Pages

Tuesday, April 29, 2014

short break.

assalamualaikum, bismillah.

escapism or short break? ...

sekarang aku di fasa final exam untuk Tahun 2. baru habis 1 paper, another 5 to go Moga Allah mudahkan insyaAllah...(ameen!) pejam celik-pejam celik dah 2 Tahun aku di bumi Ireland ni. Bumi Eire ni banyak menjadi saksi jatuh bangun naik turun aku berjuang di negara orang. saat tergoncang, saat rasa Ya Allah, kenapa tindakan aku macam tak pernah dengar kalam Allah-tentang keyakinan, tentang ujian, tentang ukhuwah, tentang perasaan dan banyak lagi.. Dan di sini jugalah nikmat yang mencurah-curah Allah turut kurniakan.. bila muhasabah, bila diingatkan semula dengan kalam Allah, janji-janjiNya, Hadith Nabi, kisah sirah...Allah, cair..basahh..

aku memohon, Allah sentiasa memandang redup padaku dengan rahmatNya,
yang menyelimuti aku dengan redhaNya, mengampuni aku,
dan sentiasa membangkitkan aku dari kelalaian dengan segala janjiNya,

dan aku - hamba lemah ini, akan sedaya upaya walaupun dengan segala kelemahan untuk terus mengejar redhaNya.

kerana aku tak nak menguburkan impian sendiri - biar sampai syahid jumpa Dia. jangan pernah berhenti bercita-cita kan? (dan harus jugalah berusaha ;p) dan hadith ni, maknanya sangat besar pada aku ;

Abu Tsabit, Sahl Bin Hunaif r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : 'barangsiapa yang memohon kepada Allah swt mati syahid, dengan jujur (sungguh-sungguh), nescaya Alah akan menempatkannya di tempat para syuhada, meskipun ia mati di atas tempat tidurnya[HR Muslim]

if you can feel it...

 * * * * *

medik life. kadang buat aku sesak! astaghfirullah.

pernah murabbi aku kata, 'dia kena bagi benda/kerja yang dia betul-betul nak buat/suka buat, baru dia akan buat betul-betul.' 

somehow, aku doubt, betul ke? ; kalau dulu, macam mana obses sangat dengan camping, dengan debat (ye dengan study juga ;p) aku sanggup berpenat. korbankan apa yang boleh. hee. indeed, she knows me well uh?

tapi aku akan struggle juga untuk buat benda yang aku kena buat walaupun aku tak berapa suka  ; macam medik ni . kata orang, buatlah apa yang kita suka, ataupun sukalah apa yang kita buat. tak semudah itu.. T_T

dari awal, macam mana boleh sampai sini, 'hidup' ni. aku dah tak nak ungkit. aku takut aku jadi orang tak bersyukur. astaghfirullah... hidup mesti diteruskan *bunyi macam apa je* padahal sihat je dekat sini. ni konflik dalaman je lebih ni.  Apapun, aku kena habiskan juga degree medik ni walaupun dibanjiri airmata dan keringat mencurah-curah *drama sungguh* Mudahkan ya Allah..

dalam pemikiran aku - give up after halfway through is not an option.
its either lepas habis degree baru buat benda lain. (yang aku lebih passionate about it, perhaps?)
atau kalau sambung, buat betul-betul sampai jadi Dr pakar. 

itu je. sebab after all, muslim- kena usaha jadi yang terbaik.

selalunya yang akan motivate aku untuk bertahan adalah dengan remind myself untuk memancangkan dan menanamkan tujuan yang benar. kalau buat ni kerana Allah, untuk ummah, untuk dakwah, untuk family.. kenapa lemah?

kadang tu, yang buat kita lemah, bukan kemampuan (sebab dengan izinNya, kita kena yakin, Allah bagi ikut kemampuan. the fact that dah sampai saat ni, Allah tahu aku mampu) cuma, keyakinan dan kekuatan tu yang kena dibina, pergantungan harap, tenaga untuk bertahan tu yang lebih-lebih lagi mesti dipinta dari Dia . Allahu..

walaupun liku-liku ups and downs nya, hanya Allah yang tahu...
insyaAllah, i'll stay strong, with Him.

specific ayat ni ; mendalam maknanya pada aku :

' Wahai orang-orang yang beriman! bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu berjaya (beruntung)' [3:200]

dan daripada perjalanan hidup inilah, kita mengumpul amal dan bekal. bukankah begitu?

*  *  *  *  *
buat yang di perantauan.

saat sahabat dulu berhijrah, kata quraisy seolah terusir, mereka tetap tegar kerana janji Allah. sungguh, hijrah adalah pengorbanan yang menghiris peraasan.

bila membaca bait ini, hati aku rasa sayu,

bahkan sahabat juga kan manusia? membaca kisah Rasul dan Sahabat, sangat mampu menumbuhkan cinta dan contoh teladan dari mereka sangat hebat. dalam-dalam aku bersyukur, kerana mereka juga manusia, sebuah ikutan untuk manusia lain- seperti aku.

saat sahabat tiba di madinah, Abu Bakar dan Bilal tetap sahaja shock. demam tinggi membuat mereka mengaduh kesakitan. Rindu rumah, rindu tanah, tetap sahaja menjadi penyakit manusiawi. dalam demamnya Abu Bakar pun bersyair :

Kala pagi,
Setiap orang bisa berkumpul dengan keluarga.
Namun kematian lebih dekat dari tali terompahnya!

sampai sahaja berita kepada Rasulullah, baginda pun bedoa.

" Ya Allah, buatlah kami mencintai madinah ini seperti cinta kami kepada Mekah, atau lebih banyak lagi. Sebarkanlah kesihatan di Madinah, berkahilah ukuran dan timbangannya, singkirkan sakit demamnya, dan sisakanlah air padanya " [HR Bukhari]

sentap saat membacanya.

mengharu-birukan.
mungkin diambil dari satu sisi yang tak sepadan pun dari sisi asalnya,
tapi 'ibrah dan kesannya kan luas untuk yang sudi mengambilnya?

*buku Salim A.Fillah - saksikan bahawa aku seorang muslim. tak rugi untuk beli dan baca. recommended :)

wallahua'lam.
orang berjuang, dimana pun
akan tetap berjuang.

No comments: