Pages

Sunday, January 5, 2014

muka tembok

Assalamualaikum,  bismillah.

Aku berhajat nak update ibrah sepanjang winter break yang lalu. Tapi, atas beberapa kekangan aku terpaksa tunda, huu. InsyaAllah,  akan update 'ibrahnya.

Hari tu, masa daurah winter,  ada pengisian pasal tarbiyah maidaniyah. Yang kalau cakap pung pang pung pang hebat mana, tak jadi. Sebab akhirnya ia memerlukan amal. Dan praktikaliti. Speaker Tn Syed Ibrahim,  who is sangat layak la cakap sebab beliau memang banyak turun ke medan.

Hari ni, Allah bagi peluang untuk turut sama-sama join jadi volunteer untuk bucket collection for syria and phillipine. Organised by Ikram Care (iCare) UKE & Human appeal International. Dan jujurnya pada aku, aku memang kurang dan lemah sikit bab nak approach orang. Err. (Memang kena banyak improve lagi. Kalau untuk dakwah kena boleh la kan? --,)

Teringat dulu masa Xchallenge after SPM, antara task yang kena buat adalah jual buku untuk kebajikan tengah-tengah KL. Err, memang macam tak banyak menyumbang. Nak bagi majalah free pun asyik fikir apa orang akan kata. Huu. Masa tu amazed dengan Tipah yang dengan mesranya boleh tegur pakcik makcik semua. Ada juga makhluk macam ni. Tapi tulah, kelebihan masing-masing Allah kurniakan. 

Hari ni, aku nak belajar, cabar diri, keluar dari comfort zone. Dan berbuat  'lebih' semampu yang boleh.  Sebab macam dah banyak sangat kot manjakan diri. Dan mengada --' 

Hari ni, giliran aku, orang pertama. Start pukul 9 pagi. Partner dengan anak QC (quranic circle) --' dekat tempat yang busy jugala. Dia dah cuak-cuak takut tak reti. Tapi Allah je tahu aku pun cuak. Struggle sangat. Aku pun tak pernah. Bajet je macam cool. Tapi masa tu saling support je lah. Kerana Allah , insyaAllah.

Wallahi, sejuk! 0 degree. Siap pakai sweater, coat, dan gloves tapi memang sejuk. Hujung jari kaki macam dah kebas-kebas. Rasa macam nak habis cepat sebab nak warmkan badan. Selsema pun dah start. Tapi giliran lepas ni ada lagi. Kena bertabah. Hohh

Ada makcik yang donate tu tanya. Aku yang start gerak-gerak. 

'Do you feel cold?' Simpati kot. Hihi
'Yeah, but I think the people in refugee camp in Syria must feel colder than this. You know, there is no heater...blabla'
'Yaa, its terrible,  its terrible..' Sambung masukkan duit.

If I can't handle the coldness not even 3 hours with coat and glove, how about our brother in Syria? Allahu ;'(

Sepanjang buat kutipan, macam-macam boleh reflect.  Seawal tunggu bas nak pergi tempat berkumpul lagi, ada makcik tanya kami nak buat apa dekat town. Bila tahu kami volunteers untuk bucket collection for syria and Philippine, terus nak bagi duit. No doubt. Rasa macam ya Allah tulusnya hati. Padahal kami tak tunjuk permit ke, belum pakai apa-apa uniform lagi.

Ada juga yang 'this all what I have, sorry'
' I will go for shopping but I'll come back with the changes'
Ada yang tak bagi tapi senyum.
Tak kurang juga yang buat-buat tak nampak. Hihi

Tapi sebenarnya bila event macam ni, kita memang belajar dari orang lain, tapi Tarbiyah nya untuk kita. Medannya untuk kita. Bila beramal, hasilnya, investment nya untuk kita juga.

Sangat banyak belajar hari ni.

Walaupun rasa macam erghh dah la macam stranger nak minta derma dekat local people pulak. Ape entah orang akan kata. Belajar jugala buat muka tembok. Tapi senyum kena senyum juga. Tak tahula plastik mana senyuman aku, dah paksa dah cuba kurangkan muka terpaksa ni. Heh.

'Ala kulli hal, Alhamdulillah untuk hari ni. Mungkin kali pertama, moga bukan yang terakhir InsyaAllah.  

Untuk pengajaran sendiri khususnya, tarbiyah takwiniyyah (pembinaan) tak pernah bertentangan dengan tarbiyah maidaniyah. Air yang bertakung akan busuk. Sekalipun air sabun yang asalnya bersih ;)

Oh haa, dan medan, adalah bermula sekecil di rumah, komuniti kecil kita. Kalau fikir jauh sangat takut tak termampu!

Dan kadang tu, kita tak payah banyak sangat fikir, just do it.


Moga Dia redha.
Aku yang baru belajar, moga terus dipimpinNya.