Pages

Friday, April 4, 2014

mencari celah untuk berperanan

Assalamualaikum, bismillah.

Tarbiyah Dapur PMS.

mengimbau rasa jadi AJK dapur Perhimpunan Musim Sejuk yang lepas selama 4 hari 3 malam sediakan makanan untuk lebih kurang 200 orang, aku rasa tidur malam tu rasa macam tidur mati. penat tu memang penat, tapi kena la juga buat kerja. kalau siapa nak train fastabiqul khairat patut cuba jadi AJK dapur. kerja confirm ada. confirm. tinggal pilih la nak berkira, nak culas atau apa. mindset diri ; aku buat banyak dapat banyak la. kerja mengemas ada, membasuh ada, menyusun atur ada.. banyak la kerja. mungkin sebab banyak kerja la orang tak nak AJK dapur kot. aha! tapi tak teruk pun sebenarnya. cool je.

bila dapat tazkeerah free dari naqibah sebelum masuk dapur, amal tu tak perlu berkira amal apa. ada orang rasa beramal tu kena yang grand-grand, yang nampak je. habisla macam tu. walaupun tak dapat dengar pengisian, jangan pernah rasa rugi; pesannya. tarbiyah Allah berbeza. yang dikurniakan syahid masa misi mavi marmara tu ada yang kerja dia memang yang jaga kebajikan seperti membersih dan mengemas. tak semestinya kena yang keluar masuk mesyuarat fikir itu ini gayanya.

entah dari mana agaknya idealogi, kalau nak menyumbang banyak atau nak nampak sikit macam buat kerja untuk dakwah dan tarbiyah ni kena ambil kerja muwajih, ajk pengisian ke, aktiviti  je ke. yang nampak sikit macam ruhi dan membina orang. siapa kata? bila asyik dapat Ajk masak/kebersihan rasa macam kurang beramal,, kenapa ada pemikiran macam tu.. Dalam tarbiyah, kita pula ada banyak demand dengan amal yang nak dibuat.. betulla tu, kadang kita nak buat sebab kita rasa kita lebih suka dan sesuai untuk amal tu, tapi kalau menolak tawaran beramal dengan benda yang pada kita tak memberi kesan, yang macam tak qowiy je, kena banyak check balik hati, isu nya nak beramal atau tidak?

aku sama sekali bukan nak tujukan pada orang, banyaknya muhasabah untuk diri sendiri.

bila baca kisah bagaimana Rasulullah menunjukkan qudwahnya ketika dalam perjalanan, saat tiba menyembelih biri-biri dan sahabat yang lain berkata

'akulah yang akan membuang kulitnya'

dan yang lain pula berkata

'akulah yang akan memasaknya'

maka Rasulullah dengan kemuliaan akhlaknya mencari celah untuk berperanan;

'akulah yang akan mengumpulkan kayu bakarnya'

Allahu, malu sangat.
bila nak banyak cakap pasal apa yang patut orang lain sediakan medan amal untuk kita. apatah lagi nak cakap 'saya tak ada kerja, tak ada bidang tugas..' apatah lagi 'saya tak tahu nak buat apa..' Allah.. sudah sejauh mana mencari celah yang besar mahupun kecil untuk memainkan peranan?

medan amal ni luas,
luas..

Ah, kalau ulas cakap lagi, semakin hangus aku.

No comments: