Pages

Thursday, July 17, 2014

bidadari syurga

assalamualaikum, bismillah.

tanpa kata - yang paling menyentuh emosi
bila bersalaman dengan adik berwajah ayu 15 tahun.
merapati badannya - dan merasai babybumpnya..

wajah tanpa riaknya..
kita pun jadi tak tahu nak mengeluarkan kata apa.
kalau itu kenalan kita dengan anak yang memang dinanti penuh harap,
kita juga mahu menumpang gembira- mendidik mujahid muda!

speechless.

susahnya rasa, nervousnya.. padahal nak kena share tazkeerah ringkas je. tapi ini bukan daurah kita. depan kita ni bukan akhawatz yang oh idealnya kita kan sama-sama nak cari Allah(?) it's not! adik-adik ni, riak wajahnya kita tak boleh jangka. nak teka apa dia fikir pun tak boleh.  Dan hari ni, aku belajar la yang kalau sebenarnya kita tak biasa bergaul dengan masyarakat sebegini, ya, susah nak nampak natural. i need to put more effort even just nak sentiasa senyum je dengan mereka. 

takpa, kita belajar , first step always the hardest right? takpe, kita belajar :) 

seawal melangkah masuk, rasa macam sucinya muka adik-adik ni. innocent! kalau jumpa dekat luar mungkin tak tahu kot sebenarnya kisah silam adik-adik ni. bila start penerangan, i couldn't stop myself from asking lots of questions. lol. tak habis tu, jumpa juga warden borak tanya macam-macam. sampai-sampai seorang kakak tegur 'apa yang awak borak2kan tu?'

and why ada tempat pemulihan untuk girls je? how about the men? 

tak kisahla kan. tapi aku lebih appreciate la menjadi seorang perempuan *uhukuhuk* (sebelum ni appreciate jelaaahh tapi suka nak bajet machoo sangat tak nak sifat keperempuanan ni --') dan betapa besarnya nilai menjadi wanita yang 'kuat' sebab tangan inilah yang akan membesarkan generasi. ayat macam bombastik kununnya. tapi menjaga emosi pun sangat penting untuk keluarga. woah, haa terus rasa nak jadi anak- isteri solehah ibu mukminah gituh ;p

dan rasa 'basah'nya pengisian k.nureen, even cakap benda ulang-ulang ; jadi perempuan kena bina batas tu. jaga kehormatan diri- segalanya untuk suami je. err. ya. so cool lah, kata k.nureen, orang lelaki akan hormat je. personally pada aku, kita buat je lah apa-apa yang Allah redha. awal tu memang susah..tak apa, bila Allah tu yang utama, insyaAllah bahagia tak terpenjara :)

dan hmm ya, pasal jodoh yang orang selalu risaukan (walhal tidak pasti!). sekali amek ; bukan ikut cantik ke apa, kalau Allah dah takdirkan itu jodoh awak muka macammana, jodoh juga. dan mungkin kerana kerisauan itu juga ada yang tergesa merendahkan maruahnya, membiarkan dirinya menghampiri zina pada yang belum halal. bijak kan syaitan ni ;'(

take home message juga : kalau kita doa pada Allah, dan minta pada Dia, jangan pula macam bajet bagus nak Allah ikut apa yang kita nak. tak semuanya rumusnya begitu. Kalau kita betul-betul sungguh-sungguh jaga diri kerana Allah, Dia akan hadirkan yang sesuai juga. sekarang dah dewasa, to me- perihal menjaga diri, mempersiapkan diri -impian membina rumah tangga islami bukan lagi boleh jadi bahan gurau, yet kena ambil serius kot *uhukuhuk* ok, serius balik. sekarang melangkah jauh sikit, banyakkan baca dan ambil tahu pasal parenting cara nabi , memahami psikologi kanak-kanak etc. zaman baca buku guide pasal cinta-cinta ni buku hilal asyraf ke, ustazah fatimah syarha, saifulislam etc dah kena start 2-3 tahun lalu patutnya. *uhukuhuk* ok serius balik. kalau nak jadi ulat buku tu, bukan penuh buku fikrah je, sisi manusiawi pun moh le cater juga insyaAllah.

ok, jauh melalut.

berjumpa dengan adik-adik di Raudhatus Sakinah hari ni, 'ibrahnya merentasi liqa' usrah dan bilik-bilik daurah. dengar dan jumpa mereka sendiri lain gurunya. warden khabarkan, nak katanya masalah sosial ni, dalam sehari adala 5-6 panggilan telefon nak masukkan anak mereka. Allah.. rasa terbuka mata. sebelum ni macam duduk comfort zone, tak tahu pasal dunia realiti- yang akhirnya kita ni daie nak mencorakkannya! ironi

perasaan jatuh cinta nak menyantuni mereka ni lebih kurang sama bila buat program weekend lalu dekat kolej matrikulasi Banting. sama je, menyedarkan kita, di luar sana ada insan yang nak menyambut huluran tangan kita cuma tidak pernah berjumpa lagi.. dan menyentuh memang mudah tapi nak follow up tu sangat besar cabarannya. dan tarbiyah kita tarbiyah yang membina. uwaaaa, berat nanang --'

aku -
jatuh cinta, dengan manusia-manusia ini.

Tuhan, ajari kami berbagi Cinta-Mu di muka bumi ini insyaAllah.

dan aku suka panggil mereka-mereka ini bidadari-bidadari syurga ;')

bidadari, mari kita sama-sama memasang impian bertetangga di syurga ya? ;)

No comments: