Pages

Tuesday, December 30, 2014

tarbiyah PMS 2014

assalamualaikum, bismillah.

Alhamdulillah, masuk tahun ke 3 diberi peluang oleh Allah menjadi sebahagian daripada PMS.
tahun pertama selaku peserta, hari-hari menangis (ops). tahun kedua AJK masakan, hari-hari tidur mati punya (hua)

tahun ini tahun ke 3 (hari-hari kena set up meeting. hoo), alhamdulillah subhanallah banyak sangat tarbiyah dan 'ibrahnya.
memegang amanah Ketua Fasi, instead of mengepalai team ni sahaja, bukan aku yang mengajar, Allah hadirkan fasi-fasi yang lebih dahulu mengajari aku banyak benda. terlalu banyak sampai tak mampu nak list satu satu

aku merasakan mulanya macam err mungkinkah aku boleh bantu lead this team?
aku, ada kepala, standard dan cara aku sendiri. aku strict (err, kot. orang kata dan memang?), kalau dengan masa jangan nak main-main sangat. pantang sangat orang tak on-time, kalau dengan kerja kena komited, kalau dengan diri kena proaktif, and such.

somehow aku selalu ponder sendiri, kalau tugasan biasa kita serius, dan berdisiplin kenapa bukan halnya dengan dakwah ini? kalau kita boleh berkorban untuk hal-hal lain, apatah lagi halnya dengan dakwah yang kita cintai ini? jangan terlalu berkira-kira.

tapi tak semua orang ada cara, standard dan kepala yang sama kan?
aku masih ingat, K.Mis dulu pernah pesan

'awak syadid dengan diri sendiri boleh, tapi bukan syadid dengan orang lain'

(tapi saya tak syadid pun --' emo. ok abaikan) yang kata-kata itu, selalu buat aku banyak diam memerhati orang. jangan ikut kepala sendiri je.

jadi K.fasi, lepas ni nak kena berhubung dengan another 20 kepala, cara dan standard? selalu sangat fikir macam habislaaaaaaa.. bala apakah ini (?) lek dulu 

aku tahu dan sedar, betapa pentingnya fasi, merekalah tulang belakang program. Ajk duk meeting plan macam-macam berbulan-bulan, merekalah yang menjadi pengantaranya. dari mereka jugalah feedback peserta masa program berlangsung kita terima. front liner on the ground lah senang cerita.

dan alhamdulillah, dalam gerabak ini, aku semakin nampak dan yakin, kita bekerja dan menyumbang di celah mana pun, semuanya mestilah ikhlas lillahi ta'ala untuk dakwah. daripada untuk set program, kita buat program PMS bukan just for the sake of tiap tahun kena ada winter gathering, so jom plan untuk tahun ni je. tapi concern audiences, concern  pembinaan mad'u, follow up mad'u selepas program semuanya adalah initipati yang dibincangkan. peduli dan tersusun, insyaAllah.

Dalam banyak-banyak fasi, yang aku kenal hanya sebilangan kecil sahaja. yang ramainya akhawat UK. pakai bantai je meeting online, dan whatsapp dulu. rupa pun ada yang tak pernah tahu. jumpa2, rupanya oh ini kakak, yang ini rupanya macam ni, perangainya cenggini ^^,

dan antara tarbiyah yang Allah beri lagi, Handphone aku hilang di saat2 PMS tinggal beberapa hari dan rasa tempang sekejap tak dapat berhubung dengan fasi2 yang lain. sana sini orang push fuhh fuhh.

dan bila kita meeting on the ground basically, mesti kita akan concern dengan pengisisan yang telah diberikan dan planning aktiviti dan bengkel after tu; 'apa agaknya adik2 (peserta) kita faham' 'adik2 dapat tak point yang sepatutnya'.. dan akan ada la momen2 'point macm tak sampai' ' nervous nak conduct bengkel' etc.

'ala kulli haal, kita belajar... kita merancang, Allah juga merancang, tidak yakinkah kita dengan perancangan Allah yang lebih hebat?

juga, belajar daripada Dr Hafidzah; kita kena jadi flexible. tak jadi plan A, plan B, etc.
dan kata-kata mas'ulah dengan santunnya ; kita akan stress kalau nak buat kerja Tuhan. yang pegang hati adik, yang beri kefahaman semua tu Allah, part kita hanya usaha sungguh2.

dalam banyak2 cara, kadang tu tarbiyah direct daripada event yang berlaku tu lagi kita akan belajar kan..Alhamdulillah.

dan bekerja bersama barisan facis yang super duper awesome, aku belajar terlaaaalu banyak benda.
dari mereka yang semangat fastabiqul khairat nya, yang push themselves demi dakwah ni, yang dengan idea yang disumbangkan, dengan kata-kata yang dikeluarkan, dengan rasa hati yang mereka luahkan, dengan ruhul istijabah mereka menyambut kerja, dengan kesediaan ingin belajar nya, dengan pengorbanan melebihi kebiasaannya dan many more!

dan, dalam gerabak ni, tiada istilah dia lebih lama-dia lebih tahu; boleh le nak naik tocang. yang lambat terkemudian, dibelakangkan. nope, bukan,. kita bergandingan tangan, jalan sama-sama, yang lebih lama, lebih dahulu maka lebih tawadhu' la sharusnya dan dengan kerendahan hatinya membimbing yang lainnya. yang lebih baru, kita sambut dan raikan, juga muhasabah bahkan mereka mungkin lebih tulus hatinya. huuu

what a blessing, nikmatnya mempertemukan aku dengan pelbagai ragam manusia dan cara fikir yang berbeza, yang dengannya lebih meriah la dunia ni kann. heee. dengannya aku belajar lebih berlapang dada, lebih bersabar, lebih mengerti dan memahami. berhubung denagn manusia, tak ada formula skema yang spesifik. pakai balun je semua pakai marah je semua tak jalan punya!

indeed, bersama2 mereka yang ghayahnya sama, qudwahnya sama, dusturnya sama, buah tuturnya sama, sungguh-sungguh nikmat yang tidak terhingga, 

'Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca kitab (taurat)? tidakkah kamu mengerti?' [2 : 44]

teguran, sindiran Allah yang halus, mengajarkan, yang jadi AJK, yang namanya ketua, atau apa2lah, terlebih dahulu banyak perlu dimuhasabahkan T.T

moga tarbiyah dan 'ibrah yang aku kutip, menjadi bekal dan lebih memajukan (aku tak kejar laju, biar maju. eceh. haha) aku dalam gerabak dakwah ini. dan jauh lebih penting dari itu, lebih menjadikan aku sebenar2 hamba pada Dia, lebih cinta jalan juang baginda, juga lebih hampir dengan JannahNya.

'Ala kulli nikmah
Alhamdulillah ya Allah.

mula menulis dari UK ke Paris balik UK balik, sampai balik Cork balik.
huh, tapi still tak mampu menulis sebenar2nya apa rasa hati ni,

Wednesday, December 10, 2014

Datang sini

Random,
Disebalik kesesakan musim exam.

Umi, abi
Datang sini lagi please T.T

Nak makan masakan umi,
breakfast, lunch, dinner settled ^^,
Nak abi teman keluar.
Padahal nak pergi tesco je. Gagah juga abi dari tidur jetlag bangun biar anak dara berteman -.-

Kalau lah umi tahu kadang tu makan apa benda la budak ni.., skip meal tu memang selalu juga...
Kalau abi tahu sebenarnya Huda ni biasa je pergi mana-mana sorang2..ops. err

Those Little things...
Make you smile,
And wanna cry too.

Dush. Hailaaa.

Anyway,  say Alhamdulillah for all the blessings!

Wednesday, December 3, 2014

by my side.

assalamualaikum, bismillah.

alhamdulillah, baru habis exam OSCE. oh benci perasaan ni, rasa macam miserable sangat. faham tak perasaan orang yang takut failed. hmm. tapi orang selalu kata aku overthink. hmm yelah.

zaman sekolah, pernah failed sekali. itu je lah seingat aku. ujian chemistry form 4. orang boleh kata ujian biasa, tapi aku tak boleh. malu kot. pengawas lagi. padahal ramai je lagi failed. kuikuikui. punyala beria jumpa PK akademik time,
  
'cg, boleh tak saya nak drop chemistry and saya nak ambil econs' 

tahu, mana ada orang buat macam tu -.-

'tapi saya nak belajar for the sake of ilmu, tak kesahla tak boleh'  sangat la merepek. konon jawapan bajet betul. tapi rupanya perangai suka lari masalah, in denial kan. sebab rasa macam dahsyat sangat aaa rasa failed so nak get rid of it lah. logik aku, nak droplah subjek tu. bijak sangat. tapi of course la tak boleh.

itu episod awal, emosi tak stabil orang yang takut failed- macam aku. tak boleh terima kegagalan. Dan tahu tak, medical school buat aku getting used to failure. bahaha. no, i'm not joking. like seriously, i did failed for a few times.[tak wajar dijadikan contoh ya adik2 -.-'] (test je la. never for a big exam. huu, nauzubillah) 2 tahun in denial, tak nak ambil medic. tak minat. tak menjiwai. stress. blablabla. tahun 3 baru minat sikit sebab dah masuk hospital,

tapi when it comes to exam, post exam - rasa tak nak ambil medic balik. HAHA. emotionally unstable. complicated betul -.-

dalam kepala aku, aku tak boleh failed.
and i started to think, how did i actually overcome this post-exam-over think syndrome. sekarang makin teruk, diarrhea sebab nervous pagi exam tu dah macam lumrah, palpitation la. anxious la. depressed la. worried memanjang je. macam orang takde iman T.T
apa masalahnya? susah? tak boleh buat?
tapi sebenarnya tak susah sangat pun. kalau buat sungguh2, boleh je dapat first class tu..
senang je cakap, tapi aku yakin, tak susah sangat. cuma action je takdak. ho ho

so kenapa tak boleh pulak?

entah. penat la fikir. kadang rasa main-main sangat ke aku ni dengan medic. alahai..
tapi tak (contoh in denial lagi) aku suka je belajar, seriously.

and i just realized.. back then, i always have her.
dia, yang paling banyak dengar segala keluhan aku, kerisauan picisan aku semua. dialah yang tadah telinga. dan bila aku habis muntah semua cerita aku, kerisauan aku dia dah serap, i can be a normal  person again. and looks  pretends like nothing happende in front of others. almost habis banyak exam yang aku duk pikir dahsyat2, semua dialah dengar. mostly memang dia je lah. seorang,. dia tak perlu cakap apa pun. kadang mungkin reply sepatah dua je. tapi, akan layan juga lah perangai pelik merepek aku ni. yang selalu ada jawapan,

that was her, who always  be at my back side.

how i miss her so badly right now :(

bila balik exam tadi, meroyan susah nak move on, fikir serabut sangat, tak tahu nak muntah dekat siapa pastu nak buat huru hara affect orang lain yang lek-lek je ;p

and i just realized, bukan aku tak selalu jatuh,biasalah ada ups ada down. tapi selalu ada dia yang hulur tangan, suruh bangun and jalan balik. chill~ bangun! she never fail to support me on her own way.

she's brilliant. yet, so humble. dengan dia, kalau aku nampak 'bodoh' aku still boleh kawan dengan dia. mostly, kalau aku rasa insecure, rasa inferior, atau tak suka cara diperkecilkan in any ways oleh sesiapa, i will take one step back. aku tak boleh suasana macam tu. tapi dengan dia tak. dialah yang selalu lebih pandai biasaya. tapi aku tak rasa pun jadi terlalu 'tak pandai' sampai tak boleh catch up, sebab dia selalu, dengan bahasanya ; kita bersama, sama-sama. nak kata jauh beza aku dengan dia sekarang, (tak kesah la walaupun lain course) episod dia menangis sebab tak maintain 4 flat, padahal 3.9+ something je kot, tapi episod aku ; nangis nak dapat pass. ha ha

dulu kalau masa selalu dapat no 2 belakang dia dalam kelas, tak dapat maintain pun belakang dia kalau ranking dalam batch. jatuh la beberapa anak tangga. sama2 dapat 11 A, tapi jangan beza berapa A+ dia. i know my own self as a competitive person, tapi kalau dengan dia, tak kisah. tak rasa nak beat dia pun. hihi. sebab kalau bukan dia, kalau bukan dia banyak ajar aku 1-1 , yang selalu tenangkan after every exam, aku tak boleh dapat pun no 2 ke, 11 A (selain daripada Allah izinkanlah ;p)

now, hikmahnya benar, aku mengakui, Allah mengajarkan aku mandiri. tapi tanpa dia, aku tempang berdiri. its hard for me to say it, but its true. she meant a lot to me.*muntah darah sekarang* orang kata, bila nak hilang baru nak menghargai. punyalah lamaaaa baru nak akui. haiya, ego betul.

sekarang nak call pun jarang, kadang dia busy, atau mungkin kebanyakannya aku yang bajet busy tak tercall. kalau bila free mungkinlah dia tengah tidur atau sebaliknya.

amazed juga lah macammana dia sabar dengan aku. ada orang pernah cakap, tak faham friendship aku dengan dia. complicated. selalu gaduh buat dek. pastu tiba-tiba okay. terasa-terasa juga kadang tu, buat lantak juga pastu eh okay. errr. aku pun tak faham la. tapi yang paling aku hargai pasal dia, she never left me. never discriminate me, tak berkira. especially bab ilmu. i can feel it. satu benda yang paling aku belajar dari dia adalah adab dengan ilmu. buku, jangan letak bawah. memang pantang +.+ tapi sekarang kerusi space kecik, kalau terpaksa, aku letak juga bawah.

syarat selalu jumpa, selalu mesej, lovely bagai tu bukanlah benda yang aku brain sangat. aku jenis tak kisah, tak perlu berkepit sangat. tak perlu lah nak expressive sangat, gambar2 ke, mesej sweet mweet ke. boleh diterima kalau sekali sekala, tapi kalau selalu macam pelik je  -.-'

dia pernah cakap, after sooo long kami kawan. dia kata 'kita tak ada kan gambar bersama' pastu macam haah la.. senyao. fikir. haha. bukanlah nak kata perlu, tapi aku ni macam buat dek sangat la kot. since then, aku belajar la sikit-sikit juga. macam kesian je dekat dia. 2 tahun aku duduk ireland ni, kalau birthday, dia mesti post hadiah dari Malaysia. how bad am i, tahun ni tak wish proper pun birthday dia ;/ aku ingat, tapi lupa put into action. hadiah pun belum beli lagi. tapi ingat je nak beli kalau keluar nak beli barang, belum jumpa. aaa sorry.

apa point awal tadi tah.
err, ni mungkin 1 dalam seribu la post macam ni nak muncul.

tapi ni beria nak tulis, walaupun sikit je daripada lautan perasaan yang tersimpan. perghh.
sebab.. rasa something hilang, tanpa dia.

you know who you are.
sorry selalu tak expressive tak reti la ;p
kadang cakap uhibbuki fillah pun...pause. krik krik krik. okbai.

today, i really mean it,
thanks for everything,
uhibbuki fillah :)

alhamdulillah, thank you Allah.

Saturday, November 29, 2014

semester 1, tahun 3

assalamualaikum, bismillah.

Alhamdulillah, hari ni last day kelas untuk semester 1, dan semalam last day rotation hospital setelah 2 bulan. sobs. tak tahu la, nak kata happy tak juga, nak kata sedih tak juga. err sedih jugak kot. cuma mungkin rindu routine harian. Lol. padahal orang kata nanti nak lari dari hospital. sick of it! ala, lek la dulu, selagi rasa okay, cherish it! :)

balik semalam, mixed feeling betul. rasa macam ye eh dah habis sem 1? halfway through Khalilah Alhuda.. separuh jalan lagi! rasa macam Ya Allah, sikit2 aku nampak hikmah dan cantiknya susunan Allah.

aku yang tak pernah la mimpi nak jadi Dr, yang pernah tu rasa meluat dengan orang-orang yang bercita2 nak jadi Dr zaman sekolah dulu.. ; sekarang ni dah separuh jalan degree in medicine. huuuu. aku ingat lagi bila ambil result SPM dalam bilik pengetua, awak nak ambil apa?

'engineering / physic kot'

sebab aku ingat aku lebih tahu diri aku yang logik-fakta-heartless-konon brutal ni tak sesuai kot nak kerja most of the time dengan orang. tapi Allah lebih tahu. baru feel sikit ayat (2:216). 

mula-mula masuk ward- ya Allah tak suka bau hospital :'( tapi tengok orang-orang sakit ni jadi kesian. pelembut hati sikit kan. ada sampai nak nangis pun ada. padahal laaaa pakcik tu duk lepak je. hari tu masuk ICU, bajet betul control diri dari rasa mual and nak nangis pun ada tengok patient tak berdaya.(dah yang lain semua mat salleh cover sikit kan. hihi) selalu balik, emosi serba sedikit akan affected dengan apa yang jadi dekat hospital. ada kes tu rasanya confirm dah patient ni lelaki, dah buat chest, abdominal examination semua siap. bukak file; female. confused! 2 hari jugak affected Lol. kalaulah aku ada harapan ; nak balik rumah lupa pasal kerja, lupa pasal hospital semua, aku rasa aku tak boleh!

baru make sense sikit pada aku orang kata budak medic/ doktor balik2 topik perbualan pasal patient --'

jumpa doktor2 yang mashaAllah baik hati, control emosi, control cara cakap walaupun tengah stress and penat dan busy, rasa inspired la jugak kan. kalau yang marah/tegur aku- aku belajar. kalau yang ignore aku- aku belajar. kalau yang jenis guide aku pun aku belajar. life medik ni- serba sedikit buang ego dan sedarkan yang kau takkan perfect all the time. we do make mistakes, and chill~ forgive yourself. setiap hari kena improve and belajar jadi lebih baik :)

dan macam-macam orang akan jumpa.
dan semacam-macam itulah pelbagai cara berhubung dengan pelbagai orang.

ada yang rentap leher kot putih aku-bawa mulut aku ke telinga dia. sebab dia pekak.
ada yang jenis nak bercerita.
ada tak ingat dah apa dia cakap baru tadi.
ada yang delighted the next day aku jumpa dia lagi. (pergh. perasan je ni)

dan dari setiap sela orang yang kita jumpa,
banyak kebaikan yang kita boleh titipkan,
dan akhirnya buat hati kita sendiri jadi tenang.

dan semester ni, aku belajar dan still kena belajar lagi memperkasakan konsep IHSAN.

rasakan.  seolah-olah aku melihat Allah. atau. meski tidak melihatNya, Dia melihatku.

ikut logik certain orang, tak payah la kan datang kelas/ward rotation kalau rasa tak dapat benefit atau boleh buat benda lain yang lagi best. orang pun bukannya kesah/tahu sangat. tapi aku meletakkan pada diri- kena juga usaha datang sebab tu amanah. nampak simple. tapi tak ke amanah tu bukan simple sebenarnya +.+'

exam minggu depan dah start.
maka jadi zoo lah sekejap. ada burung hantu. ada panda. ada burung kasawari?

moga Allah redha semuanya!

Wednesday, October 29, 2014

makna dakwah sukses

assalamualaikum, bismillah.

menelek helaian terakhir, buku yang aku selak hampir sebulan lebih-  saat pertama terdetik nak membeli dan membacanya, mengharap jadi setangguh judulnya 'untuk muslimah yang tak pernah lelah berdakwah'..

menukilkan makna dakwah sukses- indikatornya;
terjadinya perubahan akhlak.
munculnya potensi kepimpinan.
kemampuan merekrut sasaran dakwah.

tidak terbayang wajah lain,
melainkan diri sendirilah..

maka apakah sebenarnya yang telah menjadi nilai tambah sepanjang hampir 2 tahun lebih di bumi ireland ni. syok sendiri dengan semata tarbiyah alam yang SubhanaAllah terlalu cantik. mahupun.... ah apa2lah..

down sendiri.
rasa tak cukup membesar seperti sepatutnya :(

dengan kisah yang ditutup dari buku ini;
kisah seorang wanita teladan, mempunyai 11 orang anak yang dididik semuanya menjadi hafidz Al-Quran, juga dakwah tak lari daripada kehidupan.

down.
mampukah?
ketika banyak orang terkesima hiruk pikuk pengidolaan, 
di mana jejak-jejak muslimah dakwah?
akankah ia menjadi idola?

*  *  *  *  *

hari ini, random memutarkan lagu, So real- Raef. aku kurang suka mendengar muzik. cuma aku suka liriknya.

Allah, everyday I'll try to be as true as I can to you
Cause loving You the best I can
Will always be my number one and only plan.

Sunday, October 26, 2014

A ilaahum ma'Allah?

Assalamualaikum,  bismillah.
Alhamdulillah,  after a month full of dramas ulang alik hospital, exams, etc dapat cuti seminggu (!) Weee..! hopefully i can use this precious time, to retreat, revive and recharge my  iman and RECONNECT.

Adapting dengan clinical years, sangat memerlukan kekuatan yang lebih daripada biasa. Hari khamis paling mencabar sebab kena keluar seawal 7 pagi, dan cycle for about 20-30 mins untuk attend tutorial at 730 a.m. and its harder, bila kena mandi sebelum subuh, solat subuh dah bersiap dan lepas tu bergegas keluar membelah kedinginan pagi (ceh ayat, padahal sikit je --')

Dan hari ini,
I was reminded again,
To consciously think,
What is your drive in this life? What's your obsession?
What makes you still want to wake up and live your life.....
.....Even if it is hard?.. eventhough it's getting harder day by day...?'

MashaAllah dan Alhamdulillah diingatkan semula,
Hanya Allah je satu2nya ILAH yang sepatutnya.
Yang beri aku semangat dalam hidup,
Yang aku rindu,
Yang semua2 lah definition ILAH.

Cliche, tp perbaharui syahadah memang perlu . Always refreshing!

Tadabbur ringkas tapi menghidupkan :)

'Bukankah Dia yang menciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air dari langit untukmu, lalu  Kami tumbuhkan dengan air itu kebun2 yang berpemandangan indah? Kamu tidak akan mampu menumbuhkan pohon2nya. Apakah disamping Allah ada tuhan (ilah) yang lain?' Sebenarnya mereka adalah orang2 yang menyimpang dari kebenaran.'

'Bukankah Dia yang telah menjadikan bumi sebagai  tempat berdiam, yang menjadikan sungai2 di celah2nya, yang menjadikan gunung2 untuk mengukuhkannya dan yang menjadikan suatu pemisah antara 2 laut? Apakah disamping Allah ada tuhan (ilah) yang lain?' Sebenarnya kebanyakan mereka tidak mengetahui'

Bukankah Dia yang memperkenankan doa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (ilah) yang lain?' Sedikit sekali nikmat Allah yang kamu ingat.'

'Bukankah Dia yang memberi petunjuk kepadamu dalam kegelapan di dataran dan lautan dan yang mendatangkan angin sebagai khabar gembira sebelum kedatangan rahmatNya? Apakah disamping Allah ada tuhan (ilah) yang lain?'  Mahatinggi Allah terhadap apa yang mereka persekutukan.'

'Bukankah Dia yang menciptakan makhluk dari permulaannya, kemudian mengulanginya lagi dan yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan yang bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (ilah) yang lain?' Katakanlah, '' kemukanlah bukti kebenaranmu, jika kamu orang yang benar''

[An - Naml 27 : 60 - 64]

A ilaahum ma'Allah?


Weekend di Belfast,
Bumi tarbiyah baru.
Moga melahirkan jundiy baru demi kemaslahatan dakwah ni ! :)

Sunday, September 28, 2014

Mengukir cita2 dan impian

Assalamualaikum,  bismillah.

#Oh, disclaimer awal2:  ni bukan syndrome orang nak exam atau orang yang taknak buat medik ye. Told ya, aku dah start jatuh cinta dengan medik ni ;p

Saat ini, rasanya nak stop buat apa yang tengah buat sekarang. JUST STOP.

Ambil diari, ambil pen, and tulis apa yang ku impikan dan cita2kan.
Menulis dan mengangankan dengan penuh rasa keterujaan.

Macam zaman hujung belasan tahun lalu. Cets. Sekarang pun aku muda lagi apa.

Akhir2 ini, seakan-akan aku hilang sisi diriku yang itu.
Yang very ambitious yang sangat optimist. (In my own definition la :p)
Yang always, like every week kot akn revise apa aim, cita2 dan impian aku.
Kalau tak jalan, plan lain, buat usaha lain, plan lagi -stick to matlamat.
Yang panjang dan tekunnya aku dalam doa memohon pada Allah.
Kesungguhannya seperti aku semiskin dan sehina2 manusia.

And I miss my old me.
Like seriously.

I do. I do love to grow up, and explore new world,  treasure adulthood world and all those thingy.. *sigh (?)

But,
Somehow I just miss my old me.

The one who are not influenced by anyone/anything.  Just purely believe, you can be like anyone you ever dream -with Allah will. No fear. No regret.

Now,
Macam follow the flow. its like..U have no choice, this is the only option. You like it or not, u have to do it. just have to.

Bila cuba.. testing..testing..

Saya nak ini, itu..

Nak buat ni, buat tu. Lepas ni, tu pulak.


Respons, paling2...dari dalam diri sendiri..

'Apa pula kata ni? Awak fikir tak ni?' Etc.

See, what is being an adult (perhaps?) did to me.. Haha.

Nak buat apa2, kena fikir macam2 benda.

macam contoh,
Dulu, nak suka sape pun tak takut apa. Fikir apala sangat.
Sekarang fikir itu ini, macam mustahil la, hmm tak mungkin kot. Tak yah fikirla. Ish, tak boleh la..

Things like that. Itu contoh je. Hamboii.

Kalau itu baru perasaan,  apatah lagi perbuatan, yang terzahir, dan lebih banyak 'mata-mata'nya dan judgements others.

fikiran jadi kompleks, boleh jammed neuron dalam otak. over

Tapi tahu tak..

apa yang bestnya above all those wish yang aku nak kembalikan..
dan dengan current condition yang Allah dah takdirkan.. ??

masa-masa hari ini,
hari yang aku lalui sekarang ni,

hidayah Allah menyedarkan aku..
aku memang bukan hidup untuk diri sendiri.
the fact that apa yang ada dalam genggaman aku sekarang ni bukan kita punya.
tubuh badan, masa, tenaga, duit, semuanya.. u own nothing huda!

dulu impian dan cita kita kecil.
sekecil untuk diri kita.
yup, its cool, but errr... not enough, i guess.

sebab tu tak pernah sangat fikir orang kan..
hanyut dengan dunia sendiri.

kita nak jadi apa2 lah yang kita nak jadi.
terlupa untuk lebih fikir 'siapa' yang umat ini perlukan.
kita nak buat apa2lah yang kita suka buat.
terlupa nak tapis sepatutnya apa je yang kita patut buat.
kita nak bersama dengan siapa yang kita inginkan.
tapi itu mungkin hanya sebatas al-hawa yang kita ikutkan.
kita degil nak stick dengan perangai dah akhlak kita and claim 'inilah aku'
tapi lupa, define 'aku' tu adalah apa yang Allah suka dan nabi buat.

now, am i regret akhirnya kena consider semua benda ni?

i'm a human being too :(
semua keinginan (dan EGO!) aku ada juga.

tapi dengan 'membesar'nya aku, aku belajar untuk bersabar.
sabar yang mungkin belum tentu akan dapat pun apa-apa yang aku nak.
unless betul-betul yakin dan tulis semua wish list, and bila dah masuk syurga, minta semua dekat Allah.

Allah..please...can i? *mata bersinar*

this touched my deepest heart.
tahu tanda orang mula malas dan cuai dengan dakwah ni?
sibuk dengan urusan rezeki lebih daripada urusan dakwah dan kehidupan.

sibuk rezeki yang macam mana? like.. i wish i can have the biggest house in my town, gaji nak 100K.. iphone6 ahh,, etc.
keperluan kehidupan ; makan, nafkah etc.
untuk dakwah : define it by yourself :)

so now,  u r not going to be an ambitious and optimistic person anymore?

NO. 

yet, becoming more ambitious and optimistic than before.
and i will fight for it.

camniiii, sekarang jugak lah lari, ambil diari, ambil magic colour, pen warna warni yang guna untuk buat nota bagai, plan and create a better you in future. (sebelum ni alasan je kan. heh)

sampai nanti, tiada penyesalan..

'' (and it will be said to them); 'verily! this is a reward for you and your endeavour has been accepted'' [76;22]

selingan - June, 2013
rindu Jordan. one of my favorite place; Wadi Rum

'hmm, saya rasa saya nak stay dekat UK sampai saya jadi specialist, then baru baru Malaysia'
'awak tak fikirrrr bla bla bla...'

seeeee. haha. anti-klimaks betul.

tapi memang tak ada panduan pun, nak lakar impian dan cita2 'baru' dengan kena consider banyak benda.. garisannya haluss..

cuma jangan berhenti bermimpi la kot. dan jangan takut. apatah lagi malas nak fikir.
have a try! 

i still want my 'old me'.
but better.

trust Allah.
dream big.
work hard.

Sunday, September 14, 2014

tahun 3

assalamualaikum, bismillah..

Alhamdulillah, thummalhamdulillah... dah genap minggu ke 3, Tahun 3 perubatan. how time flies! and biidznillah i survived 2 years of pre-clinical phase.

aku tak mampu nak cakap, hati aku betul-betul ada dengan dunia medic ni,
sebab aku lebih enjoy sastera- puisi, prosa, suka falsafah dan teori, law, politik dan ekonomi ; aku rasa jiwa aku jiwa budak arts stream.. not science-stream. 

'ala kulli haal, ini jalan yang aku dah pilih.
untuk family, ummah dan moga Allah redha.  *ikat kepala* tsiqah dengan Allah.
dan, tiadalah yang lebih besar pengharapan aku Allah sentiasa membimbing dan memudahkan segala urusan.

sudahlah tu (berapa kali dah ni) complain, cuba bersyukur sikit - di saat sebenarnya orang lain ramai kot sebenarnya nak buat apa yang aku sedang buat ;/

i won't say baki lebih kurang 3 tahun ni, akan lebih mudah..
moga-moga akulah yang lebih gagah.

rotation clinic dah start,
tapi untuk term 1 ni, bulan ni, aku off wards. so aku pun tak pernah lagi pergi hospital. rotation aku nanti hospital di town. jauh jugak la sebenarnya.. tengok housemate yang dah start rotation exhausted je nampak. takut aku,. bila tahun 3 ni, hmm, mungkin masih terlalu awal tapi aku kinda of belajar mencintai la dunia medic ni, sikit demi sikit. 

lecture pun dah start ulang alik kampus ke hospital. semput juga lah. tak fit huuu. sanggup beli basikal, kunun berharap lebih jimat masa, tenaga.. tapi malam pun urut kaki lenguh juga kaki mengayuh. (kena gelak pun, aku muka selamba je) hari tu dah pernah kena nasihat jangan pakai seluar.. -.-' sejak ada basikal, semakin tidak akhawat ler --'

SSM aku tahun ni, genetic research in human disease, dulu memang sangat minat genetic.. pilih module ni, tak fikir orang, tapi there must be something yang Allah nak ajar.. bila jadi satu-satunya student perempuan dalam kelas tu (malaysian and muslim), mencabar juga la sebenarnya. Lab kecik je, memang dekat ah nak buat experiment sume. and i'm not used to this surrounding :'( balik rumah macam err pressure. alhamdulillah, overall modul ni so far interesting. i love it. walaupun orang macam tak faham kenapa nak susahkan diri ambil SSM susah, kena buat lab report setiap minggu- balik lewat sebab duduk dekat lab- surrounding pun macam 'menakutkan'  (at least for me la..) be optimistic je la kot sekarang ni solusinya :)

satu lagi kehidupan tak pernah jauh.. DnT. tahun ni, bila most probably medan amal bukan lagi di tempat sendiri- i know, and must be prepared untuk lebih banyak berkorban. berkorban tenaga, duit, masa, perasaan dan lain-lain. sampai akhirnya kita benar-benar rasa, dakwah ini akan minta segala-galanya daripada diri sendiri..

walaupun dalam fasa meng'adjust' diri, transitional phase, hopefully tak lama sangat-ter stucked!

just a quick update.

InsyaAllah,
everything gonna be okay :)


Wednesday, August 27, 2014

cuti summer yang telah aku tinggalkan

assalamualaikum, bismillah.

alhamdulillah dah selamat jejak Bumi Shamrock.. kelas pun dah 3 hari dah start, maknanya sob sob, bubbye lah cuti-cuti Malaysia..

sampai sini baru dapat update blog sikit. walhal angannya sebelum balik summer plan atleast 1 post seminggu masa balik cuti di Malaysia. Ni kan 1st time aku balik bercuti, jadi kononnya lah macam-macam nak buat, tapi aku belajar untuk jangan banyak berjanji. huuu tak ada yang terluka. meskipun diri sendiri... heuu.

kelmarin masa ambil barang di rumah Ansar (tempat kami tinggal masa umiabi datang sini) rasa ceh masa tu jugak nak bergenang air mata sebab macam tak puas lagi la duduk rumah spend time dengan family. terbayang-bayang lah semua..

tak tahulaah, kalau nak kira balik memang tak cukup masa, tak puas-puas nak buat itu ini. susah nak terima, tapi nilah dunia. kadang nak menyesal pun tak guna.

balik cuti hari tu ya Allah, rasa bersalah, terkilan dan mixed feeling betul. awalnya, walaupun dah bagitau umi huda balik ni banyak program.. takut tak dapat spend banyak masa. dah la 2 tahun tak balik kan.. tapi, entahla hati ibu kaan, mungkin nak anak selalu ada depan mata kot walaupun tak cakap...konfilk juga...

awal-awal memang minta maaf dekat umi takut hak tak tertunai dekat rumah, tapi macam sampai end of cuti pun duk semput-semput haih. awal2 tu isu jetlag la lepas tu jaulah lepas tu... dah memang tak sudah-sudah. dengan kawan merajuk pun ada sebab tak jumpa (hihi), dengan dilema ada benda lain pun nak kena buat.. huuu maafla pada segelintir,, mungkin nampak macam selamba tak kesah, tapi susahnya nak jaga hati semua orang, nak penuhi tuntutan semua benda. kalaulah dalam dunia ni tak payah buat mana2 pilihan antara 2, aku nak. aku nak.

but semua tu tak boleh.

sampai akhirnya nangis! literally nangis, sebab too much things yang kita kena buat, dengan tanggungjawab, dengan orang, dengan passion dan minat kita etc. tapi itulah kan, kalau hidup untuk diri sendiri, i can imagine myself woah, tak payah susah-susah fikir orang lain. buatlah apa nak buat. tapi hidup ni bukan untuk itu.. susah dan malu nak cakap, sebab memang struggle nak bumikan dalam diri yang.. hidup ni untuk ummah. :'(

dan hidup ni penting. sebab adanya mati. kita sendirilah kena set nak mati macammana dan dengan itu kita tahu bagaimana untuk hidup. nampak macam falsafah je ayat. tapi tu betul, tak boleh lari. 

'ala kulli haal, alhamdulillah atas nikmat dapat bercuti balik Malaysia tempoh hari. rasa lebih menghargai family dan cepat la nak terharu dengan ahli keluarga, nenek pakcik makcik semua. mereka baik sangat, hee. Alhamdulillah. dapat jumpa kawan-kawan, walaupun tak lama. minta maaf kalau ada yang terluka, dapat juga jumpa guru-guru walaupun bukan semua, dapat juga jumpa akhawat Musleh, dapat juga spend time dengan juniors, dan macam-macam lagi. Alhamdulillah. tak terhitung nikmat Allah.

lama tak ada post gambar..

snorkeling. impian jadi kenyataan walaupun macam acah-acah tak advance sangat pun :P
siri jaulah ke pantai timur jumpa keluarga akhawat, di samping bercuti ke Pulau kapas ;p
bersama adik-adik kolej matrikulasi Selangor
iftar dan iktikaf ramadhan bersama kawan sekolah.
shopping raya dengan family. entah bila la lagi.

sempat join 2 kali demo palestin. 
walimah senior je dapat join, kawan punya tak sempat :(
convoy raya ziarah ex-pengetua, dengan roses <3 td="">
beberapa siri daurah, antaranya PERSISTEN
sambutan raya bersama guru dan ahli batch 16 al-amin gombak
convoy raya dengan sisters UK & ireland sekitar KL selangor
jenguk junior debat.
 walaupun tak dapat spend masa selalu dengan mereka, train sekejap je, cuba juga sempatkan. sebab keluarga debat al-amin dah semacam sebati dengan aku. bila adik junior menulis pasal debat, (debat dalam lembaran hidupku.) aku senyum sendiri. walaupun dah lama tinggal, i can feel you.

dia. yang paling awal aku jumpa setelah pulang, dan yang paling last aku jumpa bila nak balik sini balik :)

tak mampu nak coret semua aktiviti dan letak semua gambar aihh..
semacam mengimbau apa dahh~~

benar-benar tak terhitung nikmat Allah.

alhamdulillah.. dulu sejak zaman sekolah suka bila update blog, tulis panjang-panjang letak gambar la..lepas buat apa-apa aktivit ke, apa-apa jelah mesti update, sebab nanti kalau teringat senang nak tengok. huuu, sekarang hanya mampu cakap, itu dulu....

tahun pertama summer, merasa pergi timur tengah, bumi mesir dan jordan. nak sangat kan.
tahun kedua, pulang ke tanah air setelah buat umrah. rindu terubat.
tahun ke tiga..

'umi, kalau tahun depan huda tak balik, tak pe ke? plan nak pergi mengembara dan belajar dekat US'

senyap. krik krik krik
angin sepoi-sepoi bahasa.

tengok je la nanti....

Thursday, July 17, 2014

bidadari syurga

assalamualaikum, bismillah.

tanpa kata - yang paling menyentuh emosi
bila bersalaman dengan adik berwajah ayu 15 tahun.
merapati badannya - dan merasai babybumpnya..

wajah tanpa riaknya..
kita pun jadi tak tahu nak mengeluarkan kata apa.
kalau itu kenalan kita dengan anak yang memang dinanti penuh harap,
kita juga mahu menumpang gembira- mendidik mujahid muda!

speechless.

susahnya rasa, nervousnya.. padahal nak kena share tazkeerah ringkas je. tapi ini bukan daurah kita. depan kita ni bukan akhawatz yang oh idealnya kita kan sama-sama nak cari Allah(?) it's not! adik-adik ni, riak wajahnya kita tak boleh jangka. nak teka apa dia fikir pun tak boleh.  Dan hari ni, aku belajar la yang kalau sebenarnya kita tak biasa bergaul dengan masyarakat sebegini, ya, susah nak nampak natural. i need to put more effort even just nak sentiasa senyum je dengan mereka. 

takpa, kita belajar , first step always the hardest right? takpe, kita belajar :) 

seawal melangkah masuk, rasa macam sucinya muka adik-adik ni. innocent! kalau jumpa dekat luar mungkin tak tahu kot sebenarnya kisah silam adik-adik ni. bila start penerangan, i couldn't stop myself from asking lots of questions. lol. tak habis tu, jumpa juga warden borak tanya macam-macam. sampai-sampai seorang kakak tegur 'apa yang awak borak2kan tu?'

and why ada tempat pemulihan untuk girls je? how about the men? 

tak kisahla kan. tapi aku lebih appreciate la menjadi seorang perempuan *uhukuhuk* (sebelum ni appreciate jelaaahh tapi suka nak bajet machoo sangat tak nak sifat keperempuanan ni --') dan betapa besarnya nilai menjadi wanita yang 'kuat' sebab tangan inilah yang akan membesarkan generasi. ayat macam bombastik kununnya. tapi menjaga emosi pun sangat penting untuk keluarga. woah, haa terus rasa nak jadi anak- isteri solehah ibu mukminah gituh ;p

dan rasa 'basah'nya pengisian k.nureen, even cakap benda ulang-ulang ; jadi perempuan kena bina batas tu. jaga kehormatan diri- segalanya untuk suami je. err. ya. so cool lah, kata k.nureen, orang lelaki akan hormat je. personally pada aku, kita buat je lah apa-apa yang Allah redha. awal tu memang susah..tak apa, bila Allah tu yang utama, insyaAllah bahagia tak terpenjara :)

dan hmm ya, pasal jodoh yang orang selalu risaukan (walhal tidak pasti!). sekali amek ; bukan ikut cantik ke apa, kalau Allah dah takdirkan itu jodoh awak muka macammana, jodoh juga. dan mungkin kerana kerisauan itu juga ada yang tergesa merendahkan maruahnya, membiarkan dirinya menghampiri zina pada yang belum halal. bijak kan syaitan ni ;'(

take home message juga : kalau kita doa pada Allah, dan minta pada Dia, jangan pula macam bajet bagus nak Allah ikut apa yang kita nak. tak semuanya rumusnya begitu. Kalau kita betul-betul sungguh-sungguh jaga diri kerana Allah, Dia akan hadirkan yang sesuai juga. sekarang dah dewasa, to me- perihal menjaga diri, mempersiapkan diri -impian membina rumah tangga islami bukan lagi boleh jadi bahan gurau, yet kena ambil serius kot *uhukuhuk* ok, serius balik. sekarang melangkah jauh sikit, banyakkan baca dan ambil tahu pasal parenting cara nabi , memahami psikologi kanak-kanak etc. zaman baca buku guide pasal cinta-cinta ni buku hilal asyraf ke, ustazah fatimah syarha, saifulislam etc dah kena start 2-3 tahun lalu patutnya. *uhukuhuk* ok serius balik. kalau nak jadi ulat buku tu, bukan penuh buku fikrah je, sisi manusiawi pun moh le cater juga insyaAllah.

ok, jauh melalut.

berjumpa dengan adik-adik di Raudhatus Sakinah hari ni, 'ibrahnya merentasi liqa' usrah dan bilik-bilik daurah. dengar dan jumpa mereka sendiri lain gurunya. warden khabarkan, nak katanya masalah sosial ni, dalam sehari adala 5-6 panggilan telefon nak masukkan anak mereka. Allah.. rasa terbuka mata. sebelum ni macam duduk comfort zone, tak tahu pasal dunia realiti- yang akhirnya kita ni daie nak mencorakkannya! ironi

perasaan jatuh cinta nak menyantuni mereka ni lebih kurang sama bila buat program weekend lalu dekat kolej matrikulasi Banting. sama je, menyedarkan kita, di luar sana ada insan yang nak menyambut huluran tangan kita cuma tidak pernah berjumpa lagi.. dan menyentuh memang mudah tapi nak follow up tu sangat besar cabarannya. dan tarbiyah kita tarbiyah yang membina. uwaaaa, berat nanang --'

aku -
jatuh cinta, dengan manusia-manusia ini.

Tuhan, ajari kami berbagi Cinta-Mu di muka bumi ini insyaAllah.

dan aku suka panggil mereka-mereka ini bidadari-bidadari syurga ;')

bidadari, mari kita sama-sama memasang impian bertetangga di syurga ya? ;)

Saturday, July 5, 2014

siapa nama?

assalamualaikum, bismillah.

selepas malam ramadhan pertama berterawih di UIA (setia saban tahun sebenarnya) yang aku luahkan, maaf, suasananya terlalu panas. bukan aku mahu mengeluh kononnya duduk 2 tahun eropah sikit dah tak boleh tahan panas. tapi memang jujur aku katakan, ada banyak sungai mengalir di seluruh badan sepanjang menghabiskan 23 rakaat. dan konsentrasi aku terganggu ;'(

sejak malam ke-2, kami berterawih di Masjid Negara. alhamdulillah, nyaman susasananya :)

biasanya solat di ruang luar (lebih terang dan sejuk ;p), tapi malam tadi nak solat di belakang tabir, biasanya orang tukar telekung, duduk berehat. mungkin sebab yang aku sarungkan semalam hanya baju kelawar umi, jadi, malu dengan ramai orang. walaupun tutup dengan telekung labuh, sini Malaysia bro, orang tahu itu baju kelawar orang buat tidur. bukan boleh selamba dekat tempat lain mungkin orang ingat jubah batik. hihi. hadoyy.

bersama2 di belakang tabir tu seciput je orang. lepas 8 rakaat tengok kiri, ada kakak sorang lagi sambung. rapatkan saf- tinggal berdua. lepas beri salam, toleh sikit. lagi- toleh, senyum. telekungnya hitam, sebab ramai orang arab, aku sangkakan 'ini orang arab juga ni'

berkira-kira, aah, tak boleh jadi ni, lepas solat mesti kena tanya nama akak ni. 'what's your name?' err ke 'masmuki?' err, tak kisahla, tapi memang kena tanya- harung je nanti. belajar dari pengalaman. masa di masjid haram dulu dah rasa teruk tak tanya nama makcik (nenek kot) yang selalu berborak. kali ni, aku kena tanya. bukan suruh buat tiap-tiap kali. tapi ni dah memang tinggal berdua. selfish sangat daie kalau ignore je. takkan lepas hanya tahap senyum? -monolog

usai solat witir, selawat dan salam. okay, ni masanya. huda, go.

jabat tangan..krik krik

'siapa nama?'

erk, aku salah dengar ke? 

'haa?'
'siapa nama?'

loading...woahh, betul, betul, ni bahasa melayu.

'Huda'

'akak siapa nama?'

'....'

'apa?'

'Hasinah.'

angguk. senyum.

'seriously akak, saya ingat akak orang arab *sengih* tiba-tiba eh cakap melayu'

kakak senyum.

'datang sorang ke?'

'tak, ada mak dan ayah dengan adik'

'ohh, mak solat dekat luar?'

'haah'

sekilas episod. drama je. bila akak tu start je dulu. alaaaaa kenapa akak ni start dulu.. bagila chance dekat aku. itu yang aku fikirkan. hikhik. akak pula yang lebih mesra. rasa macam- kau fail lagi kali ni, huda. ho ho ho.

tapi belajar. t.kasih kak mendahului :) boleh jadi Allah yang mudahkan. sebab fikir dan gelabah sangat kan nak buat macammana. padahal suruh tegur je. TU JE. 

next time cubala lagi. fuhh.

Friday, July 4, 2014

oh malaysia tanah airku

Assalamualaikum, bismillah.

Alhamdulillah dah hampir 3 minggu sampai Malaysia. Huh, 3 minggu dahh.. wallahi, sungguh cepat masa berlalu.

Too many things happened. Dan sangat sedih kalau bila terlalu cepat benda berlaku, lepas satu perjumpaan ke perjumpaan yang lain, lepas satu program ke satu program yang lain, tapi diri sendiri tak sempat memuhasabah diri.

Paling ditakutkan bila banyak benda kita buat, tapi hakikatnya ia telah mengurangkan sisi amal kita yang lain. Meskipun amal dakwi meningkatkan, ironinya, ia boleh membuatkan hubungan daie dengan RabNya berkurang. Dan itu tak sepatutnya berlaku. *sobs, muhasabah* Semakin banyak beban yang perlu dipikul semakin dekat seharusnya daie dengan Tuhan, kerana akhirnya Dia juga yang memberi dan sumber kekuatan.

* * * * * *

Woah, tak mampu nak nafi la, Malaysia memang panas. Mataharinya terik. Kulit pun bertukar tona dengan ‘bahagianya’ hehs. Tapi siapa aku untuk mengeluh? Mengadaa ;’( Bila fikir balik, banyak sangat nikmat yang Allah dah bagi, lepas satu-satu. Tinggal kita nak bersyukur…

Ramadhan.

Biahnya jauh beza dengan tahun lepas semasa aku di Mesir. Dan tahun lepas memang sangat kurang ikatan lain. Macam woahh, free and idealnya. Bila balik ni, rasa back to reality lah.  Dengan tuntutan sebagai anak, kakak dan adik, juga responsibility program, kawan etc. Aku struggle sangat untuk kekalkan momentum. (semua orang pun kan :) moga2 Allah kira struggle semua,dan insyaAllah mengganjari dengan pahala.

Al-Quran dan taubat.

Mungkin itulah tema personal aku sendiri ramadhan kali ni.

Bacaan quran tahun ni, paling lambat rasanya compared to sejak sekolah maybe? Tapi aku just nak cuba lebih appreciate. Baca tu cuba feel macam first time baca. Aware dengan tajwidnya, dan nak tadabbur the whole quran by the end of this ramadhan insyaAllah.

Rasanya ramadhan before ni kejar khatam kot. Routine? ;’/ Kalau sekali tu memang biasa. 2 kali pun pernah. Tapi tadabbur tak pernah dapat dari satu muka ke satu muka yang lain. Melompat lompat. So tahun ni, insyaAllah nak tukar paradigm!

Kita hidup ni, banyak dalam persangkaan. Oleh kita dan orang lain. Hakikatnya, aib kita banyak yang Allah sembunyikan dari manusia. Dan dosa kita bertimbun, mungkin kita lebih tahu betapa banyaknya kan. Huu. Moga kita tak terputus dari rahmat Allah dan tak berputus asa mengejar rahmatNya.

Kalau ada yang baca ni, minta maaf atas segala salah silap. Kata-kata, tingkah laku, tak menunaikan hak2 sepatutnya dan sebagainya. Aku sendiri sedang belajar and nak improve diri jadi lebih baik, saban hari. Dan dalam proses ni, memang kadang-kadang sakit, tapi aku nak cuma redhaNya. Kena sanggup juga berkorban untuk membayar harganya.

Ada yang kadang-kadang aku terlupa atau memang tak perasan, lupa nama, tak bertanya khabar, lama tak call atau message,, tak ziarah, sorry juga.

Kalau ada tu yang tiba2 aku buat diam dan menghilang tanpa explanation (itupun kalau tertanya2. Maybe I’m not that significant Hihi), I’m really sorry for that. Bukan marah, bukan apa.

Kalau ada tu, yang aku ni tak reti ekspress perasaan. Selalu reply mesej sepatah sepatah atau tak reply langsung, atau tak wish birthday, I’m really sorry for that.

Aku belajar memaafkan semua orang dan semua kesalahan, dan rupanya meminta maaf jauh lebih susah! *egonya ;’(

Juga yang tak dinyatakan, minta maaf juga.
Mana mungkin memohon taubat pada Allah tapi masih tersangkut pada manusia..

Moga ramadhan tahun ni lebih baik InsyaAllah!

Wednesday, June 11, 2014

pulangnya dari haramain.

00:21, Abu Dhabi international airport. 

Assalamualaikum,  bismillah.

Badan penat, tapi tak dapat nak tidur,  hati dalam-dalam menangis.

Aku takut sebenarnya aku tak berlaku jujur pada Allah. Aku sebenarnya takut umrah dan ziarah aku tu sia-sia. Dalam2 aku menangis.

Aku ingat tahun lepas, cakap pada munqiza : yg aku sgt mencintainya kerana Allah (tapi kesal dengan diri tak pandai nak tunjuk. Tetiba curheart --') 'aku nak pergi umrah'. Sebab dia telah mendahului aku. Aku ingat kata2 dia 'Doa pada Allah'

Ramadhan tahun lepas masa di Mesir, aim aku nak banyak spesifik doa pasal moga2 Allah izinkan aku ke rumahNya, walhal rasanya persiapan kosong. Cuma nak pergi. Duit simpanan adalah sikit2, tapi kalau duit biasa, Allah je tahu betapa tak ada duitnya aku.

Tapi lepas Ramadhan,  doa on off. Kadang2 lupa kadang2 ingat. Kerana itu, aku takut sebenarnya aku tak berlaku jujur pada Allah.

Bila kak isya, tampal gambar kaabah dekat board aku, aku tahu aku nak pergi sana. Tapi kadang2 aku lost kenapa aku nak pergi. Dia cuma perasaan nak pergi. Among top list tempat aku nak pergi. Bila hari semakin dekat aku rasa aku semakin lost, aku jadi takut.

Bila k.Isya (lagi. -sama macam munqiza, nak ceritanya. Tiba2 lagi --') cakap kena be grateful because He chose me. Alhamdulillah.  Tapi berbolak baliknya hati aku ni Allah je yang tahu.

Disebabkan aku pergi sendiri. Hanya bertiga dengan abiumi, aku tak ada kawan. kadang doubt apa hati aku rasa ni. Kosong kah. Kalau pergi masjid memang sekali dengan abiumi (cuma dekat Madinah je kadang2 tak), tapi bila masuk masjid tempat sendiri. Solat, tilawah, menghafaz, mengulang dan kalau ngantuk tidurlah. yup, most of the time aku buat benda tu sendiri, aku cuba nak bersama Allah tu, tapi aku tak tahu dimana je aku disisiNya.

Biasanya solat tu bertukar2 orang sebelah and sadly I don't even care who were beside me. Tegur pun tidak. Senyum je. Jadi malu, bila nenek ni (yang aku tak tanya pun namanya!) Yang mulakan perbualan. Yang bila solat sunat. Sedar2 eh makcik ni duduk sebelah aku lagi. Aku rasa dia memang sengaja duduk sebelah aku- duh, perasan,.(rasa macam diDF. Hehe) Berborak2, macam2 dia tanya dan beria ajak ke rumahnya di Kota Bharu, tapi alamat pun aku tak tanya! Apatah lagi no. tel nya. Astaghfirullah, dalam2 aku menangis, agaknya ini juga adalah tarbiyah Allah, bagaimana seharusnya menjadi daie tu kalau bergaul pun susah? Pada semua lapisan masyarakat tanpa terkecuali! Kerana itu dalam2 aku menangis.

Bermusafir dengan abiumi sahaja sangat perlu aku muhasabah kan. Hari kedua menangis senyap, sebab tertinggal shuttle bus dan umi taknak jalan kaki ke masjid haram. Tapi aku nak solat di masjid. Walhal pada aku, tak jauh pun. Bila senyap tu, merajuk la tu. Buat aku termuhasabah,  seharusnya inilah peluang aku berbakti pada mereka. Menunaikan umrah dan ziarah itu sunat, tapi berbakti pada mereka adalah wajib. Dan tenaga, fikiran, perasaan, keinginan aku dengan mereka lain barangkali. Dan bukannya seharusnya aku selfish. Entah berapa banyak kali agaknya mereka terasa dengan aku. Terutamanya umi, ada ja yang tak sama pendapat. Astaghfirullah. Kerana itu, dalam2 aku menangis. 

Insiden di Raudhah, bila orang berebut nak masuk dan berasak2, buat aku termuhasabah,  Rasulullah barangkali kalau masih ada, bukan ini yang baginda minta. Ada yang tidak beradab juga di raudhah. Yang paling dituntut adalah mengikuti sunnahnya. Adakah aku ni pun pilih2 juga nak ikut sunnahnya. Allahu, paling rasa terkena bila Rasulullah kata kalau kamu mencintai saudaramu, beritahu ia. Itupun in denial tak nak buat sebab rasa bukan nature diri. Siap declare dalam usrah. Ya rab. Banyak lagi mungkin contoh lain. Dan kerana itu dalam2 aku menangis.

Ah, banyak lagi nak dicoret.. tapi.
*nangis ke*

Need to go, gate nak dibuka dah.
Moga Allah pandu hati aku.
Moga segala apa yang Allah takdirkan pada aku itu akhirnya adalah langkah Dia bimbing aku kepada redhaNya.

Saturday, May 24, 2014

summer break

assalamualaikum, bismillah.

alhamdulillah, thummalhamdulillah. rasanya hari ni lebih berkelapangan dari sebelumnya. lepas je habis exam tempoh hari, terus ke Belfast untuk Summer Training Camp (OHSEM!!), balik rumah sekejap packing sikit barang untuk pindah rumah, lepas satu meeting, aktiviti lain pula lepas tu sambung kemas rumah etc.. anyway, alhamdulillah atas segalanya.

summer kali ni, perasaan dia berbeza sikit, plannya pun berbezaa. kalau tahun lepas aku plan menghabiskan summer di Mesir dan Jordan, tahun ni, insyaAllah summer ni nak menebus kerinduan pada dua tempat. Mekah dan Malaysia. walaupun Malaysia aku sangat rindu, tapi ironinya aku rindu nak pergi rumah Allah lebih dari nak balik Malaysia walaupun tak pernah pergi pun Mekah dan Madinah.

walaupun banyak lagi sebanarnya banyak urusan tak selesai untuk umrah dan balik Malaysia ni, Moga-moga Allah mudahkan segalanya, insyaAllah. i will always hope for the best, and prepare for the worse. jujurnya sangat berdebar untuk summer kali ni. huuu.

surely, i will miss all the moments in Egypt and Jordan last year. mungkin tahun depan ke pulak datang balik sana? hee

rindu juga bila kelas quran sheikh nak marah ' irfa' sautik!!' atau pun, tahan suruh baca lagi lama. suara aku dah nak habis kot..paling lama rasanya 5 juzuk straight dari 4-8pagi. minta simpati dapt la rehat sekejap. walaupun tahan je la, kadang tu rasa nak marah balik je (apa teruk punya perangai --' astaghfirullah) atau ustazah Marwa tegur kalau cakap arab pasar dalam kelas dia. arab baku please..

tapi kita tak boleh hidup dengan memori lampau. move on. keep on going.

dan naik tahun depan insyaAllah dah tahun 3, dah start klinikal. aku rupanya baru perasaan, aku kurang rupanya bercerita dan appreciate nikmat as a medical student dekat Ireland ni. wahaha. banyaknya cerita pasal benda-benda lain. heee. insyaAllah i will write more about my life as a medical student atau benda2 lain yang berlaku sekeliling ni, life aku, as 'abid and khalifah as a whole. kadang rasa blog ni dah jadi diari tak pun syok sendiri. LOL.  tengah struggle nak istiqamah menulis -.-

tak ada nak update spesifik apa pun,
tarik nafas dalam-dalam, hembus.
yeah, summer break dah start.

inilah masanya nak membesar..
inilah medan amal.. *biceps*

*cuak juga bila diulang-ulang berkali-kali, moga Allah redha.*
kadang kita nak sangat Allah beri kita kesabaran, tsabat, tapi jangan lupa untuk doa :)

Tuesday, April 29, 2014

short break.

assalamualaikum, bismillah.

escapism or short break? ...

sekarang aku di fasa final exam untuk Tahun 2. baru habis 1 paper, another 5 to go Moga Allah mudahkan insyaAllah...(ameen!) pejam celik-pejam celik dah 2 Tahun aku di bumi Ireland ni. Bumi Eire ni banyak menjadi saksi jatuh bangun naik turun aku berjuang di negara orang. saat tergoncang, saat rasa Ya Allah, kenapa tindakan aku macam tak pernah dengar kalam Allah-tentang keyakinan, tentang ujian, tentang ukhuwah, tentang perasaan dan banyak lagi.. Dan di sini jugalah nikmat yang mencurah-curah Allah turut kurniakan.. bila muhasabah, bila diingatkan semula dengan kalam Allah, janji-janjiNya, Hadith Nabi, kisah sirah...Allah, cair..basahh..

aku memohon, Allah sentiasa memandang redup padaku dengan rahmatNya,
yang menyelimuti aku dengan redhaNya, mengampuni aku,
dan sentiasa membangkitkan aku dari kelalaian dengan segala janjiNya,

dan aku - hamba lemah ini, akan sedaya upaya walaupun dengan segala kelemahan untuk terus mengejar redhaNya.

kerana aku tak nak menguburkan impian sendiri - biar sampai syahid jumpa Dia. jangan pernah berhenti bercita-cita kan? (dan harus jugalah berusaha ;p) dan hadith ni, maknanya sangat besar pada aku ;

Abu Tsabit, Sahl Bin Hunaif r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : 'barangsiapa yang memohon kepada Allah swt mati syahid, dengan jujur (sungguh-sungguh), nescaya Alah akan menempatkannya di tempat para syuhada, meskipun ia mati di atas tempat tidurnya[HR Muslim]

if you can feel it...

 * * * * *

medik life. kadang buat aku sesak! astaghfirullah.

pernah murabbi aku kata, 'dia kena bagi benda/kerja yang dia betul-betul nak buat/suka buat, baru dia akan buat betul-betul.' 

somehow, aku doubt, betul ke? ; kalau dulu, macam mana obses sangat dengan camping, dengan debat (ye dengan study juga ;p) aku sanggup berpenat. korbankan apa yang boleh. hee. indeed, she knows me well uh?

tapi aku akan struggle juga untuk buat benda yang aku kena buat walaupun aku tak berapa suka  ; macam medik ni . kata orang, buatlah apa yang kita suka, ataupun sukalah apa yang kita buat. tak semudah itu.. T_T

dari awal, macam mana boleh sampai sini, 'hidup' ni. aku dah tak nak ungkit. aku takut aku jadi orang tak bersyukur. astaghfirullah... hidup mesti diteruskan *bunyi macam apa je* padahal sihat je dekat sini. ni konflik dalaman je lebih ni.  Apapun, aku kena habiskan juga degree medik ni walaupun dibanjiri airmata dan keringat mencurah-curah *drama sungguh* Mudahkan ya Allah..

dalam pemikiran aku - give up after halfway through is not an option.
its either lepas habis degree baru buat benda lain. (yang aku lebih passionate about it, perhaps?)
atau kalau sambung, buat betul-betul sampai jadi Dr pakar. 

itu je. sebab after all, muslim- kena usaha jadi yang terbaik.

selalunya yang akan motivate aku untuk bertahan adalah dengan remind myself untuk memancangkan dan menanamkan tujuan yang benar. kalau buat ni kerana Allah, untuk ummah, untuk dakwah, untuk family.. kenapa lemah?

kadang tu, yang buat kita lemah, bukan kemampuan (sebab dengan izinNya, kita kena yakin, Allah bagi ikut kemampuan. the fact that dah sampai saat ni, Allah tahu aku mampu) cuma, keyakinan dan kekuatan tu yang kena dibina, pergantungan harap, tenaga untuk bertahan tu yang lebih-lebih lagi mesti dipinta dari Dia . Allahu..

walaupun liku-liku ups and downs nya, hanya Allah yang tahu...
insyaAllah, i'll stay strong, with Him.

specific ayat ni ; mendalam maknanya pada aku :

' Wahai orang-orang yang beriman! bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu berjaya (beruntung)' [3:200]

dan daripada perjalanan hidup inilah, kita mengumpul amal dan bekal. bukankah begitu?

*  *  *  *  *
buat yang di perantauan.

saat sahabat dulu berhijrah, kata quraisy seolah terusir, mereka tetap tegar kerana janji Allah. sungguh, hijrah adalah pengorbanan yang menghiris peraasan.

bila membaca bait ini, hati aku rasa sayu,

bahkan sahabat juga kan manusia? membaca kisah Rasul dan Sahabat, sangat mampu menumbuhkan cinta dan contoh teladan dari mereka sangat hebat. dalam-dalam aku bersyukur, kerana mereka juga manusia, sebuah ikutan untuk manusia lain- seperti aku.

saat sahabat tiba di madinah, Abu Bakar dan Bilal tetap sahaja shock. demam tinggi membuat mereka mengaduh kesakitan. Rindu rumah, rindu tanah, tetap sahaja menjadi penyakit manusiawi. dalam demamnya Abu Bakar pun bersyair :

Kala pagi,
Setiap orang bisa berkumpul dengan keluarga.
Namun kematian lebih dekat dari tali terompahnya!

sampai sahaja berita kepada Rasulullah, baginda pun bedoa.

" Ya Allah, buatlah kami mencintai madinah ini seperti cinta kami kepada Mekah, atau lebih banyak lagi. Sebarkanlah kesihatan di Madinah, berkahilah ukuran dan timbangannya, singkirkan sakit demamnya, dan sisakanlah air padanya " [HR Bukhari]

sentap saat membacanya.

mengharu-birukan.
mungkin diambil dari satu sisi yang tak sepadan pun dari sisi asalnya,
tapi 'ibrah dan kesannya kan luas untuk yang sudi mengambilnya?

*buku Salim A.Fillah - saksikan bahawa aku seorang muslim. tak rugi untuk beli dan baca. recommended :)

wallahua'lam.
orang berjuang, dimana pun
akan tetap berjuang.

Friday, April 4, 2014

mencari celah untuk berperanan

Assalamualaikum, bismillah.

Tarbiyah Dapur PMS.

mengimbau rasa jadi AJK dapur Perhimpunan Musim Sejuk yang lepas selama 4 hari 3 malam sediakan makanan untuk lebih kurang 200 orang, aku rasa tidur malam tu rasa macam tidur mati. penat tu memang penat, tapi kena la juga buat kerja. kalau siapa nak train fastabiqul khairat patut cuba jadi AJK dapur. kerja confirm ada. confirm. tinggal pilih la nak berkira, nak culas atau apa. mindset diri ; aku buat banyak dapat banyak la. kerja mengemas ada, membasuh ada, menyusun atur ada.. banyak la kerja. mungkin sebab banyak kerja la orang tak nak AJK dapur kot. aha! tapi tak teruk pun sebenarnya. cool je.

bila dapat tazkeerah free dari naqibah sebelum masuk dapur, amal tu tak perlu berkira amal apa. ada orang rasa beramal tu kena yang grand-grand, yang nampak je. habisla macam tu. walaupun tak dapat dengar pengisian, jangan pernah rasa rugi; pesannya. tarbiyah Allah berbeza. yang dikurniakan syahid masa misi mavi marmara tu ada yang kerja dia memang yang jaga kebajikan seperti membersih dan mengemas. tak semestinya kena yang keluar masuk mesyuarat fikir itu ini gayanya.

entah dari mana agaknya idealogi, kalau nak menyumbang banyak atau nak nampak sikit macam buat kerja untuk dakwah dan tarbiyah ni kena ambil kerja muwajih, ajk pengisian ke, aktiviti  je ke. yang nampak sikit macam ruhi dan membina orang. siapa kata? bila asyik dapat Ajk masak/kebersihan rasa macam kurang beramal,, kenapa ada pemikiran macam tu.. Dalam tarbiyah, kita pula ada banyak demand dengan amal yang nak dibuat.. betulla tu, kadang kita nak buat sebab kita rasa kita lebih suka dan sesuai untuk amal tu, tapi kalau menolak tawaran beramal dengan benda yang pada kita tak memberi kesan, yang macam tak qowiy je, kena banyak check balik hati, isu nya nak beramal atau tidak?

aku sama sekali bukan nak tujukan pada orang, banyaknya muhasabah untuk diri sendiri.

bila baca kisah bagaimana Rasulullah menunjukkan qudwahnya ketika dalam perjalanan, saat tiba menyembelih biri-biri dan sahabat yang lain berkata

'akulah yang akan membuang kulitnya'

dan yang lain pula berkata

'akulah yang akan memasaknya'

maka Rasulullah dengan kemuliaan akhlaknya mencari celah untuk berperanan;

'akulah yang akan mengumpulkan kayu bakarnya'

Allahu, malu sangat.
bila nak banyak cakap pasal apa yang patut orang lain sediakan medan amal untuk kita. apatah lagi nak cakap 'saya tak ada kerja, tak ada bidang tugas..' apatah lagi 'saya tak tahu nak buat apa..' Allah.. sudah sejauh mana mencari celah yang besar mahupun kecil untuk memainkan peranan?

medan amal ni luas,
luas..

Ah, kalau ulas cakap lagi, semakin hangus aku.