Pages

Wednesday, June 11, 2014

pulangnya dari haramain.

00:21, Abu Dhabi international airport. 

Assalamualaikum,  bismillah.

Badan penat, tapi tak dapat nak tidur,  hati dalam-dalam menangis.

Aku takut sebenarnya aku tak berlaku jujur pada Allah. Aku sebenarnya takut umrah dan ziarah aku tu sia-sia. Dalam2 aku menangis.

Aku ingat tahun lepas, cakap pada munqiza : yg aku sgt mencintainya kerana Allah (tapi kesal dengan diri tak pandai nak tunjuk. Tetiba curheart --') 'aku nak pergi umrah'. Sebab dia telah mendahului aku. Aku ingat kata2 dia 'Doa pada Allah'

Ramadhan tahun lepas masa di Mesir, aim aku nak banyak spesifik doa pasal moga2 Allah izinkan aku ke rumahNya, walhal rasanya persiapan kosong. Cuma nak pergi. Duit simpanan adalah sikit2, tapi kalau duit biasa, Allah je tahu betapa tak ada duitnya aku.

Tapi lepas Ramadhan,  doa on off. Kadang2 lupa kadang2 ingat. Kerana itu, aku takut sebenarnya aku tak berlaku jujur pada Allah.

Bila kak isya, tampal gambar kaabah dekat board aku, aku tahu aku nak pergi sana. Tapi kadang2 aku lost kenapa aku nak pergi. Dia cuma perasaan nak pergi. Among top list tempat aku nak pergi. Bila hari semakin dekat aku rasa aku semakin lost, aku jadi takut.

Bila k.Isya (lagi. -sama macam munqiza, nak ceritanya. Tiba2 lagi --') cakap kena be grateful because He chose me. Alhamdulillah.  Tapi berbolak baliknya hati aku ni Allah je yang tahu.

Disebabkan aku pergi sendiri. Hanya bertiga dengan abiumi, aku tak ada kawan. kadang doubt apa hati aku rasa ni. Kosong kah. Kalau pergi masjid memang sekali dengan abiumi (cuma dekat Madinah je kadang2 tak), tapi bila masuk masjid tempat sendiri. Solat, tilawah, menghafaz, mengulang dan kalau ngantuk tidurlah. yup, most of the time aku buat benda tu sendiri, aku cuba nak bersama Allah tu, tapi aku tak tahu dimana je aku disisiNya.

Biasanya solat tu bertukar2 orang sebelah and sadly I don't even care who were beside me. Tegur pun tidak. Senyum je. Jadi malu, bila nenek ni (yang aku tak tanya pun namanya!) Yang mulakan perbualan. Yang bila solat sunat. Sedar2 eh makcik ni duduk sebelah aku lagi. Aku rasa dia memang sengaja duduk sebelah aku- duh, perasan,.(rasa macam diDF. Hehe) Berborak2, macam2 dia tanya dan beria ajak ke rumahnya di Kota Bharu, tapi alamat pun aku tak tanya! Apatah lagi no. tel nya. Astaghfirullah, dalam2 aku menangis, agaknya ini juga adalah tarbiyah Allah, bagaimana seharusnya menjadi daie tu kalau bergaul pun susah? Pada semua lapisan masyarakat tanpa terkecuali! Kerana itu dalam2 aku menangis.

Bermusafir dengan abiumi sahaja sangat perlu aku muhasabah kan. Hari kedua menangis senyap, sebab tertinggal shuttle bus dan umi taknak jalan kaki ke masjid haram. Tapi aku nak solat di masjid. Walhal pada aku, tak jauh pun. Bila senyap tu, merajuk la tu. Buat aku termuhasabah,  seharusnya inilah peluang aku berbakti pada mereka. Menunaikan umrah dan ziarah itu sunat, tapi berbakti pada mereka adalah wajib. Dan tenaga, fikiran, perasaan, keinginan aku dengan mereka lain barangkali. Dan bukannya seharusnya aku selfish. Entah berapa banyak kali agaknya mereka terasa dengan aku. Terutamanya umi, ada ja yang tak sama pendapat. Astaghfirullah. Kerana itu, dalam2 aku menangis. 

Insiden di Raudhah, bila orang berebut nak masuk dan berasak2, buat aku termuhasabah,  Rasulullah barangkali kalau masih ada, bukan ini yang baginda minta. Ada yang tidak beradab juga di raudhah. Yang paling dituntut adalah mengikuti sunnahnya. Adakah aku ni pun pilih2 juga nak ikut sunnahnya. Allahu, paling rasa terkena bila Rasulullah kata kalau kamu mencintai saudaramu, beritahu ia. Itupun in denial tak nak buat sebab rasa bukan nature diri. Siap declare dalam usrah. Ya rab. Banyak lagi mungkin contoh lain. Dan kerana itu dalam2 aku menangis.

Ah, banyak lagi nak dicoret.. tapi.
*nangis ke*

Need to go, gate nak dibuka dah.
Moga Allah pandu hati aku.
Moga segala apa yang Allah takdirkan pada aku itu akhirnya adalah langkah Dia bimbing aku kepada redhaNya.