Pages

Wednesday, August 27, 2014

cuti summer yang telah aku tinggalkan

assalamualaikum, bismillah.

alhamdulillah dah selamat jejak Bumi Shamrock.. kelas pun dah 3 hari dah start, maknanya sob sob, bubbye lah cuti-cuti Malaysia..

sampai sini baru dapat update blog sikit. walhal angannya sebelum balik summer plan atleast 1 post seminggu masa balik cuti di Malaysia. Ni kan 1st time aku balik bercuti, jadi kononnya lah macam-macam nak buat, tapi aku belajar untuk jangan banyak berjanji. huuu tak ada yang terluka. meskipun diri sendiri... heuu.

kelmarin masa ambil barang di rumah Ansar (tempat kami tinggal masa umiabi datang sini) rasa ceh masa tu jugak nak bergenang air mata sebab macam tak puas lagi la duduk rumah spend time dengan family. terbayang-bayang lah semua..

tak tahulaah, kalau nak kira balik memang tak cukup masa, tak puas-puas nak buat itu ini. susah nak terima, tapi nilah dunia. kadang nak menyesal pun tak guna.

balik cuti hari tu ya Allah, rasa bersalah, terkilan dan mixed feeling betul. awalnya, walaupun dah bagitau umi huda balik ni banyak program.. takut tak dapat spend banyak masa. dah la 2 tahun tak balik kan.. tapi, entahla hati ibu kaan, mungkin nak anak selalu ada depan mata kot walaupun tak cakap...konfilk juga...

awal-awal memang minta maaf dekat umi takut hak tak tertunai dekat rumah, tapi macam sampai end of cuti pun duk semput-semput haih. awal2 tu isu jetlag la lepas tu jaulah lepas tu... dah memang tak sudah-sudah. dengan kawan merajuk pun ada sebab tak jumpa (hihi), dengan dilema ada benda lain pun nak kena buat.. huuu maafla pada segelintir,, mungkin nampak macam selamba tak kesah, tapi susahnya nak jaga hati semua orang, nak penuhi tuntutan semua benda. kalaulah dalam dunia ni tak payah buat mana2 pilihan antara 2, aku nak. aku nak.

but semua tu tak boleh.

sampai akhirnya nangis! literally nangis, sebab too much things yang kita kena buat, dengan tanggungjawab, dengan orang, dengan passion dan minat kita etc. tapi itulah kan, kalau hidup untuk diri sendiri, i can imagine myself woah, tak payah susah-susah fikir orang lain. buatlah apa nak buat. tapi hidup ni bukan untuk itu.. susah dan malu nak cakap, sebab memang struggle nak bumikan dalam diri yang.. hidup ni untuk ummah. :'(

dan hidup ni penting. sebab adanya mati. kita sendirilah kena set nak mati macammana dan dengan itu kita tahu bagaimana untuk hidup. nampak macam falsafah je ayat. tapi tu betul, tak boleh lari. 

'ala kulli haal, alhamdulillah atas nikmat dapat bercuti balik Malaysia tempoh hari. rasa lebih menghargai family dan cepat la nak terharu dengan ahli keluarga, nenek pakcik makcik semua. mereka baik sangat, hee. Alhamdulillah. dapat jumpa kawan-kawan, walaupun tak lama. minta maaf kalau ada yang terluka, dapat juga jumpa guru-guru walaupun bukan semua, dapat juga jumpa akhawat Musleh, dapat juga spend time dengan juniors, dan macam-macam lagi. Alhamdulillah. tak terhitung nikmat Allah.

lama tak ada post gambar..

snorkeling. impian jadi kenyataan walaupun macam acah-acah tak advance sangat pun :P
siri jaulah ke pantai timur jumpa keluarga akhawat, di samping bercuti ke Pulau kapas ;p
bersama adik-adik kolej matrikulasi Selangor
iftar dan iktikaf ramadhan bersama kawan sekolah.
shopping raya dengan family. entah bila la lagi.

sempat join 2 kali demo palestin. 
walimah senior je dapat join, kawan punya tak sempat :(
convoy raya ziarah ex-pengetua, dengan roses <3 td="">
beberapa siri daurah, antaranya PERSISTEN
sambutan raya bersama guru dan ahli batch 16 al-amin gombak
convoy raya dengan sisters UK & ireland sekitar KL selangor
jenguk junior debat.
 walaupun tak dapat spend masa selalu dengan mereka, train sekejap je, cuba juga sempatkan. sebab keluarga debat al-amin dah semacam sebati dengan aku. bila adik junior menulis pasal debat, (debat dalam lembaran hidupku.) aku senyum sendiri. walaupun dah lama tinggal, i can feel you.

dia. yang paling awal aku jumpa setelah pulang, dan yang paling last aku jumpa bila nak balik sini balik :)

tak mampu nak coret semua aktiviti dan letak semua gambar aihh..
semacam mengimbau apa dahh~~

benar-benar tak terhitung nikmat Allah.

alhamdulillah.. dulu sejak zaman sekolah suka bila update blog, tulis panjang-panjang letak gambar la..lepas buat apa-apa aktivit ke, apa-apa jelah mesti update, sebab nanti kalau teringat senang nak tengok. huuu, sekarang hanya mampu cakap, itu dulu....

tahun pertama summer, merasa pergi timur tengah, bumi mesir dan jordan. nak sangat kan.
tahun kedua, pulang ke tanah air setelah buat umrah. rindu terubat.
tahun ke tiga..

'umi, kalau tahun depan huda tak balik, tak pe ke? plan nak pergi mengembara dan belajar dekat US'

senyap. krik krik krik
angin sepoi-sepoi bahasa.

tengok je la nanti....