Pages

Tuesday, November 12, 2013

serulah aku! serulah aku!

assalamualaikum, bismillah.

'hari ini kita tidak akan kalah'
'hari ini sudah pasti kita menang'

sebahagian besar tentera merasakan yang sedemikian. iyalah, bayangkan, inilah kali pertama tentera islam mempunyai kelengkapan perang yang sempurna. punya baju besi, kereta kebal dan senjata. pertama kali juga tentera islam lebih ramai daripada musuh. tentera kita 12000 orang. tentera seramai itu hampir tidak ada di Tanah arab. kita baru sahaja mendapat kemenangan membuka kota mekah, dan semakin ramai orang masuk agama islam ini.

'hari ini tidak akan ada kekalahan'

suatu keyakinan, sehinggakan.. mereka dihujani panah. sampai langit kelihatan gelap! gelap dengan hujan anak panah. orang ramai berlarian, meninggalkan medan. dikatakan yang tinggal hanyalah belasan orang. belasan orang.. daripada 12 ribu, tinggal belasan! yang berlari, berlari bertempiaran. orang sebelah pun tidak ditoleh. sekehendaknya mahu lari sampai ke laut merah. 

di tengah kepanikan, Rasulullah berseru;

' hai manusia, kembalilah! aku ini rasulullah. aku ini Muhammad B. Abdullah! Aku ini nabi, aku tidak berbohong. aku keturunan Abdul Mutalib'

seruan baginda sayup-sayup dalam dengar dan tak dengar. suara baginda tenggelam dalam keriuhan. binatang yang baginda tunggangi juga ketakutan. lantas Rasulullah meninggalkan tunggangannya. itu lah qudwah manusia agung. yang tetap bertahan sekalipun apa-apa yang berlaku.

mereka yang meninggalkan medan ini, barangkali perlu diseru lagi. seruan atas seruan. Rasulullah meminta Abbas B. Abi Thalib (bapa saudara baginda) yang punya suara yang lebih lantang berseru :

' hai orang surah Al-Baqarah (muhajirin)! hai orang Ansar, Bani Harith B. Khazraj (+Ahli Badar)! Hai Ahli samroh/shajaroh (yang berbaiah dengan nabi di bawah pokok-baiah ridhwan), kembalilah!'

seruan, didengari. 'labbaik! labbaik! labbaik!' (kami sahut seruan!)

lebih kurang 2000 orang kembali. berpatah balik. dan akhirnya membina kembali saf, dan mengalahkan pihak musuh.

Allahuakbar! Allahuakbar!
[9 : 24-26]
* *  *  *  *  *

ringkasan perbualan lebih kurang setahun yang lalu, aku masih ingat di ruang itu.. ;

'ishh, akak nak tanyala, macam mana ya awak boleh tahan dengan semua tu?'

'saya percaya.., ini semua gerhana, belum terbenamnya matahari. hehe'

nada dalam bermain. tapi bawa makna yang sama.
bukan kali pertama, airmata menitis untuk orang yang sama.

bahkan aku punya banyak sebab untuk berputus asa. tapi aku memilih untuk bertahan.

itu setahun yang lalu.

tapi kebelakangan ini..bila sebenarnya dah banyak kali jatuh, jatuhan aku kali ini buat aku lumpuh. rapuh.

lalu menagih..pada bukan setakat seorang.

'tolong nasihati saya supaya tidak berputus asa'

rasa seperti matahari telah terbenam...

2-3 minggu kebelakangan ini, hentakan demi hentakan sejujurnya buat aku serba sedikit jadi lemah. terduduk. mengenang kisah Rasulullah s.a.w di Thaif sudah cukup buat banjirr, dada berombak.(sebenarnya buat rasa lebih appreciate perjuangan baginda) pernah rasa, nak stop. nak bagi masa untuk diri sendiri. biar aku ubati diri sendiri. tapi aku nak kembali. sebab aku belum mati. belum lagi.

mengenang kisah perang Hunain, buat mata bergenang..

Semahunya nak jadi orang yang tetap tinggal, tapi nanti, atau bila-bila..kalau aku berhenti, atau aku ter-lari dari medan ini.., serulah aku kembali. serulah aku! serulah aku!

sebab aku nak mati atas jalan ini.

*maaf tak mampu nak kupas banyak pasal perang Hunain. banyak sangat ibrah! sila lah buat pembacaan tambahan. menarik sangat, kenapa ada tingkatan orang yang diseru. can you imagine, orang muhajirin, ansar, ada juga yang lari dari medan perang? mereka hebat kot. tapi siapa mampu menafikan mereka juga manusia..lagi nak feel, boleh baca kisah pembahagian harta perang hunain. insyaAllah boleh nangis. heee :)

2 comments:

zuliana said...

huda :') semoga tetap bertahan..suka entri kali ni..best!

Khalilah Alhuda said...

InsyaAllah zu, sama-sama :)

'Allahumma ya muqallibal quluub, thabbit qulubana ala deenik, wa 'ala to'atik'

:)