Pages

Saturday, July 5, 2014

siapa nama?

assalamualaikum, bismillah.

selepas malam ramadhan pertama berterawih di UIA (setia saban tahun sebenarnya) yang aku luahkan, maaf, suasananya terlalu panas. bukan aku mahu mengeluh kononnya duduk 2 tahun eropah sikit dah tak boleh tahan panas. tapi memang jujur aku katakan, ada banyak sungai mengalir di seluruh badan sepanjang menghabiskan 23 rakaat. dan konsentrasi aku terganggu ;'(

sejak malam ke-2, kami berterawih di Masjid Negara. alhamdulillah, nyaman susasananya :)

biasanya solat di ruang luar (lebih terang dan sejuk ;p), tapi malam tadi nak solat di belakang tabir, biasanya orang tukar telekung, duduk berehat. mungkin sebab yang aku sarungkan semalam hanya baju kelawar umi, jadi, malu dengan ramai orang. walaupun tutup dengan telekung labuh, sini Malaysia bro, orang tahu itu baju kelawar orang buat tidur. bukan boleh selamba dekat tempat lain mungkin orang ingat jubah batik. hihi. hadoyy.

bersama2 di belakang tabir tu seciput je orang. lepas 8 rakaat tengok kiri, ada kakak sorang lagi sambung. rapatkan saf- tinggal berdua. lepas beri salam, toleh sikit. lagi- toleh, senyum. telekungnya hitam, sebab ramai orang arab, aku sangkakan 'ini orang arab juga ni'

berkira-kira, aah, tak boleh jadi ni, lepas solat mesti kena tanya nama akak ni. 'what's your name?' err ke 'masmuki?' err, tak kisahla, tapi memang kena tanya- harung je nanti. belajar dari pengalaman. masa di masjid haram dulu dah rasa teruk tak tanya nama makcik (nenek kot) yang selalu berborak. kali ni, aku kena tanya. bukan suruh buat tiap-tiap kali. tapi ni dah memang tinggal berdua. selfish sangat daie kalau ignore je. takkan lepas hanya tahap senyum? -monolog

usai solat witir, selawat dan salam. okay, ni masanya. huda, go.

jabat tangan..krik krik

'siapa nama?'

erk, aku salah dengar ke? 

'haa?'
'siapa nama?'

loading...woahh, betul, betul, ni bahasa melayu.

'Huda'

'akak siapa nama?'

'....'

'apa?'

'Hasinah.'

angguk. senyum.

'seriously akak, saya ingat akak orang arab *sengih* tiba-tiba eh cakap melayu'

kakak senyum.

'datang sorang ke?'

'tak, ada mak dan ayah dengan adik'

'ohh, mak solat dekat luar?'

'haah'

sekilas episod. drama je. bila akak tu start je dulu. alaaaaa kenapa akak ni start dulu.. bagila chance dekat aku. itu yang aku fikirkan. hikhik. akak pula yang lebih mesra. rasa macam- kau fail lagi kali ni, huda. ho ho ho.

tapi belajar. t.kasih kak mendahului :) boleh jadi Allah yang mudahkan. sebab fikir dan gelabah sangat kan nak buat macammana. padahal suruh tegur je. TU JE. 

next time cubala lagi. fuhh.

No comments: