Pages

Tuesday, March 4, 2014

2 perkara

assalamualaikum, bismillah.

‘akak nak tanya la, macam mana ek.. akak kalau mesej dengan brothers memang dah biasa dah macam weh, aku-kau kau buat ni direct macam tu tapi dalam group wahtasapp ayat macam kena ‘akh’ etc. mana biasa’

‘akak tanya saya -,-’ hmm, saya mesej brothers bila ada hal. ada hal pun jarang sangat lah. tapi bagi saya sendiri, sebenarnya kita kena sama je lah kan kita mesej dengan ‘lelaki’ mana-mana pun, bila-bila pun kan.. ’

* * * * *

‘tak tahulah awak biasa ke tak macammana. kalau kita mesej brothers, bila ada hal je kan, dan kat luar, lain dari tu kita kan tak mesej brothers lain. tapi brothers tak macam tu. diorang ada je yang dengan sisters lain mesej’

‘ mereka pun?‘

* * * * * *

‘mungkin awak rasa macam pelik, tapi memang ada pun. dulu masa akak dekat XXX ada je ikhwah yang saja-saja mesej macam ‘esok kau gi daurah ni? etc’ ‘

‘muayyid (para pendokong)  pun?'

‘ye lah, akak cakap ni muayyid la’

* * * * * *

‘akak pun terkejut je la. rasanya threshold jaga ikhtilat bagi diorang ni bila kita jaga untuk tak couple kot. so kalau biasa-biasa tu okay kot’

‘ -.-’ ‘

* * * * * *

ayat-ayat tu (beza latar masa,tempat dan asbab) bukan sengaja dibincangkan, bukan sengaja nak besar-besarkan.. bukan. tapi ia mungkin common dan buat aku befikir..

semakin aku keluar dari dunia masa ‘kecil’ kita, semakin banyak lah aku terdedah dengan pelbagai ragam manusia. background semua mungkin berbeza. tapi satu hal yang membuatkan aku kagum, bila manusia-manusia berkumpul atas jalan dakwah dan tarbiyah ni.. you’ll be amazed macam mana dia semangat nak menyumbang untuk islam dan boleh berubah daripada sisi jahiliyah dulu yang macam ni macam tu. tak dinafikan, dulu aku pun banyak sangat jahiliyah. kadang-kadang tu tersasar. sekarang pun masih struggle kikis jahiliyah yang mungkin bentuknya lain.

struggle kita, mujahadah semua.. masing-masing pun berbeza.

tapi ada satu hal..

Dulu, masa daurah lepasan SPM, ada satu point yang aku ingat sampai sekarang : Guideline asas kena jaga buat para kader duat. Ia bukan perkara besar, tapi penting untuk imej dan pembawaan para daie. sebab lepas ni, aku dan semua lah.. akan keluar dan terjun dalam masyarakat. Apa-pun nanti, 2 perkara kena jaga.

pemakaian dan ikhtilat’

tanpa menafikan amal fardhu.wajib la kan ;) dan dalam fasa pentarbiyahan, dalam usaha untuk mendalami islam dan dakwah, 2 sisi tadi sangat perlu ditekankan. Kenapa penting? sebab ia melibatkan persepsi awal manusia terhadap para daie. Ia melibatkan nilaian awal mad’u sebelum kita start cakap apa-apa dengan mereka pun. Pembawakan diri dan perhubungan yang dinilai sebelum keluar sepatah apa pun. Dan akan dinilai juga setelah beribu kata yang keluar dari mulut dai selepas itu.

kadang tu pergi satu tempat lain, tengok seseorang dari jauh, cara dia berpakaian, cara dia bergaul, cara dia jaga mata memang boleh terdetik pun ; 'dia tu mesti telah ditarbiyah'

Memang betullah boleh cakap, siapa mereka nak menilai aku dan para daie lainnya. Tapi, disamping itu aku sendiri juga kenalah pamerkan imej daie yang baik. Bukan untuk dilihat ‘baik’ tapi untuk melihatkan mesej yang dibawakan.

mungkin dulu pakai tutup aurat sebab famili suruh,
mungkin sebab dah biasa,
atau cool juga.. fesyen.
atau nak lah nampak macam solehah
atau apa-apa lah.

mungkin dulu jaga ikhtilat sebab memang dekat sekolah tu peraturan
atau sebab memang tak biasa
atau eerr anti-kaum berlawanan
atau sebab tak nak suami yang tak jaga ikhtilat
atau apa-apalah.

tapi sekarang kena cari hati, bersihkan, dan buat dengan sedar sebab Allah suruh. dan ihsan lah.
dan kalau itulah yang lebih melancarkan jalan dakwah, akan usaha juga buat :)
kalau nak cakap karakteristik daie, memang belambak. Aku sendiri tak layak untuk memperkatakannya.
dengan akhlak yang tempang dan amal yang rombengnya lagi.


tapi katakan lah karakteristik daie ini diterjemahkan dalam bentuk buku, 2 perkara ini mungkinlah kulit bukunya. belum content lagi, tapi itulah objeknya.

No comments: