Pages

Tuesday, August 20, 2013

semalam di Rabaah

assalamualaikum, bismillah.

Alhamdulillah, sekarang dah sampai cork, ada sebulan lagi baru nak start kelas. mula2 rasa macam akan bosan dan tanya jugak diri sendiri kenapa la tiket balik Cork dari Cairo awal sangat, rupanya memang banyak sangat kerjaaaaaa. Allah.. dengan nak digest dan muhasabah aktiviti sepanjang aku menghabiskan cuti summer di Jordan dan Mesir, dalam masa yang sama nak lengkapkan projek summer. memang cantik sangat aturan Allah.

Sampai2 Cork ni, memang masih gila bayang lagi dengan Mesir dan Jordan. Mesir la terutamanya. sebulan lebih kot di sana. hidup, belajar dan bergaul, sangat terbayang macammana masa aku di sana, aku lalu jalan yang sama, tengok tempat yang sama, sekarang pasti jauh beza.  especially..

Medan Raba'ah.
Ramsis

pasti sudah bertukar warna.

malam itu, masa aku diizinkan Allah, solat isya dan berterawih di Medan Rabaah ; itulah antara malam terindah sepanjang aku berada di Mesir.

sebelum apa-apa, pertamanya, aku declare awal-awal. ya pelajar Malaysia sebenarnya dilarang pergi ke Rabaah, just aku kena bagitahu awal-awal, yang aku ni degil juga nak pergi, dan aku pergi dengan ustazah Arab aku. orang mesir. kalau ada orang mesir senang sikit. apa-apa pun, pengajaran pertama : harapnya jangan ikut kedegilan aku. serius ni. alhamdulillah tak jadi apa-apa. beberapa hari lepas aku pergi, medan Rabaah dah dikepung oleh pihak tentera. ikutkan hati, sebenarnya, aku bukan nak kisah sangat orang bising pasal bahaya semua, tapi sebab aku terikat juga dengan pihak kedutaan Malaysia, keluarga dan juga jemaah, jangan nak buat degil sangat. ok?

bertindak berani dan bijak ada bezanya.

asalnya, keinginan aku memuncak pergi sana bila ustazah aku ada cerita suasana di Rabaah. kadang-kadang dia akan berhimpun di sana. dia kata, mashaAllah, subhanallah, awak akan tengok dekat sana orang beradab dan berakhlak.

mana tak rasa nak menyaksikan dengan mata kepala sendiri.

beberapa kali dah cakap dengan ustazah nak ikut dia pergi, dan sebenarnya cubaan awal tak berjaya sebab kekangan masa. sampailah dah nak habis belajar. aku memang cakap dari sudut hati aku yang paling dalam dekat ustazah (ceh. tapi betul apa) yang aku nak sangat pergi sana, 1 malam je, sebelum aku balik Ireland.

dan ustazah setuju nak bawa aku. memang bersyukur. mula2 nak diamkan ja, tapi fikir 2-3 kali, bagitau juga ahli bait. dan ada lagi beberapa orang yang ikut.

hari nak pergi tu, aku iftar bersama2 dengan ustazah dan student lain yang belajar di markaz lughah (bahasa) yang sama. ada orang mesir, US, canada. kami habis makan tu agak lewat juga. dan cepat2 nak bergerak ke Rabaah.

kami iftar di Sabi' (macam seksyen 7) dan nak pergi ke Rabaah (empat). asalnya ustazah kata kita jalan kaki je, baik untuk perut (hihi) tapi antara sebabnya juga susah nak dapat transport ke Rabaah. tremco (ala-ala van) ke, teksi ke depa ni ada yang skeptikal sikit kalau nak ke Rabaah. mesti nak berhimpun la tu. err tak tahula kan apa sebenarnya diorang rasa. tak jauh sangat pun sebenarnya 3-4 km je.

azan isyak 24 Ramadhan dah berkumandang. kami masih lagi menunggu. tak lama lepas tu, ada tremco dari jauh 'Rabaah! rabaah! rabaah'  hah, ini rezeki! ada tremco ke Rabaah. ustazah aku suruh naik. 'bisur'ah, bisur'ah'

kami stop agak jauh juga dari medan orang berkumpul tu, sambil jalan aku berborak dengan ustazah iman (ustazah lain dekat markas yang sama). dia kata, nanti dekat pintu masuk tu, biar saya yang cakap, awak ni orang malaysia, kita saudara. mesti senang punya nak lepas. confident dia cakap. aku okay kan je.

sampai pintu, bukan pintu sangat, dia kira macam dekat benteng pasir tu ada laluan masuk. tapi ada pemeriksaan bagi semua yang nak masuk medan. ustazah Iman jalan dulu, dia cakap la apa yang dia nak cakap. then aku kena check beg sikit-sikit then lepas. dia check bukan apa, nak pastikan yang kita memang tak bawak apa-apa senjata. sebab mereka berhimpun secara aman. makcik yang check tu pun subhanallah baik sangat. senyum. tudung memang tudung bulat labuh. makcik tu cakap 'nahnu nuhibbukum fillah' aku senyum je. faham je maksud dia. ustazah iman translatekan jugak. dan dia senyum. kan saya dah cakap (senang je nak lepas) ?

masa tu dah rasa dah 'basah'nya ukhuwah mereka. belum apa-apa lagi ni. bukannya pernah kenal pun. just kita sama aqidah je. subhanaAllah.

masa kami masuk tu, dah start solat isyak. kalau tahu, medan Rabaah ni, pentas dia kira tengah2 simpang empat. so kami masuk dari satu simpang. sepanjang jalan tu kiri dan kanan orang solat. ustazah aku yang tolong nak carikan tempat sebab memang ramai sangat orang! bayangkanlah, ada anggaran kata 3-4 juta orang.  dan disebabkan ustazah dah biasa, aku ikut je. kami agak lewat dah, susah nak cari tempat. ustazah stop dekat satu khemah. katanya kita solat dulu dekat khemah ni, nanti kita cari tempat lain lepas habis solat. so kami masuk satu khemah ni. entah khemah sesiapa entah. tapi makcik dekat luar khemah memang sangat mengalu-alukan. 'tafaddholi, tafaddholi.' mashaAllah makcikk ;')

solat isyak diiringi qunut. memang spesifik untuk menentang kezaliman.

after isyak, ustazah bawak kami jalan cari lagi tempat solat untuk solat terawih sampai ke depan pentas. masa tu aku dah rasa, Allah, aku hanya mengandaikan kalau dapat pergi, pergi tepi-tepi pun sudahla, aku just nak bersolat dengan mereka dan nak lihat apa yang mereka buat. nak dapat tarbiyah indirectly dengan melihat. ini sampai dah ke tengah-tengah. pentas tu selama ni tengok dekat depat laptop je. dan mashaAllah, terlalu ramai orang. tapi keadaan tak huru-hara pun. bersistem, ada jalan. dan saf-saf rapi tersusun. terasing lelaki dan perempuan. and suprisingly, medan tu bersih! boleh bayang tak mesir yang memang terkenal dengan sampah merata-rata tapi tempat tu bersih. dah la dengan berhimpun ramai pulak.

memang benar, kalau bukan sebab adab dan akhlak, keadaan takkan jadi macam ni.
menuju ke pentas. yang sempat aku tangkap drpd kamera hp.

aku dan Ustazah Marwa terpaksa patah balik sikit, sebab tempat penuh. dan kumpulan kami sedikit terpecah. ada dengan Ustazah Iman. aku dan ustazah Marwa solat di tempat yang sama. berdua. masa kami solat tu tak ada sejadah. lepas dua rakaat ustazah carikan sejadah, dan makcik lain dekat situ bagi je sejadah. dan pass bagi minum air sejuk berais. padahal entah sape-sape la kami ni. itu ukhuwah. subhanallah.

kami bersolat di atas jalan raya bertar. masa solat buka la kasut. dan, aku merasai bahang panasnya tar tu walaupun dah berlapik dengan sejadah. aku terbayang macammana mereka berhimpun di tengah panas di siang hari, waktu summer, di bulan ramadhan. pasti, pasti mereka mendapat kekuatan daripada yang Maha Kuat untuk sekuat itu. Allahuakbar.

suasana di khemah yang aku singgah sebentar
habis solat terawih, ada ceramah dan laungan-laungan semangat macam tu. terasa la 'ruh' semngat mereka. dan kami tak terus balik. Ustazah bawa tengok khemah-khemah di situ. of course, mesti nampak orang baca Al-qur'an di sana sini. berhenti satu khemah ni. makcik tu ajak siap minum teh semua. tapi kami tak la. just berborak-borak. ye, dalam khemah itulah, mereka hidup. jauh daripada keselesaan berada di rumah. dan mereka sanggup. orang yang matlamatnya demi dunia yang kecil aku kira tak akan sanggup. dengan bawa anak-anak kecil lagi. mestilah mereka ada tujuan yang jauh lebih besar. subhanaAllah.
aku dan ustazah marwa malam tu

sepanjang tu memang aku berkepit dengan ustazah Marwa. aku kadang borak sedikit, tanya itu ini. dan kadang aku senyap memerhati. tiba-tiba ustazah tanya ; ' khalilah, kamu takut ke?' ' tak uztazah, tak. aku jumpa ketenangan di sini' . Alhamdulillah. subhanallah.

lebih kurang 11 lebih, kami pulang. dan aku sedih, kiranya malam tu last aku jumpa ustazah Marwa. pelukan erat malam tu seakan masih terasa. aku cakap, ustazah, jangan lupakan saya. ustazah kata takkan, kamu anak murid saya.. dan aku bersyukur, Allah izinkan aku ke sana dengan bantuan ustazah Marwa. alhamdulillah.

rasa cepat je masa berlalu. dan, apa yang sebenarnya yang aku lihat dan rasa tak mampu aku nak luahkan semua. aku menyaksikan, mereka yang berhimpun, berhimpun dengan penuh adab dan akhlak. dan aku yakin memang dengan penuh pengorbanan dan jihad demiMu. semoga Allah meredhai mereka semua., ameen!

bila mendapat berita medan rabaah dikosongkan secara zalim.., Allah, pedih hati ni. malam di Rabaah pasti sudah bertukar warna. aku terfikir juga apa jadi dengan makcik yang aku ziarah khemah mereka tu. Allah, kalau mereka engkau ambil, terimalah mereka sebagai syuhada'.

boleh lihat gambar lain di sini.

khemah-khemah yang aku lawati, tak terbayang akan ranap macam tu je

aku ada rakam sikit video masa di sana. tapi kualiti memang low sikit dan agak panjang. siapa yang nak tengok jugak, silalah. bolehla dapat gambaran dan bayangan apa yang aku dah ceritakan serba sedikit :)

ni masa nak cari tempat solat sampai ke depan pentas


lepas habis terawih,


on the way balik. lebih jelas laungan semangat dan gambaran khemah sementara mereka


ada bercampur baur rasa dan beribu hikmah pengembaraan aku summer ni yang nak aku coretkan. paling kurang buat kesan pada diri sendiri.

ini baru satu episod aku di mesir. ada banyak lagi yang nak dikongsikan sebenarnya.

lepas apa yang terjadi di Rabaah, aku perasan umat 'terbangkit' sedikit. di laman-laman fb ramai yang turut menyatakan kesedihan dan rasa tak puas hati. alhamdulillah. tapi aku sangat berharap bukan separuh jalan. dan apa yang terjadi bukan hanya memerlukan simpati dunia. ummah memerlukan kita bangkit dengan sebenarnya. bukan rancak di media, tapi amal berhabuk. memang kena banyak muhasabah.

ada orang lain yang membayar kemenangan yang kita turut sama dambakan dengan darah mereka, takkan kita semangat sehari dua, atau lama sikit seminggu dua? Allah..

melapor diri di Cork, murabbi dah siap cucuk-cucuk. 'awak siapkan slide awak' nak tour sharing. ah sudah!

moga Allah redha.
moga Allah redha.
moga Allah redha

7 comments:

writer said...

bertuahnya anda menjadi insan terpilih untuk kesana. semoga cekal di medan dakwah. iA

Khalilah Alhuda said...

alhamdulillah, rezeki..
tapi bukan untuk suka-suka harapnya ;'(
InsyaAllah. jzkk

silentdreamer said...

masyaAllah subhanAllah!
sgt envy dgn awk :) indeed, tak sume orang dpt kesempatan mcm awk.
jazakillahu khayr sharing di blog. at least sy yg xdpt pegi dpt merasa smgt jihad mrk.

moga terus tsabat & kuat melangkah!

latifah maisarah said...

Masyaallah bestnya.
Tapi, Pentas tu pentas apa,kak?

Khalilah Alhuda said...

>silentdreamer
alhamdulillah,
waiiyyaki, semoga dapat manfaat.

InsyaAllah, semoga sama2! :)

>latifah
pentas kiranya kalau ada ceramah ke, walimah ke. hehe

Young Voice said...

hudaaa. jazakillahu khairan for the posto. May Allah blessss

My Harmonica Zine said...

Hikhik.. huda.. awat walimah yg terhighlight? ;)

Btw. Miss u. Take care n teruskan perjuangan. And do pry 4 me. 15 days to final exam.. cuakk..

Lots of ♥ from geng budak nakal..