Pages

Wednesday, April 2, 2014

menghirup udara usrah

assalamualaikum, bismillah.

sejak bila blog jadi luahan rasa, aku sendiri pun tak tahu.. aku cuma tak mahu berhenti menulis, dan nak tulis apa yang aku nak tulis la. amboi hang..

tajuk macam.. b o s a n. hmm.

mula dengar perkataan usrah, mungkin darjah 1, sebab belajar bahasa arab? usrah= keluarga, abun ayah, ummun ibu etc.. LOL. okay tak lawak.

mula tahu, ohh usrah ni, perkumpulan ramai-ramai, lepas tu ada mak usrah. since darjah 4. it has been 11 years! wow, so what?

apa maknanya pada diri... krik krik krik. 

yang aku paling ingat masa darjah 4 ke 5 pernah dapat tafsir Al-lahab, macammana 1st time aku gambarkan ayat tu, saat terkesan masih ingat sampai sekarang. (padahal nakal gila dolu). darjah 6 macam pernah dapat an-naba' dekat bilik makan guru perempuan. 

tu jelah kot memori yang aku ingat awal-awal dulu.

oh ya, aku rasa aku ingat aku pernah tanya kenapa muallimah tak pakai tudung proper bila usrah dan baca quran? (masa tu dalam bilik guru perempuan) (eh eh berani pula tanya); jawapannya ; 'itu tak wajib, sekadar adab' hah, tu ingat sampai sekarang.

usrah dulu mungkin sebab rutin? krik krik krik. (banyak pula cengkerik dekat eire ni)
dan kalau aku semangat buat segala mutabaah amal mungkin tu memang jenis aku kot.
yang sikap aku akan buat lah benda yang aku kena buat. logik la kan.

tentang rasa, aku tak tahu. moga Allah kira.

walaupun bibit-bibit cinta dengan dakwah dan tarbiyah ni mula rasa start form 4..
tapi aku doubt dengan diri aku (mungkin orang lain lebih-lebih lagi?) adakah itu rasa yang di sistemkan(?) daripada parents/sekolah perhaps..?
tapi aku bersangka baik dengan segala takdir Allah.
Alhamdulillah 'ala kulli hal

* * * * *

kalau sebenarnya usrah tu macam nadi dalam kehidupan, yang aku tak boleh hidup tanpanya, aku rasa, aku rasa benda tu masa dekat Penang dulu. pandai ni push-push orang aku nak juga usrah. ikut je usrah jemaah lain yang offer dulu. sampai bila call dengan abi kena pesan ; 'ikut yang ikram je' (wahaha. selamba je cakap ni) tapi rasanya masa tu mungkin jelas, aku nak tarbiyah tu, so aku ikut je walaupun yang bukan abi kata tu. Aku tahu bezakan, tapi aku tahu sebenarnya apa yang aku nak.

sampai-sampai masuk call;

'ana (tak ingat dah nama, luls) YDP ikram Penang, nanti ada akhawat jumpa awak ya, untuk usrah..' nak tercabut jantung terus nak YDP -.-' tapi takpe, itu baya-baya abiumi. so macam ayah la kot. nak sangat kan tadi..

* * * * *

kalau sebenarnya usrah tu adalah satu sistem sokongan penuh dan holistik yang perlu diyakini, yang merupakan satu-satunya jalan kebangkitan umat, yang akan membina dan mengembangkan potensi, aku mula rasa benda tu sejak jejak di bumi Ireland ni. Dan sedang pun berusaha dan berada di dalam prosesnya..

kalau dah kepala memang degil tu kan (terasa), mungkin degil untuk tetap kekal hirup udara usrah ni sampai mati adalah degil yang sesuai dan kena pada tempatnya. ahaha.

tarbiyah di bumi Ireland ni, banyak kembali menyedarkan aku.
nikmat murabbi yang Allah kurniakan, sangat aku kena syukuri.

kalau murabbi yang dekat, yang rajin datang rumah tidur, borak-borak, 'basuh' siap semua, nikmat yang perlu disyukuri. 

ada ke orang lain yang sibuk nak masuk dalam kehidupan kau, semata-mata nak assess kefahaman kau, dan nak bina kau?

itu yang bila orangnya dah balik Malaysia, walaupun dekat airport bajet muka cool tak rasa apa-apa, esoknya bangun tidur tak cukup sebaldi nangis kan. eh eh.

Alhamdulillah..

kalau murabbi yang jauh, yang mula-mula aku frust juga asyik usrah online je, sekarang kena bersyukur.

ada ke orang lain yang nak juga buat usrah online walaupun tengah on call? yang kadang tu terstop sebab ada patient?

tak rasa apa-apa ke bila mak usrah yang tengah skype tu minta maaf sebab dia kena cakap slow sebab ada tetamu tidur rumah dia, guna semua bilik dan zaujnya pun akan bawa usrah online masa yang sama, dalam bilik yang sama? so 2-2 kena cakap slow. rasa lawak juga la awalnya,

tapi takkah bersyukur?

Alhamdulillah.

tak tahula orang mungkin tak rasa,
atau mungkin tak fikir..

tapi pada aku, the fact that ada orang yang nak dan sanggup jadi murobbiah/naqibah aku,
itu satu nikmat yang sangat besar yang mungkin aku banyak kali terlepas pandang.

kalau difikirkan, orang lain ada banyak juga urusan daripada nak fikir pasal aku,
tapi bila ada yang nak fikir juga pasal aku, aku patut sangat bersyukur.

dengan nikmat besar ni selama ni tanpa sengaja awalnya terjerebak ke, tergolek dalam usrah ke,
aku nak hirup udara usrah sampai Dia jemput aku pulang.

seandainya aku hilang (na'uzubillah), 
tolong, ingatkan aku tentang ini.

i should sleep now. chow, wasalam~

No comments: