Pages

Friday, February 28, 2014

nak buat?

assalamualaikum, bismillah.

'saya rasa saya macam dah nak give up'

'awak tak boleh macam ni, awak kena terus doa , mungkin nanti dia disentuh pula oleh orang lain. cuma kita tak tahu je'

* * * * *

hujung minggu, di satu daurah di barat Ireland. literally betul-betul mata aku bergenang melihat Siti (bukan nama sebenar) bercakap di hadapan sebagai peserta.. 

'akak, saya rasa betul-betul nak nangis. dulu Laila (bukan juga nama sebenar. hee) hud-hud dia. sekarang.. akak faham tak..Siti ada dekat sini.. tapi Lailaa...'

tahun lepas masa di tahun satu aku PIC projek hud-hud dekat Cork ni. Dia simple je, kita cuba cater orang yang tak ada usrah (mungkin tak berminat/mungkin ada kekangan sendiri) ni dengan cara tersendiri la. ikut la macammana pun. Aim dia mungkin tak jauh. cuma kita tak nak tinggalkan mereka 'tak disentuh'. sebab tenaga masih ada untuk dikerahkan.

ada ukhti  dalam projek hud-hud ni (yang mashaAllah aku kagum sekali), permulaan sekadar datang rumah hari khamis baca Al-kahfi. tu je. mungkin lepas tu datang rumah, bawa makanan sikit lagi, bagi tazkirah sikit, then balik. Aku tak tahu details apa lagi yang dah dibuat.. mungkin banyak lagi kan, yang hanya Dia yang mengetahui :)..

dan masyaAllah walhamdulillah dengan radar projek hud-hud ni, 4 orang dapat diusrahkan. bertambah lagi satu bulatan gembira. regular sitting juga, walaupun masih dengan cara tersendiri :)
alhamdulillah, daripada terbiarkan..

tapi di sebalik projek hud-hud ni,
nama je pic, siap pernah bentang bila ada perjumpaan dengan lokaliti lain.

disebalik itu, 
ada insan yang gagal.
Si gagal itu adalah aku. ya, aku.
boleh bungkus projek hud-hud semua.

Laila dulu, usrah dengan aku (pair dengan seorang akak juga). dia mashaAllah sangat komited dan sangat berpotensi. aku sendiri ada Aim yang sangat besar untuk dia. dan dia diserap masuk projek hud-hud. target untuk dia adalah Siti. aku follow up sikit-sikit. team hud-hud lain sungguh, banyak  sangat membantu.

dipendekkan cerita..
Alhamdulillah.. dengan izin Allah Siti telah diusrahkan secara proper. daripada yang ada stigma pada usrah ni, tahun ni, Siti jadi sangat komited dengan usrah, mabit, mahupun daurah yang dibuat. sehingga kini..*nanges* (moga Allah tsabatkan, insyaAllah ameen)

dan Laila.. kelibatnya dalam bulatan gembira, daurah, mahupun mabit tidak kunjung tiba.
dan satu fasa yang panjang juga yang telah membuatkan aku jatuh, bahkan lumpuh.

setakat setahun menyemai, mungkin terlalu sedikit masanya.
sangat terlalu banyak silapnya pada aku. banyak sangat perlu dimuhasabahkan. Allahu.

sehingga tersungkur.
setelah aku sendiri jauh musafir di Jordan dan Mesir, masa summer break,
setelah hampir 3 bulan tidak berjumpa..tanpa ada sebarang masalah...

' huda, boleh tak saya dah tak nak QC (quranic circle = usrah)'
' huda, boleh tak awak dah tak payah macam ambil tahu sangat pasal saya'

pecah. menangis! semahu-mahunya..  nangis dalam terang mahupun diam.
jujurnya, aku terluka. dalam-dalam.

hampir putus asa. mungkin pernah pun dah putus asa. astaghfirullah. (tapi hubungan biasa, masih baik, terjaga insyaAllah :)

* * * * * * *

'hey huda, akak nak tanya awak laah awak tahu tak... blablablabla...'

'tahu'

'dah tu awak tak buat apa-apa ke? akak tak bolehlah tahu macam ni'

'saya dah cuba dah....'

'awak dah slow talk dan tanya dan cakap?'

'dah akak.. Dah. kalau saya dah pernah tanya dan dia tak cakap apa-apa, saya nak cakap apa. buat biasalah'

'dah tu takkan awak nak biar je? dah lain sangat macam dulu'

'akak nak saya buat apa? cuba akak cakap? ramai sangat orang cakap dengan saya. letak beban ni dekat bahu saya. tapi apa yang semua orang dah cuba buat? saya tahu tahun lepas memang saya ikut cara dia, rapat dengan dia, bawa dia. dia pun memang sangat commit, akak sendiri tahu kan.. tapi bila hari tu dia cakap dengan saya tu, saya pun ada perasaan kak. saya mengaku memang saya biar je lepas tu. saya jatuh dan lumpuh akak..lama juga, bila orang tanya lagi, sekarang cuba akak tengok, siapa yang rapat dengan dia sekarang..dia memang tak ada rapat dengan sesiapa pun. siapa yang nak cuba rapat balik dengan dia? orang lain pandai cakap..akak, kalau nak tengok macam tahun lepas, dia kena yang tahap akak rapat dan jadi kawan dia. kawan betul. sekarang cuba akak cakap, siapa yang nak? semua nampak saya..siapa lagi nak cuba? akak nak cuba ke..?'

terhenti. heart rate naik.

masa berlalu

akak, saya minta maaf teremo tadi. kalau terkasar sorry ;'('

'rilek lah, tak pe je'

* * * * * *

baru sangat... masih juga 'huda, awak dah cuba?'
mungkin aku dah lebih rational sikit.

kerana aku juga dahulu yang pernah menyampaikan,

kalaulah dakwah tu dilihat dengan tempoh masa dan banyaknya hasil,
maka Nabi Nuh lah yang paling gagal. yang paling layak untuk kecewa.
kalau lah dakwah ini, hasilnya kena lihat ahli keluarga,
maka Rasulullah layaklah gagal dan kecewa kerana bapa saudaranya juga tidak islam.
bukankah begitu?

tapi kerana dakwah ini, satu jalan yang kita dah tahu ranjau dan onak durinya,
sesekali kita akan terjatuh. mungkin lumpuh..

tapi Dia selalu memandang redup kepada kita yang berusaha.
kita yang masih pun belum sehabis tenaga dan daya dikerahkan untuk dakwah ni.
masih belum. malu sangat nak cakap dah buat sehabis daya.. ;'/

maka terus bangkitlah.
dan bekerja.

'sungguh, engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk' [28:56]

hidayah itu hanya di tangan Dia.
tapi benarkah dah habis usaha? *nangis*

Daripada Sahl Bin Sa'ad r.a, bahawa nabi s.a.w bersabda kepada Ali r.a, "Demi Allah, sekiranya Allah memberi hidayah kepada seseorang melalui kamu, itu lebih baik bagimu daripada memiliki unta merah'' (muttafaq 'alaih)

astaghfirullah. 
moga ada 'ibrahnya
moga Allah redha.

*aku tak marah pun kalau ada yang masih bertanya lagi :)
*aku bukanlah lebih baik daripada mana-mana watak dalam post ni. astaghfirullah.
*InsyaAllah doakan sama-sama untuk kita tsabat. buat Laila dan Siti juga. they're progressing well :) 

Thursday, February 20, 2014

nak balik!

assalamualaikum, bismillah.

dua minggu ni, minggu yang sangat 'menekan'. urghh, layan kerenah manusia kah..exam punya pasal kah.. asal nak exam je homesick teruk. hati menjerit nak balik. kalau time macam ni, ada orang nak cakap 'best la belajar oversea'.. berani laa.. rasa macam 'meh la tukar tempat dengan aku'. aku nak balik Malaysia. (!)

bila time exam ni, bila bawak diri sendiri pergi beli coklat dengan aiskrim, memang sebab teringat sangat dekat rumah. bila nak exam, abi ada beli coklat dan aiskrim. dekat sini, bila exam kena juga buat kerja rumah, jadual masak pun tetap kena buat, boleh nangis la teringat rumah. kalau nak exam, umi akan selalu back up dan layan macam puteri (hiperbola di situ). 'cuti dari kerja rumah'. sementara je okay. lepas tu habisla. hoho. pergi dan balik dari sekolah kalau exam berambik berhantar.. padahal jalan kaki tak sampai 15 minit. fuhh

nangis lah..
rupanya memang dah terbiasa duduk rumah. dah budak sekolah harian.
elleh, duduk Penang dulu, hampir tiap minggu balik. 
kalau study week lagi la balik. duduk hostel, macam lagi tension je.
dekat rumah..makan, baju, semua tak payah fikir. settle.

sekarang bila jauh. nangess. nak teringat-ingat rumah, homesick pun, tak bolehnya nak balik. tunggula cuti ;'(

ah, mengadanya aku!
aku ni lemah lagi, tipu la tak 'patah'. 

rasa macam betul ke 3 tahun lagi..kenapa ambil medik ni..kenapa duduk jauh ni (duduk Penang pun nangis. aiyo) ;'(

bila dah lebih kerap call family, walaupun tak ada isu pun nak cakap. just sebab nak dengar suara.. bila whatsapp family emoticon memanjang je yang rupa nangis beria tu,

walaupun selalu bajet kental sangat.
I have to admit.
I miss them a lot. A LOT.
I miss home. HOME.

seronoknya kalau dapat rasa,
bila serabut-serabut masalah dunia, rasa macam tahan marah ni dada boleh pecah (hiperbola lagi), rasa macam teruji dengan ujian dan peperiksaan dunia, tapi aku dapat bertahan dan tetap bertahan..sebab nanti, dapat balik juga

balik tempat asal.
balik kampung. *oo ooo balik kampung*

kampung gombak? ke banting? ke kuala pilah?

bukan,
kampung syurga.

nangis sebaldi.
ayuh, mujahadah.
ini tarbiyah. 
supaya budak lemah macam aku ni
jangan cepat lemah dan goyah

Sunday, February 16, 2014

layang-layang

Assalamualaikum,  bismillah.

Jumpa rupanya bila godek2 gambar lama (:
Masa mula2 sampai sini.
Masa tu baru nak bertaaruf dalam usrah baru.

'Okay, buat lukisan yang menggambarkan diri kamu'

'Kenapa layang-layang?'

'Saya rasa saya macam layang-layang. Nak terbang tinggi memang kena lawan angin. Selalu kena lawan angin. Bukan senang-senang. Tapi yang penting jangan putus dari tali.'

Itu lebih setahun yang lalu.
Ayat sebijik memang tak ingat. Macam panjang lagi explanation(?) Hoho 

Kalau cuaca tak menentu?
Bukan kita yang boleh kawal..
Kalau tali terputus dan kau hilang terbang tak terjumpa?

(:

Teringat memori dulu. 
Beria ingin menerbangkan layang-layang. Lari tak pandang depan. Dan terlanggar Aminah, kakak ku yang sedang menaiki basikal. Lalu aku jatuh tersungkur, berdarah dan berparut kepala.

Semangat sangat menerbangkan sebuah harapan si layang-layang.

Dan kalaupun terjatuh, akan berlari-lari mendapatkannya semula. Mengutip semula si layang-layang yang kalah. Yang' tercedera' Sementara. 

Tapi harapan bukankah tetap ada?
Sekali pun ianya hilang tak berjumpa, harapan itu telah pun terbang,. Dan mungkin dijumpai orang lain dan dihidupkan semula?

Kalah tidak bererti mati.
Belum.

Dari dulu percaya.
Meski segalanya hilang,
Harapan dan doa tetap ada untuk membangkitkan.

Kebanyakan masa, diri sendiri kena nasihatkan diri sendiri kembali.

Fighting!
Sampai jumpa Dia.

Nak exam,
Homesick terukk.

Mohon Doa? :)





Monday, February 3, 2014

jaulah Istanbul.

assalamualaikum, bismillah.

blog dah semakin sunyi, haihh. mampu mengeluh sendirian je. 
biidznillah, aku akan tetap menulis..[;

tulisan ni dah lama terperuk dalam draft je, tak mampu nak bertangguh lagi --'

fuhh, dah lebih sebulan pun berlalu.. perasaan yang sudah terbang tidak terikat itu rasanya macam kena cari semula, tangkap dan ikat kuat-kuat. fuhh, *lap peluh di dahi* rasa macam dahsyat juga kehidupan ini menghambat. atau sebenarnya lebih tepat masa yang tak mampu lagi disusun rapi agaknya ;'/

hari tu, aku belajar.. bahawasanya nilai kerehatan tu..., ikut apa yang memuaskan hati kita. ada orang memang literally rasa rehat tu tidor krohh krohh. tapi aku selalu amazed dengan orang yang rehatnya adalah dengan mencari-cari kerja untuk disumbangkan di jalan dakwah ni. kadang kita tengok orang tak penat ke lepas satu, satu? tapi itulah sebenarnya kerehatan sebenar seorang rijal dakwah. sebab, haruslah bersusah.. baru layak berehat 'di sana'. itu lebih memuaskan. oh tapi badan pun ada haknya :)

ok cukup oi, panjang pula mukadddimah.


Alhamdulillah atas nikmat Allah izinkan dapat berjaulah ke Turkey. selama 8 hari. dan tak pergi luar dari Istanbul pun. dekata area istanbul je.

14.12.2013

start gerak naik flight ke London Heathrow. awal-awal dah rasa teruji bila flight delayed. tapi tak lama sangat pun. sampai London, cari spot untuk lepak sebab next flight esok pagi. bila banyak kepala ni, nak cari tempat pun kena consider banyak orang punya concern. aiyoo. 

start dengan briefing. macam biasa, kenapa jaulah? kenapa Turki? apa latar belakang penaklukan Istanbul? sebenarnya, tak berapa muntij pun kalau briefing dekat airport dengan orang ngantuk, kurang selesa dan laparnya lagi. i would suggest to those yang nak jaulah ke mana-mana pun lah, boleh buat mini meeting/daurah untuk cerita benda-benda details ni. nampak teknikal, tapi sangat besar impak untuk menghayati dan memahami flow~ kami tak sempat sebab jaulahmates ada 1st year, 2nd year , dan 3rd year. mencabar juga untuk cari masa yang boleh fit masa semua orang. dan 3rd year exam sampai sehari sebelum bertolak. tapi again, alhamdulillah Allah mudahkan segalanya.

15.12.2013
sambil tunggu orang, kami menikmati senja depan Blue mosque
sampai Istanbul, check in hostel, tukar duit, dan settle down. keluar pun dah nak petang. since winter maghrib awal (around 5p.m), dan attraction place banyak tutup petang, hanya sempat pergi Mozaic Museum. aku tak sempat masuk pun. sebab uruskan sikit beberapa hal. kalau nak masuk pun, tak berbaloi dapat tak sampai sejam. jadi tunggu je lah dekat luar sampai orang lain keluar. then, kami ke Blue mosque untuk solat. tak brief apa sangat dekat Blue Mosque, datang untuk solat je dulu, habis tu dinner. rasa macam woaahh nikmat sangat jumpa kedai halal yang belambak dan jual nasi! ;p

16.12.2013

semalam macam singgah, hari ni baru betul2 ada briefing pasal Blue Mosque. daripada senibina sama je macam hagia sophia, cumanya lebih banyak menara. senibina dalaman memang penuh warna biru la. dan dikatakan warna biru tu dari warna asli extract from plant ;o Blue mosque (juga masjid lain) dulu fungsinya sangat dekat la dekat dengan masyarakat. ada institusi pendidikan, hospital etc. tapi sekarang tak lebih dari tempat solat dan tarikan pelancong ;'(

Topkapi palace.

hampir separuh hari jugalah pusing topkapi palace ni. Sultan Muhd Al-Fateh yang minta bina palace ni dengan tujuan untuk ada proper tempat pemerintahan.ada kediaman sultan dan keluarga, ada library, pavilion, tempat simpan khazanah negara semua. selepas itu diguna oleh semua khalifah kecuali khalifah terakhir (berpindah di Dolmabache palace) palace ni used to be sangat public friendly. sebab ada banyak laman untuk rakyat. dalam tu juga ada sekolah. At one time, kapasiti palace ni boleh muatkan beribu orang juga. cantik dan besar.. bila pergi tempat macam ni yang dulunya memainkan macam-macam fungsi, aku selalu terbayang aku berada di situ pada masa tu.. huu.
depan pintu masuk topkapi palace.

17.12.2013

kalau semalam pergi topkapi Palace, seharian hari ni ikut tour. Dolmabache Palace-Bosphorus Cruise-cable car-City Wall-Camlica Hill. kalau nak ada tour guide kena make sure yang tour guide tu tak abaikan masa solat kita/buat tak tahu. kena tegas juga-tak kesahla kalau pakcik tu annoyed dengan kita -.-'
sebab tak boleh tangkap gambar dalam, tengok luar je la eh.



tengok Dolmabache Palace, grrr kenapa nak kena ada palace macam ni. huhu. dibina menggunakan 35 tan emas! can you imagine? saat kerajaan turki Uthmayiah diambang kejatuhan, palace ni dibina. tak boleh tangkap gambar dekat dalam. tapi kalau nak cerita memang mewah la. tapi too much! kalau ada makcik nak berhias pakai gelang emas 2-3 boleh terima lagi, tapi kalau gelang emas sampai lengan tu, rimas dan sesak juga kan tengok. hoo.

bosphorus cruise
city wall 
view bosphorus sea
kalau tengok tinggalan city wall tu, baru sikit sangat je. kalau dulu ada double layer tembok tu. kalau betul-betul tahu bentuk pertahanan kKota Constantinople tu mmg rasa macam impossible nak tembus. tapi kalau Allah izinkan, mudah je.

tapi kita belajar, dan sedari, takdir Allah tu juga diiringi dengan usaha. kena berhabis baik sepenuhnya sampai datang pertolongan Allah tu ;}

18.12.2013

pagi-pagi dah semangat ni gerak ke Archaeology museum, sebab nak tengok golden chain. kononnya nak tengokla rupa rantai yang merentasi Goldern Horn. yang menyebabkan banyak kali cubaan nak attack Kota Constantinople buntu. 

dah tengahari, kami ke Beyazid Mosque. Beyazid ii ni anak Al-Fateh. Petang pula, kami ke Panorama Museum. Panorama Museum ni, baru sangat dibina dan dibuka. inisiatif Erdogan untuk preserve kisah penaklukan Kota Constatinople oleh Al-Fateh. terbaik la musem ni! kecil tapi 'rasa' la. cumanya kenapa tulisan description dekat museum tu bahasa turki je T.T jadi kenala denganr audio. atau belajarlah bahasa turki. huu.

tingkat atas museum tu ada macam theatre, gambaran pasal perang tu. ada bunyi-bunyi ala-ala perang. dan memang sengaja buat macam panas sikit. memang untuk bagi rasa. 




19.12.2013

hari ni masjid hopping. dekat ireland, susah sangat nak solat dekat masjid, even dekat Cork pun.. ada 1 masjid tapi tak rupa macam masjid yang kita imagine la. hehe. ala-ala gudang sikit. dan perasaannya, bila dapat pergi masjid, dan solat dan dengar azan setelah sekian lamaaa sangatlah satu nikmat.. kalau dekat malaysia tak appreciate kan ada banyak masjid, bila dekat sini, baru tahu. huuu. nak solat bila keluar beli barang pun dekat changing room. huu. lek3, smile. bertabah!




masjid Abu Ayub Al-Ansar, dan makamnya.
masjid Fateh, dan makamnya.
masjid Suleyman.
ada satu lagi masjid, tak ingat nama -.-''

20.12.2013

hari ni just melawat hagia sophia  ye, yang tu lah. yang church jadi masjid last-last jadi museum tu. perasaan dia .... bila semalam rasa terisi walaupun pergi masjid je, tapi hagia sophia ni pun used to be a masjid. tapi bila dah tak ada fungsi tu, hilang rasa. 




 

dan petang tu kami ada waktu untuk sesiapa nak beli cenderahati ke kan. hee. dan last day

21.12.2013
22.12.2013

istanbul University-fortress tower- dan kami akhiri jaulah ni dengan pergi miniaturk-miniature park- semua tempat menarik dekat Turkey ada la dalam park tu. tapi bersaiz mini. jadi lahhh. just to conclude tempat mana yang dah pergi, dan yang banyaaak lagi tak pergi. takpe, yang penting ambil 'ibrah ;)

sepanjang jaulah ni, ada lah beberapa task. setiap orang ada pen pal. just nak eratkan ukhuwah dan bagi menarik sikitla jaulah kan. hee. basically malam pula, kami akan ada games, muhasabah dan sharing pasal tokoh macam Sultan Muhd Al-Fateh sendiri, ayahnya, gurunya, kawannya. etc. hari last conclude kejatuhan khilafah, dan what we should do then(?)

tak mampu sebenarnya nak tulis semua ibrah, describe semua perasaan. moga Allah redha ;)

*gambar semua rasanya gambar cilok je. camera handphone tak canggih,  kamera rosak, nak beli baru tarik tali perlu tak perlu, duit pun banyak lagi portion hak benda lain dari diri sendiri kan. apakan daya. hehe *saja drama lebih ;p*