Pages

Tuesday, April 1, 2014

Allah mengajarkanku erti sabar

assalamualaikum, bismillah.

alhamdulillah, alhamdulillah, setelah exam berderet dan -.-' baru balik Spring Camp semalam, Allah izinkan untuk menulis lagi..

kalau ada yang pernah baca kisah laila, mungkin lebih faham apa yang aku nak ceritakan.

saat hampir-hampir putus asa.
rasa dah malas.
mungkin rasa dah 'kering hati'
dan rasa nak let go je.

dengan satu insiden, yang aku mohon langkah yang aku ambil Dia redha.. kiranya langkah yang diambil: kalau bukan Laila yang belajar daripadanya, maka akulah yang akan belajar daripadanya.

take the risk.
take the risk.

* * * * * *

berdebar

'huda, saya nak bercakap dengan awak sikit boleh'
'okay'

saat dia menangis depan aku, kenapa aku hanya mampu diam.
terasa teruk. rasa dah tak tahu nak rasa apa.
itulah, macam kering hati.
biasanya kalau curheart macam tu, aku yang terlebih-lebih.
mungkin sebab dah 'penat' atau malas nak menghidupkan harapan.

tapi, akhirnya..

bila sendiri nangis juga!

teresak-esak.

'Ya Allah sepertimana aku mahu Kau ampunkan dosaku, Kau ampunkanlah dosanya. Sepertimana aku inginkan redhaMu, seperti itulah aku mahukan keredaanMu untuknya'

ayat yang diulang, tanpa gagal menimbulkan kesyahduan yang mendalam.

* * * * * *

esoknya,

'huda, saya nak betul-betul bertaubat, boleh ke saya nak usrah semula?'

Allahuakbar.

aku jemput dia ke Spring Camp  walaupun masih tak ada grup usrah untuk dia, ambil tanggungjawab untuk tengok dia, dan memang dengan sengaja pilih untuk jadi fasi dia.

saat sharing,

'saya sebenarnya dah setahun dah tak usrah. bila datang daurah ni saya rasa macam ni first time datang daurah.. blablabla'

meleleh.

dan hari ini... 

dia.. 

' boleh ke saya nak masuk RI (rumah islam)? err, boleh ke? saya nak ada support. untuk start semula '

(aku PIC RI di Cork ni untuk next term. err)
terlalu banyak yang telah aku belajar.
bukan, bukan sekelumit pun usaha aku.

masih ingat lagi, sebelum fly. dia beria call aku ..
'huda, saya nanti nak duduk dengan awak boleh?'
masih teringat lagi, penuh drama tarik tali ajak dia masuk RI tahun lepas.

tapi daripada rentetan cerita ini,
aku yakin, Allah sedang mengajarkan aku tentang sabar.
kamu hanya perlu sabar.

dan bukan kerana aku sudah tidak mahu,
tapi seboleh-bolehnya,
aku mahu ada orang lain pula yang selepas ini, benar-benar nak fikir pasal dia.
biar dia dapat murabbi baru, dan tinggal dengan orang yang baru.

sebab, aku yakin..
dia deserve orang yang lebih baik untuk dia.
sebab aku sendiri banyak celanya dan banyak bersalah pada dia.
dia perlukan nafas baru!
dan mampu pergi jauh selepas ini.

Alhamdulillah..
Allahuakbar..

terima kasih Allah, 
mengajarkan aku tentang sabar.

terima kasih Laila,
mengajarkan aku tentang sabar.

No comments: