Pages

Friday, July 4, 2014

oh malaysia tanah airku

Assalamualaikum, bismillah.

Alhamdulillah dah hampir 3 minggu sampai Malaysia. Huh, 3 minggu dahh.. wallahi, sungguh cepat masa berlalu.

Too many things happened. Dan sangat sedih kalau bila terlalu cepat benda berlaku, lepas satu perjumpaan ke perjumpaan yang lain, lepas satu program ke satu program yang lain, tapi diri sendiri tak sempat memuhasabah diri.

Paling ditakutkan bila banyak benda kita buat, tapi hakikatnya ia telah mengurangkan sisi amal kita yang lain. Meskipun amal dakwi meningkatkan, ironinya, ia boleh membuatkan hubungan daie dengan RabNya berkurang. Dan itu tak sepatutnya berlaku. *sobs, muhasabah* Semakin banyak beban yang perlu dipikul semakin dekat seharusnya daie dengan Tuhan, kerana akhirnya Dia juga yang memberi dan sumber kekuatan.

* * * * * *

Woah, tak mampu nak nafi la, Malaysia memang panas. Mataharinya terik. Kulit pun bertukar tona dengan ‘bahagianya’ hehs. Tapi siapa aku untuk mengeluh? Mengadaa ;’( Bila fikir balik, banyak sangat nikmat yang Allah dah bagi, lepas satu-satu. Tinggal kita nak bersyukur…

Ramadhan.

Biahnya jauh beza dengan tahun lepas semasa aku di Mesir. Dan tahun lepas memang sangat kurang ikatan lain. Macam woahh, free and idealnya. Bila balik ni, rasa back to reality lah.  Dengan tuntutan sebagai anak, kakak dan adik, juga responsibility program, kawan etc. Aku struggle sangat untuk kekalkan momentum. (semua orang pun kan :) moga2 Allah kira struggle semua,dan insyaAllah mengganjari dengan pahala.

Al-Quran dan taubat.

Mungkin itulah tema personal aku sendiri ramadhan kali ni.

Bacaan quran tahun ni, paling lambat rasanya compared to sejak sekolah maybe? Tapi aku just nak cuba lebih appreciate. Baca tu cuba feel macam first time baca. Aware dengan tajwidnya, dan nak tadabbur the whole quran by the end of this ramadhan insyaAllah.

Rasanya ramadhan before ni kejar khatam kot. Routine? ;’/ Kalau sekali tu memang biasa. 2 kali pun pernah. Tapi tadabbur tak pernah dapat dari satu muka ke satu muka yang lain. Melompat lompat. So tahun ni, insyaAllah nak tukar paradigm!

Kita hidup ni, banyak dalam persangkaan. Oleh kita dan orang lain. Hakikatnya, aib kita banyak yang Allah sembunyikan dari manusia. Dan dosa kita bertimbun, mungkin kita lebih tahu betapa banyaknya kan. Huu. Moga kita tak terputus dari rahmat Allah dan tak berputus asa mengejar rahmatNya.

Kalau ada yang baca ni, minta maaf atas segala salah silap. Kata-kata, tingkah laku, tak menunaikan hak2 sepatutnya dan sebagainya. Aku sendiri sedang belajar and nak improve diri jadi lebih baik, saban hari. Dan dalam proses ni, memang kadang-kadang sakit, tapi aku nak cuma redhaNya. Kena sanggup juga berkorban untuk membayar harganya.

Ada yang kadang-kadang aku terlupa atau memang tak perasan, lupa nama, tak bertanya khabar, lama tak call atau message,, tak ziarah, sorry juga.

Kalau ada tu yang tiba2 aku buat diam dan menghilang tanpa explanation (itupun kalau tertanya2. Maybe I’m not that significant Hihi), I’m really sorry for that. Bukan marah, bukan apa.

Kalau ada tu, yang aku ni tak reti ekspress perasaan. Selalu reply mesej sepatah sepatah atau tak reply langsung, atau tak wish birthday, I’m really sorry for that.

Aku belajar memaafkan semua orang dan semua kesalahan, dan rupanya meminta maaf jauh lebih susah! *egonya ;’(

Juga yang tak dinyatakan, minta maaf juga.
Mana mungkin memohon taubat pada Allah tapi masih tersangkut pada manusia..

Moga ramadhan tahun ni lebih baik InsyaAllah!

No comments: