Pages

Tuesday, August 27, 2013

kena la ikut standard

assalamualaikum, bismillah.

masa tu kami dalam teksi. tak silap masa tu, baru balik dari rumah terbuka di salah satu rumah anak negeri dekat Madinah Nasr, Kaherah.

' kalau dekat sini, biasanya nak kenal budak dirasat, diorang ni pakai jubah je, pakai tudung bulat, beg pakai dalam tudung. budak medik, ada pakai tshirt dengan kain, tudung sempang, beg pakai dekat luar tudung'

'oooh, ni siapa yang setkan?'

'kalau budak dirasat yang duduk balkan (rumah anak negeri) memang kena pakai macam tu. kira macam peraturan la'

'hmm, oh, kenapa macam ada beza'

'aik. macam sekular ni' 
nada berbisik dalam dengar tak dengar. orang sebelah kiri aku dengar rasanya. balas dengan sengih.

sekitar itu dialog ringkas kami.

sebenarnya nak selit part sekular tu mungkin cara orang fikir, cara kena berpakaian, cara orang judge orang? err susah nak terangkan. ke lain konteks? hehe

dulu masa minggu awal di kolej persediaan dekat Penang, masa tunggu bas, ada sorang budak lelaki classmate aku tanya ;

'huda, just nak tanya je. kenapa tak sambung medik dekat mesir?'

errk. takkan la nak jawab 'hey sukahati orang la' heh. mungkin ke sebab aku sekolah agama, ambil bahasa arab kena belajar dekat mesir? atau sebab pakaian aku? atau entah kenapa entah. aku tak ambil pusing pun.

aku jumpa seorang ukhti di mesir, tudung bulat labuh, pakai niqab dan ambil medik. mungkin kalau judge pakaian, itu lagi lebih ikut standard untuk budak dirasat daripada sesetengah budak dirasat yang lain. 

salah satu ceritanya, dia pergi kedai makan, orang tanya, 'ustazah nak order apa?'

(ni situasi Malaysia. orang malaysia label ustazah tu siapa, tak sama macam di mesir. kalau di mesir semua orang pun jadi ustazah ;p)

aneh ya.
cara kita letak satandard pada orang atau pada diri sendiri pun, sebenarnya based on apa?

tak kisahla sebenarnya situasi apa pun.

neraca kita biar islam. islam je.

kalau pakai tshirt, pakai tudung tiga segi ke, tapi menepati syariat islam, boleh kan?
kalau tak belajar agama pun, biarlah nak pakai tudung bulat labuh pun. 
kalau dengan lelaki ajnabi bukan ke batas kena jaga, tak kesahla raya ke, sepupu ke..hmm
kalau kita boleh baca novel dekat mana-mana pun boleh,, siap orang cop kita 'ulat buku'
tapi kenapa kalau nak baca quran dekat mana-mana kita malu,, pulak tu orang cop 'budak bajet alim~'

tak keee....pelik?

lagi. siapa kata standard orang belajar oversea ni.. mesti banyak koleksi barang branded? makan kena mahal-mahal, mewah.

dah siapa pulak letak satandard macam tu?

ni lagi biasa aku perasan. kalau pergi majlis agama, mesti kena pakai jubah/baju kurung je. sopan-sopan sikit.

Aik. di mana-mana pun Allah juga tuhan kita... tak ke?

oh, tak boleh ni, aku belajar medik, belajar dekat europe lagi, pakaian kena profesional sikit. kalau ikut sangat syariat islam, nampak kolot sikit. tak sesuai dengan tempat dan profesion. kalau balik Malaysia, kena ada 'gaya' sikit la. baru tak jatuh standard depan kawan-kawan, saudara-mara.

eh dah kenapa?

dalam aktiviti seharian kita, banyak sangat benda kena muhasabah. check satu-satu. kalau kita buat sebab apa, kalau tak buat sebab apa. kalau kita fikir macam ni kenapa, kalau tak pun kenapa.

memang mudah bercakap dari berbuat. i know it. i admit it.
tapi atleast kena ada kesedaran.

standard kita ikut standard islam. bukan apa orang pandang, bukan apa yang masyarakat biasa pandang, bukan yang ikut masyarakat itu yang sepatutnya. kita juga bukan buat atau tak buat sebab nak orang puji atau takut orang keji.

nope. bukan semua tu

kita buat atau tak buat sesuatu tu bukanlah sebab lain melainkan kerana Allah. The Only One.

sebab akhirnya ghuraba' (orang asing) juga yang untung.
dan ikut kebanyakan orang memang mudah menyesatkan.

' Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kami dari jalan Allah. yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan ' [6:116]

 “Kamu jangan merasa rendah diri karena menempuh jalan yang benar walaupun sedikit orang yang menempuhnya, dan kamu jangan tertipu dengan yang bathil walaupun banyak orang yang mengamalkannya.” [Fudhail Bin 'Iyadh]

cukup untuk buat pertimbangan lepas ni? ;)

No comments: