Pages

Tuesday, December 30, 2014

tarbiyah PMS 2014

assalamualaikum, bismillah.

Alhamdulillah, masuk tahun ke 3 diberi peluang oleh Allah menjadi sebahagian daripada PMS.
tahun pertama selaku peserta, hari-hari menangis (ops). tahun kedua AJK masakan, hari-hari tidur mati punya (hua)

tahun ini tahun ke 3 (hari-hari kena set up meeting. hoo), alhamdulillah subhanallah banyak sangat tarbiyah dan 'ibrahnya.
memegang amanah Ketua Fasi, instead of mengepalai team ni sahaja, bukan aku yang mengajar, Allah hadirkan fasi-fasi yang lebih dahulu mengajari aku banyak benda. terlalu banyak sampai tak mampu nak list satu satu

aku merasakan mulanya macam err mungkinkah aku boleh bantu lead this team?
aku, ada kepala, standard dan cara aku sendiri. aku strict (err, kot. orang kata dan memang?), kalau dengan masa jangan nak main-main sangat. pantang sangat orang tak on-time, kalau dengan kerja kena komited, kalau dengan diri kena proaktif, and such.

somehow aku selalu ponder sendiri, kalau tugasan biasa kita serius, dan berdisiplin kenapa bukan halnya dengan dakwah ini? kalau kita boleh berkorban untuk hal-hal lain, apatah lagi halnya dengan dakwah yang kita cintai ini? jangan terlalu berkira-kira.

tapi tak semua orang ada cara, standard dan kepala yang sama kan?
aku masih ingat, K.Mis dulu pernah pesan

'awak syadid dengan diri sendiri boleh, tapi bukan syadid dengan orang lain'

(tapi saya tak syadid pun --' emo. ok abaikan) yang kata-kata itu, selalu buat aku banyak diam memerhati orang. jangan ikut kepala sendiri je.

jadi K.fasi, lepas ni nak kena berhubung dengan another 20 kepala, cara dan standard? selalu sangat fikir macam habislaaaaaaa.. bala apakah ini (?) lek dulu 

aku tahu dan sedar, betapa pentingnya fasi, merekalah tulang belakang program. Ajk duk meeting plan macam-macam berbulan-bulan, merekalah yang menjadi pengantaranya. dari mereka jugalah feedback peserta masa program berlangsung kita terima. front liner on the ground lah senang cerita.

dan alhamdulillah, dalam gerabak ini, aku semakin nampak dan yakin, kita bekerja dan menyumbang di celah mana pun, semuanya mestilah ikhlas lillahi ta'ala untuk dakwah. daripada untuk set program, kita buat program PMS bukan just for the sake of tiap tahun kena ada winter gathering, so jom plan untuk tahun ni je. tapi concern audiences, concern  pembinaan mad'u, follow up mad'u selepas program semuanya adalah initipati yang dibincangkan. peduli dan tersusun, insyaAllah.

Dalam banyak-banyak fasi, yang aku kenal hanya sebilangan kecil sahaja. yang ramainya akhawat UK. pakai bantai je meeting online, dan whatsapp dulu. rupa pun ada yang tak pernah tahu. jumpa2, rupanya oh ini kakak, yang ini rupanya macam ni, perangainya cenggini ^^,

dan antara tarbiyah yang Allah beri lagi, Handphone aku hilang di saat2 PMS tinggal beberapa hari dan rasa tempang sekejap tak dapat berhubung dengan fasi2 yang lain. sana sini orang push fuhh fuhh.

dan bila kita meeting on the ground basically, mesti kita akan concern dengan pengisisan yang telah diberikan dan planning aktiviti dan bengkel after tu; 'apa agaknya adik2 (peserta) kita faham' 'adik2 dapat tak point yang sepatutnya'.. dan akan ada la momen2 'point macm tak sampai' ' nervous nak conduct bengkel' etc.

'ala kulli haal, kita belajar... kita merancang, Allah juga merancang, tidak yakinkah kita dengan perancangan Allah yang lebih hebat?

juga, belajar daripada Dr Hafidzah; kita kena jadi flexible. tak jadi plan A, plan B, etc.
dan kata-kata mas'ulah dengan santunnya ; kita akan stress kalau nak buat kerja Tuhan. yang pegang hati adik, yang beri kefahaman semua tu Allah, part kita hanya usaha sungguh2.

dalam banyak2 cara, kadang tu tarbiyah direct daripada event yang berlaku tu lagi kita akan belajar kan..Alhamdulillah.

dan bekerja bersama barisan facis yang super duper awesome, aku belajar terlaaaalu banyak benda.
dari mereka yang semangat fastabiqul khairat nya, yang push themselves demi dakwah ni, yang dengan idea yang disumbangkan, dengan kata-kata yang dikeluarkan, dengan rasa hati yang mereka luahkan, dengan ruhul istijabah mereka menyambut kerja, dengan kesediaan ingin belajar nya, dengan pengorbanan melebihi kebiasaannya dan many more!

dan, dalam gerabak ni, tiada istilah dia lebih lama-dia lebih tahu; boleh le nak naik tocang. yang lambat terkemudian, dibelakangkan. nope, bukan,. kita bergandingan tangan, jalan sama-sama, yang lebih lama, lebih dahulu maka lebih tawadhu' la sharusnya dan dengan kerendahan hatinya membimbing yang lainnya. yang lebih baru, kita sambut dan raikan, juga muhasabah bahkan mereka mungkin lebih tulus hatinya. huuu

what a blessing, nikmatnya mempertemukan aku dengan pelbagai ragam manusia dan cara fikir yang berbeza, yang dengannya lebih meriah la dunia ni kann. heee. dengannya aku belajar lebih berlapang dada, lebih bersabar, lebih mengerti dan memahami. berhubung denagn manusia, tak ada formula skema yang spesifik. pakai balun je semua pakai marah je semua tak jalan punya!

indeed, bersama2 mereka yang ghayahnya sama, qudwahnya sama, dusturnya sama, buah tuturnya sama, sungguh-sungguh nikmat yang tidak terhingga, 

'Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca kitab (taurat)? tidakkah kamu mengerti?' [2 : 44]

teguran, sindiran Allah yang halus, mengajarkan, yang jadi AJK, yang namanya ketua, atau apa2lah, terlebih dahulu banyak perlu dimuhasabahkan T.T

moga tarbiyah dan 'ibrah yang aku kutip, menjadi bekal dan lebih memajukan (aku tak kejar laju, biar maju. eceh. haha) aku dalam gerabak dakwah ini. dan jauh lebih penting dari itu, lebih menjadikan aku sebenar2 hamba pada Dia, lebih cinta jalan juang baginda, juga lebih hampir dengan JannahNya.

'Ala kulli nikmah
Alhamdulillah ya Allah.

mula menulis dari UK ke Paris balik UK balik, sampai balik Cork balik.
huh, tapi still tak mampu menulis sebenar2nya apa rasa hati ni,

Wednesday, December 10, 2014

Datang sini

Random,
Disebalik kesesakan musim exam.

Umi, abi
Datang sini lagi please T.T

Nak makan masakan umi,
breakfast, lunch, dinner settled ^^,
Nak abi teman keluar.
Padahal nak pergi tesco je. Gagah juga abi dari tidur jetlag bangun biar anak dara berteman -.-

Kalau lah umi tahu kadang tu makan apa benda la budak ni.., skip meal tu memang selalu juga...
Kalau abi tahu sebenarnya Huda ni biasa je pergi mana-mana sorang2..ops. err

Those Little things...
Make you smile,
And wanna cry too.

Dush. Hailaaa.

Anyway,  say Alhamdulillah for all the blessings!

Wednesday, December 3, 2014

by my side.

assalamualaikum, bismillah.

alhamdulillah, baru habis exam OSCE. oh benci perasaan ni, rasa macam miserable sangat. faham tak perasaan orang yang takut failed. hmm. tapi orang selalu kata aku overthink. hmm yelah.

zaman sekolah, pernah failed sekali. itu je lah seingat aku. ujian chemistry form 4. orang boleh kata ujian biasa, tapi aku tak boleh. malu kot. pengawas lagi. padahal ramai je lagi failed. kuikuikui. punyala beria jumpa PK akademik time,
  
'cg, boleh tak saya nak drop chemistry and saya nak ambil econs' 

tahu, mana ada orang buat macam tu -.-

'tapi saya nak belajar for the sake of ilmu, tak kesahla tak boleh'  sangat la merepek. konon jawapan bajet betul. tapi rupanya perangai suka lari masalah, in denial kan. sebab rasa macam dahsyat sangat aaa rasa failed so nak get rid of it lah. logik aku, nak droplah subjek tu. bijak sangat. tapi of course la tak boleh.

itu episod awal, emosi tak stabil orang yang takut failed- macam aku. tak boleh terima kegagalan. Dan tahu tak, medical school buat aku getting used to failure. bahaha. no, i'm not joking. like seriously, i did failed for a few times.[tak wajar dijadikan contoh ya adik2 -.-'] (test je la. never for a big exam. huu, nauzubillah) 2 tahun in denial, tak nak ambil medic. tak minat. tak menjiwai. stress. blablabla. tahun 3 baru minat sikit sebab dah masuk hospital,

tapi when it comes to exam, post exam - rasa tak nak ambil medic balik. HAHA. emotionally unstable. complicated betul -.-

dalam kepala aku, aku tak boleh failed.
and i started to think, how did i actually overcome this post-exam-over think syndrome. sekarang makin teruk, diarrhea sebab nervous pagi exam tu dah macam lumrah, palpitation la. anxious la. depressed la. worried memanjang je. macam orang takde iman T.T
apa masalahnya? susah? tak boleh buat?
tapi sebenarnya tak susah sangat pun. kalau buat sungguh2, boleh je dapat first class tu..
senang je cakap, tapi aku yakin, tak susah sangat. cuma action je takdak. ho ho

so kenapa tak boleh pulak?

entah. penat la fikir. kadang rasa main-main sangat ke aku ni dengan medic. alahai..
tapi tak (contoh in denial lagi) aku suka je belajar, seriously.

and i just realized.. back then, i always have her.
dia, yang paling banyak dengar segala keluhan aku, kerisauan picisan aku semua. dialah yang tadah telinga. dan bila aku habis muntah semua cerita aku, kerisauan aku dia dah serap, i can be a normal  person again. and looks  pretends like nothing happende in front of others. almost habis banyak exam yang aku duk pikir dahsyat2, semua dialah dengar. mostly memang dia je lah. seorang,. dia tak perlu cakap apa pun. kadang mungkin reply sepatah dua je. tapi, akan layan juga lah perangai pelik merepek aku ni. yang selalu ada jawapan,

that was her, who always  be at my back side.

how i miss her so badly right now :(

bila balik exam tadi, meroyan susah nak move on, fikir serabut sangat, tak tahu nak muntah dekat siapa pastu nak buat huru hara affect orang lain yang lek-lek je ;p

and i just realized, bukan aku tak selalu jatuh,biasalah ada ups ada down. tapi selalu ada dia yang hulur tangan, suruh bangun and jalan balik. chill~ bangun! she never fail to support me on her own way.

she's brilliant. yet, so humble. dengan dia, kalau aku nampak 'bodoh' aku still boleh kawan dengan dia. mostly, kalau aku rasa insecure, rasa inferior, atau tak suka cara diperkecilkan in any ways oleh sesiapa, i will take one step back. aku tak boleh suasana macam tu. tapi dengan dia tak. dialah yang selalu lebih pandai biasaya. tapi aku tak rasa pun jadi terlalu 'tak pandai' sampai tak boleh catch up, sebab dia selalu, dengan bahasanya ; kita bersama, sama-sama. nak kata jauh beza aku dengan dia sekarang, (tak kesah la walaupun lain course) episod dia menangis sebab tak maintain 4 flat, padahal 3.9+ something je kot, tapi episod aku ; nangis nak dapat pass. ha ha

dulu kalau masa selalu dapat no 2 belakang dia dalam kelas, tak dapat maintain pun belakang dia kalau ranking dalam batch. jatuh la beberapa anak tangga. sama2 dapat 11 A, tapi jangan beza berapa A+ dia. i know my own self as a competitive person, tapi kalau dengan dia, tak kisah. tak rasa nak beat dia pun. hihi. sebab kalau bukan dia, kalau bukan dia banyak ajar aku 1-1 , yang selalu tenangkan after every exam, aku tak boleh dapat pun no 2 ke, 11 A (selain daripada Allah izinkanlah ;p)

now, hikmahnya benar, aku mengakui, Allah mengajarkan aku mandiri. tapi tanpa dia, aku tempang berdiri. its hard for me to say it, but its true. she meant a lot to me.*muntah darah sekarang* orang kata, bila nak hilang baru nak menghargai. punyalah lamaaaa baru nak akui. haiya, ego betul.

sekarang nak call pun jarang, kadang dia busy, atau mungkin kebanyakannya aku yang bajet busy tak tercall. kalau bila free mungkinlah dia tengah tidur atau sebaliknya.

amazed juga lah macammana dia sabar dengan aku. ada orang pernah cakap, tak faham friendship aku dengan dia. complicated. selalu gaduh buat dek. pastu tiba-tiba okay. terasa-terasa juga kadang tu, buat lantak juga pastu eh okay. errr. aku pun tak faham la. tapi yang paling aku hargai pasal dia, she never left me. never discriminate me, tak berkira. especially bab ilmu. i can feel it. satu benda yang paling aku belajar dari dia adalah adab dengan ilmu. buku, jangan letak bawah. memang pantang +.+ tapi sekarang kerusi space kecik, kalau terpaksa, aku letak juga bawah.

syarat selalu jumpa, selalu mesej, lovely bagai tu bukanlah benda yang aku brain sangat. aku jenis tak kisah, tak perlu berkepit sangat. tak perlu lah nak expressive sangat, gambar2 ke, mesej sweet mweet ke. boleh diterima kalau sekali sekala, tapi kalau selalu macam pelik je  -.-'

dia pernah cakap, after sooo long kami kawan. dia kata 'kita tak ada kan gambar bersama' pastu macam haah la.. senyao. fikir. haha. bukanlah nak kata perlu, tapi aku ni macam buat dek sangat la kot. since then, aku belajar la sikit-sikit juga. macam kesian je dekat dia. 2 tahun aku duduk ireland ni, kalau birthday, dia mesti post hadiah dari Malaysia. how bad am i, tahun ni tak wish proper pun birthday dia ;/ aku ingat, tapi lupa put into action. hadiah pun belum beli lagi. tapi ingat je nak beli kalau keluar nak beli barang, belum jumpa. aaa sorry.

apa point awal tadi tah.
err, ni mungkin 1 dalam seribu la post macam ni nak muncul.

tapi ni beria nak tulis, walaupun sikit je daripada lautan perasaan yang tersimpan. perghh.
sebab.. rasa something hilang, tanpa dia.

you know who you are.
sorry selalu tak expressive tak reti la ;p
kadang cakap uhibbuki fillah pun...pause. krik krik krik. okbai.

today, i really mean it,
thanks for everything,
uhibbuki fillah :)

alhamdulillah, thank you Allah.