, 2013

pergi

assalamualaikum, bismillah.

usai solat zohor dengan Nad.

'aku sedih sangat. aku emo sangat pagi tadi. ramdhan dah nak pergi'
'kau orang terpilih..'
'banyak lah kau'
.

29 Ramadhan,
lepas terawih di masjid Azhar buat kali terakhir,
gerak ke Masjid Fatimah Zahra'. 
tidur sekejap. pukul 12lebih, terjaga.
orang dah berpusu-pusu datang.
bangun, ambil wudhu'.
saf penuh sampai ke belakang.

Allahuakbar.

hingus dah start meleleh.

habis qunut yang sangat syahdu.
laampu putih dah dipasang, lampu oren ditutup.
orang berpusu-pusu balik bersahur di rumah masing-masing agaknya.
aku masih ditempat aku.

satu lagi tisu diambil.
empangan airmata pecah lagi
sumpah aku sedih sangat.
air mata jatuh dan jatuh lagi

aku bergerak ke tepi
sandar di dinding masjid.
duduk memeluk lutut
dan airmata tumpah lagi dan lagi
teresak esak.
bahu terhenjut henjut
dada turun naik
tisu habis.
hingus meleleh.
emo sangat.

rasa kosong sangat.
nak sahur pun tak bersemangat sangat.
'betul ke ni last sahur di bulan ramadhan.'

makan sahur
mata tak nak pandang orang, 
rasa malu nak pandang orang

'huda, awak selsema lagi ke?' tanya seorang akak
'err haah, ada sikit lagi'

selesema saya dah elok sikit sebenarnya akak. sory, teremo sangat sampai ke sahur. tak dapat tahan.

antara azan dan iqamah
solat 2 rakaat
tambah 2 rakaat
baca doa khatam quran. 
ni yang tilawah sendiri bukan dengan syeikh
lagi tambah sedih. huu

ini pemergian ramadhan yang paling aku tangisi.
bukan, bukan sebab jauh dari famili.
ada rasa lain yang Allah kurniakan
Alhamdulillah 

lepas ni, 
mungkinkah ada bulan lain yang aku akan baca quran lebih banyak daripada bulan ni
yang tak pernah miss qiyam walaupun sehari.
yang beriktikaf di masjid,
yang
yang

ada ke bulan-bulan lain selain bulan ni.

boleh,
tapi istiqamah amalan ramadhan di bulan lain perlukan mujahadah yang sangat tinggi.
aku tahu tu.
kita bukan hamba ramadhan.
dan keberkatan bulan ramadhan tak akan sama dengan bulan lain.

mungkin suasana lain yang buat aku rasa feel dia lain.
siang hari berpenat-penat pergi kelas,
malam pun tak kesah nak berpenat2 for the sake of Allah.

kalau siang bila kelas quran aku kena tegur marah dengan sheikh.

'la'. la'. la'. khotho' kabir'
'ya khalilah! ismai. unzuri'
'ya khalilah, ikmili hatta akhir juz'

kadang tu kena ulang berkali-kali baca.
kadang tu kena perli, baru pukul 5 pagi 

'awak akan ulang baca tu sampai pukul 8 pagi'
(-.-')

bila macam tu,
buat aku semangat pergi tarawih.
aku akan dengar betul-betul macam mana imam tu baca
kenapa aku baca salah, macam mana yang betul.

akan ada ke bulan yang lain?

'harapnya kita beramal di bulan Ramadhan ni benar2 kerana Allah. bukan kerana ganjaran. walaupun tak nafi kita juga dambakan ganjaran daripada Allah'

lebih kurang tu sayup-sayup peringatan k.Radhi.

memori bulan ni
rasa bulan ni
tamparan bulan ni benar-benar akan aku rindui

moga-moga dapat aku istiqamah.
hubungan dengan Al-Quran
dan lagi-lagi hubungan dengan Allah sendiri
juga kerinduan pada rasulullah.

dan tak lupa dengan manusia seluruhnya.

taqabbalallahu minna wa minkum :')
kullu 'am wa antum bikhair.
selamat hari raya maaf zahir batin.

kurang sejam sebelum ramadhan berakhir.
sobs!

Tuesday, August 6, 2013

melihat aku dalam kau

assalamualaikum, bismillah.

dalam dunia ni, setakat ni ada 2 orang je kawan aku yang aku ber'aku-kau' dengan diorang.
sorang belajar Ireland, sorang belajar Mesir ni ha.

Nad (bukan nama sebenar)

pernah aku cakap dekat Aisyah

'enti, bila ana tengok Nad, ana dapat tengok diri ana yang lalu'

aku betul-betul memaksudkan.
aku baru kenal dia.

rebellious.
keras kepala.
degil.
nak ikut kepala dia je.
nak menang je.
ego tinggi sangat.

(Nad, kalau ko baca ni, sorry derr. ;p)

ciri tu yang aku rasa sangat dekat dengan aku, dulu.
dan mungkn jugalah saki bakinya ada dalam diri aku.
tapi aku banyak belajar, kenapa aku kena singkirkan benda tu.
tarbiyah, kesannya mengubah.

aku dan Nad, memang sama.
kitorang orang Choleric.
semangat sampai mesir ni, kena buat ujian personaliti.
bagus juga tahu pasal personality orang, buat kita faham dan senang nak deal dengan manusia lain.
dan satu2 ciri orang choleric memang kena sebijik dekat aku.

orang Choleric suka cabaran. sangat suka cabaran
have strong willed pun satu.

kalau antara weakness orang Choleric ni

impatient
quick tempered
dislikes tears and emotion
won't give up when loosing
unsymphathetic
little tolerance for mistakes

(boleh google kalau nak tahu lebih-lebih)

Aisyah balik Malaysia,
aku saja mengada dekat Nad

'Nad, lepas ni kau kena jadi BFF aku'

kadang aku sengaja cakap dekat orang, 'Nad sekarang BFF saya'

jawapan annoying dia pernah tu.

'tak mengaku aku --' sekali dengan buat muka

kata Aisyah

'dia tu duduk RI sebab kakak dia suruh'

cool.
terpaksa lah ni?
kau memang unik Nad.

kalau keluar dengan dia, jalan dengan dia, 'best'la selalu kena

'kau ni jalan cepat sikit boleh tak'
'kau ni kata je orang choleric. aku suka kot cabaran ni'

kadang kadang bila ada part yang boleh nakkan emosi. aku kena coolkan. padahal aku tahu aku lebih kurang je macam dia. 

'Nad, kau jangan ikutkan sangat Choleric kau tu. tarbiyyah ni akan ubah kau' 
memang aku sengaja tekan tarbiyah tu. sengih dekat dia. angguk senyum sinis dia. tak tahula dia dapat ke tak.

bila kena buat keputusan yang susah sikit dengan dia, cepat je dia. aku pulak kena sound.

'kau ni susah kan nak buat keputusan. ikut jela kata hati kau'
'mana ada Nad, aku tengah fikir kot. kena buat keputusan ikut rasional, bukan ikut emosi'
(ikut hati nak je ikut emosi)
'ye lah'

pernah sekali Nad cakap dekat aku
'aku rasa cepat sangat ramadhan tahun ni'
'dia samaada ramadhan cepat sangat atau kita yang lambat sangat'
'aish, nak perli aku pulak'
'aku tak kata, sape suruh terasa'

haha, sory Nad.

dan aku rasa aku paling banyak demand dengan dia.
sengaja aku susahkan dia.
guna modal ' Nad,aku nak balik kot'

'Nad aku nak solat Masjid Bilal. jom'
'kau ni, suka en masjid panjang-panjang. aku rasa macam hidup aku dah lama oh bila solat dekat situ'

pernah juga kena
'kau suka kan kacau masa tidur aku.kacau hidup aku'
aku buat muka tak faham je

'boleh, kau belanja aku' 
'aku on je' selalu lah kena suap sikit dia ni
'kau hutang budi dengan aku tahu tak'
'yela yela Nad'

aku layan je dia ni.

'nad, aku nak iktikaf masjid ni lepas tu nak pergi..'
pandang dia
'betul Nad, aku tak buat kerja gila'
'Ah, gila gila ke aku ikut je la kau'

senyum lah kan :)

qunut semalam yang hampir sejam tu qunut paling lama pernah aku ikut. nad dekat sebelah distract aku betul. habis solat,

'kau tahu tak, aku nangis sebab qunut dia panjang. sebab berdiri. tak sangka aku nangis sebab berdiri'

haha, gelak aku! Nad, nad..

walaupun sekejap baru kawan dengan dia, aku rasa macam dah kawan lama. senang masuk. sebab aku serba serbi tahu cara orang macam tu.

tiba-tiba Nad tanya aku.

'huda kau ni tak sensitif kan?'
terberhenti. ' sensitif perasaan ke? ah malas aku nak layan. '
'bagus.'
'orang berjiwa besar tak payah mudah berkecil hati'
'bagus, aku nak kena cakap benda tu dekat kakak aku'

rasanya, maybe dia rasa tak ramai orang boleh tahan kawan dengan dia. tiba-tiba boleh pulak kot aku kehulu ke hilir dengan dia.

sebabnya aku tahu orang macam Nad.
dan, orang macam Nad ni kena betul je gaya dia.
sabar skitla. hati kena tembok sikit.

aku cakap dengan kakak-kakak kat sini. pasal Nad 
(sorry Nad, kalau kau baca ni, memang aku cakap belakang kau ;p)

'jangan berhenti 'push'  orang macam nad, terus je, dia tu kena jumpa point dia, betul cara dia, nanti menjadi lah Nad tu.kena sabar sikit'

hari tu lagi tiba-tiba si Nad ni

'weh, jom kita buat hafazan sama-sama'
'aku boleh je nad kau nak juzuk berapa?'

;)

aku bukan nak kata aku bagus.
langsung tak
cuma aku bersyukur dengan nikmat tarbiyah ni.

bila aku tengok Nad,
aku terimbau aku beberapa tahun yang lalu.
dan aku sayang sangat Nad,
dan sangat sayang untuk disia-siakan orang macam Nad.

sebab kau adalah bayangan aku.

tak sabar nak jumpa Nad beberapa tahun lagi
aku nak tengok engkau yang 'baru'
aku doa untuk kau, Nad ;)

*2 hari lagi nak raya. langsung tak ada feel raya! ;/

Saturday, August 3, 2013

kholas

Assalamualaikum, bismillah.

Dhuha, 24 ramadhan 1434H.

'Sodaqollahul 'azim. Alhamdulillah'

'Alhamdulillah, usykuri lillah. Ba'da dzalik, fi baituki tatawadoi thumma sholli rok'atain lisyukurlillah. Ba'din, iqrai doa khatamul quran'

'InsyaAllah,  syukran ya ustaz'

'Afwan, alf mabruk'

Kira-kira tu last conversation aku dengan syeikh.

Lepas ni, memang tak ada dah hari2 pukul 4 pagi pergi masjid. Balik depends la, kalau ustaz tak berapa nak baik sangat dia tahan la aku baca lama sikit.kadang ada tahap tu aku memang tak mampu nak bukak mata dah --'

Kata ustaz sebab aku nak balik, dia ambil jugak la aku baca dengan dia walaupun fasa 10 hari terakhir ramadhan. Orang arab ni  beria tau kejar 10 malam last. Anak murid yang lain hampir semua sambung lepas eid.

Aku kira terhutang budi la dengan Aisyah dan fadz, yang sanggup teman aku hari2. Moga Allah memberi balasan sebaik2nya, ameen.

Pernah tu ustaz membebel, kenapa aku bawak kawan. Kesian dia sampai tertidur-tidur. Aku cakap aku takut. Ustaz tanya takut apa? 'Egyptian' 'including me?' 'Na'am ya ustaz..' 'la la, not good, u are not supposed to be afraid. U r in the mosque and reading the quran' tak kesahla. Kita berhati2. Heh

Ustaz tu campur baur jugak cakap arab-english.

Hari terakhir memang 5 juzuk baca. Fadz dah tahap tak boleh diselamatkan. Heh. Ustaz cakap, lepas ni mesti dia takkan datang lagi buat kali kedua. Aku cakap memang pun. Ni pun dah hari last.

Kalau tak boleh datang baca, ustaz akan nak start la bebel tanya limadza, why sume. Ada sekali tu aku kata aku nak tidur rumah kawan, mungkin tak dapat nak datang pagi sebab pagi gelap. Dia kata mana rumah dia. Ustaz boleh ambil. Err. Memang terus tak jadi. Satu kelas nak skip pun tak ada can :/

Pernah 2 kali je takde kelas, 1) aku ada daurah. 2) ustaz tidur dekat rabaah. Balik lewat kot. Entah.

Ustaz ni orang ikhwan. Asal masa free je pergi rabaah. Itu anak murid dia yang lain cakap. Aku pun ooo je,

Aku pernah tanya ustaz

'Anta ikhwan?'

'Alhamdulillah wa syukur lillah' panjang lagi ustaz cakap, kesyukuran.

'Wa enti ikhwan?'

'Err la adri' malu la. Sape aku nak claim aku ikhwan --'

'Wa enti ikhwan? ' tanya lagi.

'La adri'
Tak delah tak tahu sangat, cuma tak tahu nak cakap apa.

'Enti ikram?'

Aik? Terkejut. 'Na'am ya ustaz'

'Alhamdulillah wa syukur  lillah. Enti ta'rifin ustaz harith wa ummu ikrimah (yang incharge ikrammesir)?'

Aku pun dah campur baur arab english --'

'Na'am. Ba'din saazhab ila baituhu. I have tafseer and hadith class'

'Alhamdulillah'

******

Alhamdulillah dah habis kelas. Err aku ambil sijil sanad tahsin tilawah. Dengan syeikh ni baca 2 qiraat (hafs dan syu'bah)

Kemain aku dulu tak sabar nak habis mengaji sebab kadang2 malas nak kena marah.orang arab ni unpredictable.

Aisyah yang pernah teman aku pernah cakap bila aku kena ulang banyak kali ' ana rasa dah seratus kali enti baca'

Kata nak belajar, memang kena sabar. Ni pengalaman.

'Ala kulli hal Alhamdulillah thummalhamdulillah'

Kholas satu projek summer aku.
Moga Allah redha
Ya Allah jauhkanlah kami daripada menjadi golongan yang melalaikan Alquran.
Ameen.

Friday, August 2, 2013

markah

Assalamualaikum, bismillah.

Entah tak tahu kenapa boleh pulak duduk depan masa naik teksi. Nak sampai destinasi orang belakang duk senyap je.

'Kita biar huda yang bagi arahan dekat pakcik tu. Senyap je'

'Aaaaa, taknak. Tolong saya. Mana reti' muka paling dah seposen kot.

Senyap jugak. Errr.

Turun taxi

' hari ni akak bagi markah dekat awak 2/10'

2/5 ok lagi kot. Ni....

'Akak, no laaaah. That's too bad' -..-

Lain kali usaha lagi. Hmm baiklah. Huuu

Tahu tak, hari tu fisrt time naik taxi sorang2, perasaan cuak sangat. Peluh lencun! Dah lambat sangat sapa suruh cari pasal. Tang tang tu jugak nak belajar arab 'ammi. Mahu tak terbalik2 cakap kusy syimal dengan kusy yamin pun. Hayya..

Takkan nak 'ya 'ammu, uridu an ....' mahu terkejut pakcik taxi.

Setakat ni markah tinggi sikit boleh bagi bila pergi pasar nak beli barang kot. Ceh, perasan sikit. Kalau borak dengan sheikh/ cikgu arab mungkin sederhana.

Kalau bagi sebulan lagi, insyaAllah boleh la improve atleast 6/10. Too ambitious maybe? ;)

Point; jangan putus asa.

Masa sangat mencemburui. Oh!