Pages

Saturday, November 29, 2014

semester 1, tahun 3

assalamualaikum, bismillah.

Alhamdulillah, hari ni last day kelas untuk semester 1, dan semalam last day rotation hospital setelah 2 bulan. sobs. tak tahu la, nak kata happy tak juga, nak kata sedih tak juga. err sedih jugak kot. cuma mungkin rindu routine harian. Lol. padahal orang kata nanti nak lari dari hospital. sick of it! ala, lek la dulu, selagi rasa okay, cherish it! :)

balik semalam, mixed feeling betul. rasa macam ye eh dah habis sem 1? halfway through Khalilah Alhuda.. separuh jalan lagi! rasa macam Ya Allah, sikit2 aku nampak hikmah dan cantiknya susunan Allah.

aku yang tak pernah la mimpi nak jadi Dr, yang pernah tu rasa meluat dengan orang-orang yang bercita2 nak jadi Dr zaman sekolah dulu.. ; sekarang ni dah separuh jalan degree in medicine. huuuu. aku ingat lagi bila ambil result SPM dalam bilik pengetua, awak nak ambil apa?

'engineering / physic kot'

sebab aku ingat aku lebih tahu diri aku yang logik-fakta-heartless-konon brutal ni tak sesuai kot nak kerja most of the time dengan orang. tapi Allah lebih tahu. baru feel sikit ayat (2:216). 

mula-mula masuk ward- ya Allah tak suka bau hospital :'( tapi tengok orang-orang sakit ni jadi kesian. pelembut hati sikit kan. ada sampai nak nangis pun ada. padahal laaaa pakcik tu duk lepak je. hari tu masuk ICU, bajet betul control diri dari rasa mual and nak nangis pun ada tengok patient tak berdaya.(dah yang lain semua mat salleh cover sikit kan. hihi) selalu balik, emosi serba sedikit akan affected dengan apa yang jadi dekat hospital. ada kes tu rasanya confirm dah patient ni lelaki, dah buat chest, abdominal examination semua siap. bukak file; female. confused! 2 hari jugak affected Lol. kalaulah aku ada harapan ; nak balik rumah lupa pasal kerja, lupa pasal hospital semua, aku rasa aku tak boleh!

baru make sense sikit pada aku orang kata budak medic/ doktor balik2 topik perbualan pasal patient --'

jumpa doktor2 yang mashaAllah baik hati, control emosi, control cara cakap walaupun tengah stress and penat dan busy, rasa inspired la jugak kan. kalau yang marah/tegur aku- aku belajar. kalau yang ignore aku- aku belajar. kalau yang jenis guide aku pun aku belajar. life medik ni- serba sedikit buang ego dan sedarkan yang kau takkan perfect all the time. we do make mistakes, and chill~ forgive yourself. setiap hari kena improve and belajar jadi lebih baik :)

dan macam-macam orang akan jumpa.
dan semacam-macam itulah pelbagai cara berhubung dengan pelbagai orang.

ada yang rentap leher kot putih aku-bawa mulut aku ke telinga dia. sebab dia pekak.
ada yang jenis nak bercerita.
ada tak ingat dah apa dia cakap baru tadi.
ada yang delighted the next day aku jumpa dia lagi. (pergh. perasan je ni)

dan dari setiap sela orang yang kita jumpa,
banyak kebaikan yang kita boleh titipkan,
dan akhirnya buat hati kita sendiri jadi tenang.

dan semester ni, aku belajar dan still kena belajar lagi memperkasakan konsep IHSAN.

rasakan.  seolah-olah aku melihat Allah. atau. meski tidak melihatNya, Dia melihatku.

ikut logik certain orang, tak payah la kan datang kelas/ward rotation kalau rasa tak dapat benefit atau boleh buat benda lain yang lagi best. orang pun bukannya kesah/tahu sangat. tapi aku meletakkan pada diri- kena juga usaha datang sebab tu amanah. nampak simple. tapi tak ke amanah tu bukan simple sebenarnya +.+'

exam minggu depan dah start.
maka jadi zoo lah sekejap. ada burung hantu. ada panda. ada burung kasawari?

moga Allah redha semuanya!

No comments: